Presentation FUTSAL

16
FUTSAL DI SEDIAKAN OLEH : NORAIDAWATI BINTI NOORZALI UNIT PRASEKOLAH KDPM/KEMAS MEI 2008

Transcript of Presentation FUTSAL

Page 1: Presentation FUTSAL

FUTSAL

DI SEDIAKAN OLEH :NORAIDAWATI BINTI NOORZALI

UNIT PRASEKOLAH KDPM/KEMAS MEI 2008

Page 2: Presentation FUTSAL

PENGENALAN• Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalam dewan yang terletak di bawah seliaan badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA)

• Perkataan Futsal berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón bermaksud ‘bola sepak dalam dewan’.

Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan

Page 3: Presentation FUTSAL

SEJARAH FUTSAL Futsal dicipta di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan

Carlos Ceriani

Kejohanan antarabangsa pertama pada tahun 1965, Piala Amerika Selatan pertama dimenangi Paraguay . Enam kejohanan Piala Amerika Selatan berikutnya diadakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu bersih oleh Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama pada tahun 1980 dan menang lagi pada kejohanan berikutnya pada tahun 1984.

Kejohanan Dunia Futsal pertama diadakan di Sao Paulo, Brazil, pada tahun 1982, juga dijuarai Brazil. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejohanan Dunia ke-2 tahun 1985 di Sepanyol, tetapi akhirnya tewas kepada Paraguay dalam Kejohanan Dunia ke-3 tahun 1988 di Australia.

Page 4: Presentation FUTSAL

FUTSAL DI MALAYSIADi Malaysia, kehangatan futsal mula menular hanya sejak 5

tahun kebelakangan ini di mana semakin banyak gelanggang futsal dibina di seluruh negara.

Antara kejohanan yang popular adalah Karnival Futsal I-Metro anjuran akhbar Harian Metro, yang dianjurkan hingga ke peringkat kebangsaan.

Malaysia telah mencadangkan untuk menubuhkan Liga Futsal Kebangsaan. Diharap semoga FAM segera merealisasikan penubuhan Liga Futsal Kebangsaan untuk menyemarakkan lagi perkembangan sukan futsal di Malaysia.

Page 5: Presentation FUTSAL

KEMAHIRAN ASAS MENENDANG BOLA

Tendangan leret Tendangan Jauh / Lambung

HANTARAN BOLA

Terdapat 3 teknik asas hantaran bola leret iaitu hantaran bahagian dalam kaki, hantaran bahagian luar kaki dan kekura kaki. Pilihan teknik anda bergantung kepada keadaan dan situasi permainan.

Hantaran bahagian dalam kaki Hantaran bahagian luar kaki Hantaran dengan kekura kaki

Page 6: Presentation FUTSAL

MENGGELECEK

Menggelecek membantu anda mengekalkan penguasaaan bola apabila anda melepasi pemain lawan atau ketika anda masuk ke ruang terbuka. Anda boleh menggunakan pelbagai permukaan kaki anda (dalam, luar, kekura,tapak) untuk mengawal bola semasa menggelecek. Dalam keadaan sebenar menggelecek boleh dianggap sebagai satu seni dan bukannya satu kemahiran. Anda boleh membentuk gaya anda sendiri, mencorakkan pergerakan anda, yang pentingnya ia mencapai matlamat asas mengalahkan pemain lawan semasa menguasai bola.

Page 7: Presentation FUTSAL

MENERIMA DAN MENGAWAL BOLA

Menerima bola dengan teknik yang betul adalah salah satu kemahiran asas yang penting bagi pemain futsal dan bola sepak, ini kerana penguasaan bola hasil daripada kemahiran ini dapat membentuk satu rangkaian yang menghubungkan kelima-lima pemain dalam satu pasukan.Menerima Bola LeretMenerima bola dengan bahagian dalam kakiMenerima Bola dengan bahagian luar kaki

Page 8: Presentation FUTSAL

MENJAGA GOL

Seorang penjaga gol yang baik berkemampuan dalam pelbagai kemahiran sebagai penjaga gol. Kemahiran yang kompeks sebagai penjaga gol termasuklah dirian asas, ini biasa di kenali sebagai kedudukan bersedia, bagaimana teknik menerima bola rendah, sederhana tinggi, paras dada dan bola tinggi,teknik menerkam , teknik menerima bola leret, lontaran, tendangan lantun atau tendangan bola yang jatuh ke bawah.

Page 9: Presentation FUTSAL

GELANGGANGGelanggang

Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh disesuaikan.

Ukuran: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m Gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m Garis penalti: 6 m dari titik tengah garis gawang Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput

sintetik, alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan.

Garis penalti kedua: 10 m dari titik tengah garis gawang

Page 10: Presentation FUTSAL

PERALATANBola Futsal

Dibuat dari kulit atau bahan sintetiSaiz 4 untuk dewasa Saiz 3 untuk juniorUkur Lilit – 62-64 mBerat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gmsCiri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa

Pakaian

 Pemain harus memakai jersi bernombor dari nombor 1 hingga 15 dan berlengan.

Page 11: Presentation FUTSAL

Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)

Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat.

Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.

Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.

Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah.

Page 12: Presentation FUTSAL

GELANGGANG

Page 13: Presentation FUTSAL
Page 14: Presentation FUTSAL

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30% 5 pemain Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying” Sepakan ke dalam Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa

yang sama Masa dijaga oleh penjaga masa 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap

pasukan setiap separuh masa Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw) Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel

melunjur (shoulder charges or sliding tackle) Peraturan 4 saat untuk mula main

Page 15: Presentation FUTSAL

5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas denganbarisan “wall”

Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantarbalik padanya dengan apa cara sekalipun termasukdengan kepala atau dada.

Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkaniaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telahdisentuh pihak lawan.

Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minitatau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangansudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisangol dan tepi.

Page 16: Presentation FUTSAL

SEKIAN TERIMA KASIH