Presentation RESEARCH 1

61
GROUP 4 RESEARC H

Transcript of Presentation RESEARCH 1

Page 1: Presentation RESEARCH 1

GROUP 4RESEARCH

Page 2: Presentation RESEARCH 1

KURANG PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN DALAM KALANGAN

PELATIH KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA TERENGGANU

Page 3: Presentation RESEARCH 1

ISI KANDUNGAN

Page 4: Presentation RESEARCH 1

BIL TAJUK

1. Senarai Nama Ahli Kumpulan 4 Basik Januari 2009

2. Penghargaan

3. Latar Belakang

4. Pengenalan

5. Penyataan Masalah

6. Objektif

7. Hipotesis

8. Literature review

9. Methodologi

10. Data Analisis

11. Rumusan Kajian Penyelidikan

12. Penutup

13. Bibliografi

14. Lampiran

Page 5: Presentation RESEARCH 1

SENARAI AHLI KUMPULAN 4

BASIK JANUARI2009

Page 6: Presentation RESEARCH 1

No. Kad Pengenalan No. Matrix

Page 7: Presentation RESEARCH 1

PENGHARGAANAlhamdulillah, Syukur kita ke hadrat IIlahi kerana dengan limpah kurniaNYA

dapat kami menyiapkan kajian kami iaitu “Kurang penggunaaan perpustakaan dalam kalangan pelatih Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu” sepertimana dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Disini kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para Pengajar Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, terutamanya kepada penyelaras kami iaitu Puan Norizan Binti Mohd Noor dan pengajar research kami iaitu Puan Junaidah Binti Manan yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan kajian ini. Serta tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada mentor kami iaitu Puan Norli Binti Abd. Rahman dan Tengku Noridah dan kepada rakan-rakan yang turut memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para responden yang telah memberi kerjasama serta sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan yang telah diberikan. Jasa – jasa anda semua amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Page 8: Presentation RESEARCH 1

LATAR BELAKANG

Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu terletak di Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Ia juga berhampiran dengan Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah ( HSNZ ) serta pantai Batu Buruk.

Di Kolej kejururawatan ini terdapat sebuah perpustakaan kolej yang terletak di bangunan pentadbiran tingkat 1 bersebelahan dengan bilik Hidayah 2. Perpustakaan ini di buka kepada semua warga Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu iaitu para pengajar, pelatih-pelatih basik dan pos basik serta staf-staf kolej tersebut.

Page 9: Presentation RESEARCH 1

Pelbagai perkhidmatan disediakan di perpustakaan ini antaranya peminjaman bahan-bahan rujukan seperti buku-buku yang berkaitan dengan pembelajaran, penggunaan internet, sudut membaca surat khabar dan lain-lain.

Di kolej ini pelbagai assignment diberi oleh pengajar sebagai assessment penilaian berterusan terhadap pelatih. Pelatih-pelatih perlu melengkapkan assignment yang diberi mengikut waktu yang ditetapkan. Kebanyakkan pelatih lebih memilih internet sebagai rujukan mereka dalam menyiapkan assignment mereka dan jarang menggunakan bahan rujukan yang disediakan di perpustakaan kolej. Ini menyebabkan penggunaan perpustakaan di kolej ini kian merosot. Oleh itu langkah segera serta langkah untuk jangka waktu yang panjang perlu di ambil supaya penggunaan perpustakaan meningkat.

Page 10: Presentation RESEARCH 1

PENGENALAN

Perpustakaan adalah satu tempat yang penuh dengan himpunan maklumat daripada seluruh dunia tidak kira dari segi fiksyen, akademik dan sebagainya. Ia terdiri daripada sumber bahan cetakan, elektronik ataupun bahan bukan cetakan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,mukasurat 1256, perpustakaan boleh didefinisikan sebagai bangunan yang mengumpulkan buku-buku untuk bacaan dan lain-lain.

Semua maklumat atau bahan rujukan di perpustakaan ini disusun dan dibahagikan dengan teliti untuk setiap kategori yang ada untuk memudahkan pencarian. Perpustakaan ini dibuka khas untuk semua lapisan masyarakat tidak kira usia muda mahupun tua. Terdapat beberapa jenis perpustakan yang ditubuhkan iaitu perpustakaan awam, perpustakaan akademik, perpustakaan sumber, dan perpustakaan khusus.

Page 11: Presentation RESEARCH 1

Menurut kamus pelajar ( Edisi Kedua ), perpustakaaan adalah bangunan atau tempat mengumpulkan bahan-bahan bacaan. ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum atau orang ramai. ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan).

Page 12: Presentation RESEARCH 1

Menurut Saca, perpustakaan pada dasarnya merupakan suatu prasarana yang dikembangkan oleh pihak kerajaan untuk suatu kelompok masyarakat di dalam menambah pengetahuannya. Ilmu pengetahuan sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan teknologi untuk menuju kearah kemajuan. Dengan demikian, perpustakaan sebagai sebuah prasarana atau kemudahan untuk menghimpun pengetahuan secara berterusan sebagai rujukan.

Page 13: Presentation RESEARCH 1

Ikutan daripada pernyataan di atas, perkembangan perpustakaan di Indonesia memang masih dalam keadaan tidak memuaskan. Banyak masyarakat menilai bahawa perkembangan perpustakaan yang kurang baik itu selalu dikaitkan dengan kurangnya budaya membaca dikalangan masyarakat Indonesia.

Menurut beliau, faktor penyumbang kepada penurunan kadar penggunaan perpustakaan adalah sistem pengurusan buku yang tidak teratur tidak kira buku dari dalam negeri ataupun dari luar negeri.

Page 14: Presentation RESEARCH 1

Seterusnya menurut saudara Tan Chee Yong(1985), dalam kajiannya menerangkan perpustakaan merupakan suatu aspek yang penting dalam semua institut pengajian tinggi. Dalam sebuah kolej kejururawatan, pelatih boleh menggunakannya sebagai suatu sumber untuk mendapatkan bahan rujukan, suatu tempat di mana dia dapat membaca atau membuat penulisannya tanpa gangguan ataupun untuk tujuan perkembangan minda yang lain.

Page 15: Presentation RESEARCH 1

Berdasarkan fungsi yang diberikan kepada perpustakaan, perasaan tidak puas hati daripada kalangan pengajar jelas membayangkan pelatih Kolej kejururawatan Kuala Terengganu tidak menggunakan perpustakaan dengan sepenuhnya untuk menghasilkan kerja kursus yang benar-benar berkualiti. Tambahan pula pembentangan dan perbincangan yang dilakukan di bilik-bilik kuliah juga kurang berkesan. Kebanyakannya gemar memberikan pandangan masing-masing tanpa merujuk kepada mana-mana bahan rujukan sedangkan perpustakaan di kolej dikatakan penuh dengan bahan bacaan terkini.

Page 16: Presentation RESEARCH 1

Perkembangan pesat teknologi maklumat menyebabkan perpustakaan yang selama ini menjadi tumpuan pelatih kini semakin sepi, sebaliknya premis termasuk restoran yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar secara percuma, Wi-Fi, ataupun penggunaan “broadband” menjadi tumpuan mereka untuk menelaah pelajaran.

Page 17: Presentation RESEARCH 1

Berdasarkan fungsi yang diberikan kepada perpustakaan, perasaan tidak puas hati daripada kalangan pengajar jelas membayangkan pelatih Kolej kejururawatan Kuala Terengganu tidak menggunakan perpustakaan dengan sepenuhnya untuk menghasilkan kerja kursus yang benar-benar berkualiti. Tambahan pula pembentangan dan perbincangan yang dilakukan di bilik-bilik kuliah juga kurang berkesan. Kebanyakannya gemar memberikan pandangan masing-masing tanpa merujuk kepada mana-mana bahan rujukan sedangkan perpustakaan di kolej dikatakan penuh dengan bahan bacaan terkini.

Page 18: Presentation RESEARCH 1

Perkembangan pesat teknologi maklumat menyebabkan perpustakaan yang selama ini menjadi tumpuan pelatih kini semakin sepi, sebaliknya premis termasuk restoran yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar secara percuma, Wi-Fi, ataupun penggunaan “broadband” menjadi tumpuan mereka untuk menelaah pelajaran.

Page 19: Presentation RESEARCH 1

Boleh dikata 90% daripada pelatih mencari bahan rujukan untuk assignment mereka daripada internet iaitu dengan penggunaan broadband. Perpustakaan pula hanya dipenuhi ketika pelatih membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan pada akhir semester.

Page 20: Presentation RESEARCH 1

Selain Wi-Fi, suasana selesa dan santai serta waktu operasi 24 jam yang disediakan direstoran atau café dikatakan antara tarikan bagi pelatih kolej menjadikannya ‘port’ bagi melayari internet dan melakukan perbincangan tugasan selain melepaskan tekanan berbanding melakukannya di perpustakaan yang kurang kondusif.

Page 21: Presentation RESEARCH 1

Fenomena ini menyebabkan ramai ahli akademik melihatnya sebagai ‘ancaman’ kepada budaya paramedik kerana dikhuatiri pelatih tidak lagi menjadikan perpustakaan sebagai pusat menelaah atau mengunjunginya bagi mendapatkan bahan rujukan kerana bergantung penuh kepada enjin carian di internet.

Page 22: Presentation RESEARCH 1

Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Raja Abdullah Yaacob berkata, kesarjanaan tidak boleh dipisahkan dengan persekitaran perpustakaan yang kondusif dalam melahirkan generasi berbudaya ilmu dan berkemahiran dalam pencarian dan penggunaan maklumat untuk tujuan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Page 23: Presentation RESEARCH 1

Malah, katanya, semakin berkembang ICT, semakin relevan perkhidmatan perpustakaan kepada pelajar bagi memastikan mereka menggunakan kemahiran dan kaedah betul mencari maklumat dan sumber rujukan dalam era ledakan maklumat ketika ini.

Page 24: Presentation RESEARCH 1

Bagi menggalakkan para pelatih berkunjung ke perpustakaan, perkhidmatan yang disediakan itu hendaklah menarik dan berprofesional supaya mereka memperoleh faedah yang optimum.Sebaliknya perpustakaan di kolej ini pula memberi ruang kepada kita untuk meninjau akan pengaruhnya terhadap pembelajaran pelatih.

Page 25: Presentation RESEARCH 1

Walaupun perpustakaan dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, namun pelatih tidak berpeluang untuk mengunjunginya pada masa tersebut kerana waktu tersebut adalah bersamaan dengan waktu pengajaran dan pembelajaran para pelatih. Selepas 5.00 petang pula, kebanyakkan pelatih terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti latihan sukan atau sebagainya.

Page 26: Presentation RESEARCH 1

Ringkasnya pelatih kolej kejururawatan ini mempunyai masa yang amat terhad untuk membuat rujukan di perpustakaan. Pada hari jumaat dan sabtu pula , perpustakaan ditutup. Pada masa ini kebanyakan pelatih sama ada balik ke kampung masing-masing atau terlibat dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum.

Page 27: Presentation RESEARCH 1

Ekoran daripada masalah di atas, para pengajar juga turut merungut berkenaan kerja kursus para pelatih yang tidak berkualiti. Mereka mendapati kebanyakan pelatih tidak menggunakan bahan-bahan rujukan dari perpustakaan.

Page 28: Presentation RESEARCH 1

Pelbagai inisiatif boleh diambil dalam meningkatkan penggunaan perpustakaan di kolej ini. Antaranya ialah penambahbaikan dari segi susun atur buku serta kekemasan sesebuah perpustakaan tersebut. Selain itu, memanjangkan masa dalam perkhidmatan perpustakaan perlu dilakukan seperti waktu perkhidmatan dilanjutkan hingga ke malam bagi memberi kemudahan kepada pelajar untuk mencari bahan kajian pada waktu lapang mereka.

Page 29: Presentation RESEARCH 1

Tidak lupa juga kualiti perkhidmatan dan layanan mesra di perpustakaan perlu dipertingkatkan supaya pelatih berasa selesa apabila berada di perpustakaan tersebut.

Page 30: Presentation RESEARCH 1

PENYATAAN MASALAHKami memilih kajian ini adalah kerana:

Penggunaan perpustakaan di kolej kejururawatan kian merosot di kalangan pelatih kolej kejururawatan. Sebagai bukti, senarai kedatangan pelatih pada setiap hari dari bulan Januari hingga Disember 2010 di antara purata 20 -30 orang sahaja.

Page 31: Presentation RESEARCH 1

Dari segi peminjaman buku pula adalah kurang dan ini menunjukkan bahawa pelatih kolej tersebut tidak gemar dalam penggunaan bahan rujukan yang disediakan di kolej kejururawatan Kuala Terengganu. Hasil dari kajian, hanya sebilangan kecil sahaja pelatih basik yang menggunakan perkhidmatan peminjaman buku dari perpustakaan kolej .

Page 32: Presentation RESEARCH 1

Sehingga kini, pihak pengurusan dan pentadbiran kolej masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini dalam meningkatkan kadar penggunaan perpustakaan kolej di kalangan pelatih Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu. Dengan menjalankan kajian ini, ia akan dapat membantu untuk mencari punca dan sebab kenapa pelatih jarang atau tidak pernah menggunakan perpustakaan sebagai tempat mencari bahan rujukan.

Page 33: Presentation RESEARCH 1

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

Kajian ini dijalankan untuk mencari punca dan sebab mengapa penggunaan perpustakaan di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu kian merudum dalam kalangan pelatih.

Page 34: Presentation RESEARCH 1

OBJEKTIF SPESIFIKMenilai sama ada perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan lengkap atau pun tidak

Mengetahui adakah bahan rujukan yang disediakan di perpustakaan dapat membantu pelajar untuk menyiapkan assignment mereka.

Page 35: Presentation RESEARCH 1

Mengetahui samada masa perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan perpustakaan bersesuaian dan tidak bertindih dengan waktu pembelajaran dan pengajaran pelatih.

Page 36: Presentation RESEARCH 1

HIPOTESIS

1. Penggunaan perpustakaan kurang popular dalam kalangan pelatih kolej Kejururawatan Kuala Terengganu kerana kurang fasiliti perpustakaan disediakan.

Page 37: Presentation RESEARCH 1

• 2. Meningkatkan mutu perkhidmatan proses peminjaman buku dan fasiliti di perpustakaan untuk menggalakkan kehadiran pelatih ke perpustakaan.

Page 38: Presentation RESEARCH 1

LITERATURE REVIEW

Page 39: Presentation RESEARCH 1

• perpustakaan berfungsi sebagai wahana pendidikan, penelitian, pelestarian informasi, dan rekreasi untuk meningkatkan kecerdasan dan keberdayaan bangsa.

(undang-undang no 43 tahun 2007, dalam fasal 3)

Page 40: Presentation RESEARCH 1

• perpustakaan telah diperkenalkan sebagai tempat pengumpulan buku untuk pembacaan dan pembelajaran atau bangunan atau bilik dimana sumber-sumber pengetahuan disimpan.

(Miao dan Bassham 2006)

Page 41: Presentation RESEARCH 1

• perpustakaan merupakan suatu prasarana yang dikembangkan untuk suatu kelompok masyarakat di dalam pencarian maklumat.

( Firmansyah pula dalam blognya gagasan lembaga kajian perpustakaan dan masyarakat)

Page 42: Presentation RESEARCH 1

• bila kita menganggap siswa tidak memiliki minat baca maka siswa akan menjadi seperti yang kita definisikan tersebut. Sebaliknya, jika kita mendefinisikan siswa sebagai pembaca yang tangguh, akan seperti itulah kenyataannya.

(Ida R. Djachrab (Jun, 2009))

Page 43: Presentation RESEARCH 1

• Bahwa Negara kita adalah bangsa dengan minat membaca yang rendah di antara bangsa-bangsa di dunia. Kondisi ini menjadi tentangan tersendiri dalam proses peningkatan minat membaca kerana bangsa kita bangsa yang lebih familiar dengan budaya tutur.

(Taufik Ismail,2006)

Page 44: Presentation RESEARCH 1

• Mengikat Makna danSeandainya Buku Sepotong Pizza.

( Hernowo (2008) )

Page 45: Presentation RESEARCH 1

• fasiliti perpustakaan mampu mempengaruhi seseorang siswa untuk membaca.

(Dawsen dan Bahanm pula dalam buku M. Rahman(1985:6) )

Page 46: Presentation RESEARCH 1

• perpustakaan perlu menyediakan hiasan dalaman yang menarik, ceria dan selesa untuk merangsang pembelajaran secara bebas. Susun atur perabot yang sesuai dan penggunaan skema warna serta hiasan-hiasan bunga dan gambar yang menarik perlu diambil kira agar dapat mewujudkan suasana yang selesa dan harmonis.

(buku Garis Panduan Perpustakaan Khusus terbitan Perpustakaan Negara Malaysia )

Page 47: Presentation RESEARCH 1
Page 48: Presentation RESEARCH 1

• institusi perpustakaan semakin runtuh disebabkan revolusi internet. Mereka hanya boleh menggunakan laman-laman seperti google untuk mencari maklumat yang dikehendaki dengan hanya menggunakan GSM Phone, PDA, notebook, dan PC.

(naz_1969 posted at 18-3-2007)

Page 49: Presentation RESEARCH 1

• pimpinan perpustakaan perlu memperhatikan sikap petugas yang merupakan faktor penentu keberhasilan kualiti layanan yang secara langsung akan membawa keberhasilan suatu perpustakaan dan mempengaruhi minat pemustaka untuk berkunjung ke perpustakaan.

(Apriliana, Ninu Tri (2010) )

Page 50: Presentation RESEARCH 1

• perpustakaan perlu munggunakan teknologi terkini dalam pengurusan perolehan bahan perpustakaan termasuk pengesanan,pemilihan, dan pembelian serta pendokumentasian koleksi.

(buku Garis Panduan Perpustakaan Khusus terbitan perpustakaan Negara Malaysia, mukasurat 11 )

Page 51: Presentation RESEARCH 1
Page 52: Presentation RESEARCH 1

METHODOLOGI1.LOKASI KAJIAN :Lokasi kajian yang telah kami pilih ialah di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu.

Page 53: Presentation RESEARCH 1

2. REKA BENTUK KAJIAN :Dalam kajian ini, kami menggunakan kajian deskriptif di mana meliputi pengumpulan data yang sistematik dan data presentasi untuk memberi gambaran yang jelas pada sesuatu situasi.

Kuantitatif dan kualitatif boleh digabungkan untuk mendapatkan data yang lebih bersistematik.

Page 54: Presentation RESEARCH 1

3. POPULASI DAN SAMPELMenurut Mohd Majid (2000), populasi didefinisikan sebagai satu set ciri-ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek.

Dalam kajian kami, populasi yang di ambil tertumpu kepada pelatih pelatih kolej kejururawatan Kuala Terengganu yang mengambil Diploma Kejururawatan.

Page 55: Presentation RESEARCH 1

Bagi pemilihan sampel kami menggunakan kaedah probality sampling iaitu melalui simple random sampling. Simple random sampling adalah pemilihan responden secara rawak seramai dua puluh lima orang pelatih dari setiap kumpulan iaitu pelatih daripada kumpulan Julai 2008, Januari 2009, Julai 2009, dan Januari 2010. Kami memilih beberapa orang pelatih dari setiap kumpulan sebagai sampel untuk mendapatkan respon daripada responden tentang penggunaan perpustakaan dalam proses pembelajaran.

Page 56: Presentation RESEARCH 1

Setiap sampel dalam populasi mempunyai peratusan yang sama untuk dinilai iaitu 100%. Setiap senarai sampel dipilih bagi menjawab soalan kajian yang diedarkan. Secara am, jika saiz sampel yang digunakan lebih besar maka keputusan yang akan diperolehi lebih kukuh dan tepat.

Page 57: Presentation RESEARCH 1

4. PERALATAN KAJIAN :

Kami menggunakan borang soal selidik yang mengandungi open-ended questions dan close-ended questions.

Page 58: Presentation RESEARCH 1

Questionnaire dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :

Bahagian I : soalan berkaitan dengan data demografik responden.

Bahagian II : soalan berkaitan dengan tindakan responden tentang penggunaan perpustakaan.

Page 59: Presentation RESEARCH 1

Bahagian III : soalan berkaitan dengan pengetahuan responden

Bahagian IV : soalan berkaitan dengan factor-faktor yang mempengaruhi responden kurang hadir ke perpustakaan.

Page 60: Presentation RESEARCH 1

LIMITASI

1.Pelatih kurang minat menggunakan perpustakaan.

2. Pelatih diperuntukkan masa yang terhad untuk menggunakan perpustakaan.

3. Aktiviti kokurikulum yang padat semasa kajian dilakukan.

Page 61: Presentation RESEARCH 1

THANK YOU