prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

23
PRINSIP ASAS PEMBINAAN TAMADUN SERTA PERBANDINGAN PEMBINAAN TAMADUN DAHULU DAN MASA KINI MENGIKUT SEJARAH DAN FALSAFAH PERKEMBANGAN TAMADUN DAN PERADABAN ISLAM NOOR FARAHANAH BT MOHD NOOR (P73673) NURUL HANANI BT NORAZMI (P73674)

description

Peradaban Islam dan Tamadun Dunia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Transcript of prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

Page 1: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

PRINSIP ASAS PEMBINAAN TAMADUN SERTA

PERBANDINGAN PEMBINAAN TAMADUN DAHULU DAN MASA KINI MENGIKUT

SEJARAH DAN FALSAFAH PERKEMBANGAN TAMADUN

DAN PERADABAN ISLAMNOOR FARAHANAH BT MOHD NOOR (P73673)

NURUL HANANI BT NORAZMI (P73674)

Page 2: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

Konsep dan prinsip asas pembinaan tamadun

Page 3: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

DEFINISI TAMADUN

Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek

kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari

sudut ilmu dan fizikal.

Page 4: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

• Berasal dari perkataan bahasa Arab ‘maddana’ yang bererti membangunkan

atau memajukan.

• Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai civilization.

• Kamus Dewan (2007) tamadun ialah kebudayaan, peradaban, kemajuan sopan

santun, dan sebagainya.

Page 5: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

DEFINISI TAMADUN ISLAMPencapaian kemajuan manusia yang memberi fokus dari sudut kerohanian

dan kebendaan yang berasaskan kepada akidah, syarak, akhlak serta

bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah

Page 6: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

ASAS PEMBINAAN TAMADUN

• Wujud penempatan masyarakat di sesebuah kawasan atau di beberapa buah kawasan yang disatukan untuk membentuk bandar.

• Wujud peningkatan kualiti kehidupan ke arah yang lebih positif dan sempurna.

• Wujud sistem organisasi dan institusi sosial yang baik dan sistematik.

Page 7: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

• Wujud bahasa serumpun dan sistem tulisan tersendiri.

• Wujud sistem undang‐undang dan sisitem moral berwibawa bagi mengatur perjalanan hidup masyarakat.

Page 8: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

ASAS PEMBINAAN TAMADUN ISLAM

1. Aqidah

- Konsep kepercayaan yang membentuk iman

- Terbentuknya sistem nilai iaitu sistem yang mengawal sifat dan

bentuk ketamadunan.

Page 9: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

2. Syariah - Merangkumi ibadah dan muamalah- Pemangkin kepada keutuhan dan

kecemerlangan tamadun- Pembeza antara tamadun Islam dengan

tamadun lain

Page 10: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

3. Akhlak

- Menggerakkkan umat Islam menjadi umat yang bertamadun tinggi

- Nilai akhlak telah wujud dalam tamadun-tamadun silam namun disempurnakan oleh

Nabi Muhammad S.A.W

Page 11: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

4. Ilmu

- Kegemilangan tamadun Islam berjaya dicipta kerana penghayatan ummah terhadap budaya

ilmu dalam kehidupan seharian

- Kepakaran ilmu dunia menyebabkan umat Islam disanjung dan dijadikan rujukan sementara kepakaran ilmu agama akan

menjadikan umat Islam umat yang teguh dan seimbang dunia akhirat

Page 12: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

PERBANDINGAN DI ANTARA TAMADUN

DAHULU DAN TAMADUN MASA KINI

Page 13: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

STRATIFIKASI SOSIALTAMADUN DAHULUTerbahagi kepada dua golongan: golongan berstatus tinggi-bangsawan dan golongan berstatus rendah-hamba.Status seseorang diukur berdasarkan harta kekayaan yang dimiliki, contohnya pemilikan tanah.Golongan bawahan (hamba) sering dipinggirkan dan ditindas oleh golongan atasan.

Page 14: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

TAMADUN MASA KINIPengkelasan masyarakat masih lagi wujud tetapi tidak ekstrem seperti dahulu.Terbahagi kepada dua golongan: golongan yang memerintah-sultan/raja dan golongan yang diperintah-rakyat jelata.Walaupun rakyat berada di peringkat yang bawah, kebajikan mereka lebih terjaga dan diberikan hak-hak keistimewaan mengikut perlembagaan negara yang telah ditetapkan.

Page 15: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

ORGANISASI POLITIK DAN PEMERINTAHAN

TAMADUN DAHULUKebanyakannya mengamalkan sistam feudalisme (memberi kuasa atau hak mutlak kepada raja atau golongan atasan).Contohnya, golongan baron/tuan tanah berkuasa sepenuhnya ke atas petani/hamba yang mengerjakan tanahnya.Wujud juga sistem monarki (kerajaan diperintah oleh seorang raja yang dikaitkan pada sesuatu kekuatan).Contohnya, raja berkonsep tuhan (tamadun Mesir Purba) dan raja bekonsep daulat (tamadun Melayu).

Page 16: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

TAMADUN MASA KINILebih bersifat terbuka dan mengambil kira pandangan rakyat dalam membuat pemilihan ketua negara.Contohnya, di Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.Islam menolak pemerintahan diktator yang menjadikan pemerintah seperti kuku besi dan menindas manusia lain.

Page 17: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

URBANISASI

TAMADUN DAHULULebih dikenali sebagai proses pembandaran atau pembukaan bandar.Bermula dengan perkampungan yang berdekatan dengan sungai seterusnya berkembang menjadi sebuah bandar yang besar, contohnya tamadun Mesir Purba di lembah Sungai Nil.Memainkan peranan penting antaranya sebagai pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat kegiatan ekonom dll.Antara bandar-bandar terpenting dalam tamadun dahulu ialah Mohenjo Daro dan Harappa (tamadun Indus), Thinis dan Memphis (tamadun Mesir Purba).

Page 18: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

TAMADUN MASA KINITerjadi akibat pertambahan bilangan penduduk yang berpunca daripada proses migrasi.Perkembangan sektor ekonomi yang menawarkan pelbagai bidang pekerjaan ialah pemangkin utama mengapa berlakunya migrasi penduduk ke suatu tempat.Urbanisasi amat penting dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat bertamadun.

Page 19: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

KEHIDUPAN BERAGAMA

TAMADUN DAHULUAnimisme: Penyembahan alam. Mempercayai bahawa setiap unsur alam mempunyai semangat atau kuasa.Polidemonisme: Penyembahan ruh atau mahkluk halus. Mempercayai ruh atau mahluk halus sebagai perantaraan tuhan dan dapat menjamin keselamatan mereka.Penyembahan cakerawala: Menyembah matahari, bulan dan bintang. Mempercayai ia sebagai sumber kekuatan.Wathani: Agama majoriti masyarakat jahiliah. Menyembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Mempercayai ia dapat memberikan manfaat dan keberkatan.

Page 20: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

TAMADUN MASA KINIManusia mengamalkan ajaran Islam selepas agama itu mula tersebar ke serata dunia.Namun, pegangan agama dan kepercayaan ketuhanan masyarakat hari ini mulai goyah dan tidak sekuat dulu.Munculnya sikap fanatik ke atas ideologi-ideologi hasil ciptaan manusia itu sendiri, contohnya pluralisme agama (menyamakan di antara satu agama dengan yang lain).

Page 21: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

REVOLUSI EKONOMI

TAMADUN DAHULUAntara kegiatan ekonomi terawal manusia ialah pertanian, penternakan binatang.Tujuan utama kegiatan ini dijalankan adalah untuk menyara diri sendiri dan keluarga.Perkembangan sesebuah tamadun itu telah menyebabkan penghasilan produk melebihi keperluan sendiri.Hasil yang berlebihan ini dipasarkan atau ditukarkan dengan barang perusahaan lain (sistem barter).

Page 22: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

TAMADUN MASA KINIBertujuan membantu meningkatkan pendapatan negara sekaligus memajukan sesebuah negara itu.Kedatangan Islam telah membawa garis panduan tentang ciri-ciri kegiatan ekonomi yang dibolehkan dan yang dilarang di sisi syarak.Namun, masyarakat hari ini tidak semuanya patuh kepada garis panduan tersebut walaupun mereka menganut agama Islam.

Page 23: prinsip asas pembinaan tamadun dan perbandingan antara tamadun dahulu dengan masa kini

SEKIANTERIMA KASIH