Present Icmet

13
KAJIAN DIAGNOSIS PENYAKIT ARTHRITIS MENGGUNAKAN MESIN PENGIMBAS ULTRASOUND Khairul Fahzan Bin Salleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor [email protected]

description

presentation slide icmet

Transcript of Present Icmet

Page 1: Present Icmet

KAJIAN DIAGNOSIS PENYAKIT ARTHRITIS MENGGUNAKAN MESIN PENGIMBAS

ULTRASOUND

Khairul Fahzan Bin SallehPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor [email protected]

Page 2: Present Icmet

Abstrak

• Kajian Diagnosis Penyakit Arthritis Menggunakan Mesin Pengimbas Ultrasound adalah penggabungan antara peralatan perubatan iaitu pengimbas ultrasound dengan masalah kesihatan iaitu penyakit arthritis. Dengan perkembangan teknologi ultrasound ia mampu untuk mengesan penyakit gout melalui imej kristal yang terhasil pada bahagian sendi yang diuji. Kajian ini merupakan kajian klinikal dimana pesakit akan di imbas menggunakan mesin pengimbas ultrasound mengikut kaedah yang betul bagi prosedur untuk mendapatkan paparan imej yang sepadan. Sampel kajian merupakan warga Politeknik Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah. Bagi memastikan kesahihan penyakit gout pesakit akan terlebih dahulu di uji dengan ujian paras asid uric.

• Kata kunci: ultrasound, arthritis, gout

Page 3: Present Icmet

PENGENALAN• Perkataan arthritis adalah berasal dari perkataan arthro iaitu sendi dan itis pula adalah

keradangan .Gout adalah sejenis  penyakit dari kelompok penyakit arthritis yang mana ia merupakan penyakit di kalangan keluarga rheumatism disorder atau penyakit sendi. Didalam kelompok arthritis terdapat pelbagai arthritis yang biasa dijumpai iaitu osteoarthritis, rheumatoid arthritis, gout arthritis dan sebagainya. Ia boleh menyebabkan serangan sakit secara tiba-tiba, kekejangan dan bengkak dalam sendi, biasanya ia menyerang sendi-sendi di jari kaki, buku lali serta lutut.  Serangan ini  boleh berlaku  berulang kali kecuali ia dirawat sebaiknya.  Dalam masa yang sama ia mampu untuk memudaratkan sendi, tendon dan tisu lembut yang lain.

 • Gout arthritis ataupun lebih mudah dipanggil sebagai gout boleh berlaku

disebabkan oleh terlalu banyak kandungan asid urik dalam darah.  Apabila tahap asid urik di dalam darah adalah terlalu tinggi, asid urik boleh termendap dan membentuk  kristal yang keras di antara sendi. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi untuk mendapat arthiritis adalah disebabkan mempunyai berat badan yang berlebihan, minum  terlalu banyak alkohol, atau makan terlalu banyak daging dan ikan yang tinggi dalam bahan kimia yang dipanggil purin. 

 

Page 4: Present Icmet

• Pengimejan imbasan ultrasound, juga dikenali sebagai ultrasound, adalah melibatkan  mendedahkan  bahagian badan kepada frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej bahagian dalam badan.  Pengimejan ultrasound tidak  menggunakan sinaran mengion seperti x-ray. Oleh yang demikian ia mampu untuk memaparkan  struktur  dan pergerakan organ-organ dalaman badan serta darah yang mengalir melalui saluran darah.

• Dalam prinsip operasi ultrasound, transduser akan menghantar gelombang bunyi dan menerima gelombang bergema. Gelombang yang diterima ini akan serta-merta  diukur  dan dipaparkan oleh komputer dan seterusnya akan menghasilkan gambar dalam bentuk real-time. 

•  

Page 5: Present Icmet

PERNYATAAN MASALAH

• Dewasa ini ramai dikalangan warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang mengalami sakit kaki. Keadaan ini adakah disebabkan oleh penat berjalan, kasut tidak sesuai ataupun masalah kesihatan yang lain, tanpa diduga mereka merupakan salah seorang yang tergolong dalam kelompok pesakit yang menghidap gout. Bagi mereka yang mengetahui mereka tergolong pun hanya melalui ujian darah terhadap paras asid urik. Tapi apakah yang mengganggu sendi mereka tidak dapat dipastikan. Melalui permasalahn ini penggunaan mesin pengimbas ultrasound dapat mengesahkan adakah mereka tergolong ataupun tidak dalam golongan gout

Page 6: Present Icmet

OBJEKTIF KAJIAN

• Mengaplikasikan pengimbas ultrasound untuk mengenalpasti penyakit gout.

• Melihat perbezaan imej diantara pesakit yang menghidap gout dengan mereka yang bebas penyakit arthritis.

Page 7: Present Icmet

LATAR BELAKANG KAJIAN• Dalam kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Arthritis & Rheumatism (1) pengimejan

ultrasound telah dibuat perbandingan dengan modality pengimejan yang lain. Hasil yang ditunjukkan adalah kesan hakisan tulang di peringkat awal artritis rheumatoid dapat dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini, 100 orang pesakit yang menghidap rheumatoid arthritis menjalani pengimbasan ultrasound dan pengimejan x-ray tangan mereka.  Manakala 20 orang pesakit kawalan tersebut telah dipilih untuk dianalisa secara ultrasound tetapi tidak menggunakan mesin x-ray untuk perbandingan. Dalam kumpulan 100orang pesakit rheumatoid arthritis, 127 keabnormalan telah dikesan dalam 56 orang pesakit melalui ultrasound, berbanding dengan 32 keabnormalan dalam 17 pesakit yang dikesan oleh analisis x-ray. Apabila pesakit dengan artritis reumatoid peringkat awal dianalisis, 6.5 keabnormalan kali ganda lebih banyak dikesan oleh ultrasound berbanding dengan filem-filem x-ray.Terdapat kesan hakisan yang tidak mampu dikesan oleh x-ray tetapi tidak untuk ultrasound; korelasi antara hakisan yang dilihat oleh x-ray dan mereka yang didiagnosis oleh ultrasound adalah 86%.Daripada keputusan ini, penulis membuat kesimpulan bahawa ultrasound adalah satu teknik yang boleh dipercayai dengan sensitivity yang lebih besar berbanding mesin sinaran x.  Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan potensi untuk kaedah alternatif yang pantas, selamat dan sensitif kepada analisis tradisional x-ray sendi pesakit rheumatoid arthritis.

• (1)Wakefield R. J. et. al. 2000. "The value of sonography in the detection of bone erosions in patients with rheumatoid arthritis." Arthritis & Rheumatism 43:2672.

Page 8: Present Icmet

METODOLOGI KAJIAN

• Kajian makmal ini akan dibuat secara penelitian perbezaan keputusan imej yang terhasil diantara 2 kategori respondent. Kumpulan responden pertama yang mempunyai latarbelakang gout dan satu lagi yang sebaliknya

• INSTRUMEN KAJIAN

• Kajian ini akan menggunakan mesin pengimbas ultrasound yang berada di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Untuk pemeriksaan sistem muskuloskeletal, pesakit akan duduk atau berbaring di atas katil pemeriksaan atau kerusi. Gel akustik berasaskan air digunakan pada kawasan yang telah ditetapkan untuk dikaji bertujuan untuk membantu transduser membuat hubungan matching impedence supaya keputusan yang terhasil kurang dari unsur hingar. Prosedur ultrasound ini biasanya akan mengambil masa dalam tempoh 15 hingga 30minit 

Page 9: Present Icmet

• PERSAMPELAN

• Sampel yang dipilih adalah dari warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan mereka yang pernah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

• BATASAN KAJIAN

• Kajian ini hanya tertumpu kepada warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sahaja. Seramai 20 orang warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan terlibat. 10 orang pesakit goute dan 10 orang lagi yang tiada latar belakang gout akan dilipih melalui rekod pesakit Klinik Kesihatan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

•  

Page 10: Present Icmet

CARTA ALIR KAJIAN

Page 11: Present Icmet

JANGKAAN HASIL DAPATAN

• Keputusan klinikal yang dijangka adalah imej yang dipaparkan mampu untuk disepadankan dengan imej pesakit yang mempunyai penyakit gout seperti rajah 1

 

 

 

• Ultrasonographic finding in longstanding hyperuricaemia: outline of metatarsal head (arrows), slightly irregular echogenic deposition (arrowheads) on hyaline cartilage (anechoic line paralleling bony contour of metatarsal head).

Page 12: Present Icmet
Page 13: Present Icmet

Kesimpulan

• Kajian ini merupakan kajian klinikal terhadap aplikasi mesin pengimbas ultrasound. Kajian ini merupakan cetusan dari kajian-kajian aplikasi berkenaan dengan kebolehan modaliti-modaliti pengimejan perubatan yang mampu membantu untuk mengdiagnosis penyakit.

• Dengan adanya kajian ini ia akan membantu mempelbagaikan prosedur klinikal. Bukan hanya unutk mengimbas kandungan bayi untuk ibu mengandung sahaja. Kajian ini juga akan menjadi titik tolak dalam kajian aplikasi ultrasound seterusnya yang mana faedah terhadap modaliti ultrasound ini sangatlah banyak.