Presentation muzik

download Presentation muzik

of 9

description

muzik

Transcript of Presentation muzik

Slide 1

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Msia.1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.1983 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.1988 - Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)Perlaksanan KSSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diatasi.Pada tahun 1993

Kurikulum Baru Sekolah Rendah

Kurikulum Bersepadu Sekolah RendahOBJEKTIFMurid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan.Menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M (membaca, menulis & mengira).Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 1983 - Murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borang2 yang sesuai untuk keperluan harian.Ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja.3 bidang asas1.Bidang Komunikasi- Asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mangandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik.3 bidang asasBidang Kemanusian dan Alam Sekitar Terbahagi kepada dua komponen: i) Kerohanian nilai dan sikap ii)Komponen Kemanusiaan dengan Alam- Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.3 bidang asasBidang Perkembangan Diri Individu- Terdiri daripada Kompenen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.MATLAMATMemastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.