Presentation 1

22
KAJIAN AGAMA-AGAMA SYED HAASHIM BIN SYED ABDUL RAHMAN P 78833

description

ok

Transcript of Presentation 1

KAJIAN AGAMA-AGAMA

SYED HAASHIM BIN SYED ABDUL RAHMAN

P 78833

HUBUNGAN ANTARA AGAMA DALAM PENGAMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

Abstrak

Pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang dijajah telah meninggalkan kesan dalam masyarakat negara ini. Amalan pecah dan perintah yang menjadi formula asas bagi penjajah untuk memudahkan segala dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan. Pemisahan antara agama, bangsa dan budaya dalam segi ruang pekerjaan, tempat tinggal dan parti politik mewujudkan jurang antara agama dan bangsa untuk berinteraksi dan bersosial bagi mewujudkan satu keadaan yang kondusif. Kajian ini adalah untuk menganalisis dan mengkaji satu mekanisma iaitu sistem demokrasi yang digunapakai di negara kita ini sebagai wasilah penghubung antara agama dan bangsa.

Kemajmukkan yang wujud ini harus disusun dengan sebaiknya, agar peluang yang disediakan ini memberi manfaat yang besar. Jaminan perlembagaan dan media massa adalah agen yang utama berperanan untuk mewujudkan situasi ini.

Analisa ini dijalankan berdasarkan kajian dokumen dan temu ramah beberapa tokoh politik bagi mendapatkan maklumat dan tindak balas berkenaan peluang penyatuan antara agama ini dalam pengamalan sistem yang digunakan ini.

Analisa ini mendapati bahawa sistem demokrasi yang digunakan ini adalah antara pendekatan yang terbaik dalam mewujudkan penyatuan dan mendekatkan jurang perbezaan.

Kata Kunci: Kemajmukkan, Demokrasi, Perlembagaan, Media Massa.

Pendahuluan Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang agama, bangsa, bahasa dan budaya dengan keunikannya yang tersendiri. Namun begitu, kemajmukan ini turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam misi menjayakan pembangunan negara ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara contoh dalam pembangunan masyarakat budaya dan agama yang pelbagai. Justeru, satu mekanisma yang bersifat menyeluruh dan perlu digunapakai untuk merealisasikan dan mewujudkan hubungan antara agama dan kaum yang berlandaskan realiti dan mentaliti tempatan. Kepelbagaian agama, budaya dan bangsa merupakan satu fitrah yang perlu dihargai dan dihubungkan. Pada dekad akhir ini, demokrasi menjadi agenda utama para negarawan dan intelektual terutamanya di dunia ketiga. Persoalannya bagaimana mencari model pemerintahan yang mampu menggabungkan tuntutan efektif dan birokrasi dengan mencipta dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat, jasmani dan spritiual. Demokrasi Sebagai Jalan Penghubung Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa membawa bersama-sama mereka adat resam, bahasa, agama, dan cara hidup yang berlainan malah mungkin bertentangan antara satu dengan yang lain. Oleh kerana binaan majmuk yang kompleks ini, membuatkan penelitian sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan menjadi satu perkara yang amat penting

Pembinaan dan pembentukkan sesebuah negara dengan mewujudkan peluang dan ruang kepada rakyat dalam menentukan bentuk dan visi merupakan satu mekanisma yang berkesan dalam membentuk acuan yang kukuh. Penilaian dan penghayatan kepada perbezaan dan pertentangan mampu dilunasi dan diatasi dengan meletkkan garis perbezaan dan persamaan dalam lingkungan dan naungan nilai-nilai demokrasi, di bawah undang-undang dan naungan perlembagaan yang disepakati. Amalan demokrasi yang sihat membantu akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan bersandarkan undang-undang. Pada asasnya, pengamalan demokrasi ini, membentuk sikap dan nilai di dalam diri masyarakat, tentang keperluan dan hubungan untuk mewujudkan suatu bentuk kehidupan kearah melahirkan masyarakat yang berwawasan dan tersemai nilai-nilai yang baik. Ruang dan peluang yang diwujudkan dalam lingkungan masyarakat seperti kebebasan bersuara, memilih perwakilan serta hak untuk memilih dan mengamalkan agama, adalah satu keadaan yang kondusif iaitu wujdukan sikap toleransi dan menghormati pandangan bagi setiap kelompok parti politik, agama dan bangsa dalam menjalankan kegiatan mereka. Semua hak asasi manusia adalah sejagat, tidak dapat dipisahkan, bergantung antara satu sama lain dan berkaitan. Walaupun kepentingan negara dan daerah dan latar belakang sejarah, budaya dan agama perlu diambil kira, ia menjadi tugas negara, tanpa mengira sistem politik, ekonomi dan budaya serta agama untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan ini. Dalam mengamalkan hak dan kebebasannya, semua orang tertakluk hanya kepada had-had yang ditentukan oleh undang-undang supaya ia tidak menyekat hak dan kebebasan orang lain dan dapat memastikan syarat yang adil seperti kepentingan moral, ketenteraman awam dan kebajikan awam di dalam sebuah masyarakat yang demokratik .

Pengamalan demokrasi atau pembentukkan halatuju sesebuah negara yang barasal dari rakyat, dengan rakyat dan untuk rakyat merupakan peluang yang mesti dihargai dan digunakan dengan sepenuhnya oleh seluruh masyarakat.

Namun, ini tidak bermakna bahawa kebebasan ini bersifat mutlak, tetapi menjadi suatu kemestian kepada semua negara, bahawa kebebasan ini dinaungi oleh sebuah perlembagaan yang menjadi rujukan utama.

Oleh itu, Malaysia yang mengamalkan sistem ini turut menjadikan perlembagaan ini bukan hanya menjadi panduan membina halatuju, tetapi perlembagaan ini juga berperanan menjadi tempat untuk mengikat seluruh warga bernaung dalam suatu naungan.

Perlembangaan Sebagai Pusat Penyatuan Perlembagaan merupakan suatu dokumen yang paling penting dan tinggi kedudukkannya dalam pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan mengandungi peraturan asas dan undang-undang bagi seseuah negara. Perlembagaan juga adalah sebagai menifestasi sistem politik dan pentadbiran kerajaan yang dipraktikkan dalam sesebuah negara. Pembentukkan undang-undang mesti selaras dan sesuai dengan semangat perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan adalah suatu dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagi-bahagikan dan digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-institusi negara Antara tujuan utama pembentukkan perlembagaan adalah untuk menjelaskan peranan, hak dan tanggungjawab rakyat sebagai warganegara yang menentukkan kelangsungan sesebuah negara dan menjamin keamanan, keharmonian sesebuah negara. Menurut (Mohd Salleh Abbas) Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai banyak agama. Rakyat dinegara ini mengamalkan agama-agama yang berlainan seperti Hindu, Buddha, Kristian dan kepercayaan lain. Perlembagaan negara adalah merupakan sumber utama untuk kefahaman setiap warganegara dan pembinaan kenegaraan. Setiap rakyat perlu akur dan menghormati intisari dan semangat perlembagaan. Pembentukkan perlembagaan adalah permuafakatan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Pembentukkan kepada permuafakatan dan penyatuan masyarakat, jaminan perlembagaan dalam meletakkan hak kebebasan asasi setiap perkara dan pengamalan dalam ajaran setiap kaum merupakan inti yang paling utama untuk meletakkan dan menjamin keadilan bagi setiap agama dan bangsa. Kebebasan asasi itu sesungguhnya mungkin berubah mengikut setiap masyarakat yang memilih untuk mentakrifkannya.

Dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia Sembilan kebebasan atau hak digolongkan sebagai asasi. Kebeasan itu ialah, Kebebasan Diri, Bebas dari abdi dan menjalankan kerja paksa, Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang, Sama rata, Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, Kebebasan beragama, Hak-hak berkenaan pelajaran dan Hak terhadap harta

Menurut (Mohd Salleh Abbas) Peruntukkan perkara 3 perlembagaan Malaysia yang mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah memberikan pertimbangan kepada kepercayaan lain. Justeru itu, Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan yang menyebut tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Kebebasan beragama dijamin bagi semua agama dan setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal 4, untuk mengembangkannya. Kebebasan asasi yang termaktub dalam perlembangaan merupakan asas yang mesti difahami dan dihayati oleh semua. Kebebasan Asasi mengikut tatabahasa peruntukkan perlembagaan yang ia menjadi sebahagian daripadanya, ternyata sebagai mutlak: Kebebasan menganuti dan mengamalkan sesuatu agama, kebebasan dari percukaian khas, tetapi bukannya secara umum, untuk membantu sesuatu agama yang lain dari agamanya sendiri, Kebebasan suatu kumpulan agama untuk menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri, menubuh serta menyenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, Hak tidak menerima ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang suatu agama lain daripada agamanya sendiri. Perbezaan bangsa, budaya dan agama, merupakan satu cabaran yang seharusnya disedari oleh semua masyarakat bagi memastikan kemakmuran, keharmonian dan semangat patrotisma yang telah dibina ini terus dikekalkan dan disemai kepada ganerasi yang baru. Hubungan antara agama dan bangsa adalah isu yang begitu asas dan merupakan tapak yang utama dalam menjayakan visi dan misi ini. Cetusan dan perlakuan yang membawa kepada pergeseran dan pertembungan adalah satu tindakan yang sesekali menyalahi semangat perlembagaan dan hilangnya nilai patrotisma yang membawa negara lebih maju kehadapan. Peruntukkan terhadap hak asasi setiap agama dan bangsa ini tidak sesekali boleh dipandang ringan dan digugat oleh mana-mana pihak. Peruntukkan yang termaktub ini menjadi rujukkan dan panduan oleh semua agama dan bangsa untuk saling bertaut dan mewujudkan tali perpaduan dalam masyarakat.

Media Sebagai Wasilah Perpaduan Media merupakan aspek penting bagi memastikan segala perancangan, wawasan dan halatuju yang dirangka mencapai matlamat dan dapat dijayakan. Media adalah agen terbesar di Malaysia sama ada media elektronik atau media cetak dalam memainkan peranan sebagai lidah rasmi kepada sesuatu parti, kaum sebagai penyampai dan penghubung kepada masyarakat luar tentang isu dan perkara yang berlaku dalam kelompok tersebut. Kemajmukkan atau kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia, tidak menghalang masyarakatnya untuk setiap kelompok melaporkan segala peristiwa seperti perayaan dan sambutan hari kebesaran setiap agama atau bangsa. Media massa adalah wasilah terbaik untuk lebih mempromosikan dan bertindak sebagai alat penyatu bagi semua masyarakat untuk mendapatkan info tentang sesuatu budaya atau amalan agama melalui media arus perdana ini.Di Malaysia, demokrasi kewartawanan dan etika media massa masih menjadi perdebatan umum walaupun kebebasan media telah diberikan ruang dalam proses partisipasi demokrasi apabila akta-akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dimansuhkan kelak. Tetapi pandangan ahli akademik komunikasi di Malaysia bahawa kawalan yang ketat terhadap penyebaran maklumat yang meluas adalah wajar sebagai asas bagi tindakan politik dan kestabilan serta perkembangan negara adalah lebih diutamakan dan perkara yang berkaitan dengan individu dianggap tidak penting juga tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja. Dan pada masa yang sama fungsi media baru yang semakin popular dan mengatasi peranan media konvensional ini juga perlu dianalisis secara kritikal. Pengawasan dan pemantauan terhadap berita dan maklumat yang disampaikan oleh media arus perdana ini, menjadi satu kewajaran oleh pihak pemerintah agar segala maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tidak mempunyai unsur yang ebrsifat permusuhan. Kemajmukan atau kepelbagaian yang wujud dinegara ini, seharusnya dihormati dan diberi peluang kepada setiap agama, bangsa atau kelompok untuk mengenengahkan segala maklumat kepada masyarakat bagi mengelakkan segala perbezaan itu menjadi satu agenda untuk terus dibincangkan mengatasi segala bentuk perkongsian bersama seperti hak sebagai warganegara, pendidikan dan sebagainya menjadi penghalang untuk melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan kondusif.

KESIMPULAN Kemajmukkan yang wujud di dalam masyarakat Malaysia kini yang terdiri daripada pelbagai agama, budaya dan bangsa telah membentuk satu keadaan yang begitu kompleks dan dinamik. Mekanisma yang digunakan dalam mencari titik temu bagi menyatukan dan mendekatkan jurang perbezaan adalah satu perkara yang perlu di ambil perhatian yang khusus. Pendekatan demokrasi yang diamalkan sejak sekian tahun terdahulu, membolehkan beberapa titik perbezaan dari sudut pengamalan budaya dan agama serta hak sebagai seorang warganegara dapat dipadukan dan diikat berlandaskan perlembagaan. Jaminan dan peruntukkan perlembagaan yang digunapakai oleh seluruh masyarakat adalah mekanisma yang terbaik dalam bertindak sebagai tali pengikat bagi setiap agama, bangsa dan budaya untuk menjalankan segala aktiviti mereka dengan bebas.

Keharmonian, kedamaian dan toleransi yang merupakan agenda utama setiap individu dalam masyarakat Malaysia tidak mampu dikecapi sekiranya setiap agama dan bangsa hanya memikirkan kepentingan sendiri. Media massa yang menjadi agen penyatu haruslah memainkan peranan dalam menyemai sikap toleransi ini. Oleh itu, perbezaan dan kepelbagaian ini harus diikat dan dipadukan bagi mewujudkan kondisi yang harmoni dan melangkah sebagai sebuah Negara yang maju dan berwawasan.