Presentation Sjh 1064 Teh

17
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FITRI BIN MAT SAAD MUHAMAD NUR ARIF BIN ZAINURI

description

sejarah

Transcript of Presentation Sjh 1064 Teh

Page 1: Presentation Sjh 1064 Teh

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD FITRI BIN MAT SAADMUHAMAD NUR ARIF BIN ZAINURI

Page 2: Presentation Sjh 1064 Teh

SEJARAH MALAYSIA MODEN (1945-1969)SJH 1064

DARURAT, 1948-1960• PUNCA DARURAT • LANGKAH MEMBANTERAS KOMUNIS OLEH

KERAJAAN• RANCANGAN BRIGGS – KAMPUNG BARU• PERJUANGAN KESATUAN BURUH

Page 3: Presentation Sjh 1064 Teh

PENGENALAN

• PKM ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat penubuhannya ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya.

• Sebelum tahun 1941, pertubuhan ini mendapat sambutan dari orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah memberhentikan kegiatan anti-British. Di sebaliknya, PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British.

• Selain itu, PKM juga menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah.

• Akibatnya, antara tahun 1945-1948, PKM berusaha mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. Namun usaha PKM tersebut gagal dan kegagalan tersebut telah menyebabkan PKM melaksanakan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948.

Page 4: Presentation Sjh 1064 Teh

SEBAB-SEBAB PKM MEMBERONTAK

• Persidangan di CalcuttaPada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia dan Australia. Pihak PKM telah diwakili oleh Lee Soong. Persidangan tersebut telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis. Akibatnya PKM mula mengubah dasar mereka dan melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu.•  Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)Penubuhan PTM pada 1 Februari 1948, telah mempercepatkan lagi proses pemberontakan. Pada dasarnya, PKM menyokong Malayan Union. Apabila jawatankuasa kerja mengemukakan laporan mereka yang mempunyai draf perlembagaan PTM pada 11 Disember 1946, PKM turut menentang draf perlembagaan tersebut. Dalam usaha penentangan tersebut, PKM telah menyertai All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. Namun bantahan tersebut tidak dipedulikan oleh British dan PTM telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Februari 1948. Dengan penubuhan PTM, PKM sedar rancangan mereka untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya telah gagal. Dengan itu, PKM mengubah dasar perjuangan mereka dengan melakukan pemberontakan.

Page 5: Presentation Sjh 1064 Teh

•   Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan Sejak tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah di

Tanah Melayu. Sejak itu, PKM mula berusaha untuk mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. PKM telah menganjurkan beberapa rancangan dan salah satu daripada rancangan tersebut ialah rancangan “Barisan Bersatu”.

Di bawah rancangan ini, PKM akan bekerjasama dengan semua pihak. Selain itu, PKM juga menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang ramai, misalnya PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan pekerja dan belia.

Walaupun PKM telah diterima sebagai parti yang sah, tetapi ia masih menghadapi tekanan dari British, misalnya pada tahun 1937, British telah mengisytiharkan Undang-undang Kesatuan Sekerja yang melarang pemimpin parti politik menjadi pemimpin kesatuan sekerja.

Akibatnya, PKM gagal mencapai matlamat melalui perlembagaan. Justeru itu, PKM mula melakukan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu.

Page 6: Presentation Sjh 1064 Teh

PUNCA DARURAT• Kegagalan untuk bergiat sebagai parti politik, menyebabkan

PKM menukar strategi kepada perjuangan bersenjata hingga menyebabkan rakyat hidup dalam kebimbangan dan ketakutan.  Pembunuhan, penyeksaan dan sabotaj dilakukan oleh PKM bertujuan menghancurkan ekonomi dan melumpuhkan sistem perhubungan di Tanah Melayu.

• Kemuncak kepada keganasan itu ialah Pembunuhan tiga orang ketua Kuomintang di Johor pada 12

Jun 1948 Pembunuhan tiga orang pengurus ladang getah yang

berbangsa Eropah iaitu Arthur Walker, John Alison dan Ian Christian di Sungai Siput, Perak.

• Hal ini menyebabkan darurat diisytiharkan ke seluruh negara oleh Sir Edward Gent,Pesuruhjaya Tinggi British pada 16 Jun 1948.

Page 7: Presentation Sjh 1064 Teh

LANGKAH MEMBANTERAS KOMUNIS OLEH KERAJAAN

• Pengharaman PKM dan parti berhaluan kiri

Parti Komunis Malaya diharamkanPengharaman parti politik

berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA), Pemuda Radikal Melayu (PKMM) dan Hizbul Muslimin.

Page 8: Presentation Sjh 1064 Teh

• Memperbesarkan pasukan keselamatan Memperbesarkan pasukan tentera dan polis. Pasukan polis disusun semula dan diperbesarkan. Bawa masuk askar dari negara Komanwel

(Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji) Tubuhkan pasukan Home Guard di peringkat

kampung. Penubuhan pasukan Home Guard meniupkan

semangat mempertahankan negara. Mata-mata Khas Melayu (Special Constables)

dilatih dan dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.

Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap dengan bantuan Tentera Udara British.

Page 9: Presentation Sjh 1064 Teh

• Rancangan BriggsDilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun

1950.Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs

menjadi Pengarah Operasi.Penempatan semula penduduk di kawasan

pinggir hutan ke kawasan penempatan baru.Penempatan semula digelar “kampung

baru”.Bertujuan menyekat bekalan makanan,

wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis.

Melumpuhkan gerakan Min Yuen.

Page 10: Presentation Sjh 1064 Teh

Setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru Kampung baru dilengkapi dengan kemudahan asas Kampung baru dipagari dengan kawat berduri dan

dikawal oleh Special Constable (SC). Di kampung baru, setiap ketua keluarga diberi kad

catuan makanan Melaksanakan program “Gerakan Kelaparan”. bagi

memastikan komunis tidak mendapat sebarang makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan.

Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)

MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan didermakan kepada penduduk setinggan Cina.

 Rancangan Briggs melumpuhkan rangkaian gerakan PKM.

Page 11: Presentation Sjh 1064 Teh

• KAWASAN HITAM DAN PUTIH Diperkenalkan supaya British boleh memudahkan

proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih bermaksud kawasan tersebut telah

bebas daripada anasir komunis. Kawasan Hitam bermaksud kawasan tersebut masih

lagi menjadi ancaman serangan komunis. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri pertama

mendapat gelaran Kawasan Putih. Kad pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh

menangkap sesiapa sahaja yang tiada kad pengenalan. Kerajaan British mewajibkan semua penduduk Tanah

Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun.

Page 12: Presentation Sjh 1064 Teh

PERJUANGAN KESATUAN BURUH

• Pada peringkat awal, Singapura dijadikan pangkalan penyebaran pengaruh. Parti Komunis Nanyang (South Seas Communist Party – PKN) yang ditubuhkan di Singapura ditugaskan untuk mengawasi dan menyelaras perkembangan komunis di Asia Tenggara (kecuali Burma). Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pihak sayap kiri yang menganggotai KMT.

• Bagi menggerakkan organisasi, PKN mempunyai dua badan massa iaitu Kesatuan Sekerja Umum Nanyang (Nanyang General Labour Union) dan Liga Belia Komunis (Communist Youth League). Melalui kedua-dua badan ini, komunis telah dapat meresap masuk ke dalam pertubuhan pekerja dan juga belia.

Page 13: Presentation Sjh 1064 Teh

•  Akibatnya kesatuan sekerja telah lantang dan sering berbalah dengan pihak pengurusan atas alasan eksploitasi buruh. Justeru itu, sering berlaku siri-siri pemogokan yang sesetengahnya berakhir dengan pertempuran dengan pihak polis. Kejadian sebegini banyak berlaku pada tahun 1927 dan 1928.

• Sebagai tindak balas, selepas peristiwa rusuhan yang dikenali “Peristiwa Kereta” Air pada Mac 1928 di Singapura, kerajaan telah mengharamkan Kesatuan Sekerja Umum Nanyang dan ramai pemimpinnya ditahan atau dihantar pulang ke China. Di sana mereka menerima tekanan pula oleh pihak KMT. Di samping itu, kerajaan juga membuat tangkapan atau tekanan terhadap penyokong dan pihak yang disyaki anggota komunis atau penyokongnya.

Page 14: Presentation Sjh 1064 Teh

• PERGERAKAN BERORGANISASIPengharaman ke atas kesatuan sekerja dan

penangkapan pemimpinnya tidak mematikan perjuangan dan penyebaran ideologi komunis. Ini kerana Liga Belia masih dapat bergerak walaupun ada tekanan dan halangan.

Dengan ini pengaruh komunis tidak berjaya disekat, malahan bertambah mantap. Bagi meneruskan perjuangan, akhirnya komunis memerlukan sebuah parti yang boleh menggerakkan perancangannya. Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya ditubuhkan pada 30 April 1930 dengan Fu Ta Ching menjadi Setiausaha Agungnya yang pertama.

Page 15: Presentation Sjh 1064 Teh

Kelahiran PKM turut sama melahirkan kembali kesatuan sekerja dan diberi nama Kesatuan Sekerja Umum Malaya (Malayan General Labour Union). Sekali lagi fokus komunis ialah pekerja dan kaum buruh yang dikatakan sering tertindas oleh majikan. Dalam tempuh setahun, PKM mengaku telah mempunyai ahli seramai 1500 orang, 50 anggota wanita yang aktif, 10,000 anggota kesatuan sekerja yang dikuasai dan 200 orang anggota Liga Anti-Imperialis.

Melalui pertubuhan yang berorganisasi ini, PKM bukan sahaja memberi tumpuan kepada orang Cina yang ramai menganggotai kesatuan sekerja dan pertubuhan buruh, malahan cuba mengembangkan pengaruh kepada seluruh masyarakat Tanah Melayu. Ini sejajar dengan hasrat mereka untuk menubuhkan sebuah republik komunis Tanah Melayu.

Page 16: Presentation Sjh 1064 Teh

Bagi tujuan tersebut, sokongan orang Melayu dan bangsa lain amat diperlukan. Namun usaha ini sekali lagi gagal apabila orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis. Dengan itu kekallah PKM sebagai parti yang mirip kecinaan kerana keseluruhan pemimpin dan ahlinya terdiri daripada orang Cina.

Sokongan terhadap PKM semakin meningkat apabila Jepun menyerang Manchuria pada 1931. Atas semangat kenegerian, mereka telah mengeksploitasi sentimen ini untuk meraih sokongan dengan menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan dan rusuhan anti-Jepun.

Apabila ada masyarakat Cina menubuhkan Tabung Bantuan Perang dan Persatuan Tentera Pembebasan Nasional (National Salvation Army Association), PKM memberi sokongan yang akhirnya berjaya mempergunakan mereka pula.

 Melalui eksploitasi semangat bencikan Jepun, pertubuhan ini telah ditukar nama menjadi Liga Anti-Imperialis Malaya (The Malayan Anti-Imperialist League). Tindakan-tindakan sedemikian menyebabkan ramai daripada pemimpin mereka ditangkap termasuklah Setiausaha Agung dan Joseph Ducroix, ejen Comintern di Singapura.

Page 17: Presentation Sjh 1064 Teh

PKM berjaya berkembang dan mendapat sokongan kerana keadaan semasa itu. Antaranya ialah berlaku kemelesetan pada tahun 1929 hingga awal 1930an, peristiwa serangan Jepun ke atas Manchuria pada 1931 dan diikuti dengan serangan dan penaklukan Jepun ke atas China pada tahun 1937.

 Seterusnya sikap majikan yang “tidak mesra pekerja” atau dalam kata lain lebih menekan dan mengeksploitasi tenaga pekerja. Meskipun setelah ekonomi pulih, majikan masih enggan memberi layanan sepatutnya terutama dalam soal kenaikan gaji.

Keadaan ini memudahkan komunis menghasut untuk melakukan pemogokan di ladang getah, lombong bijih dan arang batu. Seperti di Singapura, terdapat juga pemogokan di Selangor dan Negeri Sembilan yang berakhir dengan pertempuran.