Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018

7
EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Jumaat, 17 Ogos 2018 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA SIARAN AKHBAR PRESTASI EKONOMI MALAYSIA SUKU TAHUN KEDUA 2018

Transcript of Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018

Page 1: Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Jumaat, 17 Ogos 2018

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA  

SIARAN AKHBAR

PRESTASI EKONOMI MALAYSIA SUKU TAHUN KEDUA 2018

Page 2: Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018
Page 3: Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018

 

Page 4: Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018

Ekonomi Malaysia bertumbuh 4.5 peratus pada suku kedua tahun ini, lebih perlahan berbanding pertumbuhan 5.4 peratus pada suku tahun pertama. KDNK terlaras musim suku tahun ke suku tahun bertumbuh 0.3 peratus.

Penyusutan dalam sektor Pertanian dan Perlombongan & pengkuarian telah memperlahankan prestasi keseluruhan KDNK. Walau bagaimanapun, sektor Perkhidmatan telah mendorong pertumbuhan ekonomi, manakala sektor Pembuatan dan Pembinaan terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku tahun ini. Momentum pertumbuhan mengikut kaedah perbelanjaan diterajui oleh pengembangan dalam Perbelanjaan penggunaan akhir swasta dan Pembentukan modal tetap kasar. 

Bagi tempoh separuh pertama tahun 2018, KDNK Malaysia bertumbuh 4.9 peratus dengan nilai RM595.4 bilion pada harga malar dan RM692.0 bilion pada harga semasa.

 

 

Jadual 1: KDNK pada Harga Malar 2010

PERUBAHAN PERATUSAN DARI SUKU TAHUN YANG SAMA TAHUN SEBELUMNYA  2016 2017 ST1 2017 ST2 2017 ST3 2017 ST4 2017  ST1 2018 ST2 2018KDNK 4.2 5.9 5.6 5.8 6.2 5.9 5.4 4.5

PERUBAHAN PERATUSAN DARI SUKU TAHUN SEBELUMNYAKDNK Pelarasan Musim     1.7 1.3 1.7 1.0 1.4 0.3

 

KDNK Mengikut Aktiviti Ekonomi

Sektor Perkhidmatan kekal dengan pertumbuhan 6.5 peratus pada suku tahun ini. Momentum pertumbuhan dalam Perkhidmatan didorong oleh Perdagangan borong & runcit mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi iaitu 7.3 peratus kesan daripada perbelanjaan isi rumah yang lebih tinggi. Ini diikuti dengan pertumbuhan kukuh Maklumat & komunikasi pada 8.6 peratus, disokong oleh aktiviti komunikasi data dan perkhidmatan komputer selari dengan peristiwa Pilihan Raya Umum ke-14 dan Piala Dunia FIFA. Sementara itu, Perkhidmatan perniagaan merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada 9.1 peratus, merupakan pertumbuhan tertinggi sejak suku tahun keempat 2014. Pertumbuhan ini disokong oleh perkhidmatan Profesional.

Sektor Pembuatan bertumbuh sederhana pada 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada suku tahun sebelumnya. Pertumbuhan sektor ini disokong oleh produk Elektrik, elektronik & optikal yang meningkat kepada 6.2 peratus. Ini terutamanya disumbangkan oleh komponen elektronik, jentera & peralatan dan komputer & kelengkapan peranti. Walau bagaimanapun, Minyak dan lemak daripada sayuran & haiwan dan prosesan makanan mencatatkan pertumbuhan perlahan 4.1 peratus disebabkan oleh penurunan dalam pengeluaran kelapa sawit.

Page 5: Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018

Sektor Pembinaan bertumbuh perlahan kepada 4.7 peratus daripada 4.9 peratus pada suku tahun sebelumnya. Momentum pertumbuhan yang kukuh bagi Kejuruteraan awam yang meningkat kepada 18.9 peratus telah merangsang pertumbuhan sektor ini. Sebaliknya, Bangunan bukan kediaman dan Bangunan kediaman masing-masing menyusut kepada 4.6 peratus dan 7.3 peratus dan telah mempengaruhi pertumbuhan sederhana dalam sektor Pembinaan. 

 

KDNK Kaedah Perbelanjaan

Perbelanjaan penggunaan akhir swasta meningkat kepada 8.0 peratus, dipacu oleh penggunaan yang lebih tinggi ke atas Makanan & minuman bukan alkohol, Komunikasi dan Restoran & hotel. Beberapa peristiwa utama seperti bulan puasa, Hari Raya Aidilfitri dan pensifaran Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) pada suku tahun ini telah memainkan peranan bagi pertumbuhan Perbelanjaan pengunaan akhir swasta. 

Pembentukan   modal  tetap  kasar  (PMTK)  bertumbuh pada 2.2 peratus daripada pertumbuhan marginal 0.1 peratus pada suku tahun sebelumnya. Pertumbuhan yang lebih baik dalam PMTK dirangsang oleh Jentera & peralatan yang pulih kepada 3.6 peratus daripada pertumbuhan negatif pada suku tahun sebelumnya. Sementara itu, Struktur mencatatkan pertumbuhan yang perlahan 2.1 peratus sejajar dengan prestasi sektor Pembinaan. Secara keseluruhannya, PMTK disokong oleh sektor Swasta berbanding sektor Awam. 

 

Sektor Luaran

Selari dengan prestasi KDNK, lebihan akaun semasa Malaysia mengecil kepada RM3.9 bilion berbanding RM15.0 bilion pada suku tahun sebelumnya. Lebihan paling rendah sebahagian besarnya yang terakhir direkodkan adalah pada S2 2016 dengan nilai RM3.1 bilion. Lebihan lebih rendah disebabkan oleh eksport bersih bagi barangan yang lebih rendah berikutan import mengukuh RM9.9 bilion kepada RM176.4 bilion, manakala eksport meningkat sederhana daripada RM202.1 bilion kepada RM202.4 bilion pada suku tahun semasa. Tambahan pula, defisit lebih besar dalam pendapatan primer, yang disebabkan oleh pembayaran dividen yang lebih tinggi kepada pelaburan asing, juga menyebabkan lebihan lebih rendah.

 

 

Akaun kewangan merekodkan aliran masuk bersih lebih rendah RM9.2 bilion daripada RM15.2 bilion pada suku tahun pertama 2018. Pelaburan Langsung Asing (FDI) menurun daripada RM12.0 bilion pada suku tahun sebelumnya kepada RM2.8 bilion pada S2 2018. FDI terutamanya dari Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Sementara itu, Pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) meningkat kepada RM3.6 bilion daripada RM1.3 bilion pada S1 2018, dan pelaburan utamanya kepada Indonesia, Belanda dan India.

Page 6: Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018

Pelaburan portfolio mencatatkan aliran keluar bersih lebih tinggi RM38.3 bilion daripada RM2.6 bilion yang direkodkan pada suku tahun sebelumnya. Aliran keluar yang besar ini disebabkan oleh penjualan sekuriti hutang asing Malaysia RM29.2 bilion pada suku tahun ini (S1 2018: aliran masuk RM0.9 bilion). Sementara itu, pelaburan lain merekodkan aliran masuk lebih tinggi RM48.4 bilion daripada RM6.4 bilion pada suku tahun sebelumnya.

Kedudukan liabiliti kewangan pada suku tahun ini meningkat kepada RM1,762.7 bilion berbanding RM1,741.4 bilion pada suku tahun sebelumnya. Sementara itu, jumlah aset adalah RM1,683.0 bilion daripada RM1,670.1 bilion. Ini menunjukkan liabiliti bersih yang lebih tinggi RM79.7 bilion pada akhir suku kedua 2018.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM423.3 bilion berbanding RM416.3 bilion pada suku tahun sebelumnya.

 

Eksport

Eksport barangan pada suku kedua 2018 bernilai RM245.0 bilion, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.2 peratus. Produk utama yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah produk elektrik dan elektronik (E&E) berkembang 9.8 peratus atau RM8.1 bilion kepada RM90.9 bilion diikuti oleh keluaran petroleum bertapis yang meningkat kukuh 25.9 peratus dan petroleum mentah berkembang 31.2 peratus.

Sementara itu, dua produk eksport utama lain iaitu minyak sawit & hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit menurun 12.0 peratus dan LNG jatuh 5.1 peratus.

 

Import

Pada suku kedua 2018, import meningkat semula dan bertumbuh 7.7 peratus kepada RM217.8 bilion, selepas menguncup sebanyak 0.8 peratus pada suku tahun sebelumnya. Barangan modal merekodkan kenaikan, manakala kedua-dua barangan perantaraan dan barangan penggunaan menurun.

Barangan modal yang mewakili 12.7 peratus daripada jumlah import naik RM1.5 bilion atau 5.7 peratus kepada RM27.7 bilion disebabkan oleh peningkatan sebanyak RM2.4 bilion atau 95.6 peratus dalam alat kelengkapan pengangkutan perindustrian.

Barang perantaraan yang merangkumi 52.0 peratus daripada jumlah import jatuh RM5.6 bilion (-4.7%) kepada RM113.3 bilion. Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh alat ganti dan aksesori barangan modal (kecuali alat kelengkapan pengangkutan) (-RM10.1 bilion, -21.6%) dan makanan & minuman, diproses, khusus untuk industri (-RM578.3 juta, -18.9%).

 

Harga

Indeks Harga Pengguna (IHP) tumbuh sederhana pada suku tahun kedua kepada 1.3 peratus. Pensifaran CBP dan Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bagi 22 barang-barang terpilih telah mempengaruhi pertumbuhan perlahan IHP.

Indeks Harga Pengeluar menurun 0.4 peratus berbanding 2.3 peratus pada suku pertama 2018. Penurunan adalah disebabkan kejatuhan harga barangan dalam Pertanian, perhutanan & perikanan (-8.8%). Harga purata Minyak Sawit Mentah merekodkan RM2,386 per tan berbanding RM2,462 per tan yang dicatatkan pada suku tahun sebelumnya.    

 

Situasi Pasaran Buruh

Pasaran buruh meningkat 2.4 peratus kepada 14.8 juta orang disumbangkan oleh Pekerja dan Bekerja sendiri. Berdasarkan Survei Tenaga Buruh, peningkatan dalam pasaran buruh pada suku tahun ini turut disumbangkan oleh kenaikan guna tenaga yang bekerja kurang dari 30 jam seminggu.

Sektor Pembuatan merekodkan peningkatan pekerja sebanyak 2.2 peratus sementara gaji & upah sektor ini meningkat 10.1 peratus selepas mencatatkan 13.9 peratus pada suku sebelumnya. Pada masa sama, pekerja dalam sektor Perkhidmatan meningkat 2.1 peratus dengan merekodkan pertumbuhan gaji & upah 3.7 peratus. Pada suku tahun ini, kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus.

 

Page 7: Prestasi Ekonomi Malaysia Suku Tahun Kedua 2018

Indeks Pelopor bagi Prospek Ekonomi

Indeks Pelopor  telah memberi petanda bahawa pertumbuhan KDNK dijangka lebih rendah bagi suku tahun kedua 2018 berbanding suku tahun pertama. 

 

Dikeluarkan oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDINKETUA PERANGKAWAN MALAYSIAJABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

 DrUzir_Mahidin     Dr_Uzir

17 Ogos 2018 

 

Pegawai dihubungi:Ho Mei KeiPegawai Perhubungan AwamBahagian Komunikasi Strategik dan AntarabangsaJabatan Perangkaan MalaysiaTel : +603-8885 7942Faks : +603-8888 9248Emel : mkho[at]dosm.gov.my