PRAKTIKAL 1 -2

25
PRAKTIKAL 1 Nama: Mohamad Azwan bin Azahari Tarikh: 8 Februari 2012 Topik : Keperluan Asas Tumbuhan Objektif: Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan; cahaya matahari, air dan udara Hipotesis: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup Pendahuluan: Sebagaimana benda hidup yang lain, tumbuhan juga mempunyai keperluan asas untuk hidup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari,

description

Laporan amali SCE3101

Transcript of PRAKTIKAL 1 -2

Page 1: PRAKTIKAL 1 -2

PRAKTIKAL 1

Nama:

Mohamad Azwan bin Azahari

Tarikh:

8 Februari 2012

Topik :

Keperluan Asas Tumbuhan

Objektif:

Mengenalpasti keperluan asas tumbuhan; cahaya matahari, air dan udara

Hipotesis:

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup

Pendahuluan:

Sebagaimana benda hidup yang lain, tumbuhan juga mempunyai keperluan asas untuk hidup. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup. Setiap satu daripada keperluan asas ini mempunyai fungsi yang tertentu bagi membantu tumbuhan untuk terus hidup.

Cahaya matahari misalnya, diperlukan oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis bagi membuat makanannya sendiri. Proses fotosintesis ini akan membebaskan gas oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas. Untuk bernafas, semua

Page 2: PRAKTIKAL 1 -2

hidupan memerlukan udara untuk terus hidup. Gas oksigen diperlukan oleh semua hidupan untuk bernafas dan membebaskan gas karbon dioksida. Air pula diperlukan supaya tumbuhan sentiasa segar. Jika tidak, tumbuhan akan menjadi layu dan akhirnya mati.

(A) Matahari sebagai keperluan asas tumbuhan

Bahan:

1. Pokok sakat.

2. Kertas hitam yang tebal

3. Klip kertas

Prosedur:

1. Pokok sakat yang ingin dijadikan spesimen dipilih.

2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diletakkan pada

kedua-dua permukaan daun sakat, kemudian kertas tersebut diklip dengan klip

kertas untuk beberapa hari.

3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan dan sebarang perubahan pada

daun tersebut diperhatikan

Gambar:

Page 3: PRAKTIKAL 1 -2

(B) Air ialah keperluan asas tumbuhan

Bahan / radas :

Kacang hijau, air, kapas, piring petri

Prosedur:

1. Kapas dimasukkan ke dalam dua piring petri

2. Kapas di dalam piring petri pertama dibasahkan dengan air manakala kapas dalam

piring petri yang kedua pula dibiarkan kering

3. Kacang diletakkan ke atas kapas dalam kedua-dua piring petri

4. Piring petri diletakkan di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari untuk

beberapa hari

5. Sebarang perubahan pada kacang tersebut diperhati dan direkodkan

Kemahiran manipulatif:

Segala radas dibasuh dan disimpan serrta bahan-bahan yang digunakan dibuang

selepas selesai eksperimen

Gambar:

Page 4: PRAKTIKAL 1 -2

(C ) Udara ialah keperluan asas tumbuhan

Bahan / radas :

Kacang hijau, air, cawan plastik, kapas

Prosedur:

1. Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah

dimasukkan kapas basah.

2. Manakala sebuah cawan plastik yang lain dipenuhkan dengan separuh penuh air

dan beberapa biji kacang hijau diletakkan ke dalamnya.

3. Kedua-dua cawan tersebut dibiarkan beberapa hari.

4. Sebarang perubahan yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas

beberapa hari diperhartikan dan direkod.

Kemahiran manipulatif:

Radas dibersihkan dan disimpan manakala kacang hijau dibuang setelah selesai

eksperimen

Gambar:

Page 5: PRAKTIKAL 1 -2

Keputusan:

Eksperimen (A)

Gambar Keterangan

Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap

daun pokok sakat. Daun masih lagi hijau dan tidak

berubah warna langsung.

Eksperimen (B)

Piring petri 1 Piring petri 2

Kacang hijau bercambah dan tumbuh Kacang hijau tidak bercambah langsung

Eksperimen (C)

Cawan 1 Cawan 2

Page 6: PRAKTIKAL 1 -2

Kacang hijau bercambah dan tumbuh Kacang hijau hanya bercambah namun

tidak tumbuh

Perbincangan:

Bagi eksperimen A, keputusan yang sepatutnya tidak dapat diperolehi disebabkan oleh ketebalan daun yang terlalu tebal. Ini menyebabkan tiada sebarang perubahan warna yang berlaku. Bagi eksperimen B pula, hanya kacang hijau yang ditaburkan di atas kapas basah di dalam piring petri 1 sahaja yang bercambah dan tumbuh, manakala tiada perubahan yang berlaku pada kacang hijau yang yang ditaburkan di atas kapas kering dalam piring petri 2. Ini menunjukkan bahawa biji benih memerlukan air untuk bercambah dan tumbuh. Manakala untuk eksperimen C, kacang hijau di dalam kedua-dua cawan plastik telah bercambah namun hanya kacang hijau di dalam cawan plastik 1 yang terdedah dengan udara sahaja yang tumbuh dengan baik, manakala kacang hijau yang direndam di dalam air di dalam cawan 2 terbantut dan pertumbuhannya terhenti Ini menunjukkan tumbuhan memerlukan udara untuk hidup.

Dengan ini, dapat dibuktikan bahawa tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air dan udara untuk hidup. Cahaya matahari diperlukan dalam proses fotosintesis bagi membuat makanan sendiri bagi tumbuh-tumbuhan. Tanpa cahaya matahari, tumbuhan tidak dapat menjalani proses fotosintesis seterusnya membuat makanan sendiri. Manakala air dan udara pula diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup, sebagaimana hidupan yang lain seperti manusia dan haiwan. Tanpa air dan udara yang mencukupi, tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup dan menersukan proses kehidupan dengan baik.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Cahaya matahari, air dan udara adalah keperluan asas bagi tumbuhan untuk hidup.

Page 7: PRAKTIKAL 1 -2

Rujukan:

1. Lum How Kee (2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson

2. Mader, Sylvia S (2007). Biology (9th eds.). New York : Mc Graw Hill

3. Muniswaran S, & T.Y. Jiang (2010). Score A in PMR(2010)-Science. Johor Bahru :

Pelangi Publishing

4. PMR Bilingual Science Form 1. (2007). Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd

5. Megan Koehn (2008). Basic Needs of Plants. Dicapai pada 15 Februari 2012 di

http://www.slideshare.net/guesta178af0/basic-needs-of-plants-presentation

6. The Needs of Living Things (t.t. & t.p.). Dicapai pada 13 Februari 2012 di

http://www.teachersdomain.org/resource/tdc02.sci.life.colt.lp_stayalive/

Page 8: PRAKTIKAL 1 -2

PRAKTIS 2

Tarikh:

8 Februari 2012

Topik:

Ujian Makanan

Objektif:

a. Menguji kehadiran kanji, gula penurun, protein, lemak dan dalam sampel makanan.

b. Membandingkan kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import

Hipotesis:

a. Sampel makanan mempunyai kandungan kanji, gula penurun, protein, lemak dan

minyak

b. Kandungan vitamin C dalam buahan-buahan import lebih tinggi berbanding buah-

buahan tempatan

Page 9: PRAKTIKAL 1 -2

Pendahuluan:

Terdapat tujuh kelas makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral,

pelawas dan air. Setiap satu daripadanya mempunyai fungsi tersendiri yang diperlukan

di dalam tubuh. Sebagai contoh, lemak dan karbohidrat membekalkan tenaga kepada

manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka setiap hari. Protein pula penting

dalam pembinaan sel baru untuk pertumbuhan. Kandungan nutrien di dalam sampel

makanan boleh dikenalpasti dengan melakukan ujian makanan. Sesetengah makanan

mempunyai sumber nutrien yang banyak seperti kanji, protein dan lemak.

Vitamin pula amat diperlukan untuk fisiologi walaupun hanya diambil dalam amaun

yang sedikit sahaja. Kurangnya vitamin di dalam tubuh boleh menyebabkan mudah

dijangkiti penyakit. Misalnya, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit kulit.

Vitamin-vitamin ini mudah didapati di dalam buah-buahan, terutama sekali vitamin C.

Walaubagaimanapun, kandungan vitamin C adalah berbeza mengikut jenis buah, yang

mana buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih tinggi

berbanding buah-buahan tempatan.

Nutrien-nutrien ini diperlukan oleh badan kita untuk membolehkan pelbagai proses di

dalam tubuh kita berlaku. Proses ini penting untuk penjanaan tenaga. Nutrien-nutrien

ini juga penting untuk memastikan proses metabolisma berjalan dengan lancar.

Makanan yang dikatakan mempunyai gizi seimbang mempunyai nutrien yang meliputi

karbohidrat, protein dan lemak dan juga vitamin, mineral dan pelawas.

Walaubagaimanapun, nutrien-nutrien ini perlu diambil secara seimbang agar dapat

memenuhi keperluan seharian tubuh badan manusia. Piramid makanan boleh dijadikan

panduan untuk mengambil diet yang seimbang dan lengkap setiap hari. Tanpa nutrien-

nutrien ini, tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Page 10: PRAKTIKAL 1 -2

(a) Menguji kehadiran kanji, gula penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan

Bahan / radas :

Larutan iodin, larutan Benedict, bahan uji Milon, bahan uji Sudan (III), larutan natrium

hidroksida, asid hidroklorik, larutan kuprum (II) sulfat, minyak, putih telur, Vaselin,

tabung uji, bikar, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, kasa dawai, kertas turas

Prosedur:

Jenis

makananUjian Gambar rajah

Kanji

Ujian Iodin

Dua titik larutan iodin dititiskan

ke atas makanan yang

mengandungi kanji.

Perubahan diperhatikan dan

dicatat.

Gula penurun

Ujian Fehling atau Benedict

2 ml larutan Fehling atau

larutan Benedict ditambahkan

ke atas makanan yang

mengandungi gula penurun.

campuran tersebut digoncang

dan dididihkan dalam kukusan

air untuk beberapa minit.

Sebarang perubahan warna

diperhatikan direkod.

Ujian Biuret

Page 11: PRAKTIKAL 1 -2

Protein

Beberapa titik larutan kuprum

sulfat dan beberapa titik larutan

natrium hidroksida dicampurkan

ke atas putih telur dalam tabung

uji.

Sebarang perubahan diperhati

dan dicatat

Ujian Millon

Beberapa titik bahan uji Millon

ke atas makanan berprotein

yang berbentuk cecair dalam

sebuah tabung uji dan panaskan

dalam kukusan air hingga

mendidih.

Pemerhatian direkodkan.

Lemak dan

minyak

Ujian Kesan Gris

Minyak dan Vaselin disapukan

pada dua bahagian kertas turas

yang berlainan

Pemerhatian dicatat.

Ujian Sudan III

2ml minyak dituangkan ke

dalam tabung uji

Larutan Sudan III dituang ke

dalam tabung uji dan

perubahan warna

diperhatikan

Kemahiran Manipulatif:

Page 12: PRAKTIKAL 1 -2

1. Tabung uji dipegang dengan menggunakan pemegang tabung uji semasa aktiviti

pembakaran dilakukan

2. Bahan uji yang digunakan ke atas sampel makanan digunakan dalam sukatan yang

betul dan tepar

3. Semua radas dibasuh dan disimpan manakala semua bahan dan sampel makanan

yang telah digunakan dibuang setelah selesai eksperimen

Keputusan:

Ujian Gambar Pemerhatian/ Keputusan

Ujian IodinPertukaran warna daripada perang ke biru

kehitaman

Ujian Fehling atau

Benedict

Pertukaran warna larutan dari biru ke kuning

dan akhirnya ke warna merah bata

Page 13: PRAKTIKAL 1 -2

Ujian Biuret Larutan berubah warna dari biru kepada ungu

Ujian Millon

Mendakan putih terbentuk dan apabila

dipanaskan, warnanya berubah menjadi

merah bata

Ujian Kesan GrisTanda lutsinar minyak lebih jelas berbanding

Vaselin

Ujian Sudan IIIMinyak berubah warna menjadi merah

Page 14: PRAKTIKAL 1 -2

Perbincangan:

Melalui ujian makanan yang telah dilakukan, didapati bahawa sampel-sampel makanan

mengandungi kanji, gula penurunan, protein, lemak dan minyak. Ujian iodin telah

menunjukkan bahawa sengkuang dan kentang mengandungi kanji yang mana sampel-

sampel tersebut telah bertukar warna menjadi biru kehitaman. Bagi ujian Benedict pula,

larutan glukosa mengandungi gula penurunan yang mana telah menukar warna larutan

daripada biru kepada merah jingga.

Ujian yang menggunakan putih telur pula menunjukkan larutan tersebut berubah

daripada biru kepada ungu bagi ujian Biuret, manakala bagi ujian Milon pula, mendakan

putih terbentuk terlebih dahulu dan berubah warna menjadi merah bata setelah

dipanaskan. Ini menunjukkan bahawa putih telur mengandungi protein.

Setelah dibuat perbandingan, ujian kesan gris menunjukkan bahawa minyak

membentuk tanda yang lutsinar pada kertas turas manakala Vaselin pula hanya

membentuk tanda lutcahaya. Walaubagaimanapun, ini menunjukkan bahawa kedua-

duanya mengandungi lemak, Cuma minyak mempunyai lemak yang lebih tinggi

daripada Vaselin. Bagi ujian Sudan III pula, minyak telah bertukar warna menjadi

merah.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Kesemua sampel makanan mengandungi kanji, gula penurun,

protein, lemak dan minyak.

Page 15: PRAKTIKAL 1 -2

(b) Menguji kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import.

Bahan:

1.0% larutan dichlorophenolindophenol (DCPIP), 0.1% larutan asid askorbik, jus rambutan, jus betik, jus kiwi, jus lemon, picagari berjarum, bikar

Prosedur:

1. Larutan 1ml 1.0% DCPIP dimasukkan ke dalam tiub spesimen dengan

menggunakan 1ml picagari.

2. 0.1% larutan asid askorbik dipenuhi dalam 5ml picagari.

3. Jarum picagari yang mengandungi 0.1% larutan asid askorbik dimasukkan ke dalam

larutan 1.0% DCPIP. Asid askorbik dimasukkan perlahan-lahan tanpa mengacau

larutan DCPIP sehingga warna biru DCPIP terluntur.

4. Langkah 1-3 diulangi dengan mengantikan larutan asid askorbik dengan jus buah-

buahan segar yang baru disediakan. Kuantiti jus buah yang digunakan untuk

melunturkan warna DCPIP ditentukan.

5. Keputusan dimasukkan dalam jadual. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam jus

buah-buahan dikira dengan menggunakan formula dibawah.

Kemahiran manipulatif:

1. Sukatan jus DCPIP diambil mengikut sukatan yang telah ditentukan

2. Semua radas dicuci manakala bahan-bahan lain dibuang selepas selesai

eksperimen

Page 16: PRAKTIKAL 1 -2

Gambar rajah:

Keputusan:

Larutan/Jus buah

Kuantiti jus buah yang diperlukan untuk

melunturkan warna DCPIP Peratusan Vitamin C dalam jus buah

Kepekatan Vitamin C dalam jus buah

1 2 3 Purata

Larutan asid askorbik

1.0 1.1 1.0 1.0 1.0/1.0 x 0.1= 0.01%

1.0/1.0 = 1.0

Jus rambutan6.1 6.3 6.2 6.2

1.0/6.2 x 0.1 =0.02%

1.0/6.2 = 0.16

Jus betik10.0 10.5 10.2 10.2

1.0/10.2 x 0.1 =9.80%

1.0/10.2 = 0.09

Jus lemon2.5 2.4 2.3 2.4

1.0/2.4 x 0.1 =0.04%

1.0/2.4 = 0.42

Jus kiwi2.0 2.1 2.2 2.1

1.0/2.1 x 0.1 =0.05%

1.0/2.1 = 0.48

Page 17: PRAKTIKAL 1 -2

Perbincangan:

Vitamin C mudah diperolehi di dalam buah-buahan. Walaubagaimanapun, kandungan

vitamin C adalah berbeza mengikut jenis. Kepekatan kandungan vitamin C di dalam

buah-buahan ditentukan dengan adanya larutan DCPIP. Vitamin C menurunkan DCPIP

dan menyahwarnakannnya. Sekiranya ini berlaku, ni bermakna lebih banyak asid

askorbik diperlukan untuk menurunkan larutanDCPIP dan dengan itu tidak dapat

digambarkan kandungan vitamin C yangsebenar dalam buah.2. Sekiranya kepekatan

vitamin dalam buah tinggi, maka hanya sedikit jus buah diperlukan untuk melunturkan

warna 1 ml larutan DCPIP.

Dalam eksperimen ini, terdapat dua jenis spesimen yang digunakan; buah-buahan

tempatan yang diwakili oleh buah rambutan dan buah betik, manakala buah-buahan

import pula diwakili oelh buah kiwi dan buah lemon. Setelah dibuat eksperimen, didapati

bahawa kandungan hanya sedikit sahaja amaun jus lemon dan kiwi yang diperlukan

untuk menyahwarnakan larutan DCPIP manakala jus rambutan dan betik pula

diperlukan di dalam amaun yang banyak untuk melunturkan warna DCPIP. Ini

menunjukkan bahawa buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih

banyak berbanding buah-buahan tempatan. Oleh yang demikian, hanya sedikit sahaja

dos jus buah-buahan import yang diperlukan untuk melunturkan larutan DCPIP

berbanding jus buah-buahan tempatan.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Buah-buahan import mempunyai kandungan vitamin C yang lebih

banyak berbanding buah-buahan tempatan. Oleh yang demikian, dos yang diperlukan

oleh jus buah-buahan import untuk menyahwarnakan larutan DCPIP lebih sedikit

berbanding jus buah-buahan tempatan.

Page 18: PRAKTIKAL 1 -2

Rujukan:

1. Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala

Lumpur : Fajar Bakti

2. Lum How Kee (2000). Biology The Living Science. Singapore: Pearson

3. Kaskel, Albert and Hummer, Paul J (2003). Biology an everyday experience. New

York : GlencoeMcGrraw Hill

4. Food Test (t.t. & t.p.). Dicapai pada 15 Februari 2012 di

http://www.biotopics.co.uk/nutrition/footes.html

5. Food Chemistry Testing (t.t. &t.p). Dicapai pada 14 Februari 2012 di

http://www.sciencecompany.com/sci-exper/food_chemistry.htm

6. Vitamin C (t.t. & t.p.). Dicapai pada 16 Februari 2012 di

http://en.wikipedia.org/wiki/Vitamin_C