PRAKATA Sosiologi (Edited).pdf

5
i i Sosiologi Pendidikan (TT00803) PRAKATA Bismillahirrohmanirrohim... Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurniaNya maka dapatlah dihasilkan Modul Sosiologi Pendidikan ini walaupun dalam keadaan yang sibuk dan masa yang suntuk. Modul ini dihasilkan adalah sebagai bahan rujukan asas kepada pelajar yang mengambil kursus Sosiologi Pendidikan agar dapat mengetahui dan memahami konsep asas Sosiologi Pendidikan dan tajuk-tajuk yang berkaitan. Namun begitu, diharapkan kepada semua pelajar agar dapat membuat rujukan tambahan dengan membaca buku-buku dan jurnal berkaitan agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini bagi memenuhi tuntutan kursus ini. Akhir kalam, sememangnya terdapat kelemahan dalam modul ini yang hadir secara sedar atau tanpa sedar. Diharapkan pada edisi yang lain, modul ini akan tampil dengan lebih baik setelah dibuat penambahbaikan dan mungkin beberapa tajuk baru akan diperkenalkan agar sesuai dengan kehendak dan konteks semasa. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan segala kesilapan dan kelemahan yang terdapat di dalam modul ini adalah atas kelemahan dan kekurangan diri penulis. Sekian, selamat berjuang.

description

PRAKATA Sosiologi (Edited).pdf

Transcript of PRAKATA Sosiologi (Edited).pdf

Page 1: PRAKATA Sosiologi (Edited).pdf

i

i Sosiologi Pendidikan (TT00803)

PRAKATA

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurniaNya maka dapatlah dihasilkan Modul Sosiologi Pendidikan ini walaupun dalam keadaan yang sibuk dan masa yang suntuk. Modul ini dihasilkan adalah sebagai bahan rujukan asas kepada pelajar yang mengambil kursus Sosiologi Pendidikan agar dapat mengetahui dan memahami konsep asas Sosiologi Pendidikan dan tajuk-tajuk yang berkaitan. Namun begitu, diharapkan kepada semua pelajar agar dapat membuat rujukan tambahan dengan membaca buku-buku dan jurnal berkaitan agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini bagi memenuhi tuntutan kursus ini. Akhir kalam, sememangnya terdapat kelemahan dalam modul ini yang hadir secara sedar atau tanpa sedar. Diharapkan pada edisi yang lain, modul ini akan tampil dengan lebih baik setelah dibuat penambahbaikan dan mungkin beberapa tajuk baru akan diperkenalkan agar sesuai dengan kehendak dan konteks semasa. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan segala kesilapan dan kelemahan yang terdapat di dalam modul ini adalah atas kelemahan dan kekurangan diri penulis. Sekian, selamat berjuang.

Page 2: PRAKATA Sosiologi (Edited).pdf

ii

ii Sosiologi Pendidikan (TT00803)

ISI KANDUNGAN

PRAKATA ISI KANDUNGAN RANGKA KURSUS

i ii

iii

UNIT 1 PENGENALAN 1

UNIT 2 TEORI-TEORI SOSIOLOGI 5

UNIT 3 PROSES SOSIALISASI 21

UNIT 4 SEKOLAH SEBAGAI ORGANISASI FORMAL 26

UNIT 5 BUDAYA SEKOLAH BERKESAN 29

UNIT 6 SEKOLAH BERKESAN 34

UNIT 7 DISIPLIN PELAJAR 43

UNIT 8 MOBILITI SOSIAL 54

UNIT 9 SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI PEMBEZAAN 57

UNIT 10 PENGARUH KELAS SOSIAL / KAUM 80

UNIT 11 PENGARUH IBU BAPA / PERSEKITARAN 90

UNIT 12 CONTOH TUGASAN KUMPULAN 98

BIBLIOGRAFI

99

Page 3: PRAKATA Sosiologi (Edited).pdf

iii

iii Sosiologi Pendidikan (TT00803)

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial

RANGKA KURSUS

Tajuk Kursus : SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Kod Kursus : TT 00803

Bil Jam Kredit : 3

Pensyarah : Muhamad Suhaimi Taat

[email protected]

SINOPSIS

Memperkenalkan beberapa perspektif sosiologi pendidikan termasuk teori dan konsep asas

dalam sosiologi. Perbincangan ditumpukan kepada peranan pendidikan dalam pembentukan

dan pembangunan individu, masyarakat dan negara. Pelajar akan diberi pendedahan

berkaitan dengan peranan umum pendidikan dan peranan khusus pendidikan sebagai agen

perubahan, agen sosialisasi dan penggerak mobiliti sosial. Turut dibincangkan ialah peranan

pendidikan dalam pembangunan masyarakat termasuk sosio budaya, sosio politik dan sosio

ekonomi. Topik-topik lain yang berkaitan adalah seperti konsep dan peranan sekolah

sebagai sebuah organisasi, hubungan sekolah dengan komuniti, dan profesion keguruan.

OBJEKTIF

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Mengenal pasti teori dan perspektif utama sosiologi pendidikan. 2. Membuat analisis kritikal terhadap pendekatan teori dan isu-isu pendidikan. 3. Mengaplikasi pengetahuan dalam kajian, penilaian dan penulisan 4. Menganalisis sumbangan sosiologi terhadap perkembangan pendidikan negara. 5. Mengetahui peranan dan sumbangan sekolah sebagai organisasi

Page 4: PRAKATA Sosiologi (Edited).pdf

iv

iv Sosiologi Pendidikan (TT00803)

Rangka Kuliah*

MINGGU BUTIRAN CATATAN

1

Pengenalan dan pengurusan kursus

i. Pengertian sosiologi dan pendidikan ii. Peranan sosiologi dalam pendidikan

Kuliah

2 Pendekatan kajian dan teori sosiologi pendidikan

i. Perspektif mikro dan makro ii. Teori fungsionalisme, teori konflik, dan

interaksionisme

Kuliah

3 Sekolah sebagai organisasi formal

i. Ciri-ciri organisasi ii. Sekolah sebagai organisasi biokratik iii. Peranan sekolah dalam masyarakat

Kuliah dan

Tutorial

4 Iklim dan budaya sekolah

i. Pengertian budaya ii. Unsur-unsur dan jenis-jenis budaya iii. Budaya sekolah

Kuliah dan

Tutorial

5 Pembestarian Sekolah

i. Konsep bestari ii. Ciri-ciri sekolah bestari iii. P & P Bestari

Kuliah dan

Tutorial

6 Sekolah Berkesan

i. Pergerakan sekolah berkesan ii. Ciri-ciri sekolah berkesan iii. Budaya sekolah berkesan

Kuliah dan

Tutorial

7 Penglibatan ibubapa dan komuniti

i. Konsep smart partnership ii. Keperluan penglibatan pelbagai pihak iii. Kekangan-kekangan

Kuliah dan

Tutorial

8 Kurikulum Tersirat

i. Konsep kurikulum tersirat ii. Skop dan kesan kurikulum tersirat iii. Jangkaan guru dan prestasi murid

Kuliah dan

Tutorial

9 Disiplin Sekolah

i. Konsep disiplin sekolah ii. Program pembentukan sahsiah

Kuliah dan

Tutorial

10 Sekolah sebagai institusi pembezaan

i. Jenis-jenis pengelompokan ii. Proses dan alternatif pengaliran

Kuliah dan

Tutorial

11 Sosialisasi

i. Konsep / proses sosialisasi ii. Agen sosialisasi

Kuliah dan

Tutorial

Page 5: PRAKATA Sosiologi (Edited).pdf

v

v Sosiologi Pendidikan (TT00803)

Penilaian Kursus*

Bentuk Format Pemberatan

Kerja Kursus i. Tugasan Kumpulan ii. Pembentangan

20%

10%

Ujian / Exam i. Pertengahan semester ii. Akhir

20%

50%

Jumlah 100%

*Tertakluk kepada perubahan