presentationsejarahpart5-140708200121-phpapp02

42
TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

description

pp

Transcript of presentationsejarahpart5-140708200121-phpapp02

PowerPoint Presentation

TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA5.1 TOKOh-TOKOh TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

ParameswaraBaginda merupakan pengasas Kesultan Melayu Melaka.Baginda bertanggunjawab memajukan Melaka daripa sebuah kawasan perkampungan nelayan sehingga menjadi pusat perdagangan.Baginda turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China.

Sultan Muzaffar ShahBaginda berjaya menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian Islam.Baginda telah menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Sultan Mansor ShahBaginda berjaya memperluaskan kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, negeri Perak dan juga Siak.Baginda telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negara China

Sultan Alauddin Riayat ShahBaginda berjaya mempertingkatkan keselamatan dan keamanan negeri Melaka.

Bendahara Tun PerakBeliau memastikan dasar perluasan kuasa Melaka mencapai kejayaan.Beliau berjaya menguasai Pahang.Beliau dapat menguruskan pentabiran Negara dengan baik.

5.2 PARAMESWARA SEBAGAI PENGASAS KESULTANAN MELAYU

LATAR BELAKANG PARAMESWARA SEBAGAI PENGAsAS MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara. Parameswara telah mengasakan Melaka pada sekitar tahun 1400.Parameswara merupakan putera raja keturunan Sailendra yang berasal dari Palembang, Sumatera yang pernah memerintah kerajaan Srivijaya.Parameswara berkahwin dengan puteri raja Jawa Timur, negeri yang menjadi jajahan Majapahit.

.

ParameswaraLATAR BELAKANG PARAMESWARA SEBAGAI PENGAGAS MELAKAKerajaan Majapahit yang telah berkuasa selama lebih dua ratus tahan mula berpecah kerana semakin lemah. Parameswara mengambil kesempatan mengisytiharkan kemerdekaan kerana tidak mahu tunduk lagi di bawah kekuasaan Majapahit. Berikutan pengisytiharan itu Majapahit menyerang Palembang.

Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik. Kemudian ke Muar. Sehinggalah Parameswara menjumpai Melaka. Di situlah Parameswara dan pengikutnya menetapRentetan Peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka (1)Palembang ialah negeri di bawah naungan kerajaan Majapahit.Parameswara ialah putera raja Palembang yang telah berusaha membebaskan Palembang daripada kerajaan MajapahitNamun, usaha Parameswara itu gagal dan beliau terpaksa berundur ke Temasik.

Rentetan Peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka (2)Kedatangan Parameswara dan pengikutnya disambut baik oleh Temagi, iaitu pemerintah Temasik. Parameswara menjangkakan Temasik akan berkembang maju.Parameswara tertarik dengan kedudukan Temasik yang strategik.Parameswara telah membunuh Temagi untuk menguasai Temasik.Ini menimbulkan kemarahan Siam kerana Temasik berada di bawah kekuasaan Siam.Parameswara takut akan serangan Siam lalu berundur ke Muar.

Rentetan Peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka (3)Parameswara tinggal di Muar tidak lama kerana keadaan alam sekitarnya kurang baik.Antaranya kerana terdapat biawak dan serangga yang mengganggu kota yang dibinanya.Akhirnya, Parameswara dan pengikutnya telah meneruskan perjalanan ke utara.

Rentetan Peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka (4)Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam.Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan.Kawasan ini dipenuhi dengan bukit-bukau yang boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.Pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.Muara sungainya terlindung daripada angin monsun.Kedudukan yang berhampiran laut menjadi laluan kapal perdagangan.Mudah memperoleh bekalan air bersih.Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampong tersebut dan mendirikan kota.

FAKTOR-FAKTOR MELAKA MENJADI KERAJAAN

Bekalan air bersih mudah diperolehi. Banyak pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.

Bentuk muka bumi berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal selat Melaka. Terlindung daripada tiupan angin monsun. Tempat yang selamat untuk peniaga.FAKTOR-FAKTOR MELAKA MENJADI KERAJAANPeristiwa pembukaan melakaParameswara dan pengikut-pengikutnya pergi berburu di muara Sungai Bertam.Ketika Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, tiba-tiba anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk kecil.

Parameswara menganggap peristiwa tersebut luar biasa kerana keberanian pelanduk kecil tersebut.

Tempat itu pula didapati amat sesuai untuk dijadikan negeri.

Peristiwa pembukaan melakaParameswara mengambil keputusan untuk mendirikan kerajaan di situ.Parameswara menamakan tempat itu sebagai Melaka sempena pokok tempat beliau berehat itu.Parameswara melakukan pelbagai langkah untuk membina dan membangunkan kerajaan Melaka.Parameswara menyusun satu system pentadbiran yang lebih teratur.

Keistimewaan melakaPokok bakau dan api-api boleh menjadi menjadi benteng pertahanan dan perlindungan. Ia juga boleh dijadikan sumber kayu api dan boleh dibuat tiang rumah.Muara sungainya terlindung daripada angin monsun. Oleh itu, ia sesuai dijadikan pusat persinggahan kapal dan juga pelabuhan.Bekalan air bersih senang diperolehi kerana ia terletak di pinggir laut.Bentuk muka bumi berbukit-bukau telah menjadi panduan bagi pelayar. Oleh itu, kawasan selat lebih mudah dikawal. Bukit ini juga boleh dijadikan tempat mengawal kapal yang keluar dan masuk dari Melaka.

Asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumberSumber: Sejarah Melayu

Asal usul nama Melaka berkait rapat dengan pelanduk dan pokok Melaka.Menurut Sejarah Melayu, semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya.Peristiwa itu dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing.Oleh itu, Parameswara memilih tempat tersebut untuk mendirikan kerajaan.Parameswara menamakan tem[at tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

Asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumber(2) Sumber: Istilah Arab

Melaka telah lama menjadi tumpuan pedagang-pedagang Arab.Pedagang-pedagang Arab telah memanggil Melak dengan beberapa istilah:Mulaqah bermaksud pertemuan.Malakat bermaksud Perhimpunan segala dagangIstilah-istilah tersebut sememangnya sesuai memandangkan kemajuan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang dikunjungi oleh saudagar daripada pelbagai negara.

Asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumber(3) Sumber: Mitos Hindu

Dalam karya Skanda Purana (Bahagian yang berjudul Vaishnava Khanda terdapat rujukan mengenai pokok Amalaka).Pokok Amalaka dianggap pokok yang pertama tumbuh di alam semesta.Pokok Amalaka dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan Hindu iaitu Brahmin, Vishnu dan Shiva.Buah Pokok Amalaka dikatakan mempunyai kuasa ajaib.Pokoknya pula dikaitkan dengan kekayaan, kesihatan dan kekuatan.Pedagang-pedagang Hindu yang dating Melaka mendapati pelabuhan Melaka amat pesat perkembangannya.Kemajuan, kekayaan dan kekuatan Melaka ketika itulah yang mendorong mereka mengaitkan Melaka dengan Pokok Amalaka.

Buah Pokok Amalaka

Tun perak sebagai bendahara melakaSULTAN MELAKA SEMASA TUN PERAK MENJADI BENDAHARA MELAKA

Peranan Bendahara Tun Perak semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, kerajaan Melaka mula memperluas kuasanya.Kawasan yang Berjaya dikuasai adalah Pahang, Inderagiri dan Kampar.Tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah telah membolehkan kerajaan Melaka memperluaskan kuasanya.

Sultan Muzaffar ShahPeranan Bendahara Tun Perak semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

Antara tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah ialah

Tun Perak dihantar untuk menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. Hubungan diplomatic dijalankan dengan China. Kesannya, Melaka diiktifar sebagai sebuah kuasa yang besar oleh kerajaan-kerajaan lain di rantau Asia Tenggara. Kebijaksanaan baginda menyelesaikan perbalahan Antara orang Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Kesannya, ujud keamanan dalam negeri yang membolehkan baginda menumpukan usaha kepada perluasan kuasa.

Peranan Bendahara Tun Perak semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah

Sultan Mansor Shah meneruskan dasar perluasan kuasa dengan menguasai: Bernam dan Perak di Semenanjung Tanah Melayu.Siak di pantai timur Sumatera.

Cubaan Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk membebaskan diri daripada penguasaan Melaka dapat dihalang oleh baginda.

Sultan Mansor Shah

Peranan Bendahara Tun Perak semasa pemerintahan Sultan Alauddin riayat shahSultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan Sultan Mansor Shah merupakan seorang pemimpin yang warak dan mementingkan pentabiran Negara.Menurut buku Sejarah Melayu, baginda juga seorang yang gagah.Keamanan dan keselamatan dalam negeri sangat diambil berat oleh baginda.Baginda pernah menyamar menjadi rakyat biasa untuk membanteras kejadian jenayah di Melaka.Keamanan yang dicapai pada zaman tersebut membolehkan baginda menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha perluasan kuasa.Kebijaksanaan tun perak dalam menangkis serangan siam di melakaTahun 1445Tun Perak merupakan salah seorang pembesar yang berperanan penting dalam usaha memperluaskan kuasa kerajaan Melaka.

Pada tahun 1445, Tun Perak Berjaya menghalang serangan Siam.Pada ketika itu, beliau adalah Penghulu Klang.Strategi beliau ialah mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke Melaka.Tujuannya untuk menaikkan semangat tenteranya mempertahankan Melaka.Kebijaksanaan tun perak dalam menangkis serangan siam di melakaTahun 1456Pada tahun 1456, sekali lagi Siam menyerang Melaka.Strategi Tun Perak untuk mematahkan serangan Siam adalah dengan:Menggunakan perahu kecil.

Ini menyukarkan pihak Siam mengejar tentera MelakaMengikat jamung di pokok bakau. Ini dapat mengelirukan tentera Siam yang beranggapan Melaka memiliki bilangan tentera yang ramai lalu berundur.Tun Pedrak juga Berjaya menakluki Pahang yang dikuasai Siam pada ketika itu.perahu kecilTun Perak

Beliau adalah seorang pembesar yang amat setia kepda Sultan.Kesetiaan beliau dapat dibuktikan dengan peristiwa pembunuhan anaknya, Tun Besar oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad.Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela tetapi hanya meminta agar Raja Muhammad tidak dilantik menjadi pengganti sultan.Raja Muhammad akhirnya dihantar ke Pahang dan menjadi raja di sana.Tindakan Tun Perak itu Berjaya mewujudkan keamanan dalam kerajaan Melaka. Kesetiaan rakyat Melaka kepada sultan juga Berjaya dikekalkan oleh beliau.Hang tuah sebagai laksamana melakaRIWAYAT HIDUP HANG TUAH

Video pertarungan antara hang tuah dengan hang jebat

Peristiwa pertarungan Antara hang tuah dengan hang jebat dalam hikayat hang tuahHang Tuah diiringi 40 orang pengawal ke istana Melaka untuk membunuh Hang Jebat.Hang Jebat terjaga daripada tidurnya apabila terdengar bunyi bising di luar istana.Hang Jebat terkejut melihat Hang Tuah yang masih hidup datang untuk membunuhnya.Hang Tuah melompat ke dalam istana dan bermulalah pergelutan di antara dua sahabat tersebut.

Peristiwa pertarungan Antara hang tuah dengan hang jebat dalam hikayat hang tuahHang Tuah gagal menikam Hang Jebat kerana Keris Taming Sari berada di tangan Hang Jebat.Mereka terpaksa bertarung di atas talam kerana pengawal-pengawal istana menjolok lantai istana dengan lembing.

Peristiwa pertarungan Antara hang tuah dengan hang jebat dalam hikayat hang tuahAkhirnya, Hang Tuah Berjaya merampas Keris Taming Sari daripada Hang Jebat.Hang Jebat terkena tikaman Keris Taming Sari Hang Tuah.Banyak darah keluar daripada tikaman Hang Tuah itu. Hang Tuah meninggalkan Hang Jebat yang sedang menahan kesakitan di istana itu.Soalan-soalan

Soalan-soalanSiapakah tokoh-tokoh terbilang semasa Kesultanan Melayu Melaka?Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?Apakah faktor-faktor menyebabkan Melaka menjadi Kerajaan?

jawapanSoalan (1)ParameswaraSultan Muzaffar ShahSultan Mansor ShahSultan Alauddin Riayat ShahBendahara Tun Perak

Soalan (2)Parameswara

Soalan (3)Bekalan air bersih mudah diperolehiBanyak pokok bakau dan api-api yang boleh menjadi benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.Bentuk muka bumi berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal selat Melaka.Terlindung daripada tiupan angin monsun. Tempat yang selamat untuk peniaga.

Soalan-soalanParameswara mengetahui potensi Melaka dan telah memajukan Melaka sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Apakah keistimewaan yang ada pada Parameswara dalam situasi ini?

A. Berpandangan jauh B. BertanggungjawabC. BijaksanaD. AmanahSoalan-soalanBerikut merupakan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada pengasas Melaka, Parameswara, kecuali_____.

A. Bijak B. berputus asaC. bercita-cita tinggiD. berpandangan jauhSoalan-soalanGelaran_____telah digunakan dalam pentabiran Melaka setelah pemerintah memeluk agama Islam.

Raja SultanMaharaja MaharaniSoalan-soalanSiapakah Sultan yang melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka?

Sultan Mansur Shah Sultan Muzaffar ShahSultan Mahmud Shah Sultan Alauddin Riayat ShahSoalan-soalanKe negeri manakah anak Sultan Mansur Shah, Raja Muhammad dibatalkan menjadi Sultan?

Perak KedahPahang SelangorSoalan-soalanSiapakah sahabat Hang Tuah yang menderhaka kepada Sultan kerana ingin menuntut bela atas kematian beliau?

Hang Jebat Hang LekiuHang NadimSekianterima kasih