printing kelahiran bayi.pptx

4
Mengandung & Kelahiran Bayi Pantang larang semasa mengandung Melenggang Perut/ kirim Perut Alat yang diperlukan untuk upacara lenggang perut Menjelang kelahiran bayi Setelah bayi dilahirkan Adat bercukur rambut & memberi nama/ kenduri “nasi kunyit” Peralatan yang diperlukan bagi adat bercukur rambut Adat “membuka mulutPantang larang selepas bersalin

description

kelahiran bayi

Transcript of printing kelahiran bayi.pptx

Page 1: printing kelahiran bayi.pptx

Mengandung & Kelahiran BayiPantang larang semasa mengandung

Melenggang Perut/ kirim Perut

Alat yang diperlukan

untuk upacara

lenggang perut

Menjelang kelahiran bayi

Setelah bayi dilahirkan

Adat bercukur rambut & memberi nama/ kenduri “nasi kunyit”

Peralatan yang diperlukan bagi adat bercukur rambut

Adat “membuka mulut”

Pantang larang selepas bersalin

Page 2: printing kelahiran bayi.pptx

• Tidak dibenarkan memukul/mencederakan binatang. Dikhuatiri bayi akan mengalami kecacatan.

• Tidak boleh mencerca dan melihat sesuatu yang ganjil Menakuti bayi

• Tidak boleh merepek/menyebut kata-kata yang tidak diingini bagi mengelakkan kesan yang tidak baik kepada bayi yang akan dilahirkan.

• Pantang minum air kelapa & air tebu ketika mengandung pada peringkat awal Dikhuatiri akan mengalami keguguran.

• Dilarang makan buah-buahan yang dipercayai “tajam” seperti buah nanas• Dikhuatiri anak akan keguguran.

• Orang Melayu di Semenanjung• Diadakan apabila ibu telah genap tujuh bulan kehamilannya dan merupakan

kehamilan pertama.• Bidan akan menentukan kedudukan bayi dalam kandungan agar berada dalam

keadaan yang baik.• Tindakan untuk menjamin kelahiran bayi yang selesa.• Memberi keyakinan kepada ibu yang mengandung.• Proses:

Tujuh helai kain yang berlainan warna dialas di tempat baringan ibu yang “melenggang perut”.

Perut dilenggang sebanyak 7 kali dengan menggunakan buah kelapa yang telah dikupas kulitnya. Kelapa dibiarkan bergolek dari atas perut ibu.

• Bidan dapat meramalkan jantina bayi.• Mata kelapa menghala ke atas – lelaki• Mata kelapa menghala ke bawah – perempuan

Tujuh helai kain yang berlianan warna

Satu gantang beras

Sebiji kelapa

Beberapa urat benang mentah

Sebatang damar

Sedikit minyak kelapa/ minyak urut

Sedikit lilin

Setepak sirih pinang.

Wang pengeras sebanyak RM1.25

Page 3: printing kelahiran bayi.pptx

• Ibu bapa akan menyediakan segala kelengkapan seperti pakaian dan tempat bayi.• Ibu yang menghadapi kelahiran bayi akan diberi minuman air selusuh seperti air

jampi/air penawar• Untuk menenangkan kelahiran bayi

• Semasa kelahiran bayi• Daun mengkuang/ daun berduri akan digantung di bawah rumah, bahagian

bawah tempat ibu bersalin• Daun akar ranting digantung pada pintu dan tingkap

Menghalang hantu yang suka menghisap darah wanita yang baru bersalin, seperti hantu langsuyar atau Pontianak.

• Bapa bayi akan melakukan upacara diiqamatkan(bayi perempuan)/ upacara diazakan(bayi lelaki).• Uri bayi dibersihkan dan ditanam di tempat yang sesuai.• Tidak boleh menanam uri ketika matahari menegak di atas kepala, tidak boleh ditanam terlalu dalam.• Penanaman uri dilakukan dengan memasukkan uri ke dalam belanga kecil dan ditambah dengan

asam garam dan benda lain yang merupakan harapan ibu bapa kepada bayi apabila besar kelak.• Perlakuan simbolik yang mempamerkan harapan terhadap masa depan bayi.• Asam garam seperti lambang asam garam hidup masa depan yang akan ditempuhi.• Bayi perempuan: uri ditemani benang jarum dengan harapan apabila besar dia akan pandai menjahit• Bayi lelaki: uri ditemani pensel dan kertas supaya menjadi pelajar cemerlang

• Selepas tujuh hari bayi dilahir• Bayi pakai pakaian cantik dan dibawa ke hadapan tetamu, tetamu akan merenjiskan air

tepung tawar, beras kunyi dan bertih kepada bayi sambil menyanyikan nazam Maulud Nabi

• Hanya orang yang dihormati dalam komuniti seperti imam masjid, ketua kampong, guru agama untuk menggunting rambut bayi.

• Ketika rambut digunting, bayi akan diberikan nama.• Selepas itu, bayi akan dibawa keluar dari rumah dan dipijakkan ke tanah oleh seseorang

yang dihormati. Nama adat ini ialah “adat menurun tanah” atau “jejak tanah”.

Page 4: printing kelahiran bayi.pptx

• Dulang berisi tiga buah mangkuk.• Setiap berisi air tepung tawar, beras

kunyit dan bertih• Sebiji kelapa muda yang dipotong di

bahagian kepalanya secara “zig-zag”. Air kelapa itu kemudian diganti dengan air biasa. Kelapa itu diletakkan di dalam sebuah mangkuk, setelah dihias dengan seutas rantai emas atau rantai pendek.

• Bayi disuapkan dengan sedikit buah tamar yang manis atau manisan madu.• Dilakukan sebelum bayi tersebut mula menyusu iaitu selepas bayi diiqamah/diazankan.

• Kaum keluarga, sahabat dan jiran-jiran digalakkan mengunjungi rumah untuk memberikan tahniah.• Pelawat tidak dibenarkan memuji bayi tersebut dengan kata-kata seperti “cantik”, “comel”,

“gemuk” dan seumpamanya kerana perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada bayi berkenaan.

• Ibu yang baru bersalin dikehendaki mematuhi pantang larang selama 44 hari bagi menentukan keselataman.

• Tempoh dinamakan tempoh “dalam pantang”.• Tidak boleh makan makanan yang dianggap sejuk, gatal dan pedas.• Dilarang berjalan-jalan di luar rumah dan melakukan kerja rumah.• Tidak dibenarkan keluar ada waktu senja

• Kerana dikhuatiri hantu syaitan akan mengganggu semangat ibu kerana badannya masih lemah.• Tidak benar meninggalkan tempat tidur melainkan selepas tujuh hari daripada hari bersalin.• Ibu harus sentiasa diurut, ditungku, memakai bengkung dan dimandikan dengan air panas serta air

rebusan daun dan bunga.• Pada hari ke-45, kenduri kecil akan diadakan di kalangann keluarga terdekat.• Ibu akan dimandikan dengan air sintuk limau dan dilangirkan sebagai tanda berakhirnya tempoh

pantang. ( Dilakukan bagi kelahiran anak sulung sahaja)