Pra Menulis

10
PRA MENULIS

description

Pra Menulis

Transcript of Pra Menulis

Page 1: Pra Menulis

PRA MENULIS

Page 2: Pra Menulis

PRA MENULIS

Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991) tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.

Page 3: Pra Menulis

PRA MENULIS

Peringkat kemahiran menulis

Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1998):

i. Peringkat pra menulis (pra tulisan)

ii. Peringkat mendirikan asas (mekanis)

iii. Peringkat pelahiran (penulisan kreatif)

Page 4: Pra Menulis

PRA MENULIS

Peringkat Pra Menulis (Pra Tulisan)

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari-jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual, iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.

Page 5: Pra Menulis

PRA MENULIS

Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu, latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

Page 6: Pra Menulis

PRA MENULIS

Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Page 7: Pra Menulis

PRA MENULIS

Menurut Hughes, Mercer, Lenz dan Hoffmann (1991), kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis:

i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

Page 8: Pra Menulis

PRA MENULIS

ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus-putus.

iii. Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.

Page 9: Pra Menulis

PRA MENULIS

v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

vi. Melukis garis condong.

vii.Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

viii.Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan dalam bentuk huruf-huruf tersebut

Page 10: Pra Menulis

TUGASAN PRA MENULIS

Dalam kumpulan masing-masing binaBahan berikut :1. 1 aktiviti menekap atau menyurih 2. 1 aktiviti membuat corak,3. 1 aktiviti menyambung titik,4. 1 aktiviti membentuk huruf