Professional Development Nursing

download Professional Development Nursing

of 8

Transcript of Professional Development Nursing

  • 8/11/2019 Professional Development Nursing

    1/8

    Professional Development Nursing : Contoh LaporanPraktis

    CONTOH LAPORAN ADMIN

    PENGHARGAAN

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan. Alhamdullilah ke

    hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat juga saya berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut

    tempoh masa yang diberikan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para

    pengajar terutamanya SUP Peperiksaan Program Diploma Kejururawatan_______ iaitu _______ dan

    Penyelaras Semester iaitu _____ bagi Basik _____ yang telah banyak memberi sokongan dan

    dorongan kerana serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak

    dilupakan juga, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada_______selaku pengajar kod

    subjek______ kerana beliau telah banyak meluangkan masa untuk memberi bimbingan agar tugasan

    ini berjalan dengan lancar. Akhir kata, ucapan terima kasih juga diberikan kepada ahli keluargasaya dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu

    menjayakan tugasan ini, semoga sumbangan yang diberikan oleh mereka semua akan mendapat

    ganjaran yang baik dari Allah S. W. T. Sekian.

    2. PENGENALANPENGENALAN REFLECTIVE PRACTICE

    Clarke dan Croft, (1998) telah mendefinisikan Reflective Practice adalah keupayaan untuk seseorang

    melihat kembali kepada tingkahlaku professional dan praktik dengan tujuan untuk

    penambahbaikan. Menurut Ahmad A. (2012). Reflective Practicemerupakan satu aspek penting dalam

    perawatan bidang Kejururawatan. Iamerujuk kepada keupayaan seorang jururawat untuk mengimbas

    kembali sesuatu kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil belajar melalui kejadiantersebut. Reflective Practicejuga merupakan satu cara untuk meneroka dengan lebih tentang persepsi

    atau pandangan seseorang. Amalan reflektif menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman -

    pengalaman setelah berfikir mengenainya dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-

    pendekatan pembelajaran teori.

    Amalan ini juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja

    seseorang individu dengan cara mengikut prosedur manual yang standard dan menggalakkan

    pemikiran yang lebih kritis serta dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan. Disamping

    itu, melalui amalan ini juga dapat membantu mengurangkan implikasi medico-legalke atas jururawat

    contohnya jururawat mendokumentasikan laporan dengan betul, melaporkan kejadian abnormal kepada

    doktor dengan segera, memastikan setiap prosedur keatas pesakit yang memerlukan consent telahditandatangani oleh pesakit, perawatan mengikut Standard of Procedure (SOP) yang telah

    ditetapkan. Secara konklusinya, menggunakan amalan reflektif sebagai satu kaedah latihan dalam

    pendidikan kejururawatan merupakan sesuatu yang penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan dan

    perkhidmatan kejururawatan.

    AREAS OF POTENTIAL LIABILITY IN NURSING

    Masa kini sering terdengar pelbagai aduan berkenaan kualiti penjagaan dan perawatan yang semakin

    merosot di kalangan anggota atau staff kesihatan kepada masyarakat. Ia melibatkan

    kes negligencekhususnya kecuaian yang dilakukan oleh jururawat semasa berada di wad. Selain itu

    juga, pelbagai insiden juga boleh berlaku contohnya seperti medication errorkepada pesakit, tidak

    melakukan penjagaan pesakit dengan sempurna, membuat laporan yang tidak betul semasamenjalankan tugas dan sebagainya.

  • 8/11/2019 Professional Development Nursing

    2/8

    A .

    NEGLIGENCE

    Negligenceadalah perlakuan kecuaian yang dilakukan oleh golongan professional yang menyalahi

    peraturan yang telah ditetapkan oleh undangundang atau amalan yang di bawah standard penjagaan

    / standard of care.

    Menurut Dewit S.C, (2009).Negligenceialah seseorang gagal melakukan sesuatu tugasan dengansempurna tidak mengikutStandard of Procedure (SOP) dan membuat keputusan tanpa berdasarkan

    undangundang yang telah ditetapkan.

    Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Croke E.M, (2003), dimana terdapat enam faktor

    penyebab negligenceberlaku di kalangan Jururawat.Berikut adalahnegligenceyang sering dilakukan

    oleh jururawat :

    1. Kegagalan untuk mengikuti Standard of Procedure (SOP) dalam melakukan perawatan

    kepada pesakit.

    2. Kegagalan dokumentasi perawatan dan penjagaan dalam Bed Head Ticket

    (BHT)pesakit dan medication chartdengan betul

    3. Kegagalan dalam penjagaan peralatan peralatan dalam ward dengan

    bertanggungjawab. Contohnya, kehilangan peralatan Central Steril Service Department

    (CSSD) setelah digunakan.

    4. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan doktor, rakan sekerja dan pesakit dengan

    berkesan.

    5. Kegagalan untuk melakukan penilaian dan pemantauan dalam menjalankan penjagaan

    dan perawatan kepada pesakit .

    6. Kegagalan untuk bertindak sebagai advocate/ penasihat kepada pesakit.

    B. MALPRACTICE

    Kesalahan yang dilakukan oleh seorang professional semasa melakukan tugasnya dengan

    melanggar Standard of Practiceatau tidak mengikut piawaian professional yang telah dipelajari

    semasa latihan. Manakala, menurut Fergusson R. BA dan Stibbs A. BA. (2008). Malpracticeialah

    kelakuan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi penjagaan dan perawatan yang

    diberikan oleh seseorang yang professional kepada kliennya (pesakit).

    C. UNPROFESSIONAL CONDUCT

    Pengurusan yang tidak professional adalah pengurusan yang boleh menjejaskan kesihatan dan

    kebajikan orang awam. Keadaan ini juga, boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada

    perawatan kejururawatan. Contohnya, kegagalan Jururawat untuk mengamalkan teknik aseptik

    berdasarkan Standard of Procedure (SOP)yang telah ditetapkan. Contohnya, semasa jururawat

    melakukan pencucian luka keatas pesakit.

    3. LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE3.1 LATAR BELAKANG KEJADIAN

    Insiden kes yang saya pilih sebagai Reflective Practicekepada diri saya sebagai pengajaran telah

    berlaku di Wad Ortopedik X (Lelaki) di salah sebuah Hospital K di Negeri Selangor Darul Ehsan.

    Kejadian ini berlaku, semasa saya menjalankan penempatan klinikal pada minggu pertama padasemester enam ini. Ia berlaku ketika saya pertama kalinya pada minggu tersebut bertugas pada shift

  • 8/11/2019 Professional Development Nursing

    3/8

    pagi. Pesakit A seorang warganegara asing berasal dari India, berumur 46 tahun. Beliau telah

    tinggal di Malaysia selama 8 tahun dan bekerja di sebuah kedai makan di sekitar daerah Selangor.

    Melalui temubual, semasa kemasukkan pesakit A ke Hospital K. Pada Mei 2012, pesakit A pernah

    mengalami Motor Vehicle Accident (MVA) dengan sebuah kereta. Akibat daripada kemalangan tersebut

    menyebabkan pesakit A tidak sedarkan diri dalam beberapa hari di Intesive Care Unit (ICU). Hal ini

    kerana, pesakit A telah mengalami kecederaan pada spinal cord. Pada 26hb Julai 2012,semasa saya ditugaskan di kubikel tersebut assesmen keatas pesakit telah dilakukan didapati Pesakit

    A kini mengalami tetraplegia (quadriplegia).Menurut laman web Mosby's Medical

    Dictionary,(2009),tetraplegiaialah kelumpuhan yang melibatkan pada anggota tangan, kaki, dan

    bahagian bawah anggota tubuh badan. Setelah berada dalam wad akibat jangka masa yang panjang

    dan Jururawat tidak melakukan nursing careyang sempurna keatas penjagaan pesakit. Pesakit A kini

    telah didiagnoskan mengalami infected sacral bedsore (pressure sore ataudecubitus

    ulcer).Penyiasatan swab Culture dan Sensitivity(C&S)telah dilakukan pada luka pesakit A dan

    keputusan dari makmal mendapati pesakit A telah mendapat infeksi

    jenis EscherichiaColi(E.Coli)pada luka tersebut. Keluasan luka tersebut ialah 4cm x 5cm dibahagian

    kiri dan kanan pinggul pesakit. Oleh itu, setiap hari jururawat akan melakukan dressinguntuk

    membersihkan sacral bedsoretersebut. Justeru, seperti yang terkandung dalam EtikaKejururawatan Antarabangsa (The International Code of Nursing Ethics) iaitu Jururawat dan Manusia

    (Nurses and People), sudah menjadi tanggungjawab professional seorang jururawat untuk memberi

    jagaan perawatan kepada orang lain iaitu pesakit dengan sempurna. Contohnya, melakukan ubah

    baringan pesakit setiap dua jam untuk mengurangkan kejadian decubitis ulcerataubedsore kepada

    pesakit yang mengalami Cerebral Vascular Accident (CVA). Selain itu juga, jururawat hendaklah

    mengekalkan Standards of Personal Conductyang mencerminkan tentang professional dan

    meningkatkan keyakinan orang awam. Sekali gus, mengekalkan kesihatan diri pesakit untuk memberi

    perawatan yang sempurna.

    KEJADIAN

    Pada 26hb Julai 2012 pada pukul 11:35 pagi, semasa insiden ini berlaku Pesakit A berada

    di cubiclelima. Insiden ini terjadi melibatkan saya bersama seorang Jururawat Terlatih M yang baru

    sahaja bertugas di wad tersebut. Ketika itu saya diminta oleh Jururawat Terlatih M untuk membantu

    beliau melakukan dressing pada sacral bedsorePesakit A. Jururawat Terlatih M mengarahkan saya

    untuk memakai Personal Protection Equipment (PPE) yang lengkap untuk memberi perlindungan

    kepada diri saya. Contohnya, memakai apron, mask, dan disposable glove. Sebelum ini, Mr. M (Pakar

    Orthopedik) telah mengarahkan dressingdengan menggunakanprovidone dressing. Pada hari insiden,

    selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Mr. M (Pakar Ortopedik) telah mengarahkan

    menggunakan normal salinesolutiondan menyapu madu manuka setelah selesai melakukan cucian

    luka tersebut. Oleh yang demikian, Jururawat Terlatih M mengarahkan saya untuk menyediakan satu

    set troli yang lengkap untuk membantu beliau dalam melakukan dressing pada sacral bedsorepesakittersebut. Semasa saya membantu Jururawat Terlatih M melakukan dressing kepada pesakit A. Perasan

    terkejut melihat dan mendapati Jururawat Terlatih M telah melanggar Standard of Procedure

    (SOP)dimana Jururawat Terlatih M tersebut tidak menggunakan teknik aseptik semasa

    melakukan dressingdimana beliau menggunakan sebelah tangannya untuk memerah swab yang telah

    dialirkan normal saline solutiondalam bekas gallipotdi atas set dressingyang steril tersebut.

    Seterusnya, Jururawat Terlatih M juga menggunakan keduadua belah tangannya untuk berada di

    kawasan luka pesakit A dan menyentuh sekeliling kulit dan kawasan luka tersebut semasa cucian luka

    dilakukan keatas pesakit A. Walaupun dressing yang dilakukan pada sacral sorepesakit A dapat

    disiapkan dalam masa 15 minit. Tetapi Jururawat Terlatih M telah melanggar prinsipprinsip aseptik

    sepanjang melakukan dressing. Semasa beliau sedang melakukan cucian luka pesakit A saya sempat

    bertanyakan soalan kepada Jururawat Terlatih M,

  • 8/11/2019 Professional Development Nursing

    4/8

    Jururawat Pelatih (saya) : Staff Nurse, kenapa menggunakan tangan, cuci luka tadi?

    Jururawat Terlatih M : Adik, kalau kamu mahu inginkan kerja yang mudah dan

    tidak mahu menggunakan masa yang terlalu lama

    untuk dressing.Kamu hanya menggunakan tangan

    tanpa forcepuntuk mencuci luka.

    Setelah, melihat reaksi muka Jururawat Terlatih M yang berubah secara tibatiba. Lantas, saya tidak

    berani untuk bertanya lagi soalan kepada beliau. Lalu, saya menolak troli yang telah selesai digunakan

    ke bilik rawatan untuk dikemaskan.

    3.2 FEELING / PERASAAN.

    Sepanjang prosedur dijalankan, pelbagai perasaan yang timbul dalam hati saya ketika itu. Antaranya

    ialah,Semasa insiden berlaku saya berasa serba salah pada diri sendiri dan pesakit A kerana tidak

    dapat menghalang tindakan Jururawat Terlatih M yang sedang melakukan dressing tidak

    mengikut Standard of Procedure (SOP) telah melanggar teknik aseptik sepanjang

    melakukan dressingkepada pesakit A. Hal ini kerana, perasaan risau apabila menegur JururawatTerlatih M yang sedang melakukan dressingakan melambatkan proses perawatan yang sedang

    dilakukan. Selain itu, perasaan marah dan geram kepada Jururawat Terlatih M kerana tidak dapat

    mengamalkan teknik aseptik semasa melakukan dressing. Sikap sambil lewa dan suka mengambil

    kerja yang mudah dalam melakukan tugasan diamanahkan akan menjatuhkan profession sebagai

    seorang jururawat. Hal ini kerana, siasia sahaja setelah tiga tahun menjalani kursus dalam Diploma

    Kejururawatan telah diberi pendedahan teori pengetahuan dan praktikal berdasarkan garis panduan

    yang standardJururawat Terlatih M gagal untuk memberi perkhidmatan yang baik dan bermutu dalam

    perawatan dan penjagaan pesakit.

    Seterusnya, perasaan selepas insiden adalah kecewa dengan Jururawat Terlatih M kerana gagal untuk

    memberi bimbingan dan teladan yang baik kepada saya. Sebagai Jururawat Terlatih hendaklah

    memainkan peranan, fungsi, dan sebagai seorang jururawat yang berkualiti dalam memberiperkhidmatan perawatan dan penjagaan pesakit. Dimana Jururawat Terlatih M gagal untuk memberi

    penyeliaan dan melibatkan diri dalam latihan kepada Jururawat Pelatih semasa di penempatan klinikal

    dengan melakukan prosedur tidak mengikut Standard of Prosedur (SOP). Perasaan simpati dan empati

    kepada pesakit A, oleh kerana malpracticeyang dilakukan oleh Jururawat Terlatih M dalam

    melakukan dressingyang boleh menyebabkan risiko kepada pesakit A untuk dijangkiti Methicilin -

    Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA). Daripada insiden yang berlaku perasaan keinsafan timbul

    dalam diri saya kerana telah mengajar sesuatu agar lebih membuka minda dan critical

    thinkingakan kepentingan tentang mengamalkan teknik aseptik dalam melakukan dressing. Tambahan

    pula, dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki selama sesi pembelajaran tiga tahun ini

    hendaklah digunakan dengan sebaiknya untuk memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap

    pesakit dengan baik dan bermutu tinggi pada masa akan datang.

    3.3 EVALUATION / PENILAIAN

    Terdapat pelbagai penilaian yang boleh boleh kita ambil daripada insiden yang telah berlaku iaitu baik

    dari segi positif mahupun negatif. Daripada insiden ini dapatlah kita belajar daripada kesilapan dan

    menjadi ingatan daripada pengalamanpengalaman yang lepas. Selain itu, kejadian ini juga

    membentuk satu nilai moral atau contoh akan kepentingan Profession Kejururawatan dalam memberi

    perawatan dan penjagaan yang sempurna kepada pesakit. Sebarang kesilapan dan malpractice dari

    pihak Jururawat Terlatih M kemungkinan akan membawa kepada kemudaratan kesihatan pesakit

    dimana luka yang dihidapi akan menyebabkan berpotensi mendapat Methicilin - Resistant

    Staphylococcus Aureus (MRSA)pada masa akan datang.KESAN POSITIF

  • 8/11/2019 Professional Development Nursing

    5/8

    Banyak penilaian yang positif boleh saya ambil dari insiden ini yang berlaku diantara saya dan

    Jururawat Terlatih M dimana saya boleh elakkan daripada melakukan tindakan yang sama pada masa

    akan datang. Saya hendaklah menerapkan proses kejururawatan semasa memberikan perawatan dan

    penjagaan terhadap pesakit. Menurut Prinnell dan Meneses, (1986). Proses kejururawatan ialah suatu

    kaedah yang sistematik untuk menilai keadaan klien, mengenalpasti keperluan klien supaya langkah

    dan tindakan yang sesuai boleh diambil untuk memenuhi keperluan pesakit. Tambahan pula, insidenini juga telah memberi kesedaran kepada saya untuk bersikap lebih berdisiplin, dimana saya lebih

    akauntabiliti terhadap tugas yang diamanahkan dan kesedaran akan kepentingan mengekalkan teknik

    aseptik supaya tidak memudaratkan kesihatan pesakit terhadap luka yang dihidapi pada masa kelak.

    Selain itu juga, Ia juga memberi kesedaran kepada saya supaya tidak mengulangi kesilapan yang

    sama.

    KESAN NEGATIF

    Kehidupan ini dianggap sebagai satu pusingan roda, dimana ada yang baik dan semestinya ada yang

    buruk. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Daripada insiden yang berlaku

    terdapat juga beberapa penilaian yang negatif boleh dijadikan pangajaran sebagai panduan kepadasaya untuk membaiki diri saya yang serba kekurangan ini.

    Antaranya ialah Jururawat Terlatih M melakukan tugasan yang diberikan dengan sambil lewa dalam

    menjalankan penjagaan dan perawatan keatas pesakit A. Ini bermakna Jururawat Terlatih M telah

    melanggar satu Kod Kelakuan Professional untuk Jururawat yang terkandung dalam Lembaga

    Jururawat Malaysia iaitu Akta 2 iaitu Mengabaikan Tanggungjawab Professional dimana tidak

    menjalankan tugas penjagaan keatas pesakit dengan sempurna. Kegagalan menurunkan

    tanggungjawab untuk menggunakan rawatan yang munasabah. Contohnya, dalam insiden yang

    berlaku, Jururawat Terlatih M telah melanggar teknik aseptik semasa melakukan dressing kepada

    pesakit A. Selain itu juga, saya berasa sedih dengan sikap Jururawat Terlatih M yang gagal dalam

    penyelia rakan sekerja dimana gagal untuk memberi bimbingan dengan praktikal yang betul atauseragam mengikut Standard of Procedure (SOP)kepada saya sebagai Jururawat Pelatih. Hal ini kerana,

    Jururawat Terlatih M gagal menjadi contoh seorang role modelyang baik kepada saya dalam

    memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada pesakit dan ketika melakukan tatacara kepada

    pesakit. Akhirnya, segala pengalaman dan kesilapan yang berlaku dijadikan pengajaran dan teladan

    sama ada baik mahupun buruk untuk membaiki diri sendiri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama

    pada masa kan datang. Hal ini kerana, kecuaian yang berlaku akan mengurangkan keyakinan kepada

    masyarakat untuk mendapatkan perawatan di hospital lagi. Sekaligus, ia akan mencalarkan kerjaya

    atau profession sebagai seorang Jururawat Terlatih.

    3.4 ANALISIS

    Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan

    masingmasing untuk meneruskan proses kehidupan ini. Jika setiap kelemahan atau kesilapan yang

    dilakukan disedari hendaklah diambil sebagai panduan dan mengambil langakah untuk berubah dan

    membaiki diri dari semasa ke semasa. Jururawat Terlatih M hendaklah melakukan sesuatu

    tugas yang diberikan dengan lebih akauntabiliti dan sedar akan malpracticeyang telah dilakukan oleh

    dirinya sendiri supaya ia akan membaiki kelemahan yang telah dilakukan. Seterusnya, dapat mengubah

    sikap Jururawat Terlatih M yang lebih baik dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap

    pesakit pada masa akan datang. Mengikut Kod Etika Professional untuk Kejururawatan yang

    berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, dibawah akta 1.2 Tahap Perawatan/ Standard of

    Care1.2.1 seorang jururawat tersebut dikehendaki menjalankan intervensi yang bersesuaian dengan

    segera untuk mengelakkan komplikasi. Selain itu juga, sikap sambil lewa yang ditunjukkan olehJururawat Terlatih M dalam menjalankan penjagaan dan perawatan yang tidak sempurna ke atas

  • 8/11/2019 Professional Development Nursing

    6/8

    pesakit berdasarkan hakhak pesakit. Hal ini kerana, setiap pesakit berhak untuk menerima rawatan

    yang sempurna, dimana rawatan yang diberikan oleh manamana staff hospital hendaklah dengan

    penuh hormat, bermaruah tanpa mengira umur, jantina, bangsa, budaya, agama, status sosial, keadaan

    fizikal atau mental, kewarganegaraan atau sumber bayaran. Mengikut Needs TheoryAbraham

    Maslow 1943, Hierarki keperluan Maslow. Teori ini menyatakan dalam setiap diri seorang individu

    terdapat lima keperluan yang mesti dipenuhi iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluansosial, keperluan penghargaan diri dan keperluan pencapaian hasrat diri. Dalam teori ini, mendapati

    pesakit A dari segi keperluan keselamatan tidak dapat diberi dengan sempurna. Hal ini kerana,

    Jururawat Terlatih M tidak mengamalkan teknik aseptik sepanjang melakukan dressingpada luka

    tersebut.

    Kejururawatan merupakan satu bidang yang mulia di mata masyarakat dimana membantu

    pesakit dalam memberi perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit. Oleh itu, kita mestilah sedar

    bahawa setiap negligence yang dilakukan bakal mengundang risiko dan membahayakan setiap nyawa

    pesakit yang berada di tangan seorang jururawat. Diharapkan sikapmalpractice yang berlaku kepada

    Jururawat Terlatih M tidak akan berulang berlaku kepada saya pada masa akan datang untuk menjamin

    kesejahteraan dalam menjalankan perawatan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat diberikankepada pesakit dan masyarakat.

    3.5 ACTION PLAN

    Rentetan daripada insiden yang telah berlaku pelbagai tindakan dan usaha hendaklah diambil

    oleh semua pihak untuk membaiki mutu perkhidmatan yang akan diberikan oleh Jururawat Terlatih

    kepada masyarakat. Dengan mempertingkatkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke

    arah peningkatan mutu kehidupan, penekanan kepada pentingnya kualiti, inovasi, promosi kesihatan

    dan penghormatan kepada kemuliaan insan serta sistem kesihatan yang adil dan saksama, mampu

    disediakan dan mudah diperolehi, cekap dan berkesan, berteknologi sesuai, bersesuaian dengan

    persekitaran dan serasi pelanggan akan menjelaskan lagi hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan

    masyarakat yang sihat. Antara usaha untuk penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah,

    1) Dengan melakukan proses pembelajaran yang berterusan. Ia bertujuan memperolehi pengetahuan,

    kemahiran dalam praktis dan maklumat terkini berkaitan dengan amalan kejururawatan seiring dengan

    kemajuan perubatan dan kejururawatan. Selain itu juga, dapat meningkatkan perkhidmatan berkualiti

    kepada komuniti dalam penjagaan dan perawatan kepada pesakit. Contohnya, Jururawat Terlatih

    sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti Continue Nursing Education (CNE), Continue Medical

    Education (CME), atau menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Contohnya, Continue Nursing

    Education (CNE) Kepentingan Mengamalkan Teknik Aseptik dalam Melakukan Dressing. Selain itu

    juga, ia bertujuan menggalakkan jururawat tersebut menjalankan tugasnya dengan lebih komited,akauntabiliti, dan penuh rasa ikhlas, jujur dan amanah. Ini selaras dengan slogan Kementerian

    Kesihatan Malaysia Kami Sedia Membantu.

    2)

    Selain itu juga, penyeliaan daripada Ketua Jururawat hendaklah sentiasa memantau dan

    mengawasi setiap prosedur yang dilakukan oleh Jururawat Pelatih, Jururawat Terlatih dan staff

    kakitangannya untuk memastikan setiap prosedur yang dilakukan dengan menggunakan satu garis

    panduan yang seragam dan berkualiti dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada pesakit.

    Seterusnya, Ketua Jururawat juga haruslah memberi teguran yang membina sekiranya mendapati

    Jururawat Terlatih atau staffnya melakukan kesilapan semasa melakukan prosedur agar Jururawat

    Terlatih tersebut tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang untukperkhidmatan yang baik dan bermutu tinggi kepada setiap pesakit di dalam ward tersebut.

  • 8/11/2019 Professional Development Nursing

    7/8

    3)

    Di dalam wad juga, sebagai motivasi kepada staff wad atau Jururawat Terlatih. Ketua Jururawat

    juga boleh memberiinisiatif atau ganjaran kepada Jururawat Terlatih dimana memberi Anugerah Staff

    Terbaik kerana telah menunjukkan mutu perkhidmatan yang terbaik dengan mengikut Standard of

    Procedure (SOP). Ganjaran yang diberi adalah bertujuan untuk meningkatkan minat seseorang stafftersebut untuk menerapkan nilai Standard of Procedure (SOP) dalam menjalankan penjagaan dan

    perawatan yang terbaik kepada setiap pesakit.

    4)

    Seterusnya, dalam diri seorang Jururawat Terlatih perlulah mengamalkan pemikiran yang kritis

    dalam melaksanakan tugasnya. Menurut Chaffe, (1994), pemikiran yang kritis ialah pemikiran yang aktif,

    terancang, proses kognitif digunakan untuk menilai dengan teliti pemikiran seseorang dan orang lain.

    Konsep pemikiran yang kritis diterapkan dalam diri seorang Jururawat Terlatih ini adalah untuk menilai

    keperluan dan melakukan assesmen sebelum, semasa dan selepas memberikan perawatan dan

    penjagaan kepada pesakit. Selain itu, Jururawat Terlatih dapat menjangkakan risiko yang bakal timbul

    sekiranya tindakan yang akan diterima oleh pesakit akibat daripada sikap Jururawat Terlatih tidakmengamalkan sesuatu prosedur mengikut Standard of Procedure (SOP). Contohnya, semasa

    melakukan dressingkepada pesakit A, Jururawat Terlatih M hendaklah berfikiran kritis bagi memastikan

    luka dicuci sepenuhnya tetapi tetap mengekalkan prinsipprinsip asepsis untuk mengelakkan infeksi

    berlaku.

    5) Dari segi pengurusan pihak Hospital pula, audit boleh dilakukan dalam dua bulan sekali. Ia

    bertujuan untuk menilai tahap praktis Jururawat Terlatih dalam memberikan perawatan dan penjagaan

    kepada setiap pesakit. Semasa melakukan proses audit dilakukan, menggunakan senarai semak kualiti

    audit yang seragam dan mengikut Standard of Procedur (SOP).Ia bertujuan untuk meningkatkan

    kemahiran dan kecekapan kepada Jururawat Terlatih dalam melakukan perawatan dan penjagaan

    kepada pesakit.

    6)

    Bagi pengurusan pihak Kolej pula, boleh menambahkan bilangan local preceptor di kawasan

    penempatan klinikal di setiap wad mengikut hospital. Dimana Pengajar Kejururawatan yang ditugaskan

    menjadi Penyelia di Hospital tersebut boleh bertanya kepada Jururawat Terlatih di wad dengan

    kebenaran Ketua Jururawat wad untuk menjadi local preceptor. Dengan ini dapat memantau setiap

    prosedur yang dilakukan oleh para Jururawat Pelatih di wad mengikut garis panduan yang betul dan

    seragam. Selain itu, untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar setiap peralatan, kemudahan dan

    teknologi yang terbaru digunakan di wad agar para pelatih dapat pengetahuan serta mengaplikasikan

    dengan praktikal yang betul. Contohnya, penggunaan madu manuka diaplikasikan pada luka bed

    soreuntuk menggalakkan proses penyembuhan.

    7)

    Akhir sekali untuk Jururawat Pelatih, perlulah mendapat pemantauan yang dari semua pihak

    semasa mereka melakukan sesi latihan praktikal di penempatan klinikal sama ada dari Pengajar

    Jururawat, Jururawat Klinikal, Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih. Dengan kerjasama dari semua

    pihak menjadikan seorang Jururawat Pelatih tersebut sedar supaya lebih bersikap tanggungjawab

    dalam menjalankan tugasannya. Selain itu, untuk melahirkan seorang Jururawat Pelatih yang berkualiti

    tinggi kerana telah diajar untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan bagi mengelakkan

    kesilapan yang sama di ulangi.

    Kesimpulannya, pelbagai pihak sama ada dari Pengurusan Hospital dan Kolej hendaklah

    memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan kejadian negligenceyang berlaku dalambidang kejururawatan ini. Segala usaha dan tindakan yang diambil mestilah berpandukan ke arah

  • 8/11/2019 Professional Development Nursing

    8/8

    penambahbaikan dan menjamin perkhidmatan yang berkualiti dalam perawatan dan penjagaan dapat

    diberikan kepada setiap pesakit.

    RUMUSAN

    Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai rumusan yang dapat saya rumuskandaripada kejadian yang berlaku. Dari segi sikap yang ditunjukkan, sebagai Jururawat Terlatih hendaklah

    melakukan sesuatu tugas yang diberikan dengan lebih akauntabiliti dan sedar akan negligenceyang

    telah dilakukan oleh dirinya sendiri supaya usaha penambahbaikkan segala kelemahan dapat diatasi

    dirinya. Seterusnya, dapat mengubah sikap Jururawat Terlatih M kepada lebih baik dalam memberi

    perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit pada masa akan datang. Seterusnya, jururawat akan

    sentiasa mengekalkan Standards of Personal Conduct/ standard kelakuan peribadi yang

    mencerminkan tentang professional dan meningkatkan keyakinan awam. Sekali gus, mengekalkan

    kesihatan diri pesakit dalam memberi perawatan yang sempurna. Oleh kerana itu, Jururawat Pelatih

    adalah aset penting untuk menghasilkan Jururawat Terlatih yang berkualiti, maka para pelatih haruslah

    diberi perhatian secara berterusan oleh pelbagai pihak bagi memastikan kecemerlangan Jururawat

    Pelatih dalam pelbagai aspek pembelajaran mahupun praktikal tercapai agar dapat melahirkan seorangJururawat Terlatih yang berkualiti dan menjalankan perawatan dan penjagaan kepada pesakit dengan

    mengikutStandard of Procedur (SOP).

    RUJUKAN

    Croke E.M, (2003). Nurses, Negligence, and Malpractice. Journal ofAmerican Journal Nursing,

    September 2003.

    Dewit S.C. (2010), Fundamental Concepts and Skills for Nursing Third Edition.Terbitan Elsevier

    Inc. Fergusson R. BA dan Stibbs A. BA. (2008). Kamus Jururawat Edisi Kedua. Terbitan Oxford Fajar

    Sdn.Bhd.

    Hawkins J. M, (2008). Kamus Oxford Fajar Edisi Keempat (dikemaskini).Terbitan Oxford Fajar

    Sdn.Bhd.