Presentation 1 s ejarah
-
Upload
nurul-shafiqah -
Category
Education
-
view
658 -
download
0
Transcript of Presentation 1 s ejarah
PERKEMBANGAN ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT
MELAYU DI FELDA JERANGAU BARAT PADA TAHUN 1993 -2012
DISEDIAKAN OLEH:NURUL SHAFIQAH BINTI CHIK
GURU PENASIHAT:PN.SARIZA BINTI ZAKARIA
Adat merisik merupakan peringkat
pertama dalam adat perkahwinan Melayu.
Tahap awal dalam menjodohkan si
teruna dan si dara adalah pertemuan wakil
keluarga teruna dengan orang tua pihak si
dara.
Dianggap penting untuk menghormati
keluarga pihak si dara.
Tujuan adat ini dilaksanakan untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati
oleh seorang lelaki itu masih belum
berpunya.
Adat ini juga dilaksanakan untuk
menyelidik latar belakang si gadis.
ADAT MERISIK
Bagi pihak si gadis pula, beberapa
kriteria akan dipertimbangkan sebelum
menerima lamaran pihak lelaki.
Antara kriteria yang dipertimbangkan
perlulah mempunyai latar belakang agama
dan pekerjaan yang baik.
Ada sesetengah pihak lelaki semasa
merisik, wakil lelaki tersebut akan
memberikan sebentuk cincin tanya berupa
cincin belah rotan.
Jika pihak si gadis menerima lamaran
tersebut, mereka akan menetapkan tarikh
pertunangan.
MEMINANG DAN
BERTUNANG
Pihak keluarga lelaki akan menetapkan satu hari untuk
menghantar rombongan meminang.
Adat ini dilakukan untuk menyatakan tujuan rasmi mereka.
Perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran
dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang
bagi memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa
majlis pertunangan kelak.
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan
dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan
saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Majlis kenduri
akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak
perempuan
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak
perempuan mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan.
Adat ini dipanggil langkah bendul.
Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat
sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri
dari ibu atau saudara perempuannya akan
menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda
ke jari manis gadis yang dilamar.
MENJEMPUT
Waris bakal pengantin(ayah atau ibu, atau orang yang
wajib dan diwakilkan) akan berkunjung ke rumah orang
tua-tua di sesebuah kampung itu untuk memberitahu
tentang hari perkahwinan itu
Mereka akan membawa tepak sireh dan terus
menjemput dan meminta sanak saudara serta sahabat
handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis
perkahwinan itu. Majlis kenduri kahwin akan dimulakan di
rumah pengantin perempuan.
AKAD NIKAH Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang
rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan
merupakan kemuncak kesasihan sesuatu perkahwinan
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin
perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.
Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk
menikahkan anaknya.
Majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis
perkahwinan diadakan
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan
diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin
lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis
Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik
untuk bertanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu.
Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum
akan tanggungjawab suami dan isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari
sudut agama.
tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan
dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik
sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.
Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak,
sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi
tersebut berpuas hati
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air
sembahyang.
Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya
yang menanti di dalam bilik yang ihias indah sambil keduanya bersalaman.
MAJLIS
PERKAHWINAN@PERSANDINGAN
Setelah tali pertunangan diikat dengan upacara naik tanda atau naik belanja, maka
ditetapkankanlah hari melangsungkan upacara akad nikah menurut tuntutan agama dan
upacara adat melangsungkan perkahwinan.
Dalam masa menemui suadara mara itu, lazimnya ada di antara mereka yang berjanji
akan memberi sesuatu sumbangan seperti beras, telur, minyak kelapa dan sebagainya.
Pemberian atau sumbangan tersebut dinamakan menanam.
Adat resam menanam membawa maksud iaitu pihak yang memberi akan menerima
kembali bahan yang serupa pada masa perkahwinan anaknya nanti. Sebagai contoh,
jikalau ia menyumbang sebanyak 200 biji telur merah maka pada masa perkahwinan
anaknya nanti dia akan diberi sumbangan telur sebanyak itu juga.
Menyediakan alat-alat atau tempat jamuan dan lain-lainnya lazimnya dikerjakan
secara sukarela oleh sahabat handai dan jiran tetangga. Dalam istilah lama ia disebut
sebagai menyeraya.
Selain kerja-kerja persiapan untuk majlis perkahwinan terdapat juga kebiasaan
bakal pengantin perempuan mengulangkaji membaca surah-surah tertentu daripada
al-Quran. Ulangkaji membaca al-Quran dilakukan jikalau bakal pengantin itu akan
melakukan upacara khatam Quran. Kadang-kadang terdapat juga satu dua orang
kanak-kanak perempuan turut serta dengan pengantin untuk melakukan upacara
khatam al-Quran juga.
Pada masa dahulu pada umumnya orang mengadakan majlis perkahwinan
selama tiga hari. Hari pertama dinamakan hari meletak kerja. Pada hari itu
diadakan upacara berandam iaitu rambut bakal pengantin perempuan diandam
dengan api. Ada juga dilakukan mengasah gigi bakal pengantin perempuan itu
Yang mengelolakan upacara-upacara tersebut ialah mak andam dan sekaligus
bertindak sebagai emak pengantin.
Maksud berandam ialah bakal pengantin perempuan dikemas serta diperelok
bulu keningnya, dicukur andam diparas disepanjang dahinya.
Pada malam hari pertama diadakan upacara berinai di pelamin. Upacara
tersebut dilakukan oleh pengantin perempuan sahaja.
Pada malam keduanya diadakan upacara yang disebut
sebagai berinai kecil. Pengantin lelaki diarak datang ke rumah
pengantin perempuan untuk melakukan upacara berinai di atas
pelamin.
Pada hari keduanya iaitu selepas waktu asar pengantin lelaki
akan dibawa sekali lagi ke rumah pengantin perempuan untuk
menjalani upacara yang dinamakan mandi berhias. Upacara
tersebut diadakan di pelantaran rumah, tidak di atas pelamin.
Hari ketiga majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari
langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat
perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.
Pada hari tersebut, majlis akan diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak
saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan
pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali.
Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan
bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah
untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan
gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya
kelihatan lebih menarik.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar
dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan
pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit.
Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya
pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang
disediakan
pengantin akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula.
Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang
dihias indah dan antara yang terdapat di atas
pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding
diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan.
Seterusnya, majls makan berdamai atau juga
dipanggil makan beradab akan dijalankan. Majlis ini
hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua
pihak.
MENYAMBUT MENANTU
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu
akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang.
Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi
sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan.
Ada juga menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa
selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa
mengadakan majlis persandingan.
Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami isteri
tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara.
Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua
pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.
PERKEMBANGAN ADAT
PERKAHWINAN MELAYU
Perkahwinan Melayu semakin hari semakin berkembang.Perkembangan yang
dimaksudkan adalah perkembangan dari segi fesyen perkahwinan, pengamalan
pantang larang sebelum perkahwinan dan lain-lain.
Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat Melayu masih mengamalkan
adat perkahwinan tersebut dan ada juga yang sudah tidak lagi mengamalkannya
lagi.
Sebagai contoh, pada zaman dahulu bakal pengantin tidak dibenarkan keluar
bersama sebelum majlis perkahwinan untuk mengelakkan berlaku tohmahan
masyarakat tetapi pada zaman moden ini bakal pengantin sudah tidak lagi
mengamalkan pantang larang ini kerana budaya hidup masyarakat sekarang.
Dari semasa ke semasa fesyen perkahwinan terus berkembang.
Sebagai contohnya, pada zaman dahulu songket menjadi pilihan
bakal pengantin. Namun begitu,pada zaman moden ini bakal
pengantin lebih memilih untuk memakai pakaian pengantin yang
lebih eksklusif.
Majlis perkahwinan pada masa kini biasanya diadakan secara
besar-besaran.
Pada kebiasannya, perkahwinan pada zaman moden bakal
pengantin memilih untuk mengambil pakej perkahwinan yang
lengkap termasuk sesi fotografi di luar seperti di pantai, taman dan
lain-lain.
Dalam adat menjemput pada zaman dahulu wakil pengantin
hanya menjemput mulut ke mulut tetapi kini wakil pengantin
menjemput dengan mengedarkan kad jemputan perkahwinan
yang mempunyai pelbagai rekaan dan corak.
Perkembangan ini juga turut berlaku dalam majlis
menyambut menantu. Hal ini kerana, majlis menyambut
menantu pada zaman moden ini sudah menjadi seperti majlis
perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan
yang juga turut diadakan majlis persandingan tetapi ini juga
bergantung kepada ekonomi seseorang.
~SEKIAN TERIMA KASIH~