Print

9
1.Sejarah Pembuatan Dodol di Kampung Simpang 3 Keladi, Kulim. Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis. Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar ,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol Walaupun banyak perkembangan teknologi dan inovasi yang berlaku dalam pembuatan dodol namun, Pak Mud tetap mengekalkan ramuan asli yang sebenar tanpa menambah apa-apa bahan kimia mahupun perasa bagi menambah baik kualiti dodol ini. Beliau percaya, dengan ramuan asli ini juga mampu menambat hati para pembeli dan mampu menaikkan nama produk keluaran beliau. Beliau amat menitik beratkan soal kualiti dodol itu sendiri berbanding keuntungan yang bakal beliau perolehi. Ini kerana beliau sangat berhati-hati dan menjaga keaslian ramuan dodol ini

description

print

Transcript of Print

Page 1: Print

1.Sejarah Pembuatan Dodol di Kampung Simpang 3 Keladi, Kulim.

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam

kumpulan makanan yang manis. Dodol sangat terkenal di Melaka dan

di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang

selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan

menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir

membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang

sekali generasi muda mahir membuat dodol Walaupun banyak

perkembangan teknologi dan inovasi yang berlaku dalam pembuatan

dodol namun, Pak Mud tetap mengekalkan ramuan asli yang sebenar

tanpa menambah apa-apa bahan kimia mahupun perasa bagi menambah

baik kualiti dodol ini. Beliau percaya, dengan ramuan asli ini juga mampu

menambat hati para pembeli dan mampu menaikkan nama produk

keluaran beliau. Beliau amat menitik beratkan soal kualiti dodol itu sendiri

berbanding keuntungan yang bakal beliau perolehi. Ini kerana beliau

sangat berhati-hati dan menjaga keaslian ramuan dodol ini supaya tidak

akan tercemar dengan bahan kimia yang mampu mengubah rasa keaslian

dodol ini. Dengan ini, orang ramai pasti berpuas hati dengan keenakan

dodol Pak Mud ini dan generasi muda akan lebih menghargai resipi turun

temurun dan akan meneruskan warisan ini supaya tidak pernah lapuk dek

zaman. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui dengan lebih

mendalam tentang perkembangan teknologi dalam perusahaan dodol Pak

Mud sehingga beliau dapat bersama-sama bersaing dengan usahawan

lain mengikut caranya yang tersendiri. Dengan beridentitikan dodol

tradisional Pak Mud, kini Pak Mud lebih dikenali dan pada musim

Page 2: Print

perayaan, Pak Mud pastinya tidak menang tangan dalam memenuhi

permintaan pelanggan yang rata-ratanya adalah pelanggan dari tahun 90-

an dahulu. Mereka pastinya tidak akan bertukar cita rasa mereka untuk

membeli dodol di tempat lain kerana mereka amat menyakini dodol asli

Pak Mud ini. Kajian yang dilakukan ini bertempat di Kampung Simpang 3

Keladi. Perusahaan ini sangat terkenal di Mukim Keladi dan menjadi

tarikan utama penduduk sekitar Kulim dan kawasan-kawasan yang

berdekatan. Kajian ini memfokuskan perkembangan teknologi dan inovasi

pada tahun 1980 sehingga tahun 2000. Hal ini kerana, terdapat banyak

perkembangan dalam penggunaan mesin dan teknologi yang berlaku

pada tahun tersebut. Dari kronologi tahun tersebut kita akan dapat

mengetahui dengan lebih jelas mengenai perkembangan teknologi dan

inovasi yang berlaku ke atas perusahaan Dodol Pak Mud ini. Saban

tahun, Pak Mud telah manaik tarafkan perusahaan beliau sehingga

berjaya dikenali oleh serata penduduk di daerah Kulim.

Isi-isi

1. Perkembangan teknologi pembuatan dodol.

Jika dahulunya proses pembuatan dodol ini sangat rumit dan tidak

ramai yang sanggup hendak membuat dodol ini kerana ianya suatu

proses yang amat memerlukan kesabaran kerana tempoh yang diambil

dalam proses ini agak panjang. Proses pembuatan ini juga memerlukan

tenaga buruh yang ramai untuk mempercepatkan proses pembuatan

dodol ini, namun dengan adanya teknologi moden yang serba canggih

pada hari ini telah merubah segalanya. Proses pembuatan dodol ini

Page 3: Print

semakin mudah dan hanya menggunakan kuasa elektrik dan

berautomatik yang mampu bergerak sendiri tanpa ada yang perlu

memantau pergerakan mesin itu setelah ditetapkan masa untuk proses itu

dijalankan. Kini pengusaha-pengusaha dodol mampu menarik nafas lega

kerana mereka tidak lagi perlu bersusah payah melakukan proses yang

rumit untuk membuat dodol. Jika dahulunya permintaan meningkat maka

lebih ramai tenaga buruh yang akan diupah dan kos pengeluaran akan

meningkat. Ini menyebabkan jumlah keuntungan tidak akan meningkat

dan lumayan. Sejak dahulu sehingga sekarang, proses dan alatan

pembuatan dodol kian bertambah canggih ekoran perkembangan

teknologi dan inovasi yang ada pada hari ini. Banyak mesin-mesin dicipta

bagi memudahkan orang ramai khususnya usahawan-usahawan kecil

untuk meningkatkan pendapatan dan pengeluaran mereka. Dengan

adanya teknologi canggih pada hari ini, ianya akan dapat memberikan

banyak manfaat dan kelebihan kepada pengusaha-pengusaha

pembuatan dodol ini.Bermula dengan meenggunakan dapur kayu

seterusnya mengunakan gas dan sekarang dengan hanya menggunakan

kuasa elektrik mampu menghasilkan dodol asli yang sama ramuan dan

rasa. Besar kemungkinan, kualiti dodol yang menggunakan teknologi

canggih ini sangat berkualiti kerana ianya mampu mengacau hingga

sebati dan meratakan semua bahan yang dimasukkan berbanding

menggunakan tenaga manusia. Perusahaan dodol Pak Mud ini mula

dijalankan seawal tahun 1973 lagi. Pak Mud telah mengekalkan ramuan

tradisi dodol sejak turun temurun lagi. Pada awalnya, perusahaan ini

dilakukan secara kecil-kecilan bagi menambah hasil pendapatan Pak Mud

Page 4: Print

sekeluarga. Hanya bermula dengan menggunakan peralatan tradisional

iaitu 3 kawah besi dan menggunakan dapur kayu api. Modal yang

dikeluarkan oleh Pak Mud untuk memulakan perusahaan ini hanyalah

sebanyak RM200. Berkat usaha dan keyakinan Pak Mud, permintaan

untuk dodol asli Pak Mud ini semakin mendapat sambutan yang luar

biasa. Untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat ini Pak Mud

memerlukan tenaga buruh yang ramai. Oleh itu, Pak Mud telah

menambah beberapa buah dapur dan 9 buah kawah bagi

mempercepatkan proses pembuatan dodol. Pada tahun 1980, apabila

produk keluaran Pak Mud ini telah mendapat permintaan dari seluruh

Negara, Pak Mud telah mengambil keputusan untuk menggunakan

peralatan moden dan canggih untuk menggantikan peralatan tradisional

yang diguna sebelum ini. Menggunakan modal yang besar, Pak Mud

berjaya membeli mesin yang berteknologi canggih yang menggunakan

kuasa elektrik. Dengan menggunakan teknologi mesin ini, Pak Mud dapat

mengurangkan kos yang banyak iaitu tidak lagi mengupah pekerja yang

ramai dan dapat menjimatkan masa. Selain dari mesin pembuatan dodol,

Pak Mud telah menggunakan mesin pembungkusan yang telah direka

khas untuk usahawan bagi memudahkan proses penjualan. Sehingga

sekarang, Pak Mud masih berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi

perusahaannya sekaligus ingin memantapkan teknologi dalam

perusahaannya supaya selaras dengan perkembangan teknologi yang

berlaku pada zaman sekarang. Sebelum menggunakan teknologi moden,

dalam sehari Pak Mud hanya mampu menghasilkan hanya 18 kilogram

dodol untuk dijual, namun peningkatan yang mendadak telah berlaku

Page 5: Print

apabila Pak Mud mampu menghasilkan sebanyak 40 kilogram dodol

dalam masa sehari dan beliau mampu bekerja bersama ahli keluarganya

sahaja tanpa perlu mengupah pekerja bagi membantu pemprosesan

pembuatan dodol ini. Kini, Pak Mud tidak perlu tergesa-gesa dalam

menyiapkan tempahan kerana proses pembuatan yang menggunakan

teknologi moden ini boleh disiapkan dalam masa 3 jam sahaja berbanding

sepuluh tahun yang lalu yang mengambil masa yang lama sehingga 6 jam

keatas. Diharapkan pada masa akan datang, akan terhasillah mesin-

mesin yang berteknologi tinggi dan canggih agar lebih memudahkan dan

dapat memberikan satu perubahan yang amat besar dalam industri

perusahaan pembuatan dodol dan makanan tradisional yang lain.

Page 6: Print

`2. Kebaikan teknologi bagi membantu Pak Mud dalam pembuatan dodol.

Umum mengetahui bahawa teknologi banyak memberi kelebihan dan kebaikkan

kepada para pengusaha-pengusaha kecil yang ingin mengembangkan perniagaan mereka

supaya boleh dikembangkan secara besar-besaran. Banyak mesin-mesin dan teknologi baru

yang dicipta khusus untuk memudahkan pembuatan dan penghasilan makanan-makanan

tradisional. Teknologi juga telah menyumbangkan banyak manfaat kepada perusahaan Pak

Mud dan telah memudahkan aktiviti pembuatan dodol.

Antara mesin yang digunakan ialah mesin pengaduk dodol. Fungsi mesin ini ialah

untuk mengacau dodol dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, mesin lain yang digunakan

ialah mesin pembungkusan. Mesin ini diguna sebagai fungsi untuk menyimpan dodol supaya

tidak rosak.