Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

5
Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis. 1. Apa yang hendak di makan? 2. Waktu makan yang sesuai. 3. Amaun makanan yang boleh dimakan. Makanan yang perlu dihadkan oleh pesakit kencing manis. Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan di serap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula dalam darah secara mendadak. Pengambilan makan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.Contohnya: 1. Nasi 2. Bijirin 3. Biskut 4. Kekacang 5. Susu 6. Pasta 7. Semua jenis mee 8. Semua jenis tepung 9. Semua jenis ubi 10. Buah-buahan/jus 11. Sayuran berkanji (Contoh: labu) 12. Jagung 13. Serbuk coklat

description

Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Transcript of Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Page 1: Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis.

1. Apa yang hendak di makan?

2. Waktu makan yang sesuai.

3. Amaun makanan yang boleh dimakan.

Makanan yang perlu dihadkan oleh pesakit kencing manis.

Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam

kumpulan ini akan dicerna dan di serap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan

peningkatan aras gula dalam darah secara mendadak. Pengambilan makan dalam kumpulan ini harus

diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.Contohnya:

1. Nasi

2. Bijirin

3. Biskut

4. Kekacang

5. Susu

6. Pasta

7. Semua jenis mee

8. Semua jenis tepung

9. Semua jenis ubi

10. Buah-buahan/jus

11. Sayuran berkanji (Contoh: labu)

12. Jagung

13. Serbuk coklat

Page 2: Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Makanan yang bebas dimakan

Contoh:

1. Air kosong

2. Air mineral

3. Kopi dan teh

4. Air barli

5. Jus limau nipis

6. Sayur-sayuran

7. Ulam-ulaman

8. Cuka

9. Sup

10. Serbuk rempah

11. Serbuk cili

12. Herba

Pengambilan serat yang betul.

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut

1. Yang larut dalam air-ia membantu melambatkan peyerapan nutrien.

2. Serat tak larut-tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan-membantu mengelakkan

sembelit.

Serat yang tidak larut boleh digunakan dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan

kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran

darah. Saranan pengambilan serat: 30-40 gram sehari.

Page 3: Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Contoh makanan yang mengandungi serat:

Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijiran, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan

sebagainya.

Pengambilan lemak yang betul.

Terdapat dua jenis lemak:

1. Lemak tepu

Sumber utamanya adalah daripada sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada

ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan seperti santan kelapa. Lemak jenis ini

boleh meningkatkan tahap lemak dan kolestrol dalam darah.

2. Lemak tak tepu

Lemak poli tak tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak

soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolestrol dalam darah.

Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang sederhana.

Lemak mono tak tepu

Dijumpai dalam minyak zaitun dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh

membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pengambilan protien yang betul.

Protien diperlukan untuk memperbaiki tisu di dalam tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna

pada kanak-kanak. Pengambilan protien 15-20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protien boleh didapati daripada sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya yang lain-

lain) atau daripada sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Protien haiwan biasanya

mengandungi lemak yang tinggi. Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian

anda.

Pengambilan vitamin dan zat galian yang mencukupi

Page 4: Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas

insiden kencing manis. Kromium mempunyai fungsi menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula

darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti oksidan seperti vitamin C dan E serta Beta keroten (sejenis

vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi kencing manis.

Contoh menu 1800 kalori.

Sarapan pagi

1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati.

1 biji telur atau 1 keping daging.

Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung

Minum pagi

2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut.

Teh atau kopi (tanpa gula).

Makan tengahari

1 1/2 cawan nasi putih

1 ekor ikan (sederhana saiz) atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging.

1 cawan sayur

1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.

Minum petang

2 keping kuih (tanpa gula).

Teh atau kopi (tanpa gula).

Makan malam

Page 5: Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Sama seperti makan tengahari atau 1 1/2 cawan mee atau bihun atau kuh teow atau 4 keping roti.

ubat kencing manis

ubat kencing manis