Profesionalisme guru pendidikan islam

22
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM HUBUNGAN INTERPERSONAL

Transcript of Profesionalisme guru pendidikan islam

Page 1: Profesionalisme guru pendidikan islam

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

HUBUNGAN INTERPERSONAL

Page 2: Profesionalisme guru pendidikan islam

Profesyen perguruan merupakan antara profesion yang mempunyai nilaian pandangan manusia yang tinggi terhadapnya. Guru ialah golongan orang yang menjalankan tugas sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan masyarakat dan menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa. Oleh itu, para guru mestilah sedar akan tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga nama baik mereka sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat dengan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab secara ikhlas dan jujur (Ahmad Mohd. Salleh 2004).

Page 3: Profesionalisme guru pendidikan islam

Selain itu, pendidik adalah satu profesion yang memerlukan kepada ilmu dan kemahiran yang khusus. Tanpa ilmu berkaitan perguruan, maka ia dianggap bukan pendidik yang sebenar berdasarkan pandangan profesion perguruan itu sendiri. Firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran dari surah az-Zumar ayat 9:

Maksudnya: (Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.

Page 4: Profesionalisme guru pendidikan islam

HUBUNGAN INTERPERSONAL???-MAKSUD-

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, interpersonal bermaksud berkenaan hubungan sesama

manusia(Kamus Dewan Edisi Keempat 2005).

Page 5: Profesionalisme guru pendidikan islam

Selain itu, ia juga disebut sebagai hablu minannas.

Hubungan interpersonal juga disebut sebagai hubungan positif. Di dalam proses interaksi sosial, hubungan interpersonal biasanya dijalinkan melalui komunikasi.

Contohnya komunikasi yang baik di antara guru dan murid di dalam bilik darjah. Hubungan positif di antara murid dan guru adalah penting untuk menjalin hubungan mesra, demi membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Dengan adanya hubungan mesra ini, guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan disamping dapat melahirkan suasana yang mesra budaya( Mok Soon Sang 2009).

Page 6: Profesionalisme guru pendidikan islam

Kemahiran komunikasi lisanSebagai seorang guru Pendidikan Islam:- seharusnya individu tersebut memahami konsep hubungan interpersonal dengan baik. Sebagaimana seorang doktor yang memahami tugasnya dalam merawat pesakit, seperti seorang usahawan memahami kaedahnya di dalam mendapatkan pelanggannya.

Page 7: Profesionalisme guru pendidikan islam

Membina hubungan Interpersonal bagi seorang guru

Page 8: Profesionalisme guru pendidikan islam

Di dalam hubungan interpersonal, komunikasi secara lisan dan bukan lisan adalah yang sering kali digunakan oleh Guru Pendidikan Islam. Kemahiran berkomunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan seperti bertutur dengan menggunakan nada yang pelbagai, suara yang bertenaga, penggunaan tatabahasa yang betul, dan sebagainya yang bersesuaian dengan keadaan dan waktu. Manakala, komunikasi bukan lisan pula ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya( Mok Soon Sang 2009).

Page 9: Profesionalisme guru pendidikan islam

KEMAHIRAN LISAN

Page 10: Profesionalisme guru pendidikan islam

Dr. Muhammad ‘Ustman Najat (2008) di dalam bukunya ‘Psikologi Rasulullah s.a.w.’ menyebut tentang perkara yang pernah disebutkan oleh Muawiyyah bin Hukm As-Salimi tentang

kehebatan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang pendidik, yang mana Muawiyyah bin Hukm As-Salimi telah mengatakan bahawa:

“Saya tidak pernah melihat seorang pengajar yang penyampaiannya lebih baik daripada rasulullah s.a.w, baik masa

sebelum(mengajar) mahupun masa sesudahnya(mengajar).” [Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Syaibani].

Hubungan

interpersonal

oleh

Rasulullah

1) Menjadi guru yang dapat menyampaikan ilmu dengan baik

Page 11: Profesionalisme guru pendidikan islam

As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (2001) menukilkan apa yang pernah disebut oleh Musannif berkaitan diri rasulullah s.a.w. sebagai guru yang teragung di bumi ini. Kata Musannif, ()“Demikian sejarah telah membuktikan bahawa baginda merupakan guru terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Keadaan manusia yang begitu rosak sebelum kedatangan baginda dan perubahan positif kearah nilai-nilai murni yang begitu mendadak setelah baginda menjalankan dakwahnya dan menyerapkan metode-metode yang mampu menarik perhatian seluruh manusia. Dan inilah bukti yang cukup kuat lagi kukuh bahawa baginda merupakan pendidik dan guru terunggul.”

2) Menjadi guru Pendidikan Islam yang boleh berdakwah dan disenangi oleh semua murid dan

warga sekolah

Page 12: Profesionalisme guru pendidikan islam

Untuk membina hubungan interpersonal yang baik serta berkesan, konsep penerimaan dan kemesraan adalah perlu bagi diri setiap Guru Pendidikan Islam. Disamping itu juga, Guru Pendidikan Islam haruslah niat ikhlas kerana Allah S.W.T di dalam mendidik dan mengajar. Seperti firmanNya;

3) Niat yang ikhlas

Page 13: Profesionalisme guru pendidikan islam

Maksudnya: hai kaumku! Tiada aku meminta harta kepadamu di atas urusan ini, tiada ku minta ganjaran melainkan kepada Allah(surah Hud: 29).

Page 14: Profesionalisme guru pendidikan islam

Suasana hubungan yang baik dapat digambarkan daripada kemesraan dan perasaan kasih sayang daripada seseorang individu terhadap individu lain. Ini bermakna, kejayaan menjalin hubungan interpersonal adalah bergantung kepada kecekapan guru menggunakan prinsip-prinsip psikologi individu, khasnya kemahiran mewujudkan komunikasi serta kemahiran mendengar disamping kemahiran dalam membina hubungan intrapersonal. Hubungan yang baik tidak boleh wujud dengan cara paksaan tetapi melalui kemahiran seseorang meyakinkan seseorang yang lain tentang keikhlasan, serta kemampuan membantu(Mok Soon Sang 2009).

4) Menjadi pendengar yang baik

Page 15: Profesionalisme guru pendidikan islam

guru-guru harus menggunakan bahasa yang jelas dan padat tanpa

sebarang ayat yang panjang dan berbelit-belit yang boleh menyebabkan

pelajar menjadi keliru. Sebagai contohnya adalah guru menggunakan ayat

dan bahasa yang mudah difahami oleh murid. Ini adalah bagi

mengelakkan kekeliruan terhadap diri murid dan sekaligus akan

menjadikan murid kurang faham dan bisan terhadap pengajaran guru di

dalam kelas. Sebagaimana ada disebut di dalam hadis nabi:

: عليه الله صلى الله رسول كان ما قالت عنها تعالى الله رضى عائشة عن

. إليه جلس من يحفطه فصل، بين يتكلم كان ولكن هذا كسردهم يسرد وسلم

Maksudnya: diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a. katanya: tidaklah

baginda bercakap tergopoh-gopoh seperti percakapan kamu (kerana ini

mewariskan kesamaran kepada para pendengar dan sukar untuk

memahami dan mengingatinya).

5) Bahasa yang jelas

Page 16: Profesionalisme guru pendidikan islam

KEMAHIRAN BUKAN LISAN

Page 17: Profesionalisme guru pendidikan islam

Sebagai insan yang bergelar pendidik, lebih-lebih lagi yang memegang status ustaz dan ustazah, seharusnya kita mengamalkan akhlak Rasulullah s.a.w. kerana baginda adalah idola yang terbaik dan terpuji. Dalam komunikasi bukan lisan, gerak badan, riak muka dan gerak tangan adalah penting bagi menjamin keselarian dengan bahasa lisan. Ini adalah bagi memudahkan anak murid memahami gurunya.

PANDAI MENGGUNAKAN BAHASA BADAN DENGAN BAIK

Page 18: Profesionalisme guru pendidikan islam

Jika diteliti dan ditelusuri semula sirah, Rasulullah s.a.w. sendiri ada mempamerkan perbuatan, sifat dan perasaannya di hadapan para sahabat semasa menyampaikan pengajarannya. Seperti yang terdapat di dalam hadis ini:لرسول وصفا هالة، أبي بن هند خالي سألت عنه، تعالى الله رضى علي بن الحسن عن : الله رسول كان فقال وسلم، عليه الله رسول لي صف فقالت وسلم، عليه الله , حاجة، غير في يتكلم آل السكت، طويل راحة له ليست الفكرة، دائم األحزن، متواصل , وال فضول ال فصل كالمه الكلم، بجوامع ويتكلم تعالى، الله باسم ويختمه الكالم يفتح

تقصير. , يذم يكن لم أنه غير شيئا، منها يذم ال دقت وإن النعمة يعظم المهين، وال بالجافي ليسشيء لغضبه يقم لم الحق تعدى فإذا لها، كان ما وال الدنيا تغضبه وال يمدحه، وال ذواقا

. ينتصرلها وال لنفسه يغضب وال له، ينتصر حتىبطن اليمنى براحته وضرب بها اتصل تحدث وإذا قلبها، تعجب وأذا كلها بكفه أشار وإذاالتبسم ضحكه جل طرفه، غض فرح وإذا وأشاح، أعرض غضب ا وإذ اليسرى، إبهامه

. الغمام حب مثل عن يفترMaksudnya: saidina Hassan bin Ali r.a berkata: daku bertanya pak cikku yang bernama saidina Hind bin Abi Halah, dan beliau menyebutkan sifat-sifat Rasulullah s.a.w. daku berkata: ceritakanlah kepadaku akan sifat-sifat Rasulullah, lalu beliau pun berkata: Adalah Rasulullah sentiasa bersedih, sentiasa berfikir, tidak mempunyai masa untuk berehat, banyak diam, tidak bercakap perkara yang tidak perlu, memulakan percakapan dan menutupnya dengan nama Allah, bercakap dengan kata-kata yang ringkas lagi padat, kata-katanya yang jelas lagi nyata, tidak berkuarangan dan berlebih-lebihan.

Page 19: Profesionalisme guru pendidikan islam

HALANGAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL

1) guru lebih banyak berkata-kata tanpa memberi peluang terhadap murid untuk

berkomunikasi secara bersama-sama2) Bersifat angkuh dan enggan menerima

idea orang lain3) penggunaan bahasa yang kurang sesuai

atau tidak betul

Page 20: Profesionalisme guru pendidikan islam

CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI GURU

1) Guru Pendidikan Islam perlulah memahami konsep hablu minannas yang

disarankan di dalam Islam dengan baik

Page 21: Profesionalisme guru pendidikan islam

2 )guru perlulah bersifat penyayang dan sering menunjukkan air muka yang manis demi merapatkan silaturrahim antara

guru dan murid.

Sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran :حريص عنهم ما عليه عزيز انفسكم من الله رسول جاءكم لقد

رحيم ) رؤوف بالمؤمنين AT TAUBAH) : 128.ayatعليكم: Maksudnya sesungguhnya telah datang kepada

kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri) ( N abi Muhammad y ang menjadi sangat berat

kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung , oleh kamu yang sangat inginkan kebaikan bagi, kamu dan ia pula menumpahkan perasaan belas

- serta kasih sayangnya kepada orang orangberiman .

Page 22: Profesionalisme guru pendidikan islam

SEKIAN TERIMA KASIH…