PROFESIONALISME PERGURUAN.docx

38
PROFESIONALISME PERGURUAN PROFESINOLSME GURU,PERANAN DAN CARA MENINGKATKANNYA PENDAHULUAN – ّ ي ذ ي م ر لت داود وا و ب ء – رواه ا ا ي ب ن الأ ة! ماء ورث عل ل اSejak akhir-akhir ini perbincangan tentang ulama atau guru, peranan dan sumbangnya semakin rancak diperbincangkan. Banyak pihak cuba memberikan definasi ulama, masing-masing mengikut presfektif mereka. – Allahyarham Prof Dr Mahmood Saedon,1995 Ulama adalah satu perkataan agung dan mulia dalam Islam, kerana ia difirmankan dan ditujukan oleh Allah kepada orang-orang yang berilmu, dan NabiNya Shallallahu ‘alaihi wassalam pula menyebut orang-orang ini sebagai pewaris para Nabi, pelita dunia dan cahaya akhirat. – YB Pehin Datu Seri Maharaja Dao Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Abdul Aziz bin Juned, 2005 Kalau mengikut bahasa ulama bererti orang yang berilmu dan sering kali juga dipanggil guru, mereka ini mustahak diberi peluang dan terlibat langsung dalam pengurusan pendidikan. Jika dikatakan orang yang berilmu bererti seseorang itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang, manakala menurut presfektif islam mengikut Ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘anhu katanya: لة ال ة ي! ش خ م عل ل ا ما ن/ ، ا! ث ي حذ ل ا ره! كت ب م عل ل س ا ليMaksudnya: Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada Allah. – Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185

Transcript of PROFESIONALISME PERGURUAN.docx

PROFESIONALISME PERGURUANPROFESNOLSME GURU,PERANAN DAN CARA MENNGKATKANNYAPENDAHULUAN ~~ -' - -'--` ` -'~Sejak akhir-akhir ini perbincangan tentang ulama atau guru, peranan dan sumbangnya semakinrancak diperbincangkan. Banyak pihak cuba memberikan definasi ulama, masing-masing mengikut presfektif mereka. Allahyarham Prof Dr Mahmood Saedon,1995Ulama adalah satu perkataan agung dan mulia dalam slam, kerana ia difirmankan dan ditujukan oleh Allah kepada orang-orang yang berilmu, dan NabiNya Shallallahu 'alaihi wassalam pula menyebut orang-orang ini sebagai pewaris para Nabi, pelita dunia dan cahaya akhirat. YB Pehin Datu Seri Maharaja Dao Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Abdul Aziz bin Juned, 2005Kalau mengikut bahasa ulama bererti orang yang berilmu dan sering kali juga dipanggil guru, mereka ini mustahak diberi peluang dan terlibat langsung dalam pengurusan pendidikan. Jika dikatakan orang yang berilmu bererti seseorang itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang, manakala menurut presfektif islam mengikut bnu Mas'ud Radhiallahu 'anhu katanya:- ~= '~-' --~= -`- Maksudnya:lmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada Allah. Dr. Ahmad dalam az-Zuhd,185PENGERTAN GURUMenurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed smail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan criteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan.Guru atau pendidik ialah _- ,-~ . atau ULAMAK. slam juga memberi penghormatan yangamat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif slam:m.s: 4 )-'~ -~'-= - _~=- '~-'Maksudnya: " Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya ialah ulamak( Surah Fatir, ayat 28 )SAPAKAH DA YANG LAYAK MENJAD GURUSebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kamahiran tersebut boleh mereka perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. ( Syed smail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukkan peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.1. Dari segi akal fikiran:Kelayakan dari segi akal fikiran dan pengetahuan ialah sempurna akal dengan ertikata akil baligh, sihat berfikir, mempunyai ingatan yang waras, pandangan yang jauh, pengetahuan dan pelajaran yang banyak dalam perkara pengajaran dan pendidikan serta gemar membaca buku-buku pengetahuan khususnya buku-buku yang ada hubungannya dengan mata-mata pelajaran yang diajar olehnya.2. Dari segi tubuh badan:Kelayakan dari segi kesihatan badan ialah kesempurnaan anggota dan kesejahteraan pancainderanya, cergas bergerak dan bekerja dan sebaik-baiknya mempunyai rupa yang menarik serta bergaya senantiasa menjaga kebersihan dan kesegaran badan, pandai mengawal pakaian dan kekemasannya, tetapi tidak mesti mempunyai kebolehan-kebolehan yang tertentu dalam lapangan olahraga kecuali jika hendak menjadi guru dalam lapangan.3. Dari segi Akhlak:Kelayakan dari segi akhlak dan budi pekerti ialah berbudi mulia dan tinggi, tidak suka mengeluarkan kata-kata kotor dan membuat perkara-perkara yang luar batas kesopanan, percaya kepada kebolehan sendiri, berjiwa jujur dan ikhlas, tetap pendirian, ceka[ dan tegas ketika membuat sesuatu, bersifat pengasih dan penyayang, luas dada, sanggup menerima keritik dengan tenang, tidak cepat marah, senantiasa meriah dan riah hati, rajin dan tekun menjalani kewajipan, pandai menggalakkan murid-murid atas kebolehan dan kemajuan dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau pemberangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif slam Guru, m.s: 2-4)GURU SEBAGA PROFESON ATAU KERJAYAKetika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini. ( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. ni amat jelas apabila dalam perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang berjudul Teachers, Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan yang wujud dalam profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan keraguan sesetengahguru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85 )Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam kalangan guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi social yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatupengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ' profesion' ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai " knowledge worker dalam era revolusi maklumat abad ke-21.Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)ndividu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang yang memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesionalguru iaitu:i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggiii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggiiii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiahyang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. ndividu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir,pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. ni kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. lmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualitiProfesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdayafikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed smail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s:6-8 )CR-CR GURU YANG PROFESONALBerdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dan pengetahuan pedagogiserta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.Selaras dengan guru yang profesional: ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut: Bersikap professional Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori Kaya dengan ilmu Bertindak atas landasan etika dan tatasusila Bermoral teguh Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunuyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu ). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya Menunjukkan kesetiaan kepada kerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional. Sejauh manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasidalam system pendidikan Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat.(Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )PERANAN GURU DALAM PENDDKAN-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan NegaraMungkin ada orang berkata bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar, mencurahdan memindahkan ilmu pengetahuan. Jika ini peranan seorang guru maka ianya terlalu sempit, ertinya seorang guru tidak menjadi seorang pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan pendidik bukan sahaja menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, mengasuh bakat yang baik, mengembangkan bakat tersebut, memberi ilmu pengetahuan dan membentuk ilmu pengetahuan dan membentuk akhlak, menjadikannya seorang yang akan menunaikan kewajipannya sebagai hamba Allah dan dalam masa yang sama sebagai Khalifah Allah di bumi .Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik murid, membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan yang benar yang diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang berpengaruh, membimbing murid-muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul mengenai bnuruk dan baik, batil dan haq. nilah sebabnya guru di dalam slam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan slam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif slam: 23 September 2002: M.s: 2 )Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan peranan ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia: memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat: membawa pandangan-pandangan baharu yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dengan lain perkataan menjadi agen perubahan.Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah perlu penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan bahawa sifat guru itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-olah sifat-sifat guru itu sedia ada semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan bukan dipelajari dengan cara-cara yang tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 )Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan matlamat sekolah. Antara peranan-peranan guru ialah:1. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.2. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.3. Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan meja-kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.4. Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagiankeluarga mereka.5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat.6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oeh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid.7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan aktiviti sekolah.9. Sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid , kertas ujian dan peperiksaan, dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenal pasti, guru dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi.10. Sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan,merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan, menulis surat kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain.11. Sebagai pelajar dengan mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajaran.12. Sebagai pembantu pentadbir sekolah menjalankan tugas-tugas yang diagihkan oleh Guru Besar.13. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak sekolah dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )Guru akan menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Murid juga digalakkan untuk menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu, murid digalakkan untuk membuat penemuan melalui sesi soal jawab, dialog atau perbincangan dengan mengemukakan soalan-soalan yang bercapah. Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s: 18 )Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak harus ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus pembangunan. (Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan mereka bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang. Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistic.Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi, kognitif, afektif dan social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulumdi sekolah pula adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi bahjawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan factor penting untuk menentukan keberkesananproses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo Say Fooi: 2007: m.s: 100 )Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas mereka di setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap kehidupan masa depan beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang orang tersebut bertahun-tahun bahkan boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan besar dalam mencetak kehidupan setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah.Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata'ala berselawat kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )GURU SEBAGA PEMMPN buku jejak2 MS 103 Metodologi KepimpinanYang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh orang lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang mengikutnya melakukan sesuatu mengikut arahan dan kehendaknya.Rasulullah ialah pemimpin umat slam dalam erti kata umat slam mengakui Baginda sebagai Nabi, Rasul yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi dan dihormati, golongan yang dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui kenabian dankerasulan Baginda atau golongan mukmin. Matlamat daripada adanya kepimpinan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ini iaitu kepimpinan slam ialah keredhaan Allah Subhanahu Wat'ala.Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed smail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abadini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri dihadapan kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed smail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).Dalam teori kepimpinan slam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan dan perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. ni bermakna bukan setakat 'qiadah' atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan'qudwah' iaitu ikutan dan juga contoh tauladan iaitu 'uswah'. ni jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan hadith yang memerintahkan kita taat dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda Rasulullah, tidak mencabul tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan Baginda sebagai qudwan dan uswah hasanah.Allah Subhanahu Wata'ala berfirman maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Wat'ala, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 )Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan perbuatan, perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut. Pemimpin hendaklah yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara perkataan dengan tindakan hendaklah serasi. Sikap 'double standard' adalah dikutuk oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Sikap seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan kepercayaan terhadap kepimpinan. Dalam ayat yang lain Allah Subhanahu Wata'ala berfirman maksudnya:Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wata'ala tidaklah kamu berakal ( Al-Baqarah, ayat 44 ).Ayat ini dengan jelas menempelak golongan yang hanya pandai memerintah, mengarah dan memberi nasihat kepada orang lain untuk berbuat kebaikan sedang ianya tidak mengamalkan apa yang dikatakannya itu. Pemimpin menurut slam seorang pemimpin itu hendaklah iltizam dan mengamalkan apa yang diteori ,diarah dan dikatakannnya terlebihn dahulu.Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara', berilmu, berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat pimpinannya, mengamalkan prinsip syura, senantiasa berfikir dan berusaha kearah yang lebih baik dan sempurna, tidak kasih kepada dunia, dan menjadikan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa yang sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 104 )GURU MENGKUT PERSPEKTF SLAMGuru di dalam slam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mentarbiyyah murid-muridnya agar mengenal baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan haram. Guru terus berperanan memimpin mereka untuk mendapat keredaan Allah, masuk ke syurga dan bahagia di dunia dan akhirat.Menurut slam, ilmu yang diajarkan oleh guru-guru itu hendaklah ilmu yang bermanfaat, ilmu tersebut sama ada berbentuk ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah. lmu ini bermakna ilmu yang boleh mendorong seseorang itu berfikiran matang, berpengetahuan dan berpandangan jauh yang mana ilmu tadi mendatangkan kebajikan kepada manusia dan alam seluruhnya dan boleh mendekatkan dirinya kepada Allah dan Rasulnya.Hasrat dan cita-cita almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Almarhum Sultan OmarAli Saifuddien Sa'adul Khairi Waddein diteruskan dan dipertingkatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan membina Sekolah-sekolah agama khas, disemua daerah di Negara ini, serta berkenan meninigkatkan taraf guru-guru agama tempatan sebanding dengan guru-guru agama dari luar negeri iaitu, dengan menubuhkan pusatlatihan perguruan Ugama dinamakan sebagai Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan.( Dipetik dari: kata aluan-aluan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Mohd Zain bin Hj Serudin Menteri Hal Ehwal Ugama dalam buku ' Perkembangan Persekolah Agama Di Negara Brunei Darussalam Dari tahun 1956-1984' yang dirulis oleh Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid bin Mohd. Daud )Dengan tertubuhnya institusi latihan perguruan dan penaikan tafar institusi tersebut pada menjadi sebuah Kolej univedrsiti dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan juga agensi-agensi pengajian slam, Jabatan Masjid, Pusat Da'wah slamiah dan Jabatan Mufti disamping institusi-institusi lain yang mempunyai maksud visi, misi dan matlamat yangh sama dalam mendidik masyarakat Brunei. ni bererti peluang untuk masyarakat mendapatkan didikan agama adalah terbuka luas. ( Kertas Kerja Usataz Mazne Bin Hj Othman ).Guru adalah melaksanakan tugas yang berat tetapi mulia. Menjadi guru bererti mengajar dan mencurahkan ilmu yang bermanfaat, di samping mendidik dan mentarbiyyah murid-murid agar berakhlak mulia. Tugas ini sebenarnya tugas yang telah dipikul oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelum ini.Firman Allah Subhanahu Wataa'la bermaksud:" Wahai Tuhan Kami!. Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) serta hikmah kebajikansanaan, dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha BijaksanaAyat di atas adalah doa Nabi brahim Alaihis salam bagi negeri Mekah Al-Mukaramah dan penduduknya. Baginda telah berdoa agar Allah Subhanahu Wataa'ala mengutus dari kalangan mereka seorang Rasulullah yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, mengajar isi kandungan Al-Quran, al-hikmah dan membersihkan jiwa mereka serta mentazkiah diri mereka. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif slam: 23 September 2002: M.s: 10 11 )Sebagai pendidik, guru memerlukan sikap kehidupan dan pembawaan yang jelas. Antara sifat-sifat harus dimiliki oleh guru ialah:1. Sifat ZuhudSifat zuhud iaitu mendidik semata-mata kerana mencari keredaan Allah.Bertolak dari kewajipan sebagai penyampai ilmu, para guru perlu disemai dengan sifat-sifat zuhud dalam dirinya. Bersifat zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana balasan kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredaan Allah. Namun demikian ini bukan bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu tetapi, kemuncak matlamat kerja yang dilakukan itu seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan, kerana itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikannya.2. Kebersihan Diri.Guru sebagai pendidik hendaklah berjiwa bersih dari segala kekotoran adat atau syarak iaitu mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, pemarah atau mempunyai sifat-sifat lain yang keji.3. Keikhlasan Dalam Bekerja.Dalam urusan pekerjaan, sifat keikhlasan adalah suatu unsure penting yang menbdorong kearah kejayaan satu-satu perkhidmatan atau pelajaran, bagi seorang guru, antara cirri-ciri keikhlasan yang perlu wujud dalam dirinya ialah:i. Guru mesti melaksanakan setiap janji yang dibuat.ii. Tingkah laku seorang guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar.iii. Amanah hidupnya semata-mata untuk ilmu yang dibawa.iv. Tidak segan untuk mengakui sesuatu yang tidak diketahuinya.v. Cuba mencari dan mendalami lagi sesuatu bidang yang tidak diketahuinya.Ahli ilmu yang sebenar sentiasa merasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan berterusanberusaha untuk menambahkan ilmu. Dalam hubungan ini, guru itu akan merasa dirinya sebagaimurid yang sedang mencari kebenaran.Dalam slam ahli ilmu diberi kebebasan dalam mengkaji dan mempertingkatkan diri dalam bidang keilmuan. Tidak ada petak-petak tertentu yang dibataskan dalam kajian ilmu. Hal ini terletak kepada kemampuan individu untuk mendalaminya. Disiplin keilmuan tidak mengikatnya dalam ruang dan batas yang sempit. Pengkhususan bidang bukan menjadi penghalang kepada bidang-bidang yang lain.4. Mempunyai Sifat Helem.Guru mestilah mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun disamping boleh menguasai diri dan dapat melayani muridnya dengan penuh perhatian dan sabar. Seorang guru juga tidak mudah marah atau berang dengan perkara-perkara kesilapan yang kecil.5. Guru Perlu Menjaga Kehebatan Dan Kehormatan Diri.Guru hendaklah mempunyai kehebatan diri pada pandangan murid. ni boleh dilakukan dengan menjaga peribadi, mempunyai sifat rendah diri serta pandai melayani hati orang dalam pergaulan. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya, samada dari segi pakaian, perbuatan atau percakapan.6. Guru Sebagai Bapa Dalam Menghadapi Setiap Muridnya.Guru mesti mempunyai perasaan kasih terhadap setiap murid sebagaimana ia kasih kepada anaknya sendiri. Untuk itu ia perlu memahami latar belakang muridnya supaya ia dapat melayan mereka dengan sebaik-baiknya terutama bagi pelajar-pelajar yang dating dari keluargayang miskin. Dengan layanan sedemikian, sekurang-kurangnya dapat menimbulkan rasa sayingdan hormat gulungan murid kepada guru. Kesemua ini akan memudahkan lagi bagi guru untuk memberi pendidikan dan bimbingan kepada mereka kerana ikatan mesra telah terjalin erat.7. Guru Mesti Memahami Tabiat Muridnya.Guru hendaklah memahami dengan jelas akn latar belakang dan kemampuan muridnya. Dengan berbuat demikian ia bukan sahaja dapat menyesuaikan bahan dan cara penyampaian kepada murid-murid malah dapat juga melayani mereka dengan sebaik-baiknya.8. Kemampuan Dalam Keilmuan.Guru hendaklah mempunyai persediaan yang cukup dalam bidang ilmu yang diajar kepada muridnya. Dia hendaklah sentiasa membaca dan mengkaji supaya apa yang disampaikan itu tidak dirasakan beku atau mendatar. Dengan kemampuan yang baik dikalangan guru-guru maka akan lahirlah kepercayaan kepada murid dan ibu bapa. ( Guru, lmu dan pendidkan dalamPerspektif slam: 1997 : m.s: 6 12 )CABARAN GURU- novasi dan perubahan dalam pendidikan di dalam buku Guru dan Cabaran SemasaKetibaan abad ke-21 membawa bersama perubahan yang serba canggih serta menjanjikan satu zaman yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, beberapa elemen utama perlu diambil kira misalnya kadar literasi masyarakat yang semakin meningkat, kemajuan teknologi maklumat dankomputer yang semakin canggih, serta dapatan terkini dalam kajian tingkah laku manusia. Semakin ramai pekerja hari ini mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi serta kemahiran yang lebih spesifik berbanding dengan dua dekad yang lepas. Peranan pemimpin kini menjadi semakin rumit dan harus mengambil pendekatan yang lebih relevan agar keberkesanan kepemimpinan dapat dikekalkan.Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Corak kepemimpinan teragih, pengupayaan dan keputusan kolektif lebih mendapat sambutan dan penerimaaan dalam kalangan organisasi masa kini. Pemimpin yang rigid dan tidak mampu menyesuaikan diri untuk menghadapi cabaran baharu akan menemukan kegagalan. Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan untuk bekerja dalam persekitaran yang berpandukan teknologi canggih merupakan antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi untuk memastikan keberkesanan kepemimpinan terus berkekalan. ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 111 )Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka muridyang dilahirkan akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang sebenar. Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 227 )Seseorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar dalam sesuatu mata pelajaran haruslah membuat persiapan yang rapi untuk dijadikan sebagai rancangan semester, mingguandan harian. Perkara ini dititikberatkan kerana asasnya fungsi sesuatu pengajaran itu adalah untuk menyamoaikan ilmu dan kemahiran secara efektif serta menyeronokkan sehingga berlakunya suatu perubahan diri murid tersebut.Pada peringkat perancangan, seseorang guru harus mengambilkira aspek hasilan pembelajaran. Hasil pembelajaran ialah bentuk perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu pengajaran sama ada perubahan dari segi ilmu, kemahiran yang dijelmakan melalui tingkah atau minda murid. Penentuan ini dapat menjadikan pengajaran guru lebih berfokus, menepati masa serta memudahkan guru memilih bahan pengajaran yang bersesuaian dengan pengajaran. Aspek perancangan ini akan membantu guru untuk memilih strategi yang inovatif dalam pengajaran yang bakal dilaksanakan kelak.Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah gaya pengajarannya seperti kita menukar-nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak dan kemaskini.Perubahan ' fesyen ' dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Untuk mencapai hasrat tersebut, seseorang guru seharusnya berupaya mengahadpi cabaran secara positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan diri dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kemahiran dengan menggunakan strateginovatif dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, setiap guru harus berusaha untuk menimbulkan keseronokan belajar kepada murid. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 228 )Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Drath dan Palus ( dlm, Yukl, 2002 ) mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, (dlm Yukl, 2002 ) kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain menyumbang kearah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut, kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha kearah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi. Namun begitu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru adalah setakat mana guru boleh bertindak untuk mempengaruhi murid supaya boleh belajar dan berubah? Murid boleh mudah terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan bimbinganguru. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 240 )Perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid, tetapi amalan parapendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif murid dan memberinya peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri. Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkanbahawa murid juga mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. Raiff ( 1992 ) menyatakan, memahami gaya pembelajaran seseorang murid dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kecewaan murid tersebut.Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indicator bagaimana seseorang murid belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang murid memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran.Dalam pembelajaran individu, ngham ( 1992 ) dan Wan Zahid ( 1993 ) mengesyorkan agar para guru, murid dan ibu bapa memahami gaya pembelajaran murid dan mengaggap perbezaan yang ada pada diri seseorang murid itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematik amat diperlukan memandangkan gaya belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program disesuaikan dengan gaya belajar murid, pencapaian akademik dan sikap murid akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau Q. Selari dengan pendapat tersebut Wan Zahid ( 1993 ) menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan gaya belajar individu.Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru, tugas dan tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajaranyamaka perkataan seperti ' pengajaran cikgu membosankan' akan keluar dari mulut murid-murid yang mungkin memberi gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek isi pengajaran atau perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidangprofesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses mewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser ( 1990 ) pernah mendefinisikan pengajaran berkesan iaitu selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga harus mampu mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Keseronokan belajar para murid akan lebih mudah diwujudkan jika guru berjaya menjadi seorang guru yang inovatif.( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 224-226 )Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan ( multiple intelligence theory ) oleh Howard Gardner ( 1983 ) yang berkaitan dengan kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah gaya pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 232 )Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yangboleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususuan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum yang sering berubah. ni semua akan mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati kebanyakkan guru di sekolah sering merungut kerana terpaksa brhadapan dengan pelbagai tugas sampingan dan dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input mengenai perubahan dalam pendidikan. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 241 )Guru juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ' rapport' bersama murid. Masalah ini akan lebih ketara bagi guru permulaan. Perhubungan antara guru dengan murid di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah laku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerlukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia murid dengan hasrat memperngaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman dengan murid khususnya pada taraf emosi yang mesra. Namun begitu cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk membina hubungan yang dimaksudkan itu. Bukan semua guru dapat melaksanakannnya. Jika guru berjaya mengatasi cabaran tersebut, akhirnya dua pihak yang terlibat akan saling bersedia serta sanggup berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 242-243 )Perkembangan teknologi semasa juga memberi kesan kepada penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Kesedaran terhadap kepentingan teknologi telah mendorong kepada perkembangan konsep-konsep baru dalam pendidikan seperti on-line learning, e-learning, virtual learning dan sebagainya telah mula diperkenalkan. Teknologi Pendidikan juga boleh digunakan untuk keperluan perkembangan professional guru. Menurut Grant ( 1999 ), perkembangan profesionalisme dalam bidang teknologi pendidikan mestilah dapat membantu guru menjadi lebih produktif, professional dan memberi mereka kepercayaan bahawa teknologi berkenaan akan membawa manfaat kepada mereka khususnya dalam pengajaran. Penggunaan teknologi seharusnya dapat meningkatkan kualiti profesion mereka. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 234 )Killion ( 1999 ) kemudiannya menjelaskan bahawa guru mestilah perpengetahuan serta berkemahiran menggunakan CT dan mengintegrasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diaplikasikan di bilik darjah. Namun begitu Cuban ( 1995 ) pula menjelaskan bahawa apa yang menjadi masalahnya adalah sebab kurang penggunaan CT di sekolah ialah ketidaksediaan guru untuk menggunakannya di dalam pengajaran mereka. Sepatutnya guru harus bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada proses dan aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan dan menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan minat murid terhadap pembelajaran mereka. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 236 )Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dapat membantu murid secara individu dan secara berkumpulan. ni dapat dijalankan denan menggunakan komputer melalui Arahan Program. Murid boleh belajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka., ni adalah penting supaya murid tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua murid terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan murid 'lemah' untuk membaiki kelemahan dampembelajaran mereka. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 237 )Penggunaan multimedia dalam pengajaran juga banyak membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial. Kaedah tutorial boleh disampaikan oleh guru atau tutor, komputer atau bahan cetak. Dalam kaedah ini, tutor akan mempersembahkan maklumat, mengemukakan soalan atau masalah, meminta tindak balas daripada murid, menganalisis maklum balas, memberi maklum balas yang sesuai dan menyediakan latihan sehingga murid dapat menunjukkan suatu peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah ini nyata lebih mesra murid dan merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua murid. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 238-239 )Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalambidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan. ( Syed smailBin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 246 )CARA MENNGKATKANNYASetiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras bagi memastikan objektif setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 141 )Keberkesanan sesuatu pengajaran terletak kepada berlaku atau tidaknya pemindahan pelajaran. Pemindahan pelajaran ialah suatu proses pembelajaran tentang perkara-perkara yang telah dipelajari pada suatu keadaan yang dapat digunakan dalam keadaan yang lain. Pemindahan pembelajaran ini ada yang bercorak positif dan ada yang bercorak negatif. Pemindahan pembelajaran yang bercorak positif berlaku apabila pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi dapat membantu atau memudahkan pembelajaran yang lain dan dapat memberi manfaat secara keseluruhan kepada orang perseorangan misalnya kemahiran matematik dapat membantu dalam pembelajaran ilmu perdagangan. Pemindahan negatif pula berlaku apabila pembelajaran asal menganggu atau menghalang pembelajaran seterusnya. Misalnya pengetahuan bahasa Malaysia mungkin menganggu pelajaran bahasa nggeris.Keberkesanan pembelajaran juga bergantung kepada pengolahan teknik yang berkesan, kesesuaian bahan serta alat bantu yang dapat merancang dan menggalakkan murid-murid berfikir, berkomunikasi dan berinteraksi.Guru berkesan tidak mengajar mengikut satu cara sahaja tetapi mereka mempunyai pelbagai teknik, tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada keperluan pelajar, bentuk mata pelajaran dan kompleksiti hasil pembelajaran. Antara komponen dalam keberkesanan pengajaran termasuklah kebolehan berkomunikasi dan kemahiran mengajar yang perlu seperti kemahiran merancang dan menyediakan pelajaran, menerangkan dengan jelas, mewujudkan persekitaran kondusif, mengurus bilik darjah dengan menggunakan masa secara optimum, menangani konflik dan menilai prestasi mengajar sendiri. . ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )Keberkesanan banyak bergantung kepada faktor guru. Guru harus cekap, bermotivasi, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Sesuatu pengajaran tidak akan memberi kesan sekiranya tidak ada kesediaan pengajaran, kurangnya galakkan dari guru terhadap murid-murid, tidak ada ganjaran atau denda yang digunakan, kurangnya interaksi antara guru dengan murid dan sebab-sebab yang lain. (( Guru, lmu dan pendidkan dalam Perspektif slam: 1997 : m.s: 19 20 )Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara dan umat ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai metod-metod pendidikan secara berkesan dan berhikmah harus diperrkemaskinikan dari semasa ke semasa. Untuk menghadapicabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan progresif dan inovatif. ( Kertas Kerja oleh Ustazah Hajah Zaliha Binti Haji brahim. M.s: 16 )Menurut Sufean hussin 1993, guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh terhadap perkembangan pembelarajan murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan memberikan sepenuh komitmen terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. ( Syed smail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 147 )Model Slavin ( 1989 ) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran ( pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantuan mengajar), kesesuaian aras pengajaran ( pengemaskinian kandungan dan sistem penilaian serta mingikut aras kebolehan pelajar ), insentif ( perancangan isi pengajaran serta memberikan motivasi sama ada ganjaran atau dendaan) dan masa ( engaged time dan time on task ). ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )The National Board of Professional Teacher Standards ( 1993 ) di Amerika Syarikat telah mengenal pasti lima domain yang wajib dimiliki oleh guru-guru, iaitu:1. Guru perlu komited terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.2. Guru cukup berkemahiran dalam bidang masing-masing dan tahu cara untuk menyampaikan kepada pelajaranya.3. Guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau pemnbelajarn pelajarnya.4. Guru berfikir secara sistematik semasa menjalankan tugasnya dan sentiasa mempelajari daripada pengalaman masing-masing.5. Guru sentiasa mengambil bahagian dalam situasi pembelajaran sesebuah komuniti. ( Mohd Yusof Abdullah et al.: 2009: m.s: 157 )KESMPULAN.Pada akhirnya kita dapat mengatakan bahaa kekuatan falsafah pendidikan Negara kita adalah kerana ia berpijak di bumi nyata berdasarkan reality kehidupan kita sebagai umat slam yang mendukung al-quran al-karim dan as-Sunnah dan mengikuti aliran Ahli Sunnah Waljama'ah yang sederhana. Falsafah pendidikan Negara kita ini bukan tercipta di awing-awangasn atau di alam khayalan, sebaliknya adalah pancaran dari perlembagaan Negara Brunei Darussalam, dari Watiqah Permasyhuran Kemerdekaan Negara kita, dari falsafah Negara kita, dari sikap danpandangan raja kita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah dan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.Falsafah pendidikan Negara kita ini jika dihayati dan di implemintasikan sepenuhnya insya allahakan dapat menyelamatkan agama kita, bangsa kita, raja kita dan Negara kita dari sebarang anasir negative yang tidak diingini sebaliknya akan memacu kita ke hadapan dan membangun dalam segala bidang kehidupan dan lapangan ekonomi, sains, kejuruteraan, perhubungan, pembinaan dan lain-lainnya kerana falsafah itu tidak sedikitpun menghalang kemajuan duniawi juga tidak menghalang untuk kita menunaikan kewajipan ukhrawi sebagaimana kata-kata hikmat ada mnyatakan: Bekerjalah kamu bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan bagi dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu bagi akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. ni bermakna duniawi dan ukhrawi itu tidak terpisah atau tidak boleh dipisahkan sama sekali. Buktinya adalah jelas bahawa kejayaan umat slam pada zaman kegemilangannya dahulu adalah kerana mereka mahu cemerlang di dunia dan di akhirat kerana itu mereka kuat bekerja, kuat beribadat dan tidak takut menghadapi seberang risiko. Tetapi apabila kecintaan mereka lebih kepada nikmat dunia semata-mata itulahyang membawa mereka lemah dan akhirnya ditelan oleh bangsa lain. ( Pendidikan & profesionalisme: 2006: m.s: 85-86 ).Bagi kita pemimpin teragung contoh dan ikutan utama ialah Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi Wassalam insan kamil, ulama dan pewaris mereka. Menjadikan slam sebagai hidup dan Al-Din,merupakan tuntutan syara' daripada itu kita hendaklah berusaha kea rah itu, dengan demikian peranan ulama adalah penting dalam kepimpinan semua bidang.Kelesuan dan kelemahan ulama untuk berfungsi seperti yang sewajarnya dan menjalankan tugas mereka sebagai pewaris para Nabi dan Rasul adalah natijah daripada beberapa factor luaran dan dalaman ummah dan ulama itu sendiri.Kita hendaklah berusaha ke arah mengatasi kelemahan dan kelesuan ulama agar mereka berfungsi dan berperanan seperti yang sewajarnya. Di antara cara berkesan untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah dengan mewujudkan sistem pendidikan yang bersepadu, diantara wahyu dengan akal, ilmu, iman dengan amal, rohani, akli, jasmani dengan akhlak, agama dengan sains, ilmu Fardu Ain dengan ilmu Fardu Kifayah dan penekanan tugas manusia sebagai khalifah dan dalam masa yang sama sebagai ' abd ' yang salih.Penekanan kepada penguasaan bahasa Arab hendaklah dipentingkan untuk membolehkan ulama merujuk kepada sumber asal dan asas slam dan slamisasi ilmu hendaklah dilakukan dengan segera dan dengan lebih berkesan. ( Jejak-jejak ; 203: M.s; 105 )HM Jaya / H NomRelatedFALSAFAH PENDDKAN NEGARA - PPnteraksi - PedagogiKEPMPNAN _PEDAGOG 02 APRL 2011By Surambi Posted in Uncategorized