Presentation 1

37
Huraian dan tafsiran sukatan pelajaran pendidikan kesihatan KSSR

description

1

Transcript of Presentation 1

Huraian dan tafsiran sukatan pelajaran

pendidikan kesihatan KSSR

Kandungan Pendidikan Kesihatan

• memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama

iaitu :• Modul 1 : Kesihatan Fizikal• Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial• Modul 3 : Kesihatan Persekitaran• Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan• persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,• keselamatan dan pertolongan cemas.

Modul 1 : Kesihatan Fizikal

• Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal sertapenjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. • Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan• penyalahgunaan bahan.

Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial

• Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosidan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahandalam kehidupan. • Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan

serta perhubungan.

Modul 3 : Kesihatan Persekitaran

• Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatanpersekitaran. • Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan

pertolongan cemas.

Fokus

• Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). • Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun

diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Pemakanan Pertolongan Cemas

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKANKESIHATAN

• Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan.

• PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.

• PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata.

• PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat

dalam kehidupan.

Objektif PEERS Adalah untuk membantu murid :(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.

• PEERS merangkumi :(i) Kesihatan diri dan reproduktif• Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,fisiologikal serta

psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif.(ii) Penyalahgunaan bahan• Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah,

inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata ‘TIDAK’.(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi• Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,keluarga, rakan

sebaya dan masyarakat.

iv) Kekeluargaan• Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,peranan dan

tanggungjawab ahli dalam keluarga.(v) Perhubungan• Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang

positif dalam persaudaraan serta persahabatan.(vi) Pencegahan penyakit• Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit

berjangkit, tidak berjangkit,genetik, keturunan dan mental.

(vii) Keselamatan• Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,taman

permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.

CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU

Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah (35 waktu setahun)

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (REERS)

75% 26 waktu =780 minit

Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit

Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit

Pentaksiran

Sumber: Dokumen Standard Prestasi

Pendidikan Kesihatan (Tahun 1- tahun 3)

Tahun 1

Tahun 2

Sumber:Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Kesihatan

Tahun 4 – tahun 5

Konsep kesepaduan

Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).

• Penyatuan dua atau lebih subjek yang menjadi satu mata pelajaran yang bersepadu dan membekalkan murid dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing

• Gabungan beberapa ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai-nilai dalam mata pelajaran lain secara menyeluruh.

• Tujuan: Untuk membantu murid memahami dan menghayati sejauh mana mata pelajaran dan kemahiran di sekolah berhubung-kait antara satu sama lain

Kesepaduan yang berbentuk “intra”

Contoh : Ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran.

Dalam Pendidikan Kesihatan, kemahiran mengurus konflik dan stres boleh diselitkan dengan nilai murni dan moral.

Kesepaduan yang berbentuk “inter”

Contoh : Mendedahkan konsep sistem otot, sistem tulang dan fungsi-fungsi tubuh manusia yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dapat diserapkan secara

bersepadu dalam Pendidikan Kesihatan secara langsung.

Konsep penggabungjalinan• penggabungjalinan ialah proses pembelajaran beberapa kemahiran

dalam satu pelajaran atau beberapa pelajaran yang saling berkaitan.• Prinsip penggabungjalinan mengutamakan penyampaian beberapa

kemahiran dalam satu pelajaran. • Melalui proses penggabungjalinan, beberapa kemahiran dikuasai Serentak iaitu kemahiran lisan, kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis.• Ini akan menjadikan proses pembelajaran menjadi sesuatu yang

bermakna melalui aktiviti yangmenarik

Bentuk-bentuk

Penggabung-jalinan

Penggabungjalinan

kemahiran bahasa

Penggbungjalinan kemahiran

mata pelajaran lain

Penggabungjalinan aktiviti

Penggabung-jalinan bahan

Penggabungjalinan bahan

Memberi tumpuan kepada bahan-bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran.

Perancangan dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.

Penggabungjalinan aktiviti

Berlaku sekurang-kurangnya menggabungkan dua aktiviti atau lebih engikut keperluan dan kesesuaian.

Merancang penggabungjalinan dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Contoh : Membaca – memahami isi -berbincang

Contoh penggabungjalinan kemahahiran bahasa :Tajuk: Tubuh saya (Tahun 1)

Kemahiran menulis Murid menamakan bahagian tubuh badan

dengan menulis jawapan yang betul di kotak yang disediakan

Kemahiran mewarnaMurid boleh mewarnakan gambar (seperti

yang ditunjukkan di sebelah kanan)

Penggbungjalinan kemahiran mata pelajaran lain• Tajuk: Tubuh saya (Tahun 1)

Bahasa Melayu (Pendidikan Bahasa Melayu)Muzik (pendidikan muzik)Pergerakan (Pendidikan Jasmani)

Bahasa Melayu

• Melengkapkan isi tempat kosong dalam lembaran kerja

Muzik

Tahun Standard kandungan Contoh penggabungjalinan1 Kesihatan Diri dan

Reproduktif1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan.

• Menyanyi (Lagu tentang tubuh badan)Contoh:Mana rambut...mana rambutIni rambut...ini rambutMana rambut kamuIni rambut sayaRambut saya...rambut saya(Lagu dinyanyikan mengikut melodi lagu “Are You Sleeping )

Pendidikan Jasmani

• Nyanyi sambil beraksi bersama dengan murid mengikut melodi lagu “Are You Sleeping”.

• Guru mengajar pergerakan dan pada masa yang guru menggabungkan muzik.

• Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan.

Konsep Integrasi

Menurut Sufean Hussein (1996), Integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.

Jenis Integrasi

Penggabungjalinan

Penyerapan

PenerapanPemulihan

Pengayaan

Konsep Penyerapan

• Proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripada berbagai-

bagai pelajaran

Unsur ilmu pengetahuan diserapkan secara bersepadu dalam satu mata pelajaran

Penerapan

• Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.

• Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

• Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang.(pembahagian murid dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum – perbincangan kumpulan)

pemulihan

• Membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dalam kemahiran asas 3M. Melalui lima kaedah iaitu:

pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya pengajaran kolaboratif.

Penggayaan

• Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas.

• Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.

• Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.