Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 32

Transcript of Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/32

    3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

    Prinsip perakaunan 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas soalan Prinsip Perakaunan 3756/2 mengandungi 6 soalan dan

    dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi 4soalan yang wajib dijawab sementara bahagian B, terdapat 2 soalan pilihan dancalon boleh memilih mana-mana satu soalan yang dikehendaki. Soalan-soalanyang dikemukakan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010adalah:

    BAHAGIAN A

    Soalan 1 - Dokumen perniagaanSoalan 2 - Penyata Kewangan Rekod Tak LengkapSoalan 3 - Pelarasan Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih dan Peruntukan

    Hutang RaguSoalan 4 - Buku Tunai Runcit

    BAHAGIAN B

    Soalan 5 - Syarikat BerhadSoalan 6 - Analisis Nisbah dan Tafsiran Penyata Kewangan

    Masa yang diperuntukkan kepada calon ialah 2 jam 30 minit.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Prestasi keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah diperingkat sederhana. Mereka dapat menguasai prinsip-prinsip asas dalamperakaunan dan berkemampuan menyediakan format penyata kewanganmengikut Prinsip Perakaunan Diterima Umum. Seterusnya merekaberkemampuan mengaplikasikan prinsip-prinsip asas ini dalam kitaranperakaunan. Namun begitu calon masih tidak menguasai catatan pelarasan dantidak berupaya membuat analisis maklumat perakaunan dengan baik.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/32

    Prinsip Perakaunan 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan Tinggi

    Calon berkemampuan mengenalpasti urus niaga berdasarkan dokumen

    perniagaan, menyediakan rekod-rekod perakaunan daripada catatan di BukuCatatan Pertama, pengeposan ke akaun lejar dan penyediaan Imbangan Duga.Seterusnya calon kumpulan ini dapat menyediakan penyata kewangan denganbaik dan tepat. Mereka juga dapat membuat analisis maklumat kewangan bagipenyediaan pelarasan yang diperlukan. Calon juga berupaya menghitunganalisis nisbah dan membuat tafsiran tentang prestasi kewangan.

    Kumpulan Sederhana

    Calon kumpulan ini menguasai kemahiran dalam merekod semua urus niagamengikut kitaran perakaunan. Mereka juga berkemahiran sederhana dalam

    menyelesaikan pelarasan bagi entiti perniagaan yang tidak menyimpan rekodyang lengkap, namun berupaya mempersembahkan format penyata kewangan.Calon kumpulan ini berkemampuan dalam mengira analisis nisbah dan mentafsirprestasi kewangan serta pengiraan saham diterbitkan dan dividen syarikatberhad. Walau bagaimanapun mereka tidak dapat menjurnalkan transaksipenerbitan saham dengan baik. Sebahagian besar calon berupayamenyediakan Buku Tunai Runcit dengan baik tetapi lemah dalam pengeposan keakaun lejar.

    Kumpulan Rendah

    Calon hanya dapat menguasai sebahagian kecil kemahiran dalam kitaranperakaunan. Mereka tidak dapat menyediakan pelarasan-pelarasan perakaunan.Format penyata kewangan tidak dapat dipersembahkan dengan lengkap.Kumpulan ini tidak mampu membuat sebarang analisis terhadap maklumatkewangan. Calon juga tidak dapat mengira nisbah dan mentafsir nisbah.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/32

    Prinsip Perakaunan 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI TERPERINCI MENGIKUT SOALAN

    Soalan 1 (a)

    Calon cemerlang dapat mengenalpasti urus niaga berdasarkan kesemuadokumen yang dikemukakan di dalam soalan. Calon kumpulan ini berjayamenyediakan format Buku Catatan Pertama yang terdiri daripada Jurnal Am,Jurnal Khas (Jurnal Jualan, Jurnal Belian dan Jurnal Pulangan Belian) dan BukuTunai dalam format yang betul dengan tepat. Calon juga berjaya merekodkesemua urus niaga ke dalam Buku Catatan Pertama yang berkaitan dengantepat dan lengkap.

    Contoh catatan Jurnal Am yang tepat

    Contoh catatan Jurnal Khas yang tepat

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/32

    Prinsip Perakaunan 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh catatan Buku Tunai (bahagian kredit sahaja)

    Calon kumpulan ini berjaya menentukan Buku Catatan Pertama yang terlibatberdasarkan dokumen-dokumen perniagaan yang dikemukakan dalam soalan.Kebanyakan calon dapat menyediakan Jurnal Khas dalam format yang tepat .Bagaimanapun terdapat sebahagian calon yang tertinggal menulis tarikh urusniaga, jumlah besar bagi Jurnal Khas serta catatan diskaun di Buku Tunai.Terdapat juga calon yang tidak mengimbang Buku Tunai dengan sempurna.

    Kesilapan tarikh dalam Buku Tunai

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/32

    Prinsip Perakaunan 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Butiran salah dalam Jurnal Am

    Calon kumpulan ini hanya merekodkan sebahagian kecil urus niaga. Terdapatjuga jawapan yang tidak lengkap di Jurnal Khas dan di Buku Tunai, contohnyacalon tertinggal tarikh dan menulis butir dalam bentuk ayat. Angka jumlah yangdipindahkan daripada dokumen perniagaan ke dalam Jurnal Khas juga tidaktepat

    Kesilapan mengenalpasti urus niaga dalam dokumen sumber : Jurnal PulanganBelian direkod dalam Jurnal Pulangan Jualan

    Catatan terbalik dalam Jurnal Am

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/32

    Prinsip Perakaunan 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1 (b)

    Calon telah membuat catatan pengeposan daripada Buku Catatan Pertama(termasuk Buku Tunai) ke akaun-akaun yang berkaitan dalam lejar dengan betul.Pengeposan menepati peraturan Sistem Catatan Bergu. Setiap akaun-akaun

    lejar direkod dengan tepat dan lengkap iaitu mengandungi tarikh, butir danamaun yang betul. Kesemua akaun telah diimbangkan mengikut aturanpengimbangan yang betul (terdapat baki h/b dan baki b/b)

    Contoh pengeposan diskaun ke Lejar

    Contoh pengeposan jumlah dari Jurnal Khas ke Lejar

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/32

    Prinsip Perakaunan 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh pengimbangan akaun lejar

    Calon membuat pengeposan sebahagian akaun sahaja. Terdapat jawapan yangpengeposannya tidak mematuhi prinsip catatan bergu. Kesilapan lain meliputi

    kesilapan butiran atau amaun.

    Kesalahan merekod modal tambahanAkaun Perabot tidak didebitkan dengan modal tambahan

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/32

    Prinsip Perakaunan 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Butiran dalam Akaun Modal tersilap (butiran yang betul ialah Perabot bukanLengkapan)

    Calon hanya membuat pengeposan sebahagian kecil urus niaga ke dalam lejar.Terdapat juga akaun-akaun lejar yang disediakan dengan catatan bergu yangtidak tepat.

    Butir dan tajuk akaun salah

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/32

    Prinsip Perakaunan 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1 (c) Penyediaan Imbangan Duga

    Imbangan Duga disediakan dengan format yang betul, kemas dan teraturdengan nama perniagaan dan tajuk. Kesemua baki akaun lejar telahdipindahkan ke Imbangan Duga dengan betul. Jumlah debit dan kredit

    Imbangan Duga juga seimbang.

    Contoh Imbangan Duga tepat (petikan)

    Calon menyediakan Imbangan Duga dengan format yang tepat dan kemas.Namun begitu, terdapat sebahagian baki akaun yang tidak disenaraikan dengantepat.

    Kesilapan butir dan angka tetapi jumlah Imbangan Duga seimbang (petikan)Contohnya perabot yang dibawa masuk sebagai modal tambahan telahdirekodkan ke dalam Akaun Belian dan baki Akaun Belian ini telah dipindahkanke dalam Imbangan Duga

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/32

    Prinsip Perakaunan 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran penyediaan ImbanganDuga. Sebahagian kecil sahaja baki akaun yang disenaraikan dalam ImbanganDuga. Terdapat juga angka-angka di Imbangan Duga yang tersalah debit dankredit. Format Imbangan Duga yang disediakan tidak tepat.

    Butir dan angka salah

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/32

    Prinsip Perakaunan 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2 (a)

    Calon dapat menyediakan Penyata Pendapatan dengan format yang lengkapdan tepat. Butiran hasil dan belanja telah dibuat pengkelasan yang betul. Calonberjaya menghitung jumlah belian dan jumlah jualan berdasarkan maklumat

    dalam soalan sama ada dengan menyediakan Akaun Kawalan atau secarapengiraan matematik. Pelarasan akruan dan terdahulu ditulis dengan tepatbeserta dengan jalan kerja yang diperlukan untuk menyokong angka jawapan.

    Jalan kerja menggunakan Akaun Kawalan

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/32

    Prinsip Perakaunan 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon telah menyediakan Penyata Pendapatan dengan sebahagian sahaja itemyang betul. Sebahagian calon tidak dapat membuat pelarasan untuk jualan danbelian dengan betul. Sebahagian calon yang lain telah menyediakan AkaunKawalan dengan betul dan tepat tetapi angka jualan dan angka belian di Penyata

    Pendapatan telah ditambah dengan angka jualan dan belian aset bukan semasaiaitu peralatan.

    Calon telah menghitung susutnilai peralatan dengan tepat tetapi penggunaanistilah yang salah iaitu menggunakan rugi peralatan menggantikan rugipelupusan. Jalan kerja juga tidak ditunjukkan bagi angka-angka pelarasan.

    Angka belian dan jualan tidak merujuk angka di Akaun Kawalan

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/32

    Prinsip Perakaunan 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak mempunyai dan menguasai kemahiran menganalisis jualan danbelian. Sebagai contoh untuk menghitung jualan dan belian, calon tidakmenguasai pengkelasan item antara barang niaga dan aset bukan semasa.Calon kumpulan ini juga tidak mempunyai kemahiran untuk membuat pelarasanke atas belanja yang diperlukan untuk menjawab soalan. Calon cuma berupaya

    menulis sebahagian item sahaja dalam Penyata Pendapatan

    Angka belian dan jualan menggunakan angka belum terlaras

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/32

    Prinsip Perakaunan 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2 (b)

    Calon menyediakan Kunci Kira-kira dalam format dan pengkelasan yang lengkapdan tepat. Calon berkemahiran menghitung modal awal dan mempersembahkanitem-item dalam Ekuiti Pemilik mengikut susunan, lengkap dan tepat. Calon juga

    berjaya menyenaraikan item-item dalam komponen yang betul bagi aset bukansemasa, aset semasa dan liabiliti semasa. Kesemua item telah ditulis denganistilah perakaunan yang tepat.

    Bahagian Ekuiti Pemilik lengkap dan tepat

    Jawapan yang disediakan oleh calon adalah mengikut format yang betul tetapisebahagian kecil jawapan menggunakan istilah yang tidak tepat. Sebagaicontoh istilah susutnilai menggantikan istilah peruntukan susutnilai. Calon telahmenunjukkan item-item di dalam komponen Ekuiti Pemilik mengikut susunanyang lengkap dan tepat tetapi angka modal awal tidak dihitung dengan tepat.

    Angka modal kerja yang ditunjukkan tiada butirannya.

    Bahagian Ekuiti Pemilik kurang tepat

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/32

    Prinsip Perakaunan 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Item-item di dalam Kunci Kira-kira tidak ditulis di dalam komponen yang betulmalahan terdapat jawapan yang tidak disusun di dalam komponen Aset BukanSemasa, Aset Semasa dan Liabiliti Semasa. Calon telah mencatatkan pinjamanberkadar 10% sebagai Liabiliti Bukan Semasa walaupun telah dinyatakan di

    dalam soalan bahawa pinjaman tersebut berjangka pendek. Ramai calon hanyamenyediakan sebahagian Kunci Kira-kira sahaja. Calon tidak cuba menghitungmodal awal.

    Ekuiti Pemilik disediakan dengan tidak tepat

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/32

    Prinsip Perakaunan 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3 (a)

    Calon menguasai kemahiran menghitung Peruntukan Hutang Ragu denganmengambil kira Hutang Lapuk. Calon dapat menunjukkan jalan kerja yang tepatuntuk menghitung Peruntukan Hutang Ragu bagi menyokong angka jawapan.

    Pengiraan tepat dan jalan kerja

    Calon dapat menghitung dengan tepat tetapi tidak menunjukkan jalan kerja

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/32

    Prinsip Perakaunan 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak dapat menghitung dengan tepat dan tidak menunjukkan jalan kerja.Tidak menguasai kemahiran dalam perkara yang berkaitan dengan PeruntukanHutang Ragu

    Soalan 3 (b)Kesemua akaun-akaun yang dikehendaki telah disediakan dengan tepat danbetul dengan mematuhi format serta peraturan catatan dalam lejar. Akaun-akaun lejar direkodkan dengan tarikh, butiran dan angka yang tepat.

    Akaun Peruntukan Hutang Ragu disediakan dengan lengkap dan tepat

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/32

    Prinsip Perakaunan 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Akaun Hutang Lapuk dan Akaun Hutang Lapuk Terpulih disediakan dengancatatan sama ada di bahagian debit atau kredit sahaja kerana tidak dibuatcatatan penutupan (pindahan ke Akaun Untung Rugi). Peruntukan Hutang Ragutelah disediakan tetapi tidak mengikut tatacara penyediaan yang lazim.

    Kedudukan Baki h/b dalam Akaun Peruntukan Hutang Ragu tidak tepat

    Calon tidak menguasai kemahiran asas dalam penyediaan Akaun Hutang Lapuk,Akaun Hutang Lapuk Terpulih dan Akaun Peruntukan Hutang Ragu yang tepat.

    Kesilapan prinsip dalam penyediaan Akaun Hutang Lapuk, Akaun Hutang LapukTerpulih dan Akaun Peruntukan Hutang Ragu

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/32

    Prinsip Perakaunan 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3 (c)Calon menguasai kemahiran yang tinggi dalam penyediaan Akaun Untung Rugidan Kunci Kira-kira. Persembahan petikan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira tepat dan tersusun dengan angka-angka yang betul.

    Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira yang lengkap dan tepat

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/32

    Prinsip Perakaunan 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Persembahan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira yang teratur, tersusuntetapi terdapat angka yang tidak dicatatkan dengan tepat. Walaubagaimanapun,angka yang dicatatkan adalah merujuk kepada angka jawapan dalam akaun lejaryang disediakan dalam soalan 3 (b)

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/32

    Prinsip Perakaunan 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Catatan angka tidak tepat dalam Akaun Untung Rugi

    Calon tidak dapat menyediakan petikan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kirayang betul. Calon mencatatkan butiran dan angka yang salah.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/32

    Prinsip Perakaunan 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4 (a)Buku Tunai Runcit disediakan dengan format yang lengkap dan tepat iaitudicatatkan tarikh, butir dan angka yang betul. Lajur analisis telah dinamakandengan kemas dan tersusun dan jawapan yang disediakan mengikut perekodansistem panjar. Penggunaan butiran yang sesuai dan Buku Tunai Runcit telah

    diimbangkan dengan sempurna pada akhir bulan.

    Calon menyediakan Buku Tunai Runcit dengan format yang betul bagaimanapun

    sebahagian kecil calon menggunakan butiran yang tidak tepat. Terdapatkesalahan pengkelasan pada lajur analisis. Terdapat juga kesalahanmenamakan lajur analisis. Contohnya, Belanja Pejabat hanya dituliskan sebagaiPejabat sahaja. Kesalahan lain ialah Buku Tunai Runcit tidak diimbangkandengan sempurna pada akhir bulan.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/32

    Prinsip Perakaunan 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Buku Tunai Runcit disediakan dalam format yang tidak lengkap. Jawapan telahditulis tarikh yang betul tetapi butiran yang digunakan serta pengkelasan lajuranalisis yang salah. Terdapat jawapan yang tidak disediakan lajur analisis dantidak diimbangkan pada akhir bulan. Calon tidak menguasai format Buku TunaiRuncit dan penggunaan Sistem Panjar.

    Soalan 4 (b)Jawapan disediakan mengikut kehendak soalan iaitu dengan mengeposkancatatan ke lejar dengan betul dan tepat.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/32

    Prinsip Perakaunan 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon membuka akaun-akaun lejar yang betul tetapi butiran yang digunakanadalah salah.

    Calon tidak menguasai kemahiran memindahkan catatan ke akaun-akaun lejar.Tajuk-tajuk akaun, butir dan amaun direkodkan dengan salah dana jawapan

    yang dipersembahkan tidak menepati kehendak soalan.

    Soalan 4 (c)

    Jawapan disediakan dengan memberikan maksud sistem panjar yang tepat.

    Calon memberikan jawapan yang menepati sebahagian maksud sistem panjar.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/32

    Prinsip Perakaunan 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak memberikan maksud sistem panjar yang tepat.

    Soalan 5 (a)

    Calon menjawab dengan menulis rumus yang lengkap, pengiraan dan jawapanakhir yang tepat

    Rumus dan pengiraan yang ditulis oleh calon adalah betul dan tepat tetapijawapan akhir yang tidak tepat

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    26/32

    Prinsip Perakaunan 2 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat kesilapan pada jawapan akhir dan pengiraan. Hanya sebahagian kecilcalon menulis rumus yang betul.

    Soalan 5 (b)Penyediaan catatan Jurnal Am untuk merekod terbitan modal saham telah dibuat

    dengan format yang betul dan tepat.

    Format jurnal am telah disediakan dengan betul tetapi sebahagian butiran danangka direkodkan adalah salah

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    27/32

    Prinsip Perakaunan 2 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak menyediakan jawapan menggunakan format jurnal am yang betul.Tarikh, butiran atau angka yang diberikan salah.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    28/32

    Prinsip Perakaunan 2 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5 (c)Jawapan yang diberikan dapat menjelaskan maksud dividen interim dan dividenakhir yang betul

    Calon tidak dapat menjelaskan maksud dividen interim dan dividen akhir dengantepat.

    Calon tidak dapat menjelaskan maksud dividen interim dan dividen akhir sepertiyang dikehendaki soalan.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    29/32

    Prinsip Perakaunan 2 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6 (a)

    Jawapan telah ditulis dengan menunjukkan jawapan akhir, pengiraan dan rumusyang tepat.

    Jawapan akhir tidak tepat tetapi telah menuliskan pengiraan dan rumusdituliskan betul.

    Jawapan akhir salah. Sebahagian calon telah dapat memberi rumus yang betul.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    30/32

    Prinsip Perakaunan 2 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    soalan 6 (b)

    Jawapan telah ditulis dengan mengemukakan nama perniagaan yang tepat danmemberikan alasan yang betul serta mengikut kehendak soalan.

    Jawapan telah ditulis dengan mengemukakan nama perniagaan yang tepat dantetapi hanya memberikan sebahagian alasan yang sesuai.

    Jawapan telah ditulis dengan mengemukakan nama perniagaan yang tepattetapi tidak ada alasan atau menulis alasan yang salah. Terdapat juga yangmemberikan nama perniagaan yang tidak tepat dan tiada alasan diberikan.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    31/32

    Prinsip Perakaunan 2 31 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Membaca soalan dengan teliti.1.1 Calon perlu mengenalpasti dengan jelas perkara yang dikehendaki

    dalam soalan contohnya akaun yang perlu dibuka, pengiraan yang perlu

    ditunjukkan.1.2 Calon perlu mengenalpasti arahan-arahan khusus dalam soalan sepertibilangan titik perpuluhan yang dikehendaki, menunjukkan bayaran balikBuku Tunai Runcit.

    2. Menguasai format2.1 Mengenalpasti format jurnal, Buku Tunai, Lejar, Imbangan Duga,

    Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan sebagainya dengan betul.2.2 Menulis butiran seperti tajuk, tarikh, butir dan angka dengan betul dan

    tepat tanpa ada butiran yang tidak berkaitan.2.3 Menggunakan lajur mengikut format yang betul.

    3. Menguasai rumus

    3.1 Menulis rumus dalam perkataan dengan lengkap beserta simbol-simbolyang diperlukan dalam rumus angka.3.2 Menunjukkan jalan kerja pengiraan angka dengan sistematik dan

    kemas.4. Menguasai Sistem Catatan Bergu dan Peraturan Penyediaan Akaun

    4.1 Menuliskan nama akaun yang betul, tarikh, butiran dan amaun dengantepat.

    4.2 Menulis di sebelah debit dan kredit dengan betul.4.3 Mengimbangkan akaun dengan betul dan tepat, seterusnya

    menunjukkan baki b/b.5. Menunjukkan kesemua jalan kerja bagi angka yang melibatkan pelarasan

    dan angka yang memerlukan analisis6. Menguasai Pelarasan

    6.1 Mempunyai kemahiran membuat pelarasan dan merekod ke dalamjurnal dan lejar berkaitan.

    6.2 Berkeupayaan mempersembahkan pelarasan di Penyata Kewangandengan betul.

    7. Mengetahui tujuan penyediaan akaun-akaun dan penyata-penyata dalamperakaunan serta mampu mentafsir analisis-analisis kewangan.

    8. Menulis jawapan secara sistematik dan menyusun jawapan mengikut urutansoalan.

  • 7/27/2019 Prinsip Perakaunan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    32/32

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Memulakan Pengajaran & Pembelajaran dengan menekankan tujuan danaplikasi setiap topik.

    2. Memperbanyakkan latihan untuk tajuk pengelasan akaun,dan sistem catatan

    bergu untuk membina asas perakaunan yang kukuh dalam diri murid.3. Memperbanyakkan latih tubi daripada pelbagai topik supaya murid dapatmenguasai format-format jurnal, Buku Tunai, Lejar, Imbangan Duga danpelbagai penyata dengan betul serta dapat menguasai soalan yangmenggunakan rumus dan pengiraan.

    4. Melatih pelajar membaca soalan dengan teliti untuk mengenalpasti perkarayang dikehendaki, peka terhadap arahan-arahan khusus serta mencari katakunci dalam soalan. Melatih murid menjawab soalan dalam masa yangperuntukan.

    5. Melatih murid menjawab soalan menggunakan teknik menjawab soalan yangbetul.

    6. Mengajar semua tajuk tanpa menyenarai pendekkan tajuk-tajuk yangdianggap penting bagi sesuatu tahun.7. Memberi pendedahan kepada murid soalan-soalan yang biasa dikemukan

    oleh badan profesional yang setaraf.8. Menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan rakan-rakan guru.