Presentation2

24
PENGENALAN Ukur Hidrografi merupakan sains dan teknologi pengukuran dan penggambaran parameter-parameter yang penting mengenai sifat-sifat dan rupabentuk dasar laut, jisim tanah dan ciri-ciri dinamik air laut. Ia termasuklah batimetri, geologi, geofizik, pasang-surut, arus, ombak dan sifat-sifat fizikal air laut. Pada asasnya, carta hidrografi mengandungi maklumat berikut : Kedalaman paramuka dasar laut dengan menitikberatkan kepada keselamatan pelayaran Sempadan pantai termasuk topografi pantai Pelbagai bantuan pelayaran seperti boya, rumah api dsb Gambaran topografi dasar laut dan maklumat lain yang dapat membantu pelayaran.

description

 

Transcript of Presentation2

Page 1: Presentation2

PENGENALAN• Ukur Hidrografi merupakan sains dan teknologi pengukuran dan

penggambaran parameter-parameter yang penting mengenai sifat-sifat dan rupabentuk dasar laut, jisim tanah dan ciri-ciri dinamik air laut.

• Ia termasuklah batimetri, geologi, geofizik, pasang-surut, arus, ombak dan sifat-sifat fizikal air laut.

• Pada asasnya, carta hidrografi mengandungi maklumat berikut :

• Kedalaman paramuka dasar laut dengan menitikberatkan kepada keselamatan pelayaran

• Sempadan pantai termasuk topografi pantai

• Pelbagai bantuan pelayaran seperti boya, rumah api dsb

• Gambaran topografi dasar laut dan maklumat lain yang dapat membantu pelayaran.

Page 2: Presentation2

PENGENALAN…sambungan…

• Secara amnya, Ukur hidrografi boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu

a) Hidrografi pinggir pantai (coastal)

Ia merupakan pengukuran hidro yang dilakukan di persisiran pantai seperti melakukan kerja-kerja pembinaan jeti, pelabuhan, kerja-kerja struktur kejuruteraan, masalah hakisan pinggir pantai, penambakan pantai dan perubahan pasang surut air laut.

b) Hidrografi lepas pantai (off-shore)

Pengukuran jenis ini merupakan pengukuran yang dilakukan bagi kerja- kerja pengutipan data bagi kerja-kerja seperti pengurusan alam sekitar, pengurusan perikanan, pengurusan kehidupan dasar laut dan juga kerja-kerja pengutipan data hidrografi bagi penentuan kawasan pinggir pantai seperti “continental shelf”. Kerja-kerja ukur hidrografi lain yang terlibat adalah penjelajahan dan kerja cari gali galian dasar laut seperti minyak dan gas.

c) Hidrografi laut jauh (oceanic)

Pengukuran jenis ini adalah seperti kerja-kerja pengumpulan data hidrografi bagi pemetaan dasar laut, kandungan dasar laut dan perubahan dasar laut semasa

Page 3: Presentation2

SPESIFIKASI IHO UNTUK PENGUKURAN HIDROGRAFI

• Standard IHO untuk pengukuran hidrografi disediakan bertujuan untuk

menyediakan panduan minimum yang boleh diterima dalam menjalankan ukur

hidrografi.

• Panduan ini diwujudkan bagi memastikan kepadatan data dan kejituan

pengukuran mencukupi bagi menjamin keselamatan pelayaran

Page 4: Presentation2

MAKLUMAT YANG ADA PADA CARTA

• Garisan pantai (shoreline) - sempadan daratan dan air. Paras Air Tertinggi (High Water Line) biasanya digunakan.

• Depan pantai dan kawasan kering (foreshore and drying area) - sempadan garis pantai dengan ketinggian datum carta. Ia bergantung kepada pasang-surut, kelihatan semasa surut dan tenggelam semasa pasang.

• Kedalaman dan ketinggian kering - ketinggian paramuka kawasan pantai dan kawasan kering berasaskan datum carta.

• Kontor kedalaman - garisan yang mempunyai kedalaman yang sama. • Kualiti dasar laut - tanda nama yang menggambarkan jenis dasar laut,

misalnya L- lumpur, B -batu, dsb.

• Bantuan pelayaran - menunjukkan kawasan bahaya (batu karang, kapal karam, dsb), rumah api, boya keselamatan, lalauan selamat dsb.

Page 5: Presentation2

MAKLUMAT YANG ADA PADA CARTA...sambungan...

• Mercutanda (landmarks) - tanda semulajadi atau buatan yang boleh kelihatan dari pantai dan boleh digunakan untuk mendapat jarak dan bearing seperti bangunan,

bukit, dsb. • Butiran maritim - butiran buatan manusia yang penting

atau berguna untuk pelayaran seperti jeti, pelabuhan, breakwaters, jambatan, kabel dasar laut, dsb.

• Topografi pantai dan daratan - butir-butiran semulajadi atau buatan manusia, garis kontor, ketinggian dsb. Maklumat tidaklah sebanyak maklumat hidrografi

Page 6: Presentation2
Page 7: Presentation2

KEGUNAAN CARTA DAN PELAN HIDROGRAFI

• Kegunaan data hidrografi adalah seperti;

Pandu arah Pelayaran Kejuruteraan – tambakan/pengorekan tanah, pembinaan jeti dan jambatan Carigali minyak Perikanan – untuk laluan bot dan mengesan

ikan Pengawalan alam sekitar Kerja-kerja oseanografi seperti pergerakan

sedimen, kajian geologi dll Pemuliharaan pantai

Page 8: Presentation2

KEGUNAAN CARTA DAN PELAN HIDROGRAFI

Page 9: Presentation2

FENOMENA PASANG-SURUT

• Pasang-surut adalah perubahan berkala naik dan turun paras permukaan air disebabkan perbezaan daya tarikan daripada pelbagai badan cakerawala, terutama bulan dan matahari ke atas permukaan bumi.

JENIS-JENIS PASANG SURUT

• Pasang-surut separuh harian- berlaku 2 kali pasang dan 2 kali surut sehari dengan hanya perbezaan kecil pada paras tertinggi dan terendah.

• Pasang-surut harian - berlaku sekali air pasang dan sekali air surut dalam sehari. Ia hanya berlaku di beberapa tempat di Mexico, Laut Jawa, Vietnam-

China, dsb.

• Pasang-surut campuran- paras air pasang dan surut mempunyai perbezaan ketara. Berlaku 2 kali pasang dan 2 kali surut sehari dan boleh bertukar

menjadi jenis harian. Ia berlaku di Semenanjung Malaysia dan beberapa tempat lain.

Page 10: Presentation2

DATUM PASANG-SURUT

• Aras Laut Min (MSL)- paras purata yang dicapai air laut dalam tempoh masa tertentu. Perubahan paras laut boleh berlaku kerana kesan jangka pendek seperti pencairan ais di kutub, meteorologi (hujan, angin & tekanan), ombak, dsb. Tempoh cerapan dibuat antara 18 - 30 tahun.

• Paras Purata Pasang-Surut (MTL)- purata bagi ketinggian air pasang-surut bagi tempoh yang singkat.

• Purata air pasang dan surut Purnama (MHWS, MLWS)- purata bagi 2 kali air pasang dan 2 kali air surut berturutan dalam sehari bagi sepanjang tahun. Ia berlaku semasa bulan berada pada fasa penuh atau baru, iaitu sekali dalam setiap 2 minggu. Nilai ini berubah dari tahun ke tahun mengikut kitaran 18.6 tahun.

• Purata air pasang dan surut anak (MHWN, MLWN)- purata 2 air pasang dan 2 air surut berturutan dalam tempoh 24 jam. Berlaku ketika bulan berada pada sukuan pertama dan akhir.

• Purata pasang dan surut tinggi (MHHW, MLLW)- purata paras air tahunan tertinggi dan terendah dalam sesuatu tempoh (tahunan).

Page 11: Presentation2

DATUM PASANG-SURUT ...sambungan

• Air Terendah Astronomi (LAT)- Paras terendah yang

boleh diramal dalam keadaan normal dengan mengambil kira semua faktor astronomi. Ia diperolehi

• dengan membuat kajian pasang-surut sekurang-kurangnya 19 tahun.

• Datum Carta (CD)– merupakan aras di mana kedalaman di atas kebanyakan carta nautika dilaraskan. Disebabkan Lat sukar untuk ditentukan, biasanya aras untuk datum carta di definisikan sebagai satu aras di mana nilai ramalan pasang surut tidak akan jatuh di bawah CD melebihi 1 meter.

Page 12: Presentation2

DATUM PASANG-SURUT

Page 13: Presentation2

KEGUNAAN REKOD PASANG-SURUT

• Rekod pasang surut mempunyai beberapa kepentingan seperti : Pergerakan Kapal– Pengukuran pasang surut semasa (real time) adalah sangat penting bagi menunjukkan kedalaman semasa air terutama di kawasan jeti, dermaga dan juga laluan utama kapal. Penyediaan Jadual Ramalan Pasang Surut – Data cerapan pasang surut untuk tempoh tertentu diperlukan untuk meramal data pasang surut di masa

hadapan. Di Malaysia ramalan pasang surut dilakukan setahun kehadapan oleh dua agensi kerajaan iaitu JUPEM dan Jabatan Hidrografi, Tentera Laut di Raja Malaysia. Data ramalan banyak digunakan di dalam kerja-kerja kejuruteraan

Menentukan Garisan Pinggir Pantai– Dalam bidang persempadanan laut, sempadan perundangan yang sah adalah merujuk kepada aras tertentu

pasang surut iaitu aras air rendah. Ini Cuma dapat ditentukan melalui serapan pasang surut untuk tempoh tertentu

Page 14: Presentation2

KETEPATAN CERAPAN PASANG-SURUT

• Ketepatan cerapan pasang surut sangat penting terutama dengan kepesatan perkembangan industri perkapalan yang mana kapal lebih besar dibina.

• Adalah penting mengetahui dengan tepat jumlah air semasa pelayaran

• Ramalan yang tepat memerlukan data cerapan pasang surut yang tepat

• Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ketepatan cerapan pasang surut

• Kesan ombak dan arus

• Cuaca

• Peralatan yang kurang sempurna

• Kalibrasi alat yang tidak sempurna

• Kesalahan manusia

• Beberapa langkah yang boleh memberikan ketepatan cerapan pasang surut adalah:-

• Cerapan dibuat selama mungkin (idealnya 18.6 tahun)

• Kalibrasi alat dilakukan sekerap mungkin•

Sering memeriksa data cerapan

Page 15: Presentation2

PROSES KERJA HIDROGRAFI

• Tiga perkara utama yang perlu dijalankan semasa kerja ukur hidrografi ialah• • a) kawalan daratan- menyediakan stesen-stesen di darat bagi kegunaan • penentuan kedudukan bot dan datum tegak. Ia meliputi kawalan mendatar • dan kawalan tegak.• • b) penentuan kedudukan- untuk mendapatkan kedudukan bot atau titik • dimana kedalaman akan diambil. Kaedah yang boleh digunapakai ialah • kaedah langsung, kaedah optik atau kaedah gelombang radio.• • c) penentuan kedalaman- boleh menggunakan kaedah langsung • menggunakan tali atau dawai bersenggat dan sesuai untuk kawasan terhad,

tidak dalam dan tiada arus. Kaedah akustik menggunakan pemerun gema memberikan hasil lebih baik. Alat menghantar gelombang ke dasar laut dan menerima semula isyarat. Jarak (kedalaman) boleh diperohi berdasarkan beza masa (hantar & terima) dan halaju bunyi dalam air. Kalibrasi perli dibuat dan kedalaman direkodkan pada kertas carta pemerun gema

Page 16: Presentation2

PROSES KERJA HIDROGRAFI …sambungan…

• a) Kawalan Daratan

• Kawalan daratan digunakan dalam proses menyediakan stesen-stesen di daratan bagi kegunaan penentuan kedudukan bot dan juga datum tegak.

• Stesen-stesen kawalan daratan ini ditentukan dengan menggunakan teknik-teknik ukur asas seperti ukur jarak, bearing, sudut dan triangulasi.

• Kawalan daratan meliputi;

kawalan mendatar– kedudukan titik-titik kedalaman adalah berdasarkan kepada koordinat stesen-stesen kawalan di daratan

kawalan tegak– membuat beberapa tanda aras di sekitar kawasan kerja supaya boleh digunakan untuk mendirikan tiang/tolok pasang surut

Page 17: Presentation2

PROSES KERJA HIDROGRAFI …sambungan…

b) Penentuan Kedudukan

• Tujuan utama penentuan kedudukan adalah untuk mendapatkan kedudukan bpt atau titik di mana penentuan kedalaman akan diambil

• Menentukan kedudukan titik-titik ini perlulah tepat kerana jika kesalahan

terjadi,ianya akan menghasilkan titik kedalaman yang salah dan memberikan maklumat dasar laut yang tidak tepat

• Penentuan kedudukan pada dasarnya boleh ditakrifkan sebagai titik persilangan antara dua garisan

• Penentuan kedudukan ini adalah penting kerana di masa yang sama kedalaman titik akan diukur

• Oleh itu kedudukan kapal adalah kedudukan sebenar berbanding dengan kawalan daratan yang di rujuk

• Tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan kapal adalah melalui; Kaedah Langsung,

OptikGelombang radio

Page 18: Presentation2

PROSES KERJA HIDROGRAFI …sambungan…

• c) Penentuan Kedalaman

• Penentuan kedalaman adalah merupakan matlamat utama kerja ukur hidrografi

• Ia perlu dijalankan seberepa tepat kerana jika ada kesalahan berlaku, ianya akan menghasilkan titik kedalaman yang salah

• Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan kedalaman iaitu dengan menggunakan kaedah;

• Kaedah Langsung • Kaedah Gelombang akustik• • Kaedah langsung adalah cara yang paling mudah digunakan

• Tetapi ianya hanya sesuai untuk kawasan yang terhad seperti kawasan yang tidak dalam dan tidak kuat arusnya serta kos peralatan yang rendah • Kaedah akustik menggunakan alatan yang dinamakan pemerum gema (echo sounder)

• Pada amnya alat ini mengukur jarak dengan cara mencatatkan beza masa penghantaran gelombang ke dasar laut dan masa penerimaan semua setelah mengalami proses pembalikan

Page 19: Presentation2

Kaedah Gelombang Akustik

Page 20: Presentation2

PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFI

• Tiga langkah utama di dalam perancangan kerja ukur hidrografi adalah:-

a) Perlantikan Projek

b) Peninjauan

c) Penyediaan Peralatan

Page 21: Presentation2

PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFI

a) Perlantikan Projek

• Dua cara untuk mendapatkan projek hidrografi adalah melalui tender atau perlantikan terus

• Jika berjaya, surat perlantikan akan dikeluarkan • Pada peringkat ini, hanya maklumat-maklumat utama sahaja yang diketahui, antaranya adalah:-

Lokasi kawasan kerja

Sempadan kawasan kerja

Skala pelan akhir

Maklumat datum

• Maklumat ini membantu juruukur mendapatkan gambaran kasar tentang kerja hidrografi

• Maklumat skala pelan akhir membantu juruukur menetapkan jarak sela antara garisan kedalaman

• Penentuan lokasi kedudukan stesen kawalan pantai boleh ditentukan terlebih dahulu

Page 22: Presentation2

PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFI

b) Peninjauan

• Peninjauan sangat penting dan perlu di jalankan dengan teliti.

• Peninjauan bertujuan mengkaji kawasan kerja ukur bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang boleh membantu projek berjalan dengan lancar • Antara maklumat yang perlu semasa proses peninjauan adalah;

Sempadan kawasan kerja, anggaran kedalaman kerjaAnggaran jenis dasar air seperti lumpur, pasir dllKeadaan ombak,arus dan anginMusim (tengkujuh atau panas)Keadaan trafik laut (perjalanan bot-bot)Topografi daratan (berbukit/ landai, jenis daratan; paya atau batu)Lokasi stesen kawalan, lokasi tolok pasang surut

Kadar sewa bot Pemilihan alat penentududukan berdasarkan topografi daratan

Page 23: Presentation2

PERANCANGAN DALAM UKUR HIDROGRAFI c) Penyediaan Peralatan

• Proses ini merupakan proses mengumpul, membeli, menyewa atau mendapatkan peralatan yang akan digunakan

• Membuat persediaan perkara-perkara yang berkaitan dengan logistik;

• Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah; Menulis surat kebenaran atau memaklumkan kerja kepada pihak yang berkepentingan seperti Jabatan laut, Penghulu, Lembaga Perlabuhan dll

Menyewa bot yang akan digunakan untuk kerja hidrografi

Membuat penyemakan terhadap alat-alat yang akan digunakan

Membeli pelan-pelan akui (PA) daripada JUPEM untuk memulakan ukur kawalan

Mendapatkan maklumat-maklumat BM dan ketinggian daripada JUPEM Menyediakan peralatan-peralatan sokongan seperti piket, paku,

kayu,buku rekod, alat tulis dll

Page 24: Presentation2

…Sekian…