Presentation1 (BM)

69
AEMS 2032 HUBUNGAN ETNIK DISEDIAKAN OLEH EN. MUADA OJIHI

Transcript of Presentation1 (BM)

Page 1: Presentation1 (BM)

AEMS 2032HUBUNGAN ETNIK

DISEDIAKAN OLEHEN. MUADA OJIHI

Page 2: Presentation1 (BM)

Hubungan etnik di Malaysia secara umum

• Hubungan etnik menjadi satu aspek penting dalam kehidupan kerana manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa, berkaum-kaum dan berpuak-puak.

• Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelabagi etnik, budaya, bahasa dan agama.

• Lantaran itu, isu-isu yang berlegar sekitar hubungan etnik perlu difahami demi untuk membina hubungan etnik yang harmoni dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

• Hal ini kerana, hubungan etnik yang harmoni menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum agara sentiasa berada di kedudukan yang terbaik.

Page 3: Presentation1 (BM)

Pengajaran daripada peristiwa 13 mei 1969• Peristiwa ketegangan kaum dalam sejarah hubungan etnik di Malaysia yang dikenali

sebagai 13 mei 1969 menuntut pemahaman yang mendalam terhadap hubungan etnik di Malaysia.

• Oleh itu, usaha untuk mendalami hubungan etnik dilihat sebagai satu kemestian bagi memahami kepelbagaian unsur dan budaya hidup dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

• Selain itu, peristiwa tersebut memberi banyak pengajaran kepada setiap rakyat Malaysia bertapa pentingnya perpaduan kaum yang kuat dan utuh.

• Antara beberapa pengajaran:

– Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa – malah kehilangan nyawa dan harta benda– Langkah-langkah yang konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan

keharmonian antara kaum.– Perpaduan nasional tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang

miskin.– Setiap rakyat harus bersikap toleransi dan menghormati adat resam kumpulan etnik lain.– Sekiranya pengajaran-pengajaran ini gagal dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, cita-cita

untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur menjelang tahun 2020 akan tinggal impian semata-mata.

Page 4: Presentation1 (BM)

Kepentingan memahami hubungan etnik

• Mencerminkan sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial masyarakat.

• Memberi pemahaman terhadap darjah pluralisme sosial dan kebudayaan serta punca konflik dalam sesebuah masyarakat.

• Mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosio-ekonomi sesebuah negara.

• Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat.

• Memahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara.• Mengambarkan peranan faktor perseonaliti dalam menentukan

tingkah laku ahli masyarakat.• Memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara.• Mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah

negara.

Page 5: Presentation1 (BM)

Konsep-konsep asas hubungan etnik• Konsep masyarakat– Kamus Dewan (2005): masyarakat merujuk kpd kumpulan manusia yg

hidup bersama di suatu tempat dgn aturan dan cara tertentu.– Anggota masyarakat terdiri daripada individu, keluarga dan kumpulan-

kumpulan kecil.– Daripada pergaulan bersemuka, hubungan sosial yang berulang

terbentuk seperti kegiatan gotong-royong, meraikan sesuatu perayaan bersama-sama dan sebagainya.

– Kekerapan pergaulan sedemikian membina kesepaduan dalam masyarakat sebagai satu unit sosial.

– Hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina masyarakat Malaysia yang teguh.

– Setiap masyarakat mempunyai budayanya sendiri dan manusia sebagai anggota masyarakat bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya serta menurunkan budaya mereka daripada generasi kpd generasi.

Page 6: Presentation1 (BM)

Konsep-konsep asas hubungan etnik(samb..)

• Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi antara dua generasi, iaitu:

a) Generasi yang menurunkan budaya,b) Generasi yang menerima budaya.• kedua-dua generasi itu berperanan mengubahsuaikan kebudayaan

secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal semasa mereka.• Melalui proses mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan

budaya, maka terbentuklah asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, China, India dan lain-lain.

• Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya, iaitu:a. budaya material. Contoh : Tembok Besar di negara China.b. Budaya bukan material. Contoh: sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan.

Page 7: Presentation1 (BM)

Konsep-konsep asas hubungan etnik(samb..)

• Kepentingan memahami konsep masyarakat:a) Kesedaran bahawa demi kelangsungan hidup, manusia

tidak ada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat.

b) Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat.

c) Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain, termasuk ciri dan sifat masyarakat tersebut.

d) Memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain.

Page 8: Presentation1 (BM)

Konsep-konsep asas hubungan etnik(samb..)

Ciri-ciri utama masyarakat:a. Berkelompokb. Berbudayac. Mengalami perubahand. Berinteraski (dalaman dan dengan pihak luar)e. Mempunyai kepimpinanf. Mempunyai aturan sosial (susun lapis, kelas,

status dan kasta)

Page 9: Presentation1 (BM)

Konsep-konsep asas hubungan etnik(samb..)

• Pembentukan konsep negara bangsa di Malaysia yang dapat mempertahankan hubungan harmonis antara kumpulan etnik memerlukan pemikiran, nilai sosio-budaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian yang tinggi dalam kalangan pemimpin dan rakyat.

• Konsep “masyarakat Malaysia” berbeza daripada konsep “bangsa Malaysia”

• Masyarakat Malaysia ialah konsep yang lebih luas skopnya, yang merangkumi konsep bangsa Malaysia.

• Bangsa Malaysia merujuk kepasa satu cita-cita politik, iaitu bangsa yang bersepadu yang berteraskan hubungan etnik yang harmonis, seperti yang diungkapkan dalam Wawasan 2020.

Page 10: Presentation1 (BM)

Konsep-konsep asas hubungan etnik(samb..)

• Terdapat 3 perspektif utama bagi mengukur pembentukan bangsa Malaysia:

• a) Kenegaraan – perlu dipupuk untuk membentuk keutuhan negara sebagai kumpulan sosial.

• b) Kewarganegaraan – penyatuan kumpulan etnik melalui satu kewarganegaraan yang sama.

• c) Kebangsaan – ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan. Berperanan untuk menguatkan semangat kebangsaan.

Page 11: Presentation1 (BM)

2.1.1 Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme

Etnik

i. Sekolompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa

dan ekonomi.ii. Berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa yang memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat- sifat biologi.iii. Dapat dikelaskan melalui perbezaan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian dan sebagainya. iv. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik.

Enisiti i. Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik.ii. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas

yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme

i. Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesuatu kelompok etnik bahawa budaya atau etnisiti mereka adalah lebih baik dan hebat daripada kelompok lain, manakala budaya etnik lain dipandang rendah atau dianggap ganjil atau tidak bermoral.

ii. Perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.

Page 12: Presentation1 (BM)

2.1.2 Konsep Ras dan RasismeKonsep Keterangan

Ras Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata: warna kulit, warna rambut dll.

Rasisme

i. Pandangan, pemikiran ayau kepercayaan negatif sesutau kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata.

ii. Ditunjukkan secara terbuka melalui tingkah laku terbuka.iii. Gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui

diskriminasi yang berasaskan warna kulit dan ciri fizikal-biologikal yang lain.

Page 13: Presentation1 (BM)

2.1.3 Konsep Prejudis dan Stereotaipkonsep Keterangan

Prejudis Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.Tidak diluahkan secara terbukaLazimnya, pandangan yang tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.Prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi lain melalui proses sosialisasi.

Stereotaip Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik.Gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.Terhasil akibat pertembungan dua atau lebih kumpulan etnik.Boleh mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang membebel.

Page 14: Presentation1 (BM)

2.1.4 Konsep Diskriminasi

Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau kumpulan etnik terhadap anggota atau kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau kumpulan etnik berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

Manifesta prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik.

Diskriminasi mudah berlaku apabila adanya prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat.

Bentuk-bentuk diskriminasi:

Mengelakkan diri daripada individu atau kumpulan etnik yang diprasangkakan Pembuangan kerja Serangan fizikal secara fizikal Percubaan menghapuskan sesebuah kumpulan etnik (ethnic cleansing)

Page 15: Presentation1 (BM)

2.2 Konsep Budaya Nik Safiah Karim (1963), “budaya” bermakna tenaga

fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Kamus Dewan (2005): Budaya bermakna kemajuan

fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya, iaitu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Terdapat dua jenis budaya:a) Budaya Kebendaan : peralatan dan kelengkapan hidup.b) Budaya bukan kebendaan – kepercayaan, adat istiadat

dan undang-undang

Page 16: Presentation1 (BM)

2.2 Konsep Budaya(samb….)

Dua peranan utama bagi pembentukan budaya:a) Membina imej negara ke arah mewujudkan

keperibadian dan identitib) Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegeraan

bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.

Mohd Taib Osman (1988), budaya merupakan himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat:

a) Memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatanb) Menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling

Page 17: Presentation1 (BM)

Budaya

Dipelajari

Bersifat sejagat

Diwarisi

Mempunyai unsur simbolik Berubah-ubah

Pandangan semesta

Dikongsi

Page 18: Presentation1 (BM)

2.3 Konsep perpaduan dan Integrasi• Perpaduan merupakan satu proses yang

menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

• Integrasi bermaksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Page 19: Presentation1 (BM)

Unsur-unsur integrasi:Integrasi Keterangan

Wilayah Mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur

Ekonomi Usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

Kebudayaan Usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan.

Sosial Usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan dan pendidikan.

Pendidikan Mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.

Politik Usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

-Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah satu proses yang amat kompleks.-Tahap-tahap hubungan etnik diperlihatkan dari segi darjah kedudukan:

Segregasi Amalgamasi(Hubungan terpisah) (Hubungan Sebati)

Page 20: Presentation1 (BM)

2.3.1 Konsep SegregasiPemisahan atau pengasingan antara satu

kumpulan etnik dengan kumpulan etnik lain dalam sesebuah negara.

Pemisahan belaku dalam beberapa keadaan: tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Segregasi mungkin didasari oleh undang-undang (Dasar Aparteid di Afrika Selatan:1948-1995) atau tidak.

Page 21: Presentation1 (BM)

2.3.2 Konsep Akomodasi

Proses setiap kumpulan etnik menyedari dan menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain namun tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Diwakili oleh formula A+B+C=A+B+CKonsep ini diamalkan secara meluas di

Malaysia dan Switzerland.

Page 22: Presentation1 (BM)

2.3.3 Konsep Akulturasi• Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan

individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza.

• Berlaku apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari satu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

• Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

• Pertembungan dua atau lebih kebudayaan akan berlaku proses pinjam-meminjam.

• Contoh Akulturasi di Malaysia: penggunaan tali leher, angpau dll.

Page 23: Presentation1 (BM)

2.3.4 Konsep Asimilasi Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik

berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Menurut Vander Zanden, asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan menjadi satu dalam kesatuan sosial dan budaya yang sama.

Diwakili oleh formula A+B+C=A dengan A=Golongan dominan, B dan C=kumpulan etnik minoriti.

Faktor-faktor kejayaan asimilasi:a. Kesanggupan kumpulan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka

dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.b. Banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.c. Kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik

minoriti.

Page 24: Presentation1 (BM)

2.3.5 Konsep AmalgamasiApabila satu budaya atau ras bercampur untuk

membentuk budaya dan ras baru.Berlaku sekiranya wujud perkahwinan campur

antara kumpulan etnik.Diwakili oleh formula A+B+C=D dengan

A+B+C=kumpulan etnik yang berlainan dan dan D=amalgamasi, kumpulan baru yang terhasil daripada penyatuan A, B dan C.

Page 25: Presentation1 (BM)

MASYARAKAT PLURALISITIK DI MALAYSIA

Page 26: Presentation1 (BM)

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di zaman kesultanan Melayu Melaka.

Zaman Kesultanan melayu melaka (KMM) merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu yang diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh (visionary)

Empayar Melaka adalah tempat pertemuan pada pedangang dunia dan digelar The Venice og The East dan pelabuhannya yang sibuk dengan ribuan kapal berulang-alik melalui Selat Melaka.

Pemerintahan yang dijalankan denga sikap penuh diplomasi dan terbuka menyebabkan para pegawai istana bukan sahaja orang Melayu tempatan tetapi terdapat juga orang India yang dilantik menjawat jawatan dalam istana sultan Melaka.

Ini turut menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah negara China.

Zaman ini juga merupakan zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.

Page 27: Presentation1 (BM)

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di zaman kesultanan Melayu Melaka. (samb..)

pedagang-pedagang dari Arab, India, China dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela dan kerakomodasi dengan penduduk tempatan.

Proses akomodasi ini mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti masyarakat Baba.

Kepesatan aktiviti perdagangan membolehkan golongan pedagang datang berniaga dan pada masa yang sama menjalani aktiviti harian, bergaul dengan penduduk tempatan, berkahwin dan sehinggalah menetap di sini.

Perkahwinan campur yang berlaku, maka wujudlah pembentukan masyarakat baharu seperti masyarakat Melayu-Arab, Baba dan Nyonya, India-Muslim dan Peranakan jawi.

Page 28: Presentation1 (BM)

3.1.1 Masyarakat Melayu-Arab Masyarakat Arab yang berhijrah ke Melaka terdiri daripada

golongan pedagang. Mereka lebih dikenali dengan gelaran “Syed” Golongan “Syed” terdiri daripada pedangan yang berjaya

dan ulama yang dihormati. Perhubungan rapat golongan ini dengan golongan istana

membolehkan mereka muncul sebagai golongan elit yang penting di Tanah Melayu khususnya di Kedah.

Golongan “Syed” lebih dikenali sebagai masyarakat Melayu-Arab disebabkan perkahwinan campur antara orang Arab dengan orang Melayu.

Page 29: Presentation1 (BM)

3.1.2 masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyonya)

Berlaku akibat perkahwinan antara pedagang cina dengan penduduk tempatan.

Contohnya perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Pueri Hang Li Po (Puteri Maharaja China) pada 1459.

Majoriti terdapat di Melaka.Baba merujuk kepada lelaki manakala Nyonya adalah

wanita. Istilah “peranakan” merujuk kepada anak-anak hasil

perkahwinan campur antara imigran Cina dengan masyarakat tempatan.

Page 30: Presentation1 (BM)

3.1.3 Masyarakat India-Muslim

Juga dikenali dengan gelaran “Mamak”Wujud hasil perkahwinan campur antara orang

berketurunan India dengan masyarakat tempatan.Masyarakat India yang berhijrah ke Alam Melayu

lazimnya terdiri daripada lelaki yang kemudiannya berkahwin dengan wanita tempatan.

Menggunakan bahasa Tamil dalam kehidupan seharian.

Page 31: Presentation1 (BM)

3.1.4 Masyarakat Peranakan jawi

Terbentuk hasil perkahwinan campur antara lelaki India Muslim dari Selatan India dengan wanita Melayu Pulau Pinang.

Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan.

Page 32: Presentation1 (BM)

3.2 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Zaman Penjajahan

Keruntuhan kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis telah memulakan detik baru dalam pembentukan masyarakat pluraliti di Tanah Melayu.

Kedudukan Portugis yang lebih tertumpu di Melaka telah menyebabkan wujudnya masyarakat Serani.

Namun, penjajahan Portugis berkahir dengan kehadiran Belanda pada tahun 1641.

Ini diikuti dengan kehadiran British secara rasminya yang menguasai Tanah Melayu pada tahun 1824 akibat daripada Perjanjian Inggeris-Belanda.

Semasa Penjajahan British, Imigran asing dari negara China dan India diberi peluang dalam aktiviti ekonomi moden di Tanah Melayu.

Kewujudan orang Cina dan India di sisi masyarakat Melayu dan kaum peribumi yang lain merupakan faktor penting yang membentuk masyarakat majmuk dnegan melahirkan bentuk masyarakat Malaysia yang lebih dinamik dan kompleks.

Page 33: Presentation1 (BM)

3.2.1 Masyarakat Serani

Masyarakat baharu yang wujud kesan daripada penjajahan Portugis di Melaka (1511-1641)

Wujud daripada perkahwinan campur antara orang Portugis dengan masyarakat tempatan.

Agama yang dianuti ialah agama Kristian bermazhab Katolik Roman.

Kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang.

Page 34: Presentation1 (BM)

3.3 Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia

Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayan masing-masing mengakibatkan wujudnya satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu di mana tiap-tiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan.

Keharmonian hubungan etnik ini wujud dan terbukti apabila bersama-bersama berjuang mendapatkan kemerdekaan pada 31 ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 september 1963

Sementara itu, di Sabah kaum bumiputera yang utama ialag orang Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Suluk dan Rungus.

Di Sarawak pula, kaum bumiputera yang utama ialah orang Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau.

Page 35: Presentation1 (BM)

3.4 Masyarakat Pluralisitik Selepas Merdeka3.4.1 Politik

Usaha memelihara kestabilan politik yang bersandarkan kerjasama antara etnik menjadi agneda utama negara.

Pada peringkat tersebut, perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat ketiga-tiga kumpulan etnik dalam satu pakatan parti iaitu Perikatan yang terdiri daripada UMNO. MCA dan MIC

Pimpinan parti Perikatan mengamalkan sikap tolak ansur turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik.

Menurut R.K Vasil (1980), parti Perikatan menerima kempimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmonis antara kumpulan etnik dan Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri pertama oleh kumpulan-kumpulan etnik lain berdasarkan keupayaan beliau mempengaruhi orang Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak ansur dalam beberapa perkara asas.

Pada tahun 1974, parti Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional(BN) dan sehingga hari ini. BN terus kekal memerintah kerana wujudnya kerjasama antara parti komponennya.

Page 36: Presentation1 (BM)

3.4.2 Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi

yang menjadi sumber kepada segala perundangan lain yang wujud di negara kita.

Perlembagaan tokoh Melayu pula, merupakan asas yang berlandaskan suatu kontrak sosial yang persetujuan antara kaum di negara ini.

Terdapat 2 peringkat kontrak sosial di Alam Melayu:a. Berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati

antara rakyat dan raja yang diistilahkan sebagai waad. Perkara berlaku antara Demang Lebar Daun mewakili rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.

b. Berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu pula, bersetuju ke atas hak-hak istimewa orang Melayu.

Page 37: Presentation1 (BM)

3.4.3 Pendidikan• Tidak terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu

sehingga Penyata Razak 1956. yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran Inggeris, melayu, Cina dan India dan mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza.

• Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di Tanah melayu dibahagikan tiga peringkat:

1. Pendidikan British rendah dan menengah – Bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.

2. Sekolah Melayu Rendah dan menengah – dibantu British supaya mereka menjadi petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. British benarkan sekolah agama dan mengaji al-Quran tetapi tiada sekolah menengah Melayu.

3. Sekolah vernekular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri. Bagi aliran pendidikan Cina dan India, kurikulum, sukatan pelajaran dan orientasinya berkiblatkan negara asal mereka.

Page 38: Presentation1 (BM)

3.4.3 Pendidikan( samb…)

• Era pascamerdeka sistem pendidikan negara berubah kepada satu corak yang berorientasikan unsur tempatan. Oleh itu, sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan pelajaran dan orientasi.

• Pendidikan kebangsaan penting bagi menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat dalam membentuk identiti kebangsaan Malaysia.

• Usaha ini sebenarnya dilakukan sebelum merdeka melalui dua laporan iaitu Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. matlamat utamanya untuk menyatukan kanak-kanak berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu.

• Melalui proses musyawarah secara langsung mengikhtiraf penggunaan bahasa Melayu sebagai alat untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa entik lain.

• Secara beransur-ansur, ulai Julai 1969 kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sekolah bantuan kerajaan.

• Ini untuk memastikan perpaduan negara dan pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai.

Page 39: Presentation1 (BM)

3.4.4 Ekonomi Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada 4

peringkat:a) Rancangan pramerdeka – Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah

melayu (1950-1955) dan Rancangan persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).

b) Selepas Merdeka – Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).

c) Perancangan dalam era dasar Ekonomi Barud) Dasar-dasar Pembangunan negara.

Umumnya, sistem ekonomi Malaysia berasaskan laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi daripada British.

Semasa era penjajahan, British memperkenalkan sistem ekonomi moden tetapi sistem ekonomi tradisional yang masih dikekalkan.

Page 40: Presentation1 (BM)

3.4.4 Ekonomi (samb..)

Kesannya wujud sistem ekonomi dualisme yang emrujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiring dengan garis etnik.

Keadaan ekonomi dualisme menyebabkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu-sektor pertanian (pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padai dan nelayan kecil-kecilan) - kemiskinan tinggi.

Orang Cina - Ekonomi moden – perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan.

Ketidakseimbangan ekonomi berdasarkan etnik harus diatasi kerana potensi sebagai punca tercetusnya konflik.

Ketidakseimbangan ekonomi dianggap salah satu faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Page 41: Presentation1 (BM)

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN

ETNIK DI MALAYSIA

Page 42: Presentation1 (BM)

4.1 Modenisasi Ekonomi di MalaysiaModenisasi merupakan sutau proses transformasi

atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

Di Malaysia, modenasi bermula dengan kedatangan penjajah Bristish. Oleh sebab itu, modenisasi yang berlaku di Malaysia adalah sama strukturnya dengan mondenisasi di Eropah Barat.

Modenisasi berlaku dalam aspek pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.

Page 43: Presentation1 (BM)

4.1.1 Komponen Ekonomi Matlamat utama modenisasi ekonomi adalah untuk mencapai

kemajuan/pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian.

Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian import.

Manakala pada akhir tahun 1960-an kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.

Menjelang tahun 2000-an Malaysia mula memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi (ekonomi yang berasaskan ilmu atau knowlwdge).

Page 44: Presentation1 (BM)

4.1.2 Komponen Politik

Isu pembinaan negara bangsa diutamakan.

Menjadi impian untuk membina satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur.

Page 45: Presentation1 (BM)

4.1.3 Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi Malaysia

Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pascakolonial. Pembangunan ekonomi bukan sahaja untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan negara bangsa.

Page 46: Presentation1 (BM)

4.1.4 Acuan Ekonomi Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui

pengalaman dijajah oleh British. Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk memenuhi bekalan industri di Eropah Barat.

Perubahan ini telah membawa kepada pembinaan rangkaian prasarana seperti landasan kereta api, jalan raya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport. Tenaga buruh dibahagikan mengikut kumpulan etnik dan dipisahkan mengikut aktiviti ekonomi.

Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus bertahan hingga hari ini.

Page 47: Presentation1 (BM)

4.1.5 Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti demografi, Politik dan Ekonomi

Dari segi demografi, secara statik, orang Melayu merupakan etnik yang majoriti, manakala orang Cina dan India ialah kelompok minoriti. Bancian penduduk tahun 2005 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia ialah 24.36 juta orang. Kaum Melayu dan Bumiputera yang adalah 65.9 % daripada 24.36 juta penduduk, orang Cina (25%), orang India (7.5%) dan kaum lain-lain (1.3%).

Walaupun orang Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ini tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang lain. Cina memiliki kekayaan lebih tinggi berbanding orang lain. Dan menjadi isu.

Page 48: Presentation1 (BM)

4.1.6 Perancangan Pembangunan Lima Tahun

> Pihak penjajah British telah melaksanakan rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama Draft Development Plan of Malaysa (1950-1955). Plan ini telah menjadi suatu tradisi yang membnetuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Secara keseluruhannya, perancangan pembangunan menjadi elemen terpenting dalam pembentukan negara Malaysia.

Page 49: Presentation1 (BM)

DASAR-DASAR UTAMA NEGARA4.2.1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) Berdasarkan perpsektif sejarah Malaysia, pihak penjajah British

menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik melalui perancangan amalan “pecah dan perintah”.

Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak British menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar dan terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik.

Merujuk Banci Penduduk (1970), terdapat 43 peratus daripada semua keluarga di S. Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Daripada semua keluarga miskin tersebut, sebanyak 86% adalah penduduk luar bandar dan 14% penduduk bandar. Kadar kemiskinan mengikut etnik adalah seperti berikut:

Page 50: Presentation1 (BM)

Kaum Kadar kemiskinan Pendapatan purata keluarga sebulan (RM)

Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 394.00

India 39.2 304.00

Lain-lain 44.8 813.00

Kadar kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Etnik 1970

Page 51: Presentation1 (BM)

DEB (samb..)Kemiskinan yang berlaku ini adalah berkait

rapat dengan kadar pemilikan berdasarkan kelompok etnik yang sangat tidak seimbang.

Akibatnya, kadar pemilikan modal saham dalam kalangan golongan Bumiputera hanya meliputi 2.4%. Jumlah tersebut jauh lebih kecil berbanding kadar pemilikan yang diperoleh oleh kelompok kaum bukan Bumiputera, seperti berikut:

Page 52: Presentation1 (BM)

Pemilikan Jumlah Pemilikan Peratus

Bumiputera Perseorangan dan Agnesi Amanah

279.6 4.3

a. Bumiputera Perseorangan

168.7 2.6

b. Agnesi Amanaha 110.9 1.7

Bukan Bumiputera 2233.2 34.0

Warganegara Asing 4051.3 61.7

Jumlah 3534.1 100.0

Kadar Pemilikan Modal Saham dalam Syarikat Berhad Berdasarkan Kelompok Etnik (1970)

Page 53: Presentation1 (BM)

Pembahagian Pekerjaan Mengikut Pecahan etnik (1970)

Kaum Pertanian Perlombongan Pdgg, ptbrn, pdidik, ptahan, kemdhn awam

Melayu 67.6 32.1 42.6

Cina 19.9 58.7 45.5

India 11.5 8.5 10.7

Lain-lain 1.0 0.7 1.2

Page 54: Presentation1 (BM)

Ketidakseimbangan tersebut dipercayai sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga menyebabkan 13 mei 1969.

Semua statistik di atas memaksa kerajaan melancarkan DEB mulai tahun 1971 hingga 1990.

Marlamat DEBa. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.b. Menyusun semula masyarakat untuk

mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Page 55: Presentation1 (BM)

Strategi-strategi utama DEBa) Strategi membasmi kemiskinan: mengadakan peluang-peluang pekerjaan bagi

mengurangkan kadar pengangguran. Menambahkan kemudahan bagi meninggikan pendapatan

dan produktiviti semua golongan miskin sama ada di luar bandar dan kawasan bandar melalui peluang-peluang kemahiran, tanah, modal dan sebagainya.

Selain itu peluang golongan miskin untuk bergiat dalam bidang perindustrian dengan lebih produktif diperluaskan.

Langkah-langkah dibuat untuk memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik, perumahan, jalan raya, pelajaran dan sebagainya.

Page 56: Presentation1 (BM)

b) Strategi penyusunan semula masyarakatMembentuk sebuah masyarakat perdagangan dan

perindustrian di kalangan Bumiputera.Menambah hak milik rakyat dalam pemilikian modal

termasuk pemilikan saham supaya kaum Bumiputera dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh bukan Bumiputera dan selebunya pelabur asing.

Penyusunan semula corak guna tenaga dijalankan mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kamu negara menjelang tahun 1990.

Page 57: Presentation1 (BM)

4.2.2 Dasar Pembangunan Negara (DPN)

Dilancarkan oleh PM Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pd 17 Jun 1991.

Lanjutan Dasar Ekonomi Baru.

Konsep:Menjadikan Malaysia sebuah negara yang

maju dari segala segi menjelang tahun 2020.Dengan melaksanakan pelbagai program dan

penyusunan masyarakat.

Page 58: Presentation1 (BM)

Matlamat DPN:1. Melengkapkan rakyat Malaysia dengan nilai-

nilai positif – kejujuran, disiplin, masa, ketekunan dan sebagainya.

2. Melahirkan tenaga kerja berkualiti – berdaya saing

3. Mewujudkan perpaduan / memupuk perpaduan kaum – mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

4. Mencapai pembangunan seimbang – Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju – aspek ekonomi, politik, sosial, etika dan sebagainya.

Page 59: Presentation1 (BM)

DPN telah memperkasakan pendekatanya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan/pelaksanaan:

1. Pembasmian kemiskinan dalam kalangan termiskin. a) menghapuskan kemiskinan dan b) mengurangkan kemiskinan relatif

2. Menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

3. Mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)-meningkatkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi (profesional dan korporat)

Page 60: Presentation1 (BM)

4. Meningkatkan penglibatan sektoro swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat.

5. Tidak menetapkan sebarang tempoh pencapaian 30% pemilikan ekuiti oleh kaum Bumiputera sehingga 2000.

6. Melindungi kedudukan sosioekonomi golongan minoriti selain bumiputera.

7. Memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia – sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang sama.

Page 61: Presentation1 (BM)

Strategi dan langkah yang dilakukan untuk mengurangkan kemiskinan:

1. Pembukaan tanah – FELCRA/FELDA2. Penanaman semula getah, kelapa sawit dll.3. Belia luar bandar diberikan latihan

kemahiran-mendapatkan pekerjaan/pendapatan.

4. Memberi subsidi dan sokongan kepada penanam padi dan nelayan.

Page 62: Presentation1 (BM)

5. Sektor awam-pendidikan dan latihan, kesihatan, jalan raya, pengangkutan, perumahan kos rendah dan bekalan air dan api.

6. Mendapatkan saluran pemasaran bagi petani-petani.

7. Mewujudkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin(PPRT), Amanah Ikhtiar Malaysia dan Yayasan Membasmi Kemiskinan.

8. Memberi peluang perniagaan kecil-kecilan, pusat tuisyen, penjagaan kanak-kanak.

Page 63: Presentation1 (BM)

Tumpuan Perhatian:1. Penyediaan latihan – bidang pengurusan

harta dan etika perniagaan.2. Pendedahan kaum Bumiputera-teknologi

baharu.3. Mengurangkan ketidakseimbangan antara

wilayah di Sabah dan Sarawak

Page 64: Presentation1 (BM)

Tahap pencapaian:1. Kadar kemiskinan berjaya dikurangkan

daripada 17.1% tahun 1990 kepada 7.5% kepada 2000.

2. Kadar pengangguran berkurangan.3. Penyertaan kaum bumiputera dalam sektor

profesional meningkat.

Page 65: Presentation1 (BM)

4.2.3 Dasar Wawasan Negara (DWN)

Wawasan 2020 juga merupakan respon kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Konsep:Menjadikan Malaysia sebuah negara maju

yang berasaskan ekonomi perindustrian melalui pembentukan satu bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu.

Page 66: Presentation1 (BM)

Matlamat utama:1. Membentuk sebuah masyarakat dan negara

Malaysia yang unggul.2. Menjadikan Malaysia sebuah negara yang

maju sepenuhnya menjelang 2020 dalam semua segi. (dinyatakan dalam kertas kerja bertajuk Malaysia: Melangkah ke Hadapan)

3. Mencapai integrasi etnik yang meluas

Page 67: Presentation1 (BM)

Bagi merealisasikan Wawasan 2020 ini sembilan cabaran telah dikenal pasti untuk dihadapi:

1. Negara yang bersatu padu.2. Masyarakat yang berjiwa bebas.3. Masyarakat demokratik4. Masyarakat yang bermoral dan beretika5. Masyarakat Liberal6. Masyarakat saintifik dan progresif7. Masyarakat penyayang8. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi9. Masyarakat yang makmur.

Page 68: Presentation1 (BM)

Tujuh Teras Wawasan 2020:1. Membina masyarakat yang berdaya saing.2. Menggalakkan masyarakat yang saksama.3. Pembangunan alam sekitar.4. Membangunkan ekonomi berasakan

pengetahuan.5. Mewujudkan ekonomi berdaya saing

antarabangsa.6. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi7. Pembangunan sumber manusia.

Page 69: Presentation1 (BM)

Kejayaan dalam mencapai matlamat Wawasan 2020 bergantung pada beberapa aspek penting:

a. Perkembang akhlak dan amalan keagamaan.b. Kesepakatan dan persefahaman antara kaum.c. Perpaduan dan perhubungan rakyat.d. Keilmuan yang tinggi dan maju.e. Keadilan sosio-ekonomi.f. Pembangunan ekonomi dan teknologi.