Presentation Bab 6
-
Upload
ling-kebing -
Category
Documents
-
view
266 -
download
4
description
Transcript of Presentation Bab 6
Bab 6
Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak
Disediakan oleh: Ling Ke BingGeorgina LaiSim Shin YiSim Ming XiaSia Pei SanLyrene Ngu
Wong Kee HannSia Soon HaoMoses ChungKiu Kwong KingHa Ying YawLee Siew Sin
Definisi intervensi
• Proses menolong secara sistematik berdasarkan falsafah, nilai, etika dan kemahiran-kemahiran tertentu
Ezarina, 2006
• Campur tangan dalam urusan antara 2 pihak (orang, negara, golongan) lain.
Kamus Dewan Edisi
Keempat
Jenis Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak
Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak
Terapi Bermain
Terapi Seni
Kreatif
Terapi Bercerita
Terapi Seni
Terapi Muzik
Terapi Drama
Terpi Tarian
Terapi Biblioter
api
Terapi Bermain
PENGERTIAN
• Penggunaan model-model teoritis secara sistematik untuk menjalin
sebuah proses interpersonal di mana seorang terapis menggunakan
kekuatan-kekuatan terapetik dari kegiatan bermain untuk membantu
para klien dalam mencegah atau mengatasi masalah-masalah
psikososial dan mencapai taraf pertumbuhan dan perkembangan
secara optimal.
KONSEP
• Melalui aktiviti main, kanak-kanak lebih memahani dunia ini.
• Proses berulang-alik sepanjang kontinum perkembangan semasa
menjalani terapi memberi kanak-kanak peluang untuk menemui
dan meneroka identiti masing-masing.
• Unsur simbolik berhubung dengan aktiviti main memberi peluang
kepada murid untuk mengkaji serta menguji pilihan-pilihan secara
imaginasi.
• Ruang fizikal serta teraputik dibekalkan melalui aktiviti bermain.
KELEBIHAN
• Memberi kanak-kanak peluang untuk membuat pilihan sendiri
tanpa bergantung kepada orang lain.
• Membangun kembali rasa hormat dan penerimaan terhadap orang
lain dan diri sendiri.
• Mengganti pola-pola sebelumnya dalam bereaksi terhadap orang
lain dengan pola-pola yang bersifat saling menguntungkan dan
menyenangkan.
• Mengembangkan cara-cara baru untuk melatih pengendalian diri.
• Memperoleh pengalaman dan cara-cara baru dalam
mengungkapkan emosi secara tepat dalam berinteraksi.
• Belajar untuk lebih empati terhadap jalan fikiran dan perasaan
orang lain.
• Mengembangkan pandangan dan perasaan-perasaan baru
sebagai individu yang lebih baik.
CIRI-CIRI PENGAMAL
• Menghargai kanak-kanak dan melayan mereka secara murah hati
dan hormat-menghormati.
• Mempunyai sifat kecindan dan keupayaan untuk ketawakan diri
sendiri.
• Bersikap gemar bermain dan suka kepada keseronokan.
• Berkeyakinan diri dan boleh dipercayai.
• Bersifat terbuka dan jujur.
• Bersifat menerima.
• Sanggup menggunakan main dan metafora sebagai alatan
komunikasi.
• Bersifat luwes dan berupaya menangani perkara yang samar-
samar.
• Selesa bersama kanak-kanak dan gemar berinteraksi dengan
mereka.
• Berupaya menentukan serta mengekalkan sempadan peribadi.
• Mempunyai kesedaran kendiri.
PRINSIP TERAPI BERMAIN
Pengamal berfokuskan kepada
• Kekuatan kanak-kanak
• Mencerminkan perasaan kanak-kanak
• Percaya kepada potensi kanak-kanak untuk berkembang serta
berubah
• Mengiktiraf kuasa teraputik yang wujud hasil daripada hubungan
mesra dan bersifat empati.
PRINSIP-PRINSIP
Pengamal berpegang dengan prinsip :
• Mewujudkan hubungan yang mesra dengan kanak-kanak di mana
rapo yang baik dapat dibina dalam masa yang singkat.
• Menerima kanak-kanak tanpa syarat.
• Membentuk suasana bersifat permisif supaya kanak-kanak bebas
untuk melahirkan perasaan secara terbuka.
• Peka kepada perasaan yang dilahirkan oleh kanak-kanak, kemudian
membuat refleksi terhadap perasaan tersebut supaya kanak-kanak
memperoleh celikakal.
• Menghormati kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah
Yang dihadapi sekiranya diberi peluang.
• Sedia menerima hakikat bahawa proses terapi bermain akan beransur
maju mengikut masa
• Menyedari kanak-kanak tentang tanggungjawab mereka dalam sesi
terapi ini.
Proses
1. Kenal pasti seorang kanak-kanak yang mungkin boleh mendapat manfaat daripada Terapi Bermain
2. Putuskan sama ada perlu mengadakan sesi berasingan dengan kanak-kanak atau bersama
3. Dapatkan bahan-bahan yang diperlukan
4.Letakkan bahan-bahan di tempat yang senang diambil untuk setiap sesi terapi
5. Berjumpa dengan murid dan perkenalkan kanak-kanak kepada kawasan permainan.
6.Beritahu kanak-kanak tentang tempoh sesi (30min - 60min)
7. Benarkan kanak-kanak memilih bahan bermain. Jika kanak-kanak ingin menamatkan sesi itu terlebih dahulu adalah dibenar. Temu janji
baharu perlu dibuat.
8. Gunakan teknik refleksi untuk respon kepada komen-komen murid. (tulis laporan aksi)
10.Tiba masa yang ditetapkan, murid diminta berhenti dan simpan mainan. Murid tidak boleh dibenarkan untuk bermain sekiranya anda
berpendapat dia perlu menjalankan aktiviti lain.
9. Beritahu murid dengan menyatakan beberapa minit lagi yang tinggal. Prosedur ini membantu sebagai transisi ke aktiviti lain.
11. Beritahu murid bila sesi seterusnya akan diadakan.
Persediaan Untuk Melaksanakan
a. Bilik Terapi Bermain
b. Pemilihan Media Mainan
c. Kategori Media Mainan
Bilik Terapi Bermain
• Bilik khas yang lengkap dengan peralatan.
• Contoh: dulang pasir, perakam audio dan video, sinki,
• Alat main disusun dengan kemas di rak-rak yang mudah dicapai oleh
kanak-kanak.
• Terdapat juga almari besar untuk menyimpan alat-alat mainan tambahan.
• Jenis kelengkapan dan bahan keperluan terapi bermain yang disediakan
berbeza antara pengamal, dan amat bergantung kepada keperluan kanak-
kanak, serta resos dalam bentuk kewangan yang dibekalkan.
Pemilihan Media Mainan
• Bahan dan prop yang diguanakan oleh terapis
• Tujuan:
Manarik minat kanak-kanak
Melahirkan perasaan masing-masing
• Kriteria media mainan
Memupuk hubungan
Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-
kanak
Membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk
memperoleh celikakal mengenai dunia kanak-kanak
Memberi peluang kanak-kanak untuk menguji realiti
Bagi peluang meluahkan perasaan
Kukuh bentuknya
Kategori Media Mainan
• Dibahagikan kepada tiga kategori :
Mainan mencirikan kehidupan sebenar
Kategori Media Mainan
Mainan bercirikan luahan perasaan agresif
Mainan bercirikan luahan perasaan dan kreativiti
Teknik Terapi Bermain
A. Bermain dengan patung
• Tidak mengancam kanak-kanak
• Dapat melahirkan perasaan dan pemikiran mereka
Membentuk identiti diri dengan anak
patung
Tujukan perasaan kepada anak patung
Salurkan konflik mereka kepada anak
patung
• Jenis-jenis :
Pelbagai jenis dan saiz Ahli keluarga
Ahli masyarakat Pelbagai kaum
B. Bermain dengan boneka
• Mereka berpeluang untuk melakonkan pemikiran dan perasaan
yang sukar untuk dilahirkan.
• Jenis-jenis :
Ahli keluarga
kartun
binatang
Buatan kertas
C. Main pasir
• Tidak memerlukan kemahiran khusus
• Semasa main pasir, mereka boleh malakonkan semula
peristiwa, atau trauma yang telah berlaku dalam kehidupan
mereka.
• Cara menyusun mainan miniatur bergantung ruang fizikal sedia
ada.
• Bahan-bahan : dulang pasir yang separuh penuh dengan pasir
basah
Sinki
Mainan miniatur/patung kecil
• Jenis miniatur:
Manusia
Haiwan
Kenderaan
Bangunan
Lain-lain (cawan, garpu, sudu, tali)
TERAPI SENI KREATIF
Maksud
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terapi bermaksud rawatan
sesuatu pemyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan
TANPA penggunaan ubat atau pembedahan.
• Terapi Seni Kreatif (TSK) adalah penggunaan pelbagai bentuk seni dan
proses kreatif secara berhasrat untuk membantu pemulihan, pembelajaran
dan perkembangan peribadi.(Michael S. Nystul, 2006)
• Suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan proses kreatif seni untuk
mengembangkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi seseorang . (Lee
Keok Cheong, Ee Ah Meng, Supiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti, 2012)
• Melaui ekspresi yang imaginatif dan kreatif, perasaan, sensasi, pemikiran
dan tindakan seseorang dapat ditinjau dan direnung secara mendalam
untuk menghasilkan pandangan dan pemahaman, yang merupakan
pemangkin untuk mencungkil pembelajaran baru, perubahan dan
transformasi .
• TSK menggunakan pelbagai proses kreatif dan estetik dari seni
visual, seni dramatik dan persembahan, muzik, tarian/gerakan
serta mereka cerita, kewayangan, penulisan kreatif dan
sebagainya. (Choong Lean Keow, PhD,2010)
• Proses ini diiringi dan dilengkapkan dengan kaunseling
berasaskan model secara tindakan dan kemanusiaan, serta
teknik-teknik psikoterapi seperti Gestalt, psikodrama, terapi
keluarga, terapi naratif dan sebagainya.
• Proses kreatif lebih berkesan untuk membantu kita meneroja
perasaan dan pengalaman kita melalui panda-indera kita. Cara
ekspresi kreatif tersebut dapat memaparkan pengalaman tersirat
yang tidak dapat diluahkan melalui komunikasi berlisan.
• Justerunya, ia juga membolehkan kita meninjau sesuatu masalah
dan mencari penyelesaiannya dari perspektif yang berlainan.
Siapakah yang dapat memanfaatkan
• Sesuai kepada sesiapa tanpa mengira umurnya yang ingin memahami
lebih mendalam tentang diri sendiri dan perkembangan peribadi
Pelbagai situasi seperti kesihatan psikologikal, kesukaran belajar
terencat akal, masalah emosi dan tingkah laku kanak-kanak atau belia
Perhubungan sosial dan keluarga, kesedihan dan kehilangan,
kebimbangan dan trauma
Sesiapa yang ingin meneroka lebih mendalam daya intuitif dan kreatif
diri sendiri, serta berhasrat meningkatkan perkembangan professional,
penyeliaan atau penjagaan diri sendiri
Terapi Bercerita
Konsep
• Terapi bercerita adalah suatu terapi atau teknik kaunseling yang
berjaya menarik minat kanak-kanak atau pelajar.
• Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan
bercerita berkenaan dilema persendirian mereka.
• Ahli teoris mengganggap bercerita adalah satu cara yang
berkesan untuk membina rapo serta mengenali kanak-kanak
dengan lebih mesra lagi.
• Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-
kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga
mereka.
• Melahirkan perasaan yang terpendam.
• Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami
konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.
Matlamat dan keguna
an
Menggambarkan keadaan
emosi dalaman bagi setiap watak
Mengajar penyelesaian
masalah melalui cara yang kreatif
Mereflek keadaan
insan secara
universal
Menunjukkan sebab dan
akibat perjalanan
cerita
Matlamat dan Kegunaan
1. Menggambarkan keadaan emosi dalaman bagi setiap watak
Dalam cerita tersebut akan menggambarkan perjalanan pola cerita
termasuk keterangan emosi setiap watak dalam cerita itu.
Melalui terapi ini, kanak-kanak akan belajar lebih berkeyakinan
menyatakan sesuatu perasaan yang terpendam dalam hatinya
selama ini.
2. Mengajar penyelesaian masalah melalui cara yang kreatif
Dalam cerita , kanak-kanak diajar mengatasi masalah hidupan
harian melalui atau menggunakan cara yang paling sesuai.
3. Mereflek keadaan insan secara universal
Secara tidak langsung terapi cerita menerapkan ajaran bahawa
walaupun manusia atau insan itu berbeza dan unik, mereka juga
mempunyai nilai-nilai persamaan atau perlu menghadapi cabaran
masalah dan konflik yang sama.
4. Menunjukkan sebab dan akibat perjalanan cerita
Melalui watak-watak dalam cerita, pelbagai contoh manusia yang
berjaya dan gagal juga ditunjukkan.
Kanak-kanak akan belajar nilai-nilai positif bahawa seperti kata
peribahasa ini: “ Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!”
Memilih tajuk atau isi kandungan perkembangan cerita yang
bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
Pelbagai alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai seperti kad-
kad perkataan yang menarik dan berwarna warni boleh disediakan
sebelum suatu terapi cerita bermula.
Menggunakan teknik suara bercerita yang menarik.
Sebelum suatu cerita bermula, guru kena pasti semua murid
dalam kelas sudah berada dalam keadaan yang bersedia.
Prinsip-prinsip panduan terapi bercerita
Teknik-teknik
Kelembutan (Subtle)
Kreatif
Positif
Sensitif
Ajak kanak-kanak
mereka cerita
Teknik-teknik
1. Kelembutan
Walaupun guru ingin menangani masalah tertentu, guru juga tidak
boleh terlalu ghairah berkenaannya.
Cerita yang digunakan adalah berkenaan situasi yang sama tetapi
bukan yang betul-betul sama.
Contohnya:
• Adakah kanak-kanak ini baru kehilangan ibu atau bapa? Anda
boleh menggunakan haiwan-haiwan sebagai watak-watak dalam
cerita anda untuk menggantikan manusia.
2. Kreatif
Bercerita dengan kreatif dan bersemangat supaya kanak-kanak
lupa bahawa dia mempunyai perasaan sedih dan dalam keadaan
kesakitan.
Sebaliknya, kanak-kanak itu boleh melibatkan diri dalam cerita
itu sendiri.
Jika boleh, pencerita boleh menggunakan pelbagai prop seperti
boneka, patung haiwan dan papan cerita untuk membuat cerita
menarik dan merangsang murid.
3. Positif
Sentiasa akhiri cerita secara positif di mana watak-watak dalam cerita
dapat menyelesaikan masalah.
Secara tidak langsung, kanak-kanak akan diajar tentang nilai-nilai positif
melalui terapi bercerita sejak kecil lagi.
4. Sensitif
Guru mungkin boleh mencerita suatu yang berlainan daripada cerita biasa.
Contohnya, cerita arnab dan kura-kura tidak semestinya kura-kura akan
menang pada penghujung cerita. Kemungkinan arnab boleh menjadi
pemenang dalam pertandingan berlumba-lumba lari tersebut jika ia tidak
sombong dan tidak tertidur dalam proses pertandingan itu.
5. Ajak kanak-kanak mereka cerita
Guru boleh menggalakkan kanak-kanak cuba mereka atau
bercerita selain mendengar guru bercerita sahaja.
Dengan mereka cerita sendiri, kanak-kanak itu mungkin boleh
memproses peristiwa-peristiwa yang tidak menyenangkan dengan
lebih mendalam, dengan meneroka emosi dan mencapai
penyelesaian semasa dia bercerita.
Tugas guru adalah mendengar dengan teliti dan memberi kanak-
kanak itu kebebasan untuk berpura-pura.
Terapi Seni
Konsep utama
• Terapi seni ialah suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan
proses kreatif seni untuk mengembangkan kesejahteraan fizikal, mental
dan emosi seseorang.
• Satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif
dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal,
mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur.
• Dikenali sebagai terapi seni kreatif
Terapi seni
sublimasi
Lambang visual
Mendorong luahan
pemikiran positif
Melahirkan keunikan
dan kreativiti
kanak-kanak
S.Nystul, M. (2006).
Tujuan
• Menambahbaikan dan mengekalkan kesihatan mental individu
• Membantu klien mengenalpasti fikiran dan perasaan melalui lukisan
supaya klien bukan sahaja memperoleh persepsi dan penilaian
tingkahlaku dan mendapat kefahaman diri klien.
• Menambahbaik kesihatan dan pengalaman
Prosedur dan Hasil
Tiga jenis lukisan dalam terapi seni
Persediaan untuk melaksanakan
• Memilih bahan seni yang asas
Dilaksanakan dalam bilik khas yang dibekalkan dengan sinki, apron,
kekuda dan meja yang mudah dibersihkan.
Krayon, cat jari, pen marker, cat tempura, tanah liat, Play Doh,
kertas, gunting dan gam.
• Mengintepretasi Hasil karya seni terapi kanak-kanak
Media seni pilihan kanak-kanak
Proses kreatif yang dilalui bagi menghasilkan karya seni yang
berkenaan
Bentuk dan kandungan hasil muktahir
GEMBIRA BIMBANG
SEDIH MARAH
Dimensi Hasil Karya Tafsiran
Bentuk
Saiz dan kedudukan Bentuk-bentuk yang
amat kecil dan terletak
di satu sudut kecil pada
kertas lukisan
Serba kekurangan dan
tidak selamat
Bahagian yang
digelapkan
•Bahagian muka
digelapkan
•Matahari digelapkan
•Berasa segan akibat
akli baligh (tutupkan
jerawat pada muka)
•kesedihan
Warna • Biru gelap
• Kuning
• merah
• ketenangan
• kemesraan dan
kegembiraan
•Kemarahan, penuh
bertenaga
Kandunga
n
•Pemandangan yang penuh
dengan jantung
•Contengan seperti: “ ibu sayang
saya, ibu benci saya, ibu sayang
saya…”
•Alat seperti penukul, pisau dan
sebagainya.
•Kasih sayang
• tersingkir akibat kasih
sayang dan kemesraan ibu
yanbg tidak kosisten.
•Kemarahan atau perasaan
agresif bersifat pasif
Kandungan yang
melambangkan
gangguan emosi
•Tiada bentuk
manusia- hanya
mengandungi
binatang, peliharaan,
rumah, bunga, pokok
dan matahari
•Hubungan yang
renggang, tidak mesra
atau berkonflik dengan
ahli keluarga atau
orang-orang signifikan
yang lain.
Bahagian tubuh
badan yang terputus-
putus.
•Gangguan emosi yang serius
•Personaliti yang tidak terurus.
Penggunaan haiwan,
makhluk fantasi,
objek bagi mewakili
diri.
•Menyembunyikan pemikiran
dan perasaan sebenar
•Mempunyai imaginasi yang
tinggi
Bentuk yang bersifat
robot dan tegar
•Tidak luwes
•Bersifat amat defensif
Terapi Muzik
Muzik
Universal dan
kreatif.
Berkenaan dengan
apresiasi bunyi.
Manusia akan bertindak balas terhadap muzik dari segi mental, emosi, fizikal dan
rohani.
Orang pandai
menikmati muzik.
mempunyai struktur asas seperti ritma,
melodi, pic, dan tempo yang
dapat menstruktur
semula pemikiran
kanak-kanak yang
bercelaruan.
• Berupaya mengubah dan mewujudkan perasaan yang berlainan.
• Mempercepat ekspresi emosi di samping mengurangkan keresahan.
• Boleh membantu dalam isu-isu serta masalah berkaitan kesedihan, penderaan dan keintiman.
Muzik
• Muzik boleh memberi kanak-kanak peluang untuk mengenali pemikiran
dan perasaan yan terpendam.
• Hanser (1988) berkata, muzik boleh mengeluarkan hasil yang
menenangkan.
• Dianggap sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan untuk
merawat pesakit.
• Contoh: Di hospital, muzik digunakan untuk mengalihkan minda pesakit
daripada masalah fizikal mereka.
Digunakan dalam
kaunseling
• Dalam kaunseling, berfokus kepada minat dan cita rasa klien terhadap
jenis-jenis muzik yang hendak digunakan.
• Klien-klien boleh memilih untuk mendengar, menulis atau memainkan
muzik.
• Dengan mendedahkan klien kepada bentuk muzik yang baharu dan
yang tidak pernah dijumpai boleh membenarkan pendedahan
tambahan kepada klien.
• Terapi muzik menggunakan pengalaman muzik serta hubungan
teraputik untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak.
• Pengalaman muzik merujuk kepada pelbagai jenis aktiviti termasuk
mengubahsuai, membuat persembahan, menggubah, dan mendengar
lagu.
Empat aktiviti : Fleshman dan Fryear (dalam Nystul, 2003)
Pengalaman rekreasi dan berorientasikan lagu
bertujuan untuk memupuk proses sosialisasi.
Kelompok teraputik yang mendengar lagu bertujuan meningkatkan kejelekitan
kelompok.
Aktiviti yang mirip kepada psikoterapi bertujuan
meransang emosi, menggalakkan
perbincangan, memupuk pemahaman kendiri, dan meningkatkan hubungan
social.
Terapi muzik secara individu dan kelompok yang menuju kepada
masalah klien, misalnya klien berduet bagi
memupuk sifat kejarsama.
Perkara diberi perhatian semasa
pemilihan aktiviti:
• Pemilihan ini adalah berdasarkan matlamat kaunseling.
(kaunseling pemulihan atau pencegahan.
• Pemilihan berdasarkan personiliti klien.
• Pemilihan mestilah berdasarkan keperluan-keperluan individu
klien.
Ahli Terapi Muzik haruslah orang yang PROFESIONAL.
Kebaikan
Memperbaik peringkat fungsi muzik di samping menangani masalah dalam
kemahiran motor, akademik, komunikasi, interaksi social atau
emosi
Klien boleh menyanyi, bermain alat muzik atau menjalankan aktiviti
permainan di samping mendengar muzik yang berperanan menenangkan
fikiran mereka.
Kemahiran-kemahiran Ahli Terapi Muzik
Berupaya bermain
keyboard, gitar atau menyanyi.
Berupaya mengubah dan
mengubahsuai lagu-lagu yang mudah
dan berupaya memimpin individu
atau kumpulan untuk bernyanyi dan bermain alat muzik.
Berupaya menilai peringkat
fungsional klien melalui
penggunaan muzik.
Berupaya mengambil
bahagian dalam perancangan
rawatan susulan dengan ahli
professional lain.
Terapi Drama
Pengenalan
• Pengasas psikodrama: Moreno
• Psikodrama:
-sejenis drama terawal sekali yang digunakan sebagai alat terapi.
• Psikodrama :
• Cara mengeksplorasi jiwa manusia melalui aksi dramatik.
Tujuan
• Memperoleh pengertian yang baik tentang dirinya sehingga
dapat menemukan konsep diri, dan reaksi-reaksi terhadap
tekanan yang dialaminya.
DEFINISIMenurut Johnson (Nystul, 2003)
• Penggunaaan drama kreatif bertujuan untuk mencapai matlamat
psikoterapi iaitu :
Psikoterapi
Integrasi emosi dan
fizikal
Pertumbuhan kendiri
Rawatan simptom
yang muncul
• Ia merangkumi main peranan yang berkaitan dengan
penggunaan teater kreatif sebagai media untuk
pernyataan kendiri.
Membantu dalam menyelesaikan masalah
Membuat keputusan dan meramal kemungkinan masalah peribadi sosial-emosi
Membantu dalam kesan pembelajaran
Untuk menawarkan peluang hiburan
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
Dapat melahirkan perasaan dalaman mereka.
Meningkatkan perasaan atau emosi
Tujuan
KONSEP UTAMA
Memberi kanak-kanak peluang utk belajar drpd pengalaman ; sama ada
benar atau imaginasi mereka
Konflik emosi lebih mudah difahami apabila
dipindahkan dalam bentuk aksi.
Memberi peluang untuk luahan perasaan yang mendalam, pemikiran,
impuls dan aksi
TEKNIK
Main peranan secara spontan
(nadi terapi drama)
Gerakan
Mimos
Mainan boneka
Peraturan mesti
diterangkan dengan jelas
Peserta mestilah sentiasa sukarela
Aktiviti pergerakan ini
boleh dijalankan
dengan iringan muzik atau sebaliknya
Contoh :meniru sifat semulajadi
haiwan dengan melahirkan perasaan mereka
Peranan Guru Kaunselor
• Menilai reaksi pelajar dalam situasi berbeza.
• Menerapkan terapi drama dengan penuh tanggungjawab.
• Persediaan pelajar haruslah jelas tentang tujuan, objektif dan
faedah drama.
• Elakkan kritikan personaliti.
• Peraturan mesti diterangkan dengan jelas.
Kelemahan
Kurang penglibatan secara aktif bagi murid pasif
Memerlukan tempoh masa yang panjang bagi merancang
Ruang terhad
Terapi Tarian
Pengenalan
• Juga dikenali sebagai terapi pergerakan.
• Bermula sekitar tahun 1940-an di Amerika Syarikat.
• Hasil gabungan antara tarian model dan psikiatri yang dipelopori oleh
Marian Chace.
• Sebagai satu cara merawat masalah emosi, kognitif, fizikal dan
sosial.
Konsep Utama
1. Minda dan tubuh badan adalah saling berkaitan.
2. Gerakan boleh mencerminkan mood klien di samping
menunjukkan kelenturan/ketegaran mereka.
3. Ekspresi kendiri kanak-kanak dilahirkan dalam bentuk tarian.
Matlamat
a. Meningkatkan koordinasi kaki dan tangan semasa bergerak dalam
tarian;
b. Meningkatkan hubungan antara kanak-kanak dan guru bimbingan
dan kaunseling;
c. Menggalakkan ekspresi diri melalui pergerakan bebas dalam tarian.
d. Meningkatkan interaksi sosial dengan rakan semasa menari dalam
kumpulan;
e. Memberi kanak-kanak peluang untuk melahirkan impuls agresif
secara sublimasi;
f. Merangsang, memberikan tenaga dan menenangkan tubuh badan
kanak-kanak;
g. Meningkatkan keyakinan diri;
h. Menimbulkan rasa gembira.
Masalah-masalah Dalam Pelaksanaan:
• Masalah Guru
• Masalah Komunikasi
• Masalah Fizikal (pergerakan terbatas)
• Pengurusan Bilik Darjah
• Kekurangan Peralatan
• Ketidaksesuaian Bilik Terapi
Kaunseling Biblioterapi
Pengenalan
• Kaunseling biblioterapi paling awal digunakan pada zaman Yunani.
• Kauseling biblioterapi adalah bacaan bahan penulisan yang terbimbing
bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah
klien.
• Dikenali sebagai “bimbingan melalui bacaan”.
• Melalui kaunseling biblioterapi, bukan dapat menyelesaikan masalah
kanak-kanak sahaja, tetapi juga dapat meningkatkan perkembangan
kanak-kanak.
Konsep Utama
Konsep
Unsur Kesejagata
n
Identifikasi
CatharsisCelikakal
Penyelesaian Masalah
Konsep Utama
Meminumkan perasaan serba salah, malu dan pengasingan.
Unsur Kesejagatan
Mengambil masa untuk tercapai dan berlaku secara beransur-ansur.
Penyelesaian Masalah
Mengaitkan diri dengan watk tertentu dalam buku.
Identifikasi
Membuat pendedahan kendiri dan catharsis(luahan perasaan tanpa had).
Catharsis
Memperoleh celikakal melalui membaca dan membuat perbandingan dengan alternatif penyelesaian.
Celikakal
Jenis Buku Yang digunakan:
Jenis
Cerita Pendek
Biografi
Buku Bantu- kendiri
Cerita Dongen
g
Buku Gambar
Jenis Buku dlm K. B
Cerita Pendek
Cerita-cerita yang menggambarkan konflik khusus serta kebimbingan yang terhasil adalah pilihan yang terbaik sekali.
Kanak-kanak akan mengaitkan diri dengan watak dalam cerita ketika mendengar dan membaca cerita itu.
Jenis Buku dlm K. B
Biografi
Biografi menceritakan bagaimana kanak-kanak yang menjadi anak angkat menangani masalah yang mereka dihadapi.
Kanak-kanak akan belajar bagaimana watak dalam cerita mengatasi konflik,
kesukaran dan sebagainya.
Jenis Buku dlm K. B
Buku Bantu-kendiri
Buku-buku bantu kendiri khas untuk kanak-kank sudah ada dalam pasaran.
Skop buku-buku ini agak meluas – motivasi, kemahiran komunikasi yang berkesan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran sosial, dan sebagainya.
Jenis Buku dlm K. B
Cerita Dongeng
Cerita dongeng amat digemari oleh kanak-kanak kerana dapat melayani dunia fantasi mereka.
Cerita-cerita ini juga menceritakan tentang cara-cara menyelesaikan masalah hidup berdasarkan imaginasi mereka.
Jenis Buku dlm K. B
Buku Gambar
Kanak-kanak amat suka gamabr yang mengandungi sedikit perkataan tetapi gambar yang berwarna-warni dan jelas.
Kebanyakan buku ini mencerminkan pemikiran dan perasaan kanak-kanak. Ia mudah bagi kanak-kanak untuk mengaitkan diri mereka dengan watak yang berkenaan.
Uji Minda
1. Sila nyatakan prosedur menggunakan terapi bermain untuk
menggalakkan murid di atas meluahkan sebabnya bertindak
sedemikian sekiranya murid di atas berdiam diri semasa sesi
kaunseling dijalankan.
1. Bersifat aktif
2. Sentiasa mengganggu pengajaran dan pembelajaran
dengan mengacau kawan
Kenal pasti samaada murid berkenaan boleh mendapat
manfaat daripada terapi bermain.
Putuskan sama ada perlu mengadakan sesi berasingan
atau bersama.
Dapatkan bahan-bahan yang diperlukan .
Letakkan bahan-bahan di tempat yang senang diambil untuk
setiap sesi terapi.
Berjumpa dengan murid tersebut dan perkenalkannya kepada
kawasan permainan.
Beritahukan murid tersebut tentang tempoh sesi (30min -
60min)
Benarkan murid tersebut memilih bahan bermain. Jika
murid tersebut ingin menamatkan sesi itu terlebih
dahulu adalah dibenar. Temu janji baharu perlu dibuat.
Gunakan teknik refleksi untuk respon kepada komen-komen
murid.
Beritahu murid dengan menyatakan beberapa minit lagi
yang tinggal. Prosedur ini membantu sebagai transisi ke
aktiviti lain.
Tiba masa yang ditetapkan, murid diminta berhenti dan
simpan mainan.
Beritahu murid bila sesi seterusnya akan diadakan.
2. Jika anda merupakan seorang guru kaunseling, apakah terapi yang
akan anda gunakan bagi membantu Susan? Cadangkan aktiviti yang
boleh dijalankan.
Susan seorang pemain kitar yang terkenal di sekolah.
Walaubagaimanapun, dia seorang yang pendiam dan tidak pandai
menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Walaupun Cikgu
Azlan telah menggunakan terapi bermain semasa sesi kaunseling ,
tetapi Susan masih tiada kemajuan dalam penyampain mesej .
Terapi muzik.
• Aktiviti:
• Mendengar lagu yang Susan gemar
• Membina rapo dengan Susan
• Berkongsi maklumat mengenai penyanyi idaman atau lagu yang
digemari, malahan mesej yang terkandung dalam lagu
• Menulis lirik lagu
• Latiha pratikal guna alat muzik
Sumber RujukanBuku:
Choong Lean Keow, 2010. Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Kuala Lumpur, Percetakan Seasons Sdn. Bhd
Hajah Noresah bt. Baharom, 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur, Dewana Sdn. Bhd.
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Michael S. Nystul (2006). Introduction to Cpunselling :An Art And Science Perspective, (3rd ed.).United States of America. Pearson Education
S.Nystul, M. (2006). Introduction to counseling. United State of America: Pearson Education, Inc.
Aitikel:
Ezarina Zakaria. 2006. Prinsip kerja sosial. Dalam Khidmat Sosial Malaysia, Penerbit Universiti Malaya.
Laman Web:
Meiti subardhini Dorang Lumpuri (tiada).Terapi bermain.Dimaut turun pada 20.1.2015 daripada http://www.academia.edu/5765241/TERAPI_BERMAIN
Nur(2011).Keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid tahun 5 bagi tajuk ’kitaran air’ , diperolehi 20 Januari 2015, dipetik dari http://ipgmkdri.Edu.My/ibrahim/sampel4.Pdf
Nurul Fatihah binti Che Rashid(2012).Terapi Pergerakan Kreatif.2015/01/20dimuat turun dari http://specialseekers.blogspot.com/2012/04/terapi-pergerakan-kreatif.html