Presentation1(lompat jauh)

37

Transcript of Presentation1(lompat jauh)

Page 1: Presentation1(lompat jauh)
Page 2: Presentation1(lompat jauh)

PENGENALAN

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet

mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju. Acara ini

diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat

lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat,atlet mestilah membuat

pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan

kedudukan kaki.

Page 3: Presentation1(lompat jauh)

Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan, pelompat

jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih.

Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum

dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat

tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama

pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat

langkah sebelum melonjak, Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan

komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.

Page 4: Presentation1(lompat jauh)

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.

Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling

lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang.

Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak

dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

Page 5: Presentation1(lompat jauh)

Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba.

Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang

dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila

atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang

apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam

acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656

SM mencatatkan lompatan sejauh

7 m 5 cm.

Page 6: Presentation1(lompat jauh)

LATIHAN YANG SESUAI DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH

Lakukan bangkit tubi L-seat.Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal.

Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya,angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding.Tujuannya:Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat).

Hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal. Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan).Tujuannya:Menguatkan achcillies tendon.

Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang boleh).Tujuannya:Menguatkan quadriceps.

Page 7: Presentation1(lompat jauh)

Latihan - plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu.Tujuannya:Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.

Lakukan aktiviti juak lentik dinamik.Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di belakang. Naikkan lutut kaki lonjakan.Tujuannya:Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.

Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas.Tujuannya:Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).

Page 8: Presentation1(lompat jauh)

Sebelum melakukan latihan lompat jauh,kita mestilah melakukan aktiviti

memanaskan badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa

otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan. Pastikan juga kawasan

lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh. Kawasan

pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan dapat

dilakukan dengan selamat. Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan

betul.

Page 9: Presentation1(lompat jauh)

FASA-FASA LOMPAT JAUH

Dalam keseluruhan, gaya atau teknik acara lompat jauh boleh

dibahagikan kepada empat fasa:

• Lari landas

• Lonjakan

• Layangan

• Mendarat

Page 10: Presentation1(lompat jauh)

1.Teknik Lompat Jauh Gaya Layar

Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana

lompatan mudah dilakukan.Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu

mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.

Fasa lari landas

=Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah atau

jarak 35-45 meter.

=Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah

ditandakan.

=Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi

rendah untuk mengatasi halangan graviti.

Page 11: Presentation1(lompat jauh)

Fasa lonjakan

=Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.

=Ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan

menegak.

Fasa layangan

=Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dank e hadapan.

Fasa mendarat

=Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh.

=Gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah.

=condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

Page 12: Presentation1(lompat jauh)

2.Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung

Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke

atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan

kaki semasa mendarat.

Fasa lari kandas

=Sama seperti lari landas gaya layar.

Fasa lonjakan

=Lonjak dengan kuasa kaki maksimum

=Angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama

angkat tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan.

Page 13: Presentation1(lompat jauh)

Fasa layangan

=Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan

keadaan seperti tergantung.

=Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.

=Angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk

persediaan mendarat.

Fasa mendarat

=Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke

hadapan.

=Dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan

pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

Page 14: Presentation1(lompat jauh)

3.Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh

Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana

seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di

udara pada fasa layangan sebelum mendarat.

Fasa lari landas dan lonjakan

=Sama seperti lari landas gaya layar dan gantung.

Fasa layangan

=Lakukan pergerakan ‘tendang kayuh’ satu setengah atau dua setengah langkah.

=Pergerakan ‘tendang kayuh’ dua setengah langkah:

=Langkah 1-Lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan.

=Langkah 2-Kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.Kaki bebas dan kaki

lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke hadapan.

=Langkah setengah-Rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Baran bongkok

sedikit ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.

Page 15: Presentation1(lompat jauh)

Fasa mendarat

=Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan.

=Lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan.

=Bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk

mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

Page 16: Presentation1(lompat jauh)

MENENTUKAN KAKI LONJAKAN

Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan. Ada beberapa cara

untuk menentukan kaki lonjakan:

>Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh.

Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah

kaki yang kuat untuk lonjakan.

>Berpasangan. A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan. B menolak A dari

belakang tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk

lonjakan.

Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur

maju.

Page 17: Presentation1(lompat jauh)

ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

1.Ansur Maju Lari Landas

Berpasangan. A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.

B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di

papan lonjak.

Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di

tempat permulaan.

Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke

belakang satu atau dua langkah.

Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua

langkah ke hadapan.

Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

Page 18: Presentation1(lompat jauh)

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas.

>Kawal kelajuan semasa berlari.

>Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah sangat

penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian.

>Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima dan keenam.

>Larian sama dengan lari pecut tetapi badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut

diangkat tinggi.

>Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari

jarak empat langkah dari papan lonjakan.

>Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai kelajuan

yang terkawal.

>Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka

ganjil.

Page 19: Presentation1(lompat jauh)

2.Ansur Maju Lonjakan

Ansur maju 1:

Lonjak dari papan lonjakan.

Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.

Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.

Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat

dengan rumit.

Ansur maju 2:

Melonjak dari hujung bangku.

Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.

Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.

Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.

Mendarat dengan tumit.

Page 20: Presentation1(lompat jauh)

Ansur maju 3:

Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali

Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.

Lari sejauh lima hingga enam langkah.

Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

Page 21: Presentation1(lompat jauh)

3.Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1:

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan

dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2:

Mencecah bola dengan hujung tangan.

Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat

dengan ketinggian yang boleh dicapai.

Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.

Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.

Mendarat dengan tumit.

Page 22: Presentation1(lompat jauh)

Ansur maju 3:

Mencecah bola dengan dahi.

Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat

dengan ketinggian yang boleh disentuh.

Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.

Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.

Cuba sentuh bola dengan dahi.

Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.

Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan

ke hadapan.

Page 23: Presentation1(lompat jauh)

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LOMPAT JAUH

1.Kawasan Lari Landas

Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan

sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang.

2.Papan Lonjakan

Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga

1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100

milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari

kawasan permulaan mendarat.

3.Papan Penanda Plastesin

Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter

lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang

sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila

melakukan lompatan batal.

Page 24: Presentation1(lompat jauh)

4.Kawasan Mendarat

Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di

penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan

mendarat.

5.Peraturan Umum

Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga kali

percubaan lompatan.Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali

percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian.Jika terdapat lapan

peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan.Setiap peserta

diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan.Sebarang keputusan seri dirujuk

kepada lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik.Jauh

lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan

lonjak.

Page 25: Presentation1(lompat jauh)

KECEDERAAN DALAM SUKAN ( BAGI SUKAN LOMPATAN )

Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku? ‘Ankle sprain’

merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada

ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf,

tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku).

Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion,

plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan

aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya,

kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan

(sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi).

Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-

faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam

sukan dan aksi yang terlampau agresif.

Page 26: Presentation1(lompat jauh)

Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ‘ankle sprain’? ‘Ankle sprain’

secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen

mengalami koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana

fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang

mengawal pergerakan kaki atau ‘excessive movement of the joint’. Apabila

berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau

tanda-tanda tertentu antaranya ialah:

1) Sakit

2) Terdengar bunyi crack

3) Bengkak

4) Lebam

5) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang

Page 27: Presentation1(lompat jauh)

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia

juga berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan

kepada 2 bahagian iaitu:

1) Medial

a) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)

2) Lateral

a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.

b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.

c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.

Page 29: Presentation1(lompat jauh)

a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.

b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.

c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.

Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut:

1) Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak

mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum.

Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari

dan melompat.

2) Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan

akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri

dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.

3) Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan.

Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika

berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.

Page 30: Presentation1(lompat jauh)

Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti

berikut:

1) Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak

mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling

minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak

mampu berlari dan melompat.

2) Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana

dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa

sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara

perlahan-lahan.

3) Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat

dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang

kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang

sakit.

Page 31: Presentation1(lompat jauh)

Rawatan

Secara ringkasnya, rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang

utama antaranya adalah:

1) Rawatan awalan (R.I.C.E)

a) Rest

Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan

yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah

meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.

b) Ice

Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.

Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan

benarkan

Page 32: Presentation1(lompat jauh)

Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak

yang keterlaluan.

d) Elevation

Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan

pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap

tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.

Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau

bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam

tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh

menimbulkan banyak komplikasi.

Page 33: Presentation1(lompat jauh)

2) Rawatan susulan

a) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki

- Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)

- Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)

- Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)

- Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)

- Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)

b) Rehabilitasi

- Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi

kecederaan ini, jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF).

Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti

‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih

sepenuhnya.

Page 34: Presentation1(lompat jauh)

- Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan

‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan

Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’

tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak

terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti larian

secara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta

aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan

kaki.

- Mendapattkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat

penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang.

Page 35: Presentation1(lompat jauh)

Antara latihan-latihan yang dilakukan adalah:

i) Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.

ii) Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.

iii) Berdiri di atas trampolin.

iv) Berdiri di atas ‘wobble board’.

Latihan-latihan di atas adalah diperlukan untuk mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki.

Page 36: Presentation1(lompat jauh)

Pencegahan Kecederaan dan Memulakan Semula Aktiviti Bersukan

Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti

sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya.

Penggunaan ‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti

tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin

mengambil masa yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-

langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan

seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan

yang diceburi seperti sediakala.

Page 37: Presentation1(lompat jauh)

Disediakan oleh :

Norliza Binti hashim820715-04-5426

Serifah Hairani Binti Syed Ariffin660421-01-5344