PPPM ringkasan

download PPPM ringkasan

If you can't read please download the document

Transcript of PPPM ringkasan

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (20132025)

PPPM: 11/09/20123 OBJEKTIF PPPM (2013-2025) 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem. 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025. 3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam. 3 GELOMBANG PPPM (2013-2025) Gelombang Pertama (2013 hingga 2015), Menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian purata global. Tiga bidang tumpuan: 1- menambah baik pengajaran di bilik darjah 2- meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah 3-meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris

Ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris). Inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur. Gelombang Kedua (2016-2020), Melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama. 1- Menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru 2- Menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru. Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa kini. Gelombang Ketiga (2021-2025), Semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum. 1- Menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional. 2- Menggerakkan kebanyakan sekolah ke arah model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.

Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi. 3 FASA PPPM (2013-2025) Fasa 1 melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang sistem pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan terhadap keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan penggerak utama pencapaian tahap prestasi masa kini, di samping mengenal pasti kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model untuk diikuti dan dicontohi Fasa 2 memberikan tumpuan kepada penyediaan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan dengan menggunakan dapatan dalam Fasa 1 untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan memperincikan program transformasi yang komprehensif tentang dasar dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi tempoh 13 tahun yang akan datang antara tahun 2013 hingga 2025. Fasa ini merangkumi maklum balas yang dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan Makmal Pendidikan GTP2.0 Fasa 3 akan memberikan tumpuan untuk menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan. Fasa ini akan lebih melibatkan rundingan dan pelibatan dengan guru, ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan yang lain bagi mendapatkan maklum balas tentang laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Maklum balas ini akan dimasukkan dalam laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan. 11 ANJAKAN PPPM (2013-2025) 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

5 ASPIRASI PENDIDIKAN

6 ASPIRASI MURID