Profesionalisme Guru

download Profesionalisme Guru

of 25

description

nota

Transcript of Profesionalisme Guru

PENDAHULUAN

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka . Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Oleh hal demikian, guru perlu patuh kepada kod etika guru seta sentiasa memantapkan lagi kemahiran serta pengetahuan yang ada agar dapat mengharungi perubahan yang sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Seorang guru juga hendaklah menjaga nama baik dan tidak mencemarkan sifat profesionnya yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.Justeru itu, kerja kursus EDU3108 ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai isu-isu pelanggaran kod etika guru, langkah-langkah yang dapat dijalankan oleh seorang guru untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan profesion serta bagaimana seorang guru itu mengharungi perubahan sistem pendidikan masa kini berdasarkan teori pendidikan.

1.0 ISU PELANGGARAN ETIKA GURU

Dalam era globalisasi masa kini, kejayaan seseorang individu perlulah berlandas kepada tanggungjawab dan disiplin diri. Kepatuhan seseorang individu kepada perkara yang mengawal tingkah lakunya daripada berkelakuan di luar norma disebut sebagai etika. Istilah Etika atauethicadalah berasal daripada perkata greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka pula etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Manakala A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti.. Oleh itu, etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat..Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah panduan tingkah lakuyang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yangmulia. Kod etika ini adalah satu landasan kepada guru yang menyenaraikan peraturan-peraturan dan akauntabiliti seseorang guru. Bagi seorang guru pula, adalah satu perkara yang perlu untuk patuh kepada kod etika perguruan yang telah termaktub. Namun, oleh kerana terdapat segelintir guru-guru yang menyalahi etika perguruan, guru-guru yang lain terkenan tempiasnya ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, isu-isu yang melibatkan pelanggaran etika guru ini, telah menyebabkan profesion guru hari ini dilihat semakin goyah dari masa ke semasa. Kini, isu etika guru sering dilihat melalui media eletkronik seperti televisyen ataupun di dada-dada akhbar. Sekiranya masalah ini tidak dibendung oleh kementerian yang berwajib, tidak mustahil sekiranya lama kelamaan profesion perguruan tidak dilihat sebagai satu profesion yang mulia.

1.1 ISU GURU MEMBELASAH MURIDSalah satu isu etika guru yang sering mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar ialah isu guru membelasah murid. Sememangnya isu ini merupakan isu yang sangat serius tambahan pula sekiranya kes tersebut memberikan kemudaratan kepada murid atau mangsa. Kejadian penderaan fizikal yang dilakukan oleh guru yang semakin berleluasa ini merupakan kejadian yang bukan berlaku di tempat kerja mahupun di tempat awam tetapi ianya berlaku di institusi sekolah yang dianggap sebagai tempat yang paling selamat oleh semua pihak. Kejadian penderaan ini semakin menular di sekolah di mana mangsanya ialah murid-murid yang dikategorikan sebagai kanak-kanak atau golongan yang lemah jika dibandingkan dengan guru. Penderaan fizikal yang dilakukan oleh para guru ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Seringkali kita dengar bahawa terdapat tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.Artikel yang telah dipilih berkaitan dengan isu guru mendera murid ini ialah artikel yang bertajuk Murid dibelasah guru akhirnya meninggal. Kes yang berlaku di sebuah sekolah agama persendirian di Arau ini adalah satu isu yang dangat serius kerana telah melanggar etika profesionalisme seorang guru. Tambahan pula, ia melibatkan kes kematian. Mangsa iaitu adik Syaiful Syazani Saiful Sopfidee merupakan murid tahun satu di sekolah tersebut. Laporan akhbar menyatakan bahawa punca mangsa dibelasah dengan teruk adalah kerana didakwa mencuri wang RM7 milik rakan sekelas. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan gurunya dan dibelasah dengan kejam oleh gurunya dengan kedua-dua tangannya diikat pada tingkap asrama. Mangsa dikatakan dapat melarikan diri. Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri hingga menimbulkan kemarahan guru berkenaan yang memukulnya tanpa belas kasihan. Selepas memukul kepala, suspek dikatakan naik minyak dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama mangsa mengalami masalah pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung. Ekoran daripada kejadian itu, mangsa telah koma pada jam 7 malam hari kejadian dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi hari berikutnya di Hospital Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Walaubagaimnapaun, guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.Pandangan saya berkaitan isu ini ialah sekiranya dilihat dari perspektif guru, sememangnya seorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam kehidupannya kerana guru adalah manusia biasa Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri daripada membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas. Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana semasa mengajar. Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan murid-murid yang bermasalah berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar, bertimbang rasa, tidak menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum mereka tanpa usul periksa dan lebih banyak memberi ganjaran daripada mengenakan hukuman. Sifat memaafkan perlu ada dalam diri setiap manusia. Walaupun sesuatu yang dilakukan adalah salah dan kadangkala keterlaluan, namun, guru perlulah bijak mengadili kesalahan tersebut dengan memberikan hukuman yang setimpal dan dapat memberikan kesan kepada murid. Hukuman yang diberikan juga perlulah bersesuaian dengan melihat banyak aspek. Tambahan pula, dalam kejadian tersebut mangsa berada dalam tahun 1. Oleh itu, sememangnya bukan tindakan yang betul sekiranya dihukum sekejam itu. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menghukum. Cara memukul murid bukanlah satu jalan penyelesaian tambahan pula sekiranya guru dalam keadaan marah yang melampau. Sikap guru yang memberikan hukuman yang berat kepada murid tersebut juga bukanlah langkah yang bijak supaya murid tersebut berubah sikap menjadi seorang murid yang berdisiplin. Mungkin juga murid tersebut akan menjadi lebih teruk lagi jika ditakdirkan umurnya masih panjang kerana tidak mustahil murid tersebut ingin membalas dendam terhadap kekasaran yang dilakukan oleh guru tersebut terhadap dirinya. Oleh itu, perhatian yang diberikan kepada setiap tingkah laku murid berkenaan, akan menjadikan murid sedar bahawa guru sedang mengambil berat dan memberikan kasih sayang supaya mereka tidak lagi mewujudkan masalah yang tidak diingini.Jika dilihat daripada perspektif murid pula, perbuatan mencuri adalah satu perbuatan yang salah dan tidak patut dilakukan oleh murid walau apa alasan sekalipun. Oleh itu, murid perlulah tahu dan mengelakkan diri daripada mencuri. Mengikut kes ini, perbuatan mencuri telah membuatkan gurunya marah dan memarahinya. Oleh itu, seorang murid perlulah sentiasa menjaga tingkah laku dan bertanggungajawab sekiranya melakukan kesalahan agra tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak dan akhirnya menjadikan kes bertambah serius. Walaubagaimanapun, artikel yang saya analisis ini mempunyai banyak persepsi atau cerita di sebaliknya. Mungkin ada pertambahan dari pihak media massa atau parti politik yang kita tidak tahu kebenarannya. Walau apapun, saya berharap kes ini dapat diadili dengan sebaik mungkin sekiranya benar guru tersebut sememangnya tidak bersalah dalam hal ini. Pada pandangan saya lagi, terdapat beberapa punca yang mengakibatkan berlakunya kejadian ini. Pertama ialah bebanan tanggungjawab yang dipikul oleh guru. Sebagaimana yang kita sedia maklum, guru memikul tanggungjawab yang sangat berat di sekolah. Tuntutan kerja disekolah yang merangkumi kerenah murid, tuntutan pentadbiran serta peranan yang dipikul menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan guru. Maka, sekiranya terdapat isu yang berlaku di bawah tanggungjawabnya, guru akan cepat melenting dan berkelakuan di luar kotak fikiran. Sebagai contoh dalam kes yang kes yang dikaji ini, mangsa telah memberikan tekanan kepada guru dengan tingkah laku mencuri yang dilakukannya. Oleh itu, guru berasa tertekan dan menghamburkan kemarahannya dengan cara memukul murid tersebut. Tekanan emosi dan ditambah dengan rasa marah telah menyebabkan guru tersebut memukul mangsa sehingga mati. Ini semua adalah di luar kemahuan guru itu sendiri. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal kemarahan apabila berhadapan dengan kes-kes yang memerlukannya mengadili sesuatu perkara. Dengan cara ini, keputusan yang diambil akan lebih adil dan rasional.Faktor kedua yang menyebabkan kes ini berlaku ialah kurang memahami etika perguruan. Etika perguruan penting untuk dijadikan satu landasan atau panduan kepada guru-guru dalam mengawal setiap tindak tanduk agar tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian sebagai guru. Berdasarkan kod etika perguruan yang telah ditetapkan, sepatutnya setiap ahli profesion iaitu guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang guru. Tetapi, apa yang berlaku di dalam kes ini adalah sebaliknya. Sekiranya seseorang guru tersebut memahami dan patuh kepada kod etika guru yang telah termaktub, sudah tentu dia tidak akan tergamak untuk melakukan apa-apa yang telah termaktub dalam kod etika. Sekiranya seseorang guru melakukan sesuatu yang dilarang, ia menunjukkan bahawa guru tersebut belum benar-benar memahami kod etika yang digariskan. Hal ini bukan sahaja akan memberikan iak negative kepada diri sendiri malah kepada profesion perguruan.Kesimpulannya, pandangan saya, isu guru agama memukul anak muridnya sehingga menyebabkan kematian ini adalah tidak wajar berlaku. Hal ini kerana tugas guru adalah sebagai seorang pendidik dan pembimbing dan bukan sebagai pengancam keselamatan murid-murid. Lebih-lebih lagi mangsa hanya berumur 7 tahun. Sekiranya memang benar bahawa murid tersebut melakukan kesalahan mencuri, tindakan membelasah murid berkenaan secara melulu bukanlah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan selain memukul. 1.2 ISU GURU MENCABUL MURID Selain daripada isu membelasah murid, satu lagi isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat sekeliling sehingga memberikan persepsi yang buruk kepada profesion perguruan ialah isu guru mencabul murid. Kejadian gangguan seksual semakin berleluasa dan agak merungsingkan semua pihak. Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di tempat kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah-sekolah. Tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid dibawah jagaan mereka. Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru. Profesion perguruan adalah satu profesion yang mulia. Sekiranya terdapat isu sebegini belaku di sekolah, sudah tentu masyarakat akan mmandang jijik kepada profesion perguruan.Berdasarkan kes yang dipetik daripada artikel Harian Metro yang bertajuk Cabul Sebelum Rotan iaitu kes seorang guru yang mencabul 12 orang pelajarnya telah memberikan tamparan hebat kepada profesion perguruan. Menurut kes yang dikupas daripada akhbar tersebut, gara-gara mahu menjadi doktor, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, telah diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, sekolahnya. Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah. Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan kerana bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli. Disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit. Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali. Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan. Ekoran daripada itu, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris. Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah. Pandangan saya mengenai kes ini ialah sekiranya dilihat daripada perspektif guru, sememangnya kes ini merupakan kes yang sangat memalukan profesion perguruan. Saya juga tidak menyalahkan guru seratus peratus kerana mungkin ia berupa fitnah daripada pihak tertentu yang ingin membalas dendam terhadap guru tersebut dan sekaligus menjatuhkan profesion perguruan. Ini kerana kita tidak tahu kebenarannya, Namun, sekiranya berita ini adalah benar, memang sewajarnya guru tersebut dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Tanggungjawab seorang guru adalah mendidik dan menanam nilai-nilai murni dalam diri setiap anak muridnya. Nilai-nilai yang inguin dipupuk ini pula perlulah dizahirkan melalui tingkah laku guru itu sendiri terlebih dahulu. Ini kerana, guru adalah role model kepada anak-didiknya. Sekiranya guru tidak berkelakuan seperti yang diajar, sudah tentu anak murid tidak akan menghormati dan tidak hairan sekiranya murid mencontohi tindak tanduk guru tersebut. Seperti dalam kes yang berlaku, guru tersebut sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk membuat pemeriksaan jantung ke atas murid dan apakah rasionalnya guru tersebut berbuat demikian. Sekiranya hendak memberikan hukuman, cukuplah sekadar memberikan pengajaran yang setimpal dengan kesalahan contohnya memanggil murid murid tersebut ke tapak perhimpunan dan menyatakan kesalahan yang telah dilakukan di dihadapan murid lain. Ini secara tidak langsung akan dapat dijadikan iktibar kepada murid yang membuat kesalahan dan murid-murid lain. Tambahan pula, kes ini telah melanggar kod etika perguruan yang melarang guru lelaki untuk menyentuh murid perempuannya.Jika dilihat daripada perspektif pelajar pula, adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk patuh kepada undang-undang sekolah. Kesalahan pelajar yang menyiapkan kerja sekolah semasa perhimpunan dijalankan sememangnya satu kesalahan kerana terlah melanggar peraturan yang ditetapkan dan adalah wajar untuk pelajar tersebut dikenakan tindakan. Tiambahan pula, pelajar yang membuat kesalahan adalah ramai iaitu kira-kira 11 orang pelajar. Oleh itu, pelajar diingatkan agar patuh kepada peraturan sekolah sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Persoalan kedua pula ialah daripada 11 orang pelajar yang menjadi mangsa, mengapa seorang pun tidak berani membangkang tindakan guru sedangkan mereka ramai berbanding seorang sahaja guru ketika itu. Salah satu daripada mereka sepatutnya boleh membuat aduan mengenai kes tersebut sebelum ianya menjadi lebih teruk. Tambahan pula, mereka terdiri daripada pelajar tingkatan tiga yang sudah boleh berfikir secara rasional. Sekiranya mereka bijak menangani masalah ini, sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku. Oleh itu, jika dilihat dari sisi ini, pelajar juga boleh dipersalahkan. Antara punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual (mencabul) pertamanya ialah kurang memahami etika keguruan. Semasa di sekolah, guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat, guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya serta guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Guru yang memahami etika perguruan tidak akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Ini berbeza pula dengan guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan. Ini menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami apa yang terkandung dalam kod etika guru. Sebagai seorang guru kita sepatutnya sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya. Guru lelaki tidak menjaga batas-batas pergaulan di antara guru lelaki dengan murid perempuan.

Masalah keluarga juga merupakan salah satu punca berlakunya tingkah laku negatif di kalangan guru ini. Guru yang mengalami masalah keluarga contohnya penceraian dan kurang kasih sayang akan mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa, masalah rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat dipenuhi menyebabkan guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan seksual mereka

Faktor lain yang menyebabkan masalah ini timbul ialah pengaruh negatifyang timbul melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa sekatan. Hal ini kerana, guru boleh memperolehi bahan-bahan lucah dengan mudah dengan hanya melayari internet berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya.

Kesimpulannya, sekiranya berita yang dipaparkan di dada akhbar tersebut adalah benar, maka adalah tidak wajar guru tersebut bertindak demikian. Ini bukan sahaja akan menjatuhkan maruah diri malah akan menjejaskan nama baik keluarga, agama, bangsa dan negara. Lebih menyedihkan lagi ialah guru tersebut telah mencemarkan profesion perguruan2.0 SIKAP BELAJAR UNTUK MENGAJAR SEBAGAI PROSES PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Menuntut ilmu merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. Ilmu pengetahuan merupaakn nadi bagi setiap manusia kerana hanya ilmu sahaja yang dapat mengubah kehidupan seseorang. Sebagai seorang guru yang mula berkhidmat di sekolah, biarpun kita diamanahkan untuk mendidik dan mencurah ilmu kepada anak bangsa, namun ini tidak bermakna waktu menerima ilmu juga telah berakhir selepas menerima pengajaran formal daripada institusi yang tertentu untuk mendapat gelaran sebagai guru. Sebaliknya, sejajar dengan era globalisasi yang penuh dengan persaingan ini, setiap guru dituntut untuk menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat di samping tidak mengabaikan unsure-unsur insaniah yang menjurus ke arah nilai-nilai kemanusiaan dan kekuatan spiritual bagi mengimbangi kehidupan manusia. Untuk itu, kita perlulah mempunyai semangat yang kuat untuk terus belajar bagi menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada agar diri kita tidak ketinggalan zaman dan memastikan perkembangan serta peningkatan profesionalisme guru sejajar dengan perubahan dan cabaran yang dihadapi. Justeru itu. Seorang guru perlu sentiasa berpegang kepada prinsip belajar untuk mengajar dalam hidup sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat dengan cara menyediakan pelan pembelajaran kendiri untuk merebut peluang yang ada bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran.

Pembelajaran Sepanjang Hayat ataupun pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa. Konsep ini merangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-luasnya kepada setiap individu tanpa mengira kelas sosial, kaum, umur dan juga jantina. Peluang pendidikan yang diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi seseorang. Menurut Noriati A. Rashid (2010), Pembelajaran Sepanjang hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau professional. Ringkasnya, pembelajaran sepanjang hayat ialah suatu proses pembelajaran yang berterusan bagi tujuan meningkat pengetahuan dan kemahiran seseorang. Pembelajaran Sepanjang Hayat dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan. Ia boleh dilakukan sama ada secara formal seperti di sekolah, instituti pengajian dan pusat latihan vokasional untuk mendapatkan pengiktirafan seperti ijazah sarjana muda, sarjana dan PHD ataupun secara tidak formal iaitu berdasarkan pengamalan dan latihan di tempat kerja masing-masing. Cara pendekatan pembelajaran sepanjang hayat ini boleh dipelbagaikan supaya mudah diakses oleh pelajar seperti melalui pembelajaran ataupun kursus secara pos. Sebagai seorang guru, banyak saluran yang boleh digunakan untuk memperkayakan diri dengan pelbagai ilmu. Antaranya termasuklah membuat Pelan Pembelajaran Peribadi kerana guru merupakan role modal kepada murid untuk melihat guru sebagai teladan melalui tindakan dan perlakuan guru sendiri. Guru boleh membuat pembelajaran di rumah melalui pengawasan sesuatu pihak sebagai tutor yang menyediakan kurikulum yang telah diluluskan. Program pendidikan yang boleh berlangsung di rumah termasuklah melalui talian untuk membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah. Dengan adanya ilmu baharu yang diperolehi ini, adalah lebih baik sekiranya guru dapat mengaplikasikannya di sekolah. Misalnya guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara mata dengan anak muridnya berhubung matapelajaran yang diajar. Dengan cara ini, ia bukan sahaja akan membantu meningkatkan prestasi malah perkembangan murid boleh dipantau pada bila-bila masa termasuk cuti sekolah. Ini menunjukkan bahawa ilmu yang dipelajari sangat memberi manfaat kaedah pengajaran guru itu sendiri.

Pendidikan Dewasa yang berupa proses pembelajaran dalam kalangan dewasa melalui kursus - kursus atau program-program pengajian lanjutan sama ada di kolej atau di universiti juga boleh guru sertai untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi dalam kerjaya. Misalnya menghadiri kelas komputer agar diri kita celik IT. Pendidikan Berterusan yang memberi peluang untuk pencapaian pendidikan yang lebih tinggi bertumpu kepada usaha seseorang untuk menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan juga amat digalakkan bagi guru untuk mengikutinya. Sekiranya menghadapi masalah untuk mengikuti kursus secara sepenuh masa boleh meneruskan pengajian secara sambilan pada hujung minggu yang lazimnya bermula petang Jumaat hingga hari Ahad.

Guru juga boleh memilih Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) dengan bantuan rakaman video dan bahan-bahan pengisian CD Rom, program broadcasting, pembelajaran atas talian (OLL), internet serta kursus interaktif atas talian. Guru juga boleh mengambil Pembelajaran Pengetahuan Pekerja yang berfokus kepada peningkatan profesional dan latihan kerjaya. Pembelajaran ini dapat membantu guru menjadi guru yang mampu menganalisis, mereka bentuk dan membangunkan bidang keguruan. Contohnya menguasai kemahiran menjalankan kajian untuk mengenal pasti masalah mengenai pengetahuan pedagogi, kandungan mata pelajaran, psikologi murid dan perkara yang melibatkan pengurusan bilik darjah seterusnya mengemukakan cadangan mengatasi masalah agar membantu sekolah menjadi lebih berkualiti dan mampu mencapai matlamat. Ini membolehkan guru mendalami profesion perguruan sehingga mampu memperkenalkan teknik dan kaedah terkini dalam melonjakkan sistem pendidikan negara.

Guru juga boleh mengikuti Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK) yang memerlukan guru mengurus dan mengawal pembelajaran sendiri. Guru perlu memahami dan menentukan matlamat pembelajaran, mengurus matlamat pembelajaran sendiri dan bersedia berinteraksi dengan pihak lain dalam memastikan proses pembelajaran mencapai matlamat. Ini dapat melatih guru untuk memiliki kemahiran bersosial agar mereka boleh berhubung dengan pihak lain dalam usaha perkongsian ilmu dan merentas sempadan institusi untuk memperoleh banyak sumber. Proses pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru ini juga boleh diaplikasikan dalam kalangan murid. Misalnya guru boleh memupuk budaya belajar yang baik contohnya seperti pembelajaran koperatif yang memerlukan mereka bekerjasama atau inkuiri penemuan yang memerlukan mereka berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ini secara tidak langsung akan melatih mereka tentang cara belajar yang sebenar.

Guru sendiri haruslah lebih membaca, termasuk buku-buku perpustakaan yang mungkin dibaca oleh murid. Sudah tentu buku-buku lain yang boleh meningkatkan keupayaan guru mengajar perlu dibaca. Dengan ini, murid akan kagum terhadap pengetahuan guru dan mereka akan lebih menghormati guru. Ini akan memudahkan proses pemindahan ilmu dari guru kepada murid. Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Muhamad menyeru guru-guru mengamalkan budaya membaca agar mereka sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka yang berperanan sebagai pendidik dan rol model kepada murid. Apabila guru mempraktikkan amalan membaca dalam hidup mereka, mereka mampu membincangkan pelbagai isu dan perkara tanpa teragak-agak malah mampu melontarkan idea, mengupas isu serta menganalisis sesuatu permasalahan dengan baik. Amanaln membaca ini juga perlu diperlihatkan kepada murid agar mereka dapat mencontohi tingkah laku guru yang amat dituntut ini.

Guru boleh banyakkan membaca jurnal-jurnal penyelidikan agar pemikiran menjadi berkembang dan mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pengurusan kerjaya. Selain itu, menurut Noriati A. Rashid (2010), penyelidikan merupakan salah satu aktiviti yang sangat berkesan dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat memandangkan menerusi penyelidikan kita mula berfikir, merancang, melakukan tinjauan dengan membaca pelbagai bahan terutamanya hasil dapatan kajian pihak lain, menyediakan item-item soalan, menganalisis dan menulias laporan. Membuat penyelidikan mampu menggalakkan pembangunan profesionalisme guru di samping mendorong pemikiran yang lebih tinggi dan melatih guru menjadi lebih peka dan berpemikiran kritis. Di samping itu, penyelidikan membolehkan guru mencungkil pelbagai perkara baharu yang membolehkan guru mengenal pasti isu dan masalah berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran, disiplin dan sikap murid, kepimpinan dan pengurusan sekolah serta perkara-perkara lain mengenai sistem pendidikan malah mencadangkan sesuatu yang lebih terkini dan sesuai. Malah penyelidikan mendorong budaya reflektif yang membentuk diri berpemikiran dan bersikap terbuka, mampu menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia memperbaiki rancangan tindakan dan berubah, malahan menambah baik kualiti tindakan serta menambah baik amalan-amalan kendiri guru. Setiap usaha yang dijalankan dalam penyelidikan menemukan pendekatan dan strategi terkini serta memperbaharu pelbagai elemen dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk penambahbaikan. Bukan itu sahaja, hasil dariapda penyelidikan yang dijalankan mungkin boleh diaplikasi dalam institusi persekolahan dan akhirnya menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan sekolah.

Amalan reflekstif juga akan guru praktikkan sekiranya dia mengamalkan sikap belajar untuk mengajar. Berfikiran reflektif merupakan usaha bermakna untuk berfikir secara rasional atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang dialami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita serta membentuk kefahaman yang baharu lalu membawa penambahbaikan di dalam bilik darjah bagi mendorong sesuatu perubahan daripada kelaziman kepada sesuatu yang luar biasa. Ini dapat berlaku dengan cara penulisan jurnal refleksi atau pengurusan portfolio. Amalan reflektif mampu membantu guru mengimbangi kepercayaan kita dengan keperluan murid dan menjadikan guru lebih sedar dan kritis mengenai amalannya untuk dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengaplikasikan teori atau pengetahuan yang dipelajari lalu mempertingkatkan kualiti, kaedah atau strategi pengajarannya dan keupayaan mengurus bilik darjah. Amalan reflektif menjadikan guru sentiasa menyemak semula perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan menilai amalan dan tanggapan mereka terhadap perlaksanaan aktiviti yang dijalankan. Melalui amalan ini, guru akan menjadi lebih rihatin dan berhati-hati dalam segala tindakan yang diambil, cuba memperbaiki nilai diri serta mengubah persepsi terhadap sesuatu amalan malah mengubahsuai situasi dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan pemikiran guru lebih terbuka dan matang.

Kolaborasi dan musyawarah dengan pihak lain dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab yang mempunyai matlamat yang sama untuk dicapai juga merupakan satu amalan yang baik dalam mempraktikkan sikap belajar untuk mengajar. Kolaborasi dapat meningkatkan kejayaan sekiranya pihak yang terlibat berkolaborasi sama-sama berkongsi pengetahuan dan mencapai kata sepakat apabila mengatasi suatu masalah. Ini memerlukan musyawarah yang mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang diambil melalui rundingan demi membuat keputusan yang cemerlang. Percambahan pemikiran dan perkembangan idea melalui kolaborasi dan musyawarah mampu meningkatkan kualiti diri seorang guru. Melalui kolaborasi dan musyawarah guru dapat memeprkembangkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam dimensi professional agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Guru juga berpeluang untuk memperbaharui, menambah dan meningkatkan ilmu dan kemahiran serta memperbaiki kecekapan mereka terutamanya dalam pengurusan pembestarian sekolah, sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kokurikulum, transformasi kurikulum, pentaksiran dan penilaian di samping latihan-latihan berhubung pedagogi terkini dan mastery learning melalui Latihan Dalam Perkhidmatan, lalu membawa lanjakan paradigm ke dalam diri guru terhadap isu-isu pendidikan. Guru yang menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan dapat menerima input terkini berhubung dasar-dasar pendidikan dan kerajaan, maklumat yang memenuhi tuntutan semasa dan keperluan negara serta melengkapkan diri dengan daya kepimpinan yang tinggi, motivasi diri.

LDP memberi peluang kepada peserta untuk mendengar pengalaman daripada penceramah, berkongsi pengalaman dalam sesi perbengkelan dan pembentangan, saling menggalak untuk peningkatan profesional dan saling membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa mengajar. Ini membolehkan guru menghadapi dan mengatasi cabaran-cabaran yang wujud dalam bidang pendidikan terutamanya cara meningkatkan kualiti pengajaran dan mencipta persekitaran pembelajaran yang berkesan. Selain itu, guru-guru yang menjadi penceramah atau pembentang hasil bengkel berperluang untuk meningkatkan kemahiran membentang, menyediakan bahan-bahan seperti PowerPoint dan multimedia masing-masing. Guru yang mengamalkan sikap belajar untuk mengajar boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperlengkapkan diri dengan maklumat terkini bagi menjamin keberkesanan peranan guru sebagai fasilitator dalam bilik darjah memandang peranan guru sebagai sumber maklumat dan pengetahuan kepada murid semakin mengecil sejajar dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kesimpulannya, sikap belajar untuk mengajar perlulah dipupuk dalam jiwa setiap pendidik ddi negara kita agar dpat melahirkan guru yang unggul yakni mempunyai ilmu pengetahuan, berdaya saing dan sentiasa bersedia menerima perubahan. Ini penting demi merealisasikan hasrat kerajaan iaitu emalhirkan generasi yang berminda kelas pertama sekaligus mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 3.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG SESUAI DIMILIKI OLEH KEPIMPINAN SEKOLAH DAN GURU DALAM MENGHADAPI ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA3.1 CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU DALAM MENGHADAPI ISU KSSR DI SEKOLAHKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu Kurikulum Baru yang meggantikan KBSR dan diperkenalkan bermula tahun 2011 sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. KSSR telah mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu bermula tahu 2011 kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid supaya murid mencapai standard yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlulah sentiasa bersedia mengharungi program yang baru diperkenalkan ini dengan kemahiran dan ciri-ciri kepimpinan agar dapat dikongsi dan disampaikan kepada murid-murid dengan berkesan. Dengan cara ini, matlamat yang ingin dicapai oleh sistem pendidikan negara kita akan dapat direalisasi.Sekiranya dilihat daripada teori situasi, elemen pertama yang dititkberatkan ialah hubungan pemimpin dan ahli. Ini menggambarkan bagaimana seorang pemimpin itu mengendalikan ahlinya agar dapat menghasilkan satu output yang baik yang akhirnya akan menjadikan dirinya dihormati dan diinspirasikan oleh ahli untuk memimpin agar dapat membuat lebih banyak perubahan. Kepimpinan merupakan ciri yang sangat penting yang perlu ada pada setiap guru. Guru yang sentiasa menambah baik ciri kepimpinan dalam dirinya merupakan seorang guru yang sangat dinamik dan bersedia memikul tanggungjawab serta berani mengambil risiko. Pelaksanaan KSSR di sekolah adalah satu program yang baharu diperkenalkan dan rata-rata di antara guru masih tidak benar-benar memahami program yang dilaksanakan ini. Oleh itu, guru perlulah sentiasa mewujudkan satu situasi yang menggalakkan murid untuk sama-sama menjayakan program bagi mencapai satu standard yang diinginkan. Pemimpin guru ialah guru biasa tetapi mampu membimbing atau mendorong guru lain untuk sama-sama berusaha meningkatkan amalan profesional dan peringkat-peringkat pelajar. Pemimpin guru yang baik dan mengetahui tanggungjawabnya demi anak murid tidak akan menunggu arahan daripada pihak atasan untuk melaksanakan sesuatu inovasi pengajaran tetapi bijak menggunakan peluang yang ada untuk mempergiat aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mendapatkan perhatian dan sokongan pihak berkuasa. Ciri - ciri kepimpinan seperti ini amat penting lebih-lebih lagi apabila sesuatu program baharu diperkenalkan. Guru yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap anak muridnya akan sentiasa memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam diri dengan maklumat baharu agar dapat diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajarannya. Ini secara tidak langsung akan menjadikan anak murid yang sentiasa lengkap dengan ilmu pengetahuan baharu selaras dengan tuntutan cabaran semasa.Elemen kedua pula ialah struktur tugasan. Struktur tugasan ini merujuk kepada kejelasan tugas dan kejelasan peranan ahli dalam melaksanakan tugas tersebut. Apabila tugas adalah rutin dan dapat didefinisikan secara jelas, ahli mengetahui bidang tugasnya maka situasi akan menyokong proses kepimpinan. Dalam melaksanakan program KSSR yang baru diperkenalkan ini, guru perlu mengetahui bidang tugas yang perlu dilaksanakan agar dapat melaksanakan sebaik mungkin selaras dengan standard yang digariskan. Ini bermakna, guru tersebut perlulah sentiasa meneroka dan mengetahui terlebih dahulu tentang intipati sesuatu program tersebut. Setelah sesuatu program itu dapat diketahui dengan mendalam, maka guru bertanggungjawab untuk berkongsi pengetahuan dengan murid tentang apa yang perlu dilakukan oleh mereka agar mereka dapat menerima perubahan yang baharu ini. Ini secara tidak langsung akan membantu guru dalam mengendalikan program tersebut. Sebagaimana yang kita ketahui, pentaksiran dalam KSSR adalah berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid. Ini bermakna mereka akan dinilai semasa sesi pengajaran dan pembelajaran meliputi beberapa aspek yang digariskan. Justeru itu, sekiranya guru berupaya menjelaskan tentang pelaksanaan program KSSR kepada murid, sudah tentu ia akan memudahkan pelaksanaan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mereka tahu di mana mereka akan dinilai dan sebagainya. Menyentuh elemen ketiga dalam teori situasi iaitu kedudukan kuasa, seorang guru perlulah mempunyai kuasa yang kuat untuk mengendali dan mendisiplinkan anak didiknya. Maka, secara tidak langsung ia akan menyokong proses kepimpinan yang dilakukannya. Guru yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik menurut teori situasi perlulah mempunyai satu kedudukan kuasa yang berupaya menggerakkan anak murid atau mengubah sesuatu institusi ke arah yang lebih baik demi mencapai cita-cita yang diimpikan. Ini bermakna, guru perlulah berupaya menggerakkan anak murid untuk sama-sama merelisasikan hasrat yang diimpikan oleh kerajaan dan sekaligus dalam program KSSR yang diperkenalkan. Kuasa guru dalam menggerak murid ini boleh dilaksanakan melalui dorongan, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dari apa yang telah dipelajari. Selain itu, guru yang sentiasa menambah ilmu pengetahuan juga seharusnya mempraktikkan ilmu tersebut dalam bilik darjah misalnya pengaplikasian teknik baharu, pendekatan yang menyeronokkan dan sebagainya. Kuasa yang ada pada seorang guru ini akan menentukan bagaimana ana-anak muridnya dibentuk. Secara tidak langsung juga usaha ini akan meningkatkan lagi prestasi murid itu sendiri. Misalnya dalam pelaksanaan KSSR, satu kuasa besar telah dipertanggungjawabkan ke atas guru bagi merealisasaikan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama. Justeru itu, dengan kuasa yang diberikan, guru perlulah memainkan peranan penting dalam memastikan pencapaian muridnya meningkatke arah yang lebih membanggakan. Dari sini, dapat dilihat bagaimana seorang guru menguruskan kuasa yang telah diberikan sebagai seorang pemimpin.Manakala elemen yang terakhir yang terangkum dalam Teori situasi ini pula ialah setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Contohnya perubahan sistem pendidikan yang di alami kini. Saban hari, banyak program yang diperkenalkan oleh Kementerian dalam usaha memperkasakan lagi sistem pendidikan di Malaysia. Program-program ini hanya akan berjaya sekiranya terdapat komitmen yang padu daripada guru-guru. Oleh itu, guru perlulah sentiasa bersedia menerima perubahan demi perubahan yang berlaku dan tidak hanya berpaksikan kepada cara yang lama. KSSR adalah salah satu contoh yang perlu diambil perhatian oleh para guru. Hal ini kerana kurikulum baharu ini akan sering diperbaharui agar lebih seiring dengan penanda arasnya iaitu di peringkat antarabangsa. Menurut Kementerian, Semakan Semula(KSSR) akan dilaksanakan mulai 2016 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan negara.Kesimpulanya, dalam menjayakan perubahan dalam sistem pendidikan, seorang guru perlulah melengkapkan diri dengan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti agar dapat menjadi agen perubahan dan dalam masa yang sama dapat memacu ke arah kemajuan sistem pendidikan negara. Guru juga perlu berpegang kepada prinsip pemimpin yang baik tidak memerintah, tetapi mengajak orang-orang bawahnya membuat sesuatu demi kepentingan bersama.

3.2 CIRI-CIRI KEPIMPINAN SEKOLAH DALAM MENGHADAPI ISU PBS DI SEKOLAH

Pada tahun 2011, telah bermulanya satu era baru dalam pentaksiran prestasi murid sekolah rendah di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula dilaksanakan secara rasmi di semua sekolah rendah yang melibatkan semua murid tahun 1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik di mana murid dinilai dari aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS. Pelaksanaan PBS dalam UPSR iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan 40 peratus Berdasarkan Peperiksaan akan dilancarkan mulai Tahun 2016. Pengurangan peperiksaan dapat memberi peluang kepada guru dan murid untuk memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan kreativiti. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan sistem pengurusan pentaksiran PBS bagi komponen dari segi akdemik dan bukan akademik. Ia digunakan oleh kepimpinan di sekolah untuk merekod dan menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta melaporkannya apabila diperlukan. SPPBS juga dibangunkan dengan persekitaran teknologi web-based. Semua kepimpinan yang terlibat bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan.

Menyentuh kepemimpinan sekolah dalam menghadapi PBS di sekolah mengikut Teori Transformasi, pemimpin transformasi mampu merangsang anggotanya bersama-sama menghayati dan menerima ideologi dan visi ke arah menjayakan sesuatu. Dalam perlaksanaan PBS, pihak sekolah, iaitu Guru Besar dan barisan kepimpinan sekolah boleh mengadakan mesyuarat pengurusan sekolah. Melalui mesyuarat ini, pihak kepimpinan perlu mengambil inisiatif dengan mengadakan mesyuarat kali pertama dengan semua guru walaupun segelintir guru tidak terlibat secara langsung dalam PBS bagi memaklumkan dan menetapkan hala tuju, matlamat dan menyediakan jadual aktiviti sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah yang akan dilaksanakan. Ia bertujuan untuk merangsang guru-guru agar bersama-sama memahami PBS dengan sedalamnya serta bekerjasama menjayakan pentaksiran ini. Melibatkan guru yang tidak berlibat dalam PBS untuk menghadiri taklimat bertujuan untuk membudayakan PBS di sekolah. Ia tidak akan menjadi masalah jika semua guru telah mengetahui akan PBS yang dijalankan. Guru yang terlibat juga perlu diberi taklimat di peringkat daerah melalui latihan dalaman bagi membolehkan semua guru-guru sekolah memahami dengan lebih jelas akan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ianya melibatkan ramai guru mata pelajaran. Barisan kepimpinan perlu membahagikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada sub topik yang lebih kecil iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik dan ia perlu dibentangkan oleh guru yang telah menghadiri kursus kepada guru-guru yang lain. Satu majlis juga perlu diaturkan untuk memberi taklimat kepada ibu bapa murid-murid yang bakal terlibat. Penerangan ini penting untuk ibu bapa memahami konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan dijalankan supaya tidak timbul kecelaruan dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem yang diperkenalkan ini. Dengan ini, secara tidak langsung, semua guru-guru dan ibu bapa yang terlibat serta faham akan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) ini serta memperoleh faedah melalui pentaksiran yang dilancarkan ini.

Menurut teori Transformasi lagi, pemimpin transformasi perlu menjana permuafakatan, menggalakkan kerja kolabolatif, memperjelaskan kepentingan kerja berpasukan sehingga anggota berjaya menghasilkan sesuatu yang membawa hasil. Guru Besar sebagai seorang ketua kepimpinan di sekolah perlu membina jawatankuasa PBS di peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Naib pengerusi pula disandang oleh semua guru penolong kanan di sekolah dan setiausaha perlulah merupakan setiausaha peperiksaan sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik adalah terdiri daripada ketua panitia di bahagian latihan, penyelarasan, pementoran, pemantauan, Petaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat. Selain daripada itu, ahli jawatankuasa juga adalah terdiri daripada guru cemerlang, guru bimbingan dan kaunseling. Pasukan ini adalah untuk memastikan PBS yang dijalankan di sekolah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk itu, Guru Besar perlu memberi penerangan terperinci kepada setiap jawatankuasa dan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan setiap jawatankuasa yang dilantik agar PBS dapat berjalan dengan baik. Di sini, Guru Besar memainkan peranan yang sangat penting sebagai ketua kepimpinan di sekolah dalam membina pasukan agar setiap ahli jawatankuasa dapat mengetahui kepentingan kerja berpasukan dan dapat berkerjasama di antara satu dengan yang lain agar PBS yang dijalankan mampu mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Mesyuarat sebanyak empat kali perlu Guru Besar adakan dalam masa setahun. Selepas penetapan hala tuju pada mesyuarat pertama, mesyuarat kedua diadakan untuk mengkaji suku tahun pertama. Begitu juga dengan mesyuarat kali ketiga diadalah adalah untuk mengkaji suku tahun kedua. Bagi mesyuarat kali keempat, guru-guru yang berkenaan perlu membentangkan pengoperasian yang telah dijalankan untuk melihat sama ada ia telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peranan Guru Besar adalah menegur dan memperbaiki jika terdapat kekurangan yang telah berlaku semasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah dijalankan. Dangan kata lain, post mortem pelaksanaan PBS yang diketuai oleh Guru Besar perlu dilaksanakan dalam mesyuarat kali keempat. Dalam perlaksanaan PBS, mesyuarat diadakan untuk ahli jawatankuasa dan guru besar bersama barisan kepimpinan bagi membuat perbincangan agar dapat membuat keputusan yang terbaik. PBS memerlukan satu jawatankuasa yang kuat dan berani membuat keputusan. Dalam teori Transformasi, pemimpin transformasi menonjolkan imej pemimpin yang dapat menjadi sumber inspirasi kepada orang bawahannya untuk dijadikan ikutan. Selepas guru menilai murid sepanjang tahun, barisan kepimpinan dan jawatankuasa akan membuat keputusan tentang prestasi murid-murid. Apabila mendapati sebarang kekurangan dalam prestasi murid, barisan kepimpinan akan mencari jalan untuk menambah baik agar target dapat dicapai.

Elemen seterusnya dalam teori transformasi ialah, pemimpin transformasi merupakan pemangkin kepada perubahan, mencabar daya berfikir dalam kalangan pengikutnya agar melihat sesuatu masalah dari pelbagai perspektif, berunding sebelum bertindak serta meningkatkan kesedaran dan keprihatinan pengikut terhadap kepentingan dan nilai matlamat organisasi. Sebagai ketua kepimpinan di sekolah, guru besar merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memutuskan keputusan bagi Penilaian Berasaskan Sekolah setelah membuat perbincangan dengan barisan kepimpinan berdasarkan cadangan penyelesaian dari pelbagai aspek yang disumbangkan supaya masalah tersebut dapat diselesaikan. Menurut teori Transformasi, pemimpin transformasi perlu bijak menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memujuk pengikutnya supaya membawa perubahan dalam organisasi. Dengan ini, Guru Besar perlu memastikan keputusan yang dibuat adalah yang bijak, terbaik dan guru adalah hormat terhadap keputusan tersebut malah guru bersedia bertindak membuat penambahbaikan terhadap persoalan yang timbul mengikut keputusan yang dibuat itu. Sememangnya setiap sesuatu yang baharu pasti akan adanya kesilapan. Justeru itu, barisan kepimpinan perlulah sentiasa memberi dorongan dan memberi tunjuk ajar agar guru dapat membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa dan bukannya menegur sehingga menyebabkan kehilangan motivasi.

Seterusnya berdasarkan teori Transformasi, pemimpin transformasi menetapkan harapan memperoleh pencapaian yang tinggi kepada guru-guru melalui kata-kata motivasi, amalan hidup pemimpin itu sendiri dan bimbingan yang berterusan. Dengan adanya harapan ini, maka sasaran akan dapat dilihat dengan jelas. Secara tidak langsung ia akan membantu guru bagi menuju kepada sasaran tersebut. Secara tidak lansung, guru akan sentiasa dipandu ke jalan yang betul. Guru besar perlu menyakinkan semua guru bahawa beliau akan berusaha untuk membantu guru menyelesaikan masalah sekiranya sebarang kesulitan wujud dalam perlaksanan PBS. Oleh itu, guru besar perlu meminta setiap guru yang terlibat untuk memaklumkan masalah yang timbul dalam setiap mesyuarat yang diadakan seterusnya memberikan kata-kata nasihat kepada guru agar tidak mudah putus asa ketika berhadapan dengan apa juga masalah. Pemimpin transformasi menggerakkan pengikut-pengikutnya untuk bertindak mencapai matlamat tertentu berdasarkan nilai dan motivasi, keperluan dan kehendak, aspirasi dan jangkaan kedua-dua pihak, iaitu pemimpin dan pengikut. Setiap ahli jawatankuasa PBS perlu tahu bahawa mereka bertanggungjawab atas apa yang dilaksanakan dan berperanan penting dalam mencapai matlamat yang ditentukan. Oleh itu, setiap permasalahan mesti dilaporkan kepada Guru Besar supaya beliau dapat selesaikannya dengan secepat mungkin melalui mesyuarat tertutup yang dijalankan bagi membincangkan jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Guru Besar juga perlu sentiasa memantau perlaksanan PBS dari semasa ke semasa untuk memastikan segala permasalahan telah diselesaikan. Dengan ini, pastinya PBS dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kesimpulannya, barisan kepimpinan dan semua guru di sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan PBS perlu bekerjasama antara satu sama lain agar kelancaran perlaksanaan PBS terjamin mengikut seperti apa yang diarahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

RUMUSAN

Daripada kerja kursus ini, dapatlah disimpulkan bahawa profesion keguruan merupakan satu profesion yang besar tanggungjawabnya terhadap bangsa, agama dan negara. Justeru itu, guru perlulah sentiasa melengkapkan diri dengan ciri-ciri profesionalisme bagi memartabatkan lagi profeson keguruan. Ciri-ciri profesionalisme ini dapat dilihat melalui kepatuhan terhadap etika keguruan, ilmu pengetahuan yang sentiasa dipertingkatkan serta kepimpinan yang unggul. Menjadi seorang guru bukanlah mudah seperti yang diperkatakan. Tambahan pula di era permodenan yang serba canggih ini, guru peru sentiasa mempersiapkan diri dalam menerima perubahan demi perubahan. Guru yang berkualiti adalah guru yang sentiasa proaktif dan dinamik dalam memikul tanggungjawabnya. Selain itu, akauntabiliti guru perlulah sentiasa dijaga kerana ia amat berkait rapat dnegan profesionalisme guru itu sendiri. Dengan memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru di Malaysia.

PENULISAN REFLEKTIF

Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdulillah dengan tempoh yang diberikan amat mencukupi untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan semampu mungkinDalam tugasan EDU 3108 iaitu Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini, memerlukan saya membuat pembacaan yang lebih mendalam mengenai satu isu yang berkaitan dengan etika keguruan serta aspek profesionalisme keguruan. Bagi soalan pertama, tugasan mengkehendaki saya untuk mengupas dua isu pelanggaran etika dalam kalangan guru. Justeru itu, saya telah memilih isu guru membelasah murid serta guru mencabul sebelum merotan. Faktor utama yang menyebabkan saya memilih isu ini ialah kerana ingin mengetahui sendiri punca serta pandangan mengenai isu ini dari pelbagai perspektif iaitu dari pihak guru dan ibu bapa. Tambahan pula, apa yang lebih membuatkan saya tertarik untuk mengkaji mengenai isu ialah kenyataan yang diceritakan di dada akhbar sangat memalukan profesion perguruan. Oleh itu, saya ingin mengetahui lebih lanjut akan kebenarannyaSelain itu, saya juga turut memperoleh pengetahuan atau input yang bermakna untuk saya aplikasikan ketika bergelar guru kelak. Sebagaimana yang kita ketahui, sikap belajar untuk mengajar perlulah ada dalam setiap guru di mana guru perlulah sentiasa menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran demi kemajuan murid-murid. Oleh hal demikian, kerja kursus ini telah memberi satu panduan kepada saya tentang bagaimana seorang guru itu bertindak untuk membentuk sikap belajar sambil mengajar. Bagi soalan ketiga pula iaitu membahasakan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dimiliki oleh kepimpinan sekolah dan kepimpinan guru pada masa kini berdasarkan teori-teori kepimpinan, saya merasakan bahawa teori-teori yang digariskan amat bersesuaia untuk diguna pakai oleh kita sebagai seorang pendidik. Teori kepimpinan yang dikaji iaitu teori situasi dan transformasi telah memberikan saya satu pandangan baru tentang bagaimana guru perlu bertindak berdasarkan prinsip yang digariskan dalam teori bagi menyelesaikan tanggungjawab di sekolah, Teori yang digasrikan amat menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek. Oleh itu, sekiranya seorang guru berpegang kepada prinsip yang digariskan, sudah tentu akan melahirkan seorang guru atau pemimpin yang unggul di sekolah kelak.Oleh hal demkian, dalam menganalisis dengan lebih mendalam, saya perlulah membuat pembacaan daripada beberapa sumber laman sesawang dan sebagainya untuk mengetahui dengan lebih lanjut punca permasalahan daripada pelbagai perspektif. Dalam usaha mencari bahan-bahan untuk dijadikan sumber, sememangnya saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana terdapat pelbagai artikel yang berkaitan dengan isu yang dikaji. Artikel yang diperolehi telah dibaca dan dibuat analisis untuk dimuatkan dalam penulisan esei. Begitu juga dengan soalan tugasan kedua dan ketiga yang memerlukan saya menghubungkaitkan profesionalisme keguruan dalam mengharungi arus pemodenan yang sentiasa mencabar. Dalam soalan kedua dan ketiga ini, saya dikehendaki memberikan justifikasi mengikut pemahaman dan juga cadangan dalam memantapkan profesion keguruan. Oleh itu, pembacaan secara mendalam juga dijalankan untuk dianalisis dan dirumuskan Apa yang saya perolehi dalam penulisan kerja kursus ini ialah melalui isu yang dikaji. Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa masalah-masalah yang berkaitan dengan pelanggaran etika guru adalah isu yang sering diperkatakan pada masa kini. Oleh itu, dengan adanya kajian terhadap isu yang dipilih, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu-isu yang kerap berlaku di dalam profesion keguruan untuk saya jadikan iktibar dan teladan ketika bergelar guru kelak. Daripada maklumat yang saya perolehi juga, saya dapat mengaitkannya dengan konteks cabaran profesion keguruan pada masa kini. Ini secara tidak langsung telah memberikan kemahiran kontekstual kepada saya dan akhirnya dapat membuat kritikan mengikut pandangan mata saya mengenai cara untuk meningkatkan profesion perguruan.Selain itu, melalui kerja kursus ini juga, ia bukan sahaja memberikan pengetahuan kepada saya malah kesedaran yang lebih berbentuk nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri setiap guru. Guru bukan sahaja bertanggungjawab menanam nilai murni dalam kalangan murid sahaja malah guru perlu menjadi role model dengan mempamerkan nilai-nilai murni yang layak dicontohi oleh murid-murid. Sekiranya seorang guru tidak mengamalkan nilai murni dalam segala tindak tanduk, tidak hairanlah sekiranya kes yang berkaitan dengan pelanggaran etika terus berlakuSetiap perkara pasti ada kekangan dalam melaksanakannya. Antara kekangan yang perlu saya tempuhi dalam menyiapkan tugasan ini ialah saya seringkali keliru dengan pemilihan bahan saya untuk dijadikan sumber dalam tugasan. Bahan-bahan yang sememangnya banyak diperolehi menyukarkan saya untuk membuat pemilihan yang tepat dalam menjawab soalan tugasan. Adakalanya saya merasakan semuanya penting namun saya tahu saya perlu memilih yang benar-benar tepat dan merumuskannya mengikut pemahaman saya. Hal ini demikian kerana, saya perlu memastikan bahawa bahan yang saya pilih bertepatan untuk menjamin kualiti penulisan esei. Perkara inilah yang seringkali membuatkan saya buntu dan sukar melaksanakan tugasan. Selain itu, saya juga sering menghadapi masalah ketika membuat justifikasi berhubung dengan isu yang dikaji. Ini kerana isu tersebut dirujuk daripada media massa yang kita tidak tahu kebenarannya. Namun, Walaupun sukar, syukur ke Hadrat Ilahi berkat usaha dan pertolongan dari pensyarah dan rakan-rakan, keja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.Apa yang saya perolehi daripada penghasilan kerja kursus ini pula ialah isu yang telah saya kaji tersebut telah menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya bagi seseorang guru untuk sentiasa patuh kepda etika keguruan bagi memartabatkan profesionalisme keguruan. Selain itu, guru juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan bagi mengharungi cabaran dalam sistem pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru hendaklah kompeten dan sentiasa berfikir ke hadapan untuk mengubah diri sendiri dan sekaligus memartabatkan profesion keguruan. Kesimpulannya, kerja kursus EDU 3108 ini telah memberikan pengetahuan baharu, kesedaran serta tauladan kepada saya sebagai bakal guru. Akhir sekali, diharap kerja kursus ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

2