Prestasi Pelajar Pekak Dalam Pendidikan

download Prestasi Pelajar Pekak Dalam Pendidikan

of 4

Transcript of Prestasi Pelajar Pekak Dalam Pendidikan

  • 8/2/2019 Prestasi Pelajar Pekak Dalam Pendidikan

    1/4

    PRESTASI PELAJAR PEKAK DALAM PENDIDIKAN

    Di United Kingdom, Powers (1996), Kluwin dan Stinson (1993) telah

    melakukan kajian bagi mengukur pencapaian akademik pelajar pekak di sekolah

    biasa. Hasil kajian mereka mendapati pelajar pekak mempunyai perasaanrendah diri yang tebal semasa berkomunikasi berbanding pelajar tipikal.

    Kebanyakan kajian dilakukan tidak menunjukkan wujudnya korelasi di antara

    darjah kehilangan pendengaran pencapaian akademik, tetapi jelas menunjukkan

    pencapaian akademik pelajar pekak lebih rendah daripada pelajar tipikal.

    Prestasi Bahasa Pelajar Pekak

    Walaupun kajian para ilmu linguistik mengenai bahasa orang pekak telah

    lama dilakukan, tetapi masalah bahasa masih menjadi masalah utama.

    Kekurangan pendengaran menyebabkan pelajar sukar untuk menguasai bahasa

    termasuklah bahasa lisan. Pelajar pekak perlu mendapatkan bimbingan yang

    berkesan bagi mengajar membaca kerana mereka bukan sahaja lemah dalam

    membaca tetapi turut lemah dalam sintaksis dan perbendaharaan kata.

    Pelajar pekak mengalami masalah kemahiran bahasa akan

    mempengaruhi pencapaian akademik kerana masalah kemahiran bahasa

    tersebut boleh menyebabkan mereka sukar menjawab soalan peperiksaan.

    Sevara keseluruhan, tahap kemahiran membaca pelajar pekak berumur 18

    hingga 19 tahun lebih lebih rendah dari kank-kanak yang mendengar yang

    berumur 8 hingga 9 tahun.

    Perbendaharaan kata dan tatabahasa pelajar pekak berkembang sanagta

    perlahan jika dibandingkan dengan rakan mereka yang mendengar. Pelajar

    pekak juga didapati sukar memahami perkataan yang mempunyai lebih dari 1

    makna dan sukar memahami perkataan abstrak. Pelajar pekak juga menglami

    masalah untuk memahami perkataan sinonim yang kebiasaanya mempunyai

    satu kod isyarat sahaja. Mereka juga mengalami kelewatan perkembangan

  • 8/2/2019 Prestasi Pelajar Pekak Dalam Pendidikan

    2/4

    leksion seperti sreseptif dan ekspresif. Pelajar pekak perlu didehkan dengan

    pembelajaran bahasa sejak mereka kecil lagi kerana hal ini sanagat penting bagi

    memperkayakan bahasa mereka.

    Batasan komunikasi yang wujud antara pelajar pekak telah menjadikanpenguasaan bahasa mereka turut terbatas. Hal ini sekali gus menjejaskan

    keupayaan mereka dalam bidang intelek dan sosial.

    Pencapaian Matematik

    Kajian oleh Zweibel dan Allen (1988) menunjukkan bahawa pelajar pekak

    sering mendapat keputusan yang rendah dalam mata pelajaran Matematik

    berbanding pelajar yang tipikal. Secara keseluruhannya, pelajar pekak sering

    mempamerkan kelewatan dalam pendidikan selama empat tahun. Salah satu

    benda mengapa matematik agak sukar bagi mereka disebabkan penggunaan

    simbol daam ayat matematik.

    Hubungan Kemahiran Membaca dan Matematik

    Pau (1995) telah mnegkaji hubungan kebolehan membaa dan

    menyelesaikan masalah Matematik dalam kalangan pelajar pekak teruk yang

    berumur 8 hingga 12 tahun. Beliau mendapati kanak-kanak ini mempunyai

    kecerdasan sederhana dan tinggi. Kidd (1991) menyatakan terdapat perbezaan

    yang nyata dalam buku teks, kelihatan normal tetapi sebenarnya tidak. Gregory

    (1998) menyatakan bahawa disebabkan halangan dalam pendidikan maka

    bahasa isyarat tidak dibuat dalam bidang Matematik pada masa lalu dan tiada

    juga isyarat yang berkaitan dengan konsep Matematik dibuat.

  • 8/2/2019 Prestasi Pelajar Pekak Dalam Pendidikan

    3/4

    SISTEM KOMUNIKASI PELAJAR PEKAK

    Di negara kita, bahasa komunikasi ( bahasa isyarat KTBM ) digunakan

    secara meluas oleh pelajar pekak di sekolah pendidikan khas dan integrasi.

    Tanpa bahasa, pembelajaran seseorang kanak-kanak akan tergangu keranakognitif dan bahasa paling penting dalam interaksi yang dinamik. Bahasa isyarat

    tidaklah semata-mata terdiri daripada gawang yang bersifat ikonik tetapi

    mempunyai sifat-sifat abitrari seperti bahasa pertuturan. Kajian menunjukkan

    bahawa bahasa isyarat adalah bahasa yang tidak menumpang pada bahasa

    pertuturan kerana ianya mempunyai system bahasa yang tersendiri dan

    berlainan daripada bahasa pertuturan.

    Kebanyakan orang pekak di negara kita tidak menguasai kefahaman yang

    sebenarnya atau sintaksis sesuatu bahasa.seperti mana bahasa pertuturan, iaitu

    bahasa orang biasa, bahasa lain yang terdapat untuk pelajar pekak ialah bahasa

    isyarat. Bates (1975) telah menyatakan bahawa adalah sukar untuk pelajar

    pekak menguasai bahasa. Pelajar pekak dan ibu bapa mereka yang pekak

    sentiasa berkomunikasi di rumah sekali gus dapat memantapkan lagi kemahiran

    berbahasa. Kajian Moog dan geers (1979) terhadap pelajar yang pekak berumur

    5 hingga 9 tahun telah mendapati mereka mengalami perkembangan bahasa

    yang jauh ketinggalan jika disbanding dengan pelajar tipikal yang berumur 4

    tahun. Jika semakin awal kepekakan berlaku dan semakin tinggi darjah

    kepekakan maka semakin tinggi lagi gangguan keada proses perolehan bahasa.

    Ketidakupayaan menggunakan bahasa boleh menyebabkan seorang

    pelajar pekak itu menderita. Awing Sariyan (1981) menyatakan bahawa

    kecacatan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat berbahasa dan

    merupkan satu penderitaan yang tiada bandingnya. Oleh itu, pendidikanmerupakan satu saluran penting dalam memberikan pendidikan bahasa

    khususnya kepada pelajar pekak. Di samping itu, keseimbangan eka bahasa

    pelajar pekak juga turut bergantung kepada bila kepekakan itu berlaku dan

    darjahnya.

  • 8/2/2019 Prestasi Pelajar Pekak Dalam Pendidikan

    4/4

    Pelajar pekak perlu diberikan pendidikan bahasa seawall mungkin

    sebelum mengalami masalah kesukaran dalam memahami bahasa isyarat atau

    lisan. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan sekiranya

    mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak yang boleh meningkatkan

    perkembangan bahasa mereka. Mereka juga perlu diberikan peluang untuk

    berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang dewasa agar menjadikan bahasa

    mereka lebih matang.