Presentation sejarah

42
TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

description

SEJ

Transcript of Presentation sejarah

Page 1: Presentation sejarah

TOKOH-TOKOH TERBILANG

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Page 2: Presentation sejarah

5.1 TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

Page 3: Presentation sejarah

Parameswara Baginda merupakan

pengasas Kesultan Melayu Melaka.

Baginda bertanggunjawab memajukan Melaka daripa sebuah kawasan perkampungan nelayan sehingga menjadi pusat perdagangan.

Baginda turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China.

Sultan Muzaffar Shah Baginda berjaya

menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian Islam.

Baginda telah menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

 

Sultan Mansor Shah Baginda berjaya

memperluaskan kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, negeri Perak dan juga Siak.

Baginda telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negara China

Page 4: Presentation sejarah

Sultan Alauddin Riayat Shah

Baginda berjaya mempertingkatkan keselamatan dan keamanan negeri Melaka.

 Bendahara Tun Perak

• Beliau memastikan dasar perluasan kuasa Melaka mencapai kejayaan.

• Beliau berjaya menguasai Pahang.

• Beliau dapat menguruskan pentabiran Negara dengan baik.

Page 5: Presentation sejarah

5.2 PARAMESWARA SEBAGAI PENGASAS KESULTANAN MELAYU

Page 6: Presentation sejarah

LATAR BELAKANG PARAMESWARA SEBAGAI PENGASAS MELAKA

• Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara. Parameswara telah mengasakan Melaka pada sekitar tahun 1400.

• Parameswara merupakan putera raja keturunan Sailendra yang berasal dari Palembang, Sumatera yang pernah memerintah kerajaan Srivijaya.Parameswara berkahwin dengan puteri raja Jawa Timur, negeri yang menjadi jajahan Majapahit.

.

 

Parameswara

Page 7: Presentation sejarah

LATAR BELAKANG PARAMESWARA SEBAGAI

PENGAGAS MELAKA• Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa selama lebih dua ratus tahan mula berpecah

kerana semakin lemah. Parameswara mengambil kesempatan mengisytiharkan kemerdekaan kerana tidak mahu tunduk lagi di bawah kekuasaan Majapahit. Berikutan pengisytiharan itu Majapahit menyerang Palembang.

• Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik. Kemudian ke Muar. Sehinggalah Parameswara menjumpai Melaka. Di situlah Parameswara dan pengikutnya menetap

Page 8: Presentation sejarah

RENTETAN PERISTIWA PERJALANAN PARAMESWARA DARI PALEMBANG KE

MELAKA (1)

• Palembang ialah negeri di bawah naungan kerajaan Majapahit.

• Parameswara ialah putera raja Palembang yang telah berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit

• Namun, usaha Parameswara itu gagal dan beliau terpaksa berundur ke Temasik.

Page 9: Presentation sejarah

RENTETAN PERISTIWA PERJALANAN PARAMESWARA DARI PALEMBANG KE

MELAKA (2)• Kedatangan Parameswara dan pengikutnya

disambut baik oleh Temagi, iaitu pemerintah Temasik.

• Parameswara menjangkakan Temasik akan berkembang maju.

• Parameswara tertarik dengan kedudukan Temasik yang strategik.

• Parameswara telah membunuh Temagi untuk menguasai Temasik.

• Ini menimbulkan kemarahan Siam kerana Temasik berada di bawah kekuasaan Siam.

• Parameswara takut akan serangan Siam lalu berundur ke Muar.

Page 10: Presentation sejarah

RENTETAN PERISTIWA PERJALANAN PARAMESWARA DARI PALEMBANG KE

MELAKA (3)• Parameswara tinggal di Muar tidak lama kerana

keadaan alam sekitarnya kurang baik.

• Antaranya kerana terdapat biawak dan serangga yang mengganggu kota yang dibinanya.

• Akhirnya, Parameswara dan pengikutnya telah meneruskan perjalanan ke utara.

Page 11: Presentation sejarah

RENTETAN PERISTIWA PERJALANAN PARAMESWARA DARI PALEMBANG KE

MELAKA (4)

• Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam.

• Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan.

• Kawasan ini dipenuhi dengan bukit-bukau yang boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.

• Pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.

• Muara sungainya terlindung daripada angin monsun.

• Kedudukan yang berhampiran laut menjadi laluan kapal perdagangan.

• Mudah memperoleh bekalan air bersih.

• Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampong tersebut dan mendirikan kota.

Page 12: Presentation sejarah

FAKTOR-FAKTOR MELAKA MENJADI KERAJAAN

o Bekalan air bersih mudah diperolehi.

o Banyak pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.

Page 13: Presentation sejarah

o Bentuk muka bumi berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal selat Melaka.

o Terlindung daripada tiupan angin monsun. o Tempat yang selamat untuk peniaga.

FAKTOR-FAKTOR MELAKA MENJADI KERAJAAN

Page 14: Presentation sejarah

PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA

• Parameswara dan pengikut-pengikutnya pergi berburu di muara Sungai Bertam.

• Ketika Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, tiba-tiba anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk kecil.

• Parameswara menganggap peristiwa tersebut luar biasa kerana keberanian pelanduk kecil tersebut.

• Tempat itu pula didapati amat sesuai untuk dijadikan negeri.

Page 15: Presentation sejarah

PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA

• Parameswara mengambil keputusan untuk mendirikan kerajaan di situ.

• Parameswara menamakan tempat itu sebagai Melaka sempena pokok tempat beliau berehat itu.

• Parameswara melakukan pelbagai langkah untuk membina dan membangunkan kerajaan Melaka.

• Parameswara menyusun satu system pentadbiran yang lebih teratur.

Page 16: Presentation sejarah

KEISTIMEWAAN MELAKA

• Pokok bakau dan api-api boleh menjadi menjadi benteng pertahanan dan perlindungan. Ia juga boleh dijadikan sumber kayu api dan boleh dibuat tiang rumah.

• Muara sungainya terlindung daripada angin monsun. Oleh itu, ia sesuai dijadikan pusat persinggahan kapal dan juga pelabuhan.

• Bekalan air bersih senang diperolehi kerana ia terletak di pinggir laut.

• Bentuk muka bumi berbukit-bukau telah menjadi panduan bagi pelayar. Oleh itu, kawasan selat lebih mudah dikawal. Bukit ini juga boleh dijadikan tempat mengawal kapal yang keluar dan masuk dari Melaka.

Page 17: Presentation sejarah

ASAL USUL NAMA MELAKA BERDASARKAN PELBAGAI

SUMBER(1)Sumber: Sejarah Melayu

• Asal usul nama Melaka berkait rapat dengan pelanduk dan pokok Melaka.

• Menurut Sejarah Melayu, semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya.

• Peristiwa itu dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.

• Oleh itu, Parameswara memilih tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan.

• Parameswara menamakan tem[at tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

Page 18: Presentation sejarah

ASAL USUL NAMA MELAKA BERDASARKAN PELBAGAI

SUMBER(2) Sumber: Istilah Arab

• Melaka telah lama menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab.

• Pedagang-pedagang Arab telah memanggil Melak dengan beberapa istilah:• Mulaqah bermaksud “pertemuan”.• Malakat bermaksud “Perhimpunan segala

dagang”

• Istilah-istilah tersebut sememangnya sesuai memandangkan kemajuan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang dikunjungi oleh saudagar daripada pelbagai negara.

Page 19: Presentation sejarah

ASAL USUL NAMA MELAKA BERDASARKAN PELBAGAI

SUMBER(3) Sumber: Mitos Hindu

• Dalam karya Skanda Purana (Bahagian yang berjudul “Vaishnava Khanda” terdapat rujukan mengenai pokok Amalaka).

• Pokok Amalaka dianggap pokok yang pertama tumbuh di alam semesta.

• Pokok Amalaka dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan Hindu iaitu Brahmin, Vishnu dan Shiva.

• Buah Pokok Amalaka dikatakan mempunyai kuasa ajaib.

• Pokoknya pula dikaitkan dengan kekayaan, kesihatan dan kekuatan.

• Pedagang-pedagang Hindu yang dating Melaka mendapati pelabuhan Melaka amat pesat perkembangannya.

• Kemajuan, kekayaan dan kekuatan Melaka ketika itulah yang mendorong mereka mengaitkan Melaka dengan Pokok Amalaka.

Buah Pokok Amalaka

Page 20: Presentation sejarah

TUN PERAK SEBAGAI BENDAHARA MELAKASULTAN MELAKA SEMASA TUN PERAK MENJADI BENDAHARA MELAKA

Page 21: Presentation sejarah

PERANAN BENDAHARA TUN PERAK SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MUZAFFAR SHAH

• Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar

Shah, kerajaan Melaka mula memperluas

kuasanya.

• Kawasan yang Berjaya dikuasai adalah

Pahang, Inderagiri dan Kampar.

• Tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah telah

membolehkan kerajaan Melaka

memperluaskan kuasanya.

Sultan Muzaffar Shah

Page 22: Presentation sejarah

PERANAN BENDAHARA TUN PERAK SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MUZAFFAR SHAH

• Antara tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah ialah

Tun Perak dihantar untuk menghadapi serangan Siam terhadap Melaka.

Hubungan diplomatic dijalankan dengan China.

Kesannya, Melaka diiktifar sebagai sebuah kuasa yang besar oleh kerajaan-

kerajaan lain di rantau Asia Tenggara.

Kebijaksanaan baginda menyelesaikan perbalahan Antara orang Melayu

dengan orang India-Muslim di istana. Kesannya, ujud keamanan dalam negeri

yang membolehkan baginda menumpukan usaha kepada perluasan kuasa.

Page 23: Presentation sejarah

PERANAN BENDAHARA TUN PERAK SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN MANSOR SHAH

• Sultan Mansor Shah meneruskan dasar perluasan kuasa dengan menguasai: • Bernam dan Perak di Semenanjung

Tanah Melayu.• Siak di pantai timur Sumatera.

• Cubaan Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk membebaskan diri daripada penguasaan Melaka dapat dihalang oleh baginda. Sultan Mansor Shah

Page 24: Presentation sejarah

PERANAN BENDAHARA TUN PERAK SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN

ALAUDDIN RIAYAT SHAH

• Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan Sultan Mansor Shah merupakan seorang pemimpin yang warak dan mementingkan pentabiran Negara.

• Menurut buku Sejarah Melayu, baginda juga seorang yang gagah.

• Keamanan dan keselamatan dalam negeri sangat diambil berat oleh baginda.

• Baginda pernah menyamar menjadi rakyat biasa untuk membanteras kejadian jenayah di Melaka.

• Keamanan yang dicapai pada zaman tersebut membolehkan baginda menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha perluasan kuasa.

Page 25: Presentation sejarah

KEBIJAKSANAAN TUN PERAK DALAM MENANGKIS SERANGAN SIAM DI

MELAKA• Tahun 1445

• Tun Perak merupakan salah seorang pembesar yang berperanan penting dalam usaha memperluaskan kuasa kerajaan Melaka.

• Pada tahun 1445, Tun Perak Berjaya menghalang serangan Siam.

• Pada ketika itu, beliau adalah Penghulu Klang.

• Strategi beliau ialah mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke Melaka.

• Tujuannya untuk menaikkan semangat tenteranya mempertahankan Melaka.

Page 26: Presentation sejarah

KEBIJAKSANAAN TUN PERAK DALAM MENANGKIS SERANGAN SIAM DI

MELAKA• Tahun 1456

• Pada tahun 1456, sekali lagi Siam menyerang Melaka.

• Strategi Tun Perak untuk mematahkan serangan Siam adalah dengan:Menggunakan perahu kecil.

Ini menyukarkan pihak Siam mengejar tentera Melaka

Mengikat jamung di pokok bakau. Ini dapat mengelirukan tentera Siam yang beranggapan Melaka memiliki bilangan tentera yang ramai lalu berundur.

• Tun Pedrak juga Berjaya menakluki Pahang yang dikuasai Siam pada ketika itu.

perahu kecil

Page 27: Presentation sejarah

TUN PERAK

• Beliau adalah seorang pembesar yang amat setia kepda Sultan.

• Kesetiaan beliau dapat dibuktikan dengan peristiwa pembunuhan anaknya, Tun Besar oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad.

• Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela tetapi hanya meminta agar Raja Muhammad tidak dilantik menjadi pengganti sultan.

• Raja Muhammad akhirnya dihantar ke Pahang dan menjadi raja di sana.

• Tindakan Tun Perak itu Berjaya mewujudkan keamanan dalam kerajaan Melaka.

• Kesetiaan rakyat Melaka kepada sultan juga Berjaya dikekalkan oleh beliau.

Page 28: Presentation sejarah

HANG TUAH SEBAGAI LAKSAMANA MELAKA

RIWAYAT HIDUP HANG TUAH

Page 29: Presentation sejarah

VIDEO PERTARUNGAN ANTARA HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT

Page 30: Presentation sejarah

PERISTIWA PERTARUNGAN ANTARA HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT

DALAM HIKAYAT HANG TUAH

• Hang Tuah diiringi 40 orang pengawal ke istana Melaka untuk membunuh Hang Jebat.

• Hang Jebat terjaga daripada tidurnya apabila terdengar bunyi bising di luar istana.

• Hang Jebat terkejut melihat Hang Tuah yang masih hidup datang untuk membunuhnya.

• Hang Tuah melompat ke dalam istana dan bermulalah pergelutan di antara dua sahabat tersebut.

Page 31: Presentation sejarah

PERISTIWA PERTARUNGAN ANTARA HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT

DALAM HIKAYAT HANG TUAH

• Hang Tuah gagal menikam Hang Jebat kerana Keris Taming Sari berada di tangan Hang Jebat.

• Mereka terpaksa bertarung di atas talam kerana pengawal-pengawal istana menjolok lantai istana dengan lembing.

Page 32: Presentation sejarah

PERISTIWA PERTARUNGAN ANTARA HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT

DALAM HIKAYAT HANG TUAH

• Akhirnya, Hang Tuah Berjaya merampas Keris Taming Sari daripada Hang Jebat.

• Hang Jebat terkena tikaman Keris Taming Sari Hang Tuah.

• Banyak darah keluar daripada tikaman Hang Tuah itu. Hang Tuah meninggalkan Hang Jebat yang sedang menahan kesakitan di istana itu.

Page 33: Presentation sejarah

SOALAN-SOALAN

Page 34: Presentation sejarah

SOALAN-SOALAN

1. Siapakah tokoh-tokoh terbilang semasa Kesultanan Melayu Melaka?

2. Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?

3. Apakah faktor-faktor menyebabkan Melaka menjadi Kerajaan?

Page 35: Presentation sejarah

JAWAPAN

Soalan (1)

• Parameswara

• Sultan Muzaffar Shah

• Sultan Mansor Shah

• Sultan Alauddin Riayat Shah

• Bendahara Tun Perak

Soalan (2)

• Parameswara

Soalan (3)

• Bekalan air bersih mudah diperolehi

• Banyak pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.

• Bentuk muka bumi berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal selat Melaka.

• Terlindung daripada tiupan angin monsun.

• Tempat yang selamat untuk peniaga.

Page 36: Presentation sejarah

SOALAN-SOALAN

1. “Parameswara mengetahui potensi Melaka dan telah memajukan Melaka sebuah pusat perdagangan antarabangsa.”

Apakah keistimewaan yang ada pada Parameswara dalam situasi ini?

A. Berpandangan jauh B. Bertanggungjawab

C. Bijaksana D. Amanah

Page 37: Presentation sejarah

SOALAN-SOALAN

2. Berikut merupakan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada pengasas Melaka, Parameswara, kecuali_____.

A. Bijak B. berputus asa

C. bercita-cita tinggi D. berpandangan jauh

Page 38: Presentation sejarah

SOALAN-SOALAN

3. Gelaran_____telah digunakan dalam pentabiran Melaka setelah pemerintah memeluk agama Islam.

A. Raja B. SultanC. Maharaja D. Maharani

Page 39: Presentation sejarah

SOALAN-SOALAN

4. Siapakah Sultan yang melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka?

A. Sultan Mansur Shah B. Sultan Muzaffar ShahC. Sultan Mahmud Shah D. Sultan Alauddin Riayat Shah

Page 40: Presentation sejarah

SOALAN-SOALAN

5. Ke negeri manakah anak Sultan Mansur Shah, Raja Muhammad dibatalkan menjadi Sultan?

A. Perak B. KedahC. Pahang D. Selangor

Page 41: Presentation sejarah

SOALAN-SOALAN

6. Siapakah sahabat Hang Tuah yang menderhaka kepada Sultan kerana ingin menuntut bela atas kematian beliau?

A. Hang Jebat B. Hang LekiuC. Hang Nadim

Page 42: Presentation sejarah

SEKIANTERIMA KASIH