professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER , 2015 OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS NO. MATRIKULASI : 830517135526001 NO. KAD PENGNEALAN : 830517135526 NO. TELEFON : 013-8350031 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU

Transcript of professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

Page 1: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER , 2015

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI : 830517135526001

NO. KAD PENGNEALAN : 830517135526

NO. TELEFON : 013-8350031

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU

Page 2: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203KANDUNGAN

Muka surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Latar Belakang Masalah Etika Pengurusan

3.0 Ciri-ciri Masalah Etika dalam Pengurusan

4.0 Analisis Masalah Etika Pengurusan

5.0 Cadangan Pelaksanaan Penyelesaian Masalah Etika Pengurusan

Rumusan

Rujukan

Lampiran

1

Page 3: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM32031.0 Pengenalan

Perkataan etika juga berasal daripada perkataan Yunani ethos yang membawa maksud

perangai. Etika sering dikaitkan dengan nilai moral seseorang individu. Moral

merupakan tingkah laku yang terbentuk daripada etika. Oleh itu, etika secara umumnya

didefinisikan sebagai perlakuan yang dapat diterima secara umum pada nilai moralnya.

Etika ini juga merujuk kepada penilaian tingkahlaku baik atau sebaliknya (Lawrence dan

Weber, 2011). Etika ini sangat penting dalam nilai sejagat manusia. Dalam konteks

pengurusan, etika adalah penting untuk memperoleh produktiviti yang berkualiti.

Pengurusan ialah satu organisasi yang terdiri daripada pimpinan pengawalan dalam

sebuah kumpulan di mana, dianggotai oleh seorang atau lebih atau entiti yang berfungsi

mengikut kuasa atau pangkat tertentu serta bidang tugas khas yang mempunyai matlamat

yang sama. Fungsi pengurusan menjadi telus dan terarah dengan adanya etika pengurusan

yang berkesan. Etika pengurusan menitikberatkan elemen-elemen seperti pentadbiran,

kepimpinan, pengawalan dan penyelerasan berpandukan nilai etika professional. Ini

bermakna etika pengurusan yang baik membuahkan set idea yang berkualiti dan

bermakna di dalam sesebuah organisasi.

Di dalam sesebuah pengurusan, adalah menjadi kepastian terdapat pangkat-

pangkat atau jawatan yang mempunyai kuasa pengaruh memimpin terutamanya dalam

memberi keputusan. Dalam hal ini, pasti terdapat banyak masalah etika jika kepentingan

nilai etika tidak diutamakan pada awal operasi lagi. Jika tidak dibendung, pasti akan

berlaku masalah etika yang kesannya memberi impak kepada matlamat organisasi yang

ingin dicapai. Malahan di dalam dunia perniagaan sendiri terdapat etika yang perlu

dipatuhi supaya tidak menjejaskan prestasi perniagaannya. Ini jelas apabila salah satu

faktor yang mengharuskan perniagaan beretika ialah mempertingkatkan prestasi

perniagaan itu. Kesedaran dan komited terhadap tindakan beretika dalam mana-mana

perniagaan dapat memberi peningkatan yang baik dari segi keuntungan (Lawrence & Weber, 2011).

Dalam tugasan ini, saya mendapati kehendak soalan untuk mengenalpasti masalah

etika sebenar yang berlaku di sekolah dan kaedah analisis yang sesuai digunakan untuk

2

Page 4: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203menyelesaikan masalah etika yang saya pilih tersebut. Bagi itu, saya telah mengenalpasti

masalah etika ‘Rasuah’ untuk dikupas perinciannya.

2.0 Latar Belakang Masalah Etika

Selepas meneliti tugasan ini, saya terus teringat dan tertarik untuk membuat kupasan

terhadap masalah etika yang telah berlaku di sekolah saya iaitu ‘Rasuah’. Pada ketika itu,

saya tidak terfikir atau menganggap bahawa situasi tersebut adalah rasuah. Ini kerana

sebelum ini, tanggapan dan pemahaman saya mengenai rasuah adalah kurang dan agak

cetek. Saya beranggapan rasuah hanya berlaku di dalam syarikat, agensi berkepentingan

atau jabatan-jabatan seperti penjara, imigresen, perhutanan, politik dan lain-lain. Pada

masa yang sama memikirkan bahawa rasuah ini tidak mungkin berlaku di sekolah-

sekolah memandangkan semua urusan kewangan diselaraskan oleh beberapa individu

bersama. Namun, lama-kelamaan saya berasa keliru dengan satu situasi yang agak tegang

untuk saya persoalkan kepada individu tersebut. Berikut adalah klasifikasi kisah sebenar

yang membuatkan saya dilema.

Kisah ini berlaku di SK Sabani (bukan nama sekolah sebenar) yang berada di kawasan

pedalaman Sarawak. Sehingga tahun tugasan ini, Ahmad telah ditugaskan sebagai

gurubesar SK Sabani sejak 9 tahun yang lepas. Pada tahun 2010, saya telah berpindah ke

sekolah ini dan terus dilantik menjadi penyelaras Rancangan Makanan Tambahan

(RMT). Sepanjang tempoh itu, saya hanya melaksanakan rutin sebagai penyelaras dengan

membuat pesanan, menerima dan mengemaskini invoice yang diterima mengikut jumlah

murid dan jumlah hari berkaitan.

Kemudian, di penghujung bulan September pihak sekolah menerima peruntukan

ketiga berjumlah RM5248.00. Dengan jumlah murid yang hanya 31orang, jumlah itu

sangat banyak untuk dibelanjakan. Apatah lagi, pesanan sebelumnya baru sahaja iaitu

pada awal bulan September sebanyak RM 1089.35 di mana pesanan tersebut adalah

untuk bilangan hari persekolahan bulan Oktober dan November. Namun begitu, Ahmad

meminta saya untuk membuat pesanan dalam jumlah yang banyak untuk digunakan bagi

jamuan majlis anugerah kecemerlangan. Memandangkan kepentingan majlis itu, maka

saya membuat pesanan yang agak ‘mewah’ sejumlah RM 2281.90. Jadi, ada baki lagi

3

Page 5: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203kurang 3 ribu ringgit. Pada masa itu, Ahmad menyatakan bahawa baki peruntukkan yang

tinggal boleh dibawa ke tahun berikutnya iaitu tahun 2011. Namun, bekalan makanan

yang dihantar tidak seperti pesanan yang dibuat. Saya terus melaporkan potensi kerja

pembekal tersebut kepada Ahmad. Namun Ahmad mengatakan bahawa pembekal telah

menjelaskan yang stok item yang dipesan sudah habis. Tambahnya lagi, pembekal akan

menggantinya dengan item lain yang bersamaan harga. Tanpa memikirkan sebarang

perkara negatif, maka saya pun membuat rekod seperti biasa.

Seterusnya, saya mengambil cuti bersalin. Semasa cuti bersalin itu, saya kerap

mendengar cerita daripada suami yang berkawan dengan salah seorang kontraktor.

Ahmad dikatakan sering melawat kedai kawannya ‘meminta’ duit kopi atau apa-apa

barang elektronik. Tetapi, saya nafikan kebenaran cerita itu kerana bagi saya tidak

mungkin seorang gurubesar akan berbuat demikian. Apabila cuti tamat, saya pun mula

bertugas seperti biasa. Setibanya di sekolah, guru penyelaras baru terus bertanyakan.

“cikgu, tahun lepas berapa jumlah pesanan terakhir dan ada baki lagi tak?”. Jadi, saya

pun menjelaskan pertanyaan tersebut. Tetapi, Jun(buka nama sebenar) bertanya lagi.

“tapi, kenapa Ahmad kata yang awak dah habiskan semua baki tahun lepas?”. Lantas

saya menjawab,”saya amat pasti masih ada baki hampir 3 ribu ringgit untuk dibawa ke

Januari tahun ini dan pembekal kata akan gantikan item yang habis stok”. Perbualan kami

terus tamat di situ kerana tidak mahu membesarkan lagi isu tersebut.

Setahun berlalu, satu mesyuarat akhir diadakan. Seorang guru bertanyakan baki

peruntukkan Rancangan Makanan Tambahan yang lepas dan mencadangkan duit tersebut

digunakan untuk membeli peti ais baru jika masih ada. Ini memandangkan peti ais yang

ada sudah rosak dan tidak dapat dibaiki lagi. Ahmad berkata,”cikgu-cikgu, memang

adalah baki tetapi tak banyak. Saya terpaksa menggunakannya untuk pembayaran bagi

kos-kos membawa barang-barang yang dipesan dan belanja sampingan seperti upah

pemandu bot, minyak bot dan minyak kereta dan banyak lagi. Sekolah kita tidak ada bajet

lain. Jadi, saya gunakan baki tersebut untuk kepentingan sekolah.”ujar Ahmad dengan

nada yang agak keras.

Namun, saya berasa tidak senang hati kerana saya sangat yakin dan ingat lagi

bahawa pesanan untuk majlis akhir tahun lepas sepatutnya ada baki kerana ada item yang

4

Page 6: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203tiada stok dan ada baki lagi kurang dari 3 ribu. Bermaksud, jumlahnya mungkin dalam 3

ribu ke atas. Manakala, upah pemandu bot dan kos-kos sampingan membawa murid

sebagai wakil sekolah boleh dituntut dengan bendahari PIBG. Tambahan lagi, semua

pesanan dihantar sendiri oleh pembekal ke sekolah. Kalaupun benar alasan Ahmad tu,

tidak mungkin jumlahnya sehingga 3 ribu.

Saya mula dilema samada harus atau tidak untuk saya melaporkan tindakan yang

telah dilakukan Ahmad tersebut kepada pihak atasan. Tanpa bukti, saya tidak dapat

melaporkan hal tersebut kerana bimbang akan dipindahkan kerana kebetulan sekolah saya

mempunyai jumlah guru yang berlebihan daripada kuota sekolah. Namun, saya berasa

semakin bersalah kerana seolah-olah bersubahat dalam hal tersebut. Oleh itu, saya

membuat keputusan untuk melaporkan kepada pejabat pendidikan daerah berkaitan hal

itu tanpa memaklumkan nama. Tidak lama kemudian, saya mendapat berita yang Ahmad

dikenakan hukuman penalti yang saya kurang pasti akan kesahihannya. Apa yang pasti,

saya mendapati Ahmad telah menjual rumah keduanya dengan jumlah tertentu untuk

membayar sejumlah penalti.

3.0 Klasifikasi Masalah Etika Dalam Pengurusan

3.1 Akibat yang berpanjangan

Dalam membuat keputusan atau tindakan, pihak pengurusan boleh mendatangkan akibat

yang berpanjangan. Ianya tidak akan tamat seperti noktah dalam pena. Sebaliknya, ia

akan memberi akibat yang berpanjangan sehingga kepada masyarakat yang berada di

dalam organisasi dan luar organisasi. Dalam konteks luar organisasi ini, keputusan

pengurusan memberi akibat kepada pihak sekolah dan murid-murid khususnya. Oleh

kerana impak di luar organisasi adalah di luar kawalan mereka, maka pihak pengurusan

atau pentadbiran perlu meneliti dan mempertimbangkan setiap keputusan dengan serius

dan berhemah. Sebagai contoh sebuah keputusan etika yang mempunyai akibat yang

berpanjangan ialah:-

a) Rasuah menindaskan ekonomi golongan bawahan

b) Pencemaran sungai menyebabkan ekosistem terjejas

5

Page 7: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203c) Produk tempatan yang tidak selamat memberi kesan buruk kepada imej

perdagangan negara

Dalam masalah etika ini, Ahmad telah memilih untuk meminta rasuah daripada pembekal

bagi meluluskan pembayaran bagi pesanan. Daripada itu, tahap prestasi bahan mentah

akan menjadi rendah iaitu :

a) Bekalan makanan mentah yang dibekalkan tidak segar dan hampir rosak

b) Kuantiti sebenar yang sedikit berbanding pesanan sebenar

c) Kualiti bahan kering yang rendah dan hampir rosak

Setiap ahli perniagaan mahukan keuntungan yang maksimum dan meminimumkan kos.

Jadi, pembekal ini membekalkan bahan mentah atau kering yang tidak segar dan hampir

luput tarikh kerana baginya, selepas dirasuah Ahmad pasti tidak akan persoalkan tahap

kualiti lagi. Keputusan Ahmad telah mengakibatkan murid-murid memakan makanan

yang tidak berkualiti dan kurang berzat.

3.2 Alternatif yang pelbagai

Seseorang pengurus sentiasa ada pilihan sebelum membuat sebarang keputusan. Dalam

membuat pilihan pula, pengurus yang beretika mempunyai banyak alternatif sebelum

memutuskan tindakan. Alternatif yang ada perlu diambil kira kesannya kepada pihak lain.

Biasanya keputusan etika secara dasarnya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu ”ya” ,

”tidak” atau tidak mempunyai pilihan lain. Contohnya seperti berikut :

a) Haruskan meluluskan projek jambatan yang hanya tinggal sedikit prosesnya?

b) Haruskah menerima duit ini?

c) Haruskan membiarkan kilang itu terus beroperasi sedangkan mencemarkan

sungai?

Dalam kes Ahmad, beliau mempunyai alternatif untuk mengatakan ‘tidak’ dengan

menolak rasa tamak meminta dan menerima rasuah demi kesihatan murid-murid.

Makanan yang berkualiti lebih sihat, berzat dan berkhasiat. Bahan mentah atau kering

boleh disimpan dalam tempoh yang lebih lama sekurang-kurangnya sehingga pesanan

yang berikutnya. Jumlah pesanan yang mencukupi membolehkan semua murid

menikmati makanan segar bersama. Tetapi, Ahmad mengenepikan alternatif yang ada

dengan mengambil hak murid-murid.

6

Page 8: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM32033.3 Hasil yang bercampur

Isu-isu etika dalam pengurusan secara umumnya adalah bersifat antitesis iaitu

keuntungan atau hasil adalah berlawanan sepenuhnya dengan kos sosial (OUM,2007).

Seseorang pengurus mungkin telah tekad dengan keputusan etikanya dengan

mengambilkira serta menilai alternatif yang ada. Namun, segelintir pengurus lupa akan

bahawa sesetengah keputusan akan memberi hasil yang bercampur dan kurang baik

kepada individu atau organisasinya sendiri. Malah, impaknya mungkin berpanjangan.

Contohnya, bangunan sekolah tiga tingkat telah runtuh kerana penggunaan bahan

yang kurang berkualiti. Tetapi, pengetua sekolah meluluskan projek itu sedangkan tidak

menepati skop yang ditetapkan. Walaupun mendapat habuan, namun maruahnya dihina

oleh persatuan ibu bapa dan guru sekolah tersebut.

Ahmad di dalam isu etikanya pasti disayangi oleh ahli keluarga kerana memberi

kesempurnaan dalam segala keperluan. Malah, mempunyai kawan yang ramai kerana

sentiasa mampu membelanja kawan-kawan semasa keluar makan atau minum. Ahmad

juga dapat membayar segala bil rumah, ansuran bulanan kereta atau perbelanjaan lain-

lain. Namun, tindakan Ahmad ini jika diketahui umum, pasti integriti penjawat awam

khususnya guru akan tercemar. Selain itu, ahli keluarganya juga akan mendapat malu dan

dipandang serong oleh masyarakat setempat.

4.0 Analisis Masalah Etika Pengurusan

Keputusan etika adalah satu pertimbangan untuk menyeimbangkan prestasi ekonomi

dengan prestasi sosialnya. Kita boleh menggunakan 3 kaedah analisis yang bersesuaian

bagi menangani masalah terperangkap dalam maslah etika pengurusan seperti berikut :

4.1 Analisis Ekonomi

Dalam konteks ini, kita boleh menggunakan pendekatan mikroekonomi iaitu dengan

bergantung kepada kuasa pasaran untuk mewujudkan keseimbangan pasaran. Ahmad

mengambil hak murid-murid sememangnya adalah tidak wajar dan tidak mungkin

disenangi oleh mana-mana pihak. Menegur dan melarang Ahmad mengulangi

perbuatannya menerima rasuah mungkin akan menimbulkan hubungan yang renggang

antara dirinya dan staf berkenaan. Walaupun terpaksa menolak rasuah kerana bimbang

7

Page 9: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203dilaporkan, tetapi murid-murid yang memakan makanan yang lebih berkhasiat akan

mempunyai tahap kecerdasan yang baik juga. Seterusnya, tahap akademik sekolah juga

akan meningkat. Secara tidak langsung, Ahmad sebagai gurubesar akan mendapat nama

di mata masyarakat. Terdapat urusniaga yang boleh dipertimbangkan dengan memilih

syarikat pembekal lain yang menggunakan harga seunit yang tinggi tetapi kualiti

pesanannya jauh lebih berkualiti daripada pembekal lama dengan manfaat sampingan

terhadap sekolah seperti meminjam peti ais, menyumbang baju sukan murid dan

sebagainya. Dasar kaedah ini adalah sesuatu urusniaga yang bergantung kepada sumber

yang terhad. Apabila pihak sekolah terpaksa menerima harga yang tinggi seunit tetapi

lebih adil apabila menikmati ganjaran kepada prestasi sosial murid-murid.

4.2 Analisis Undang-undang

Pendekatan secara analisis undang-undang telah termaktub menyatakan ‘benar’ atau

‘salah’. Sebagai masyarakat, kita juga sememangnya juga akur akan sesuatu tindakan

yang boleh diterima atau tidak boleh dilakukan. Hakikatnya, menyalahi etika sebenarnya

menyalahi undang-uandang. Contohnya membeli telefon bimbit tiruan biarpun

mengetahui hakikat kesalahan peniaga yang menjual barangan tiruan. Walaupun

dinyatakan jelas tidak bertanggungjawab terhadap kerosakkan terhadap telefon tersebut,

namun pembeli tetap gembira dan bersetuju membeli dengan harga yang ditetapkan.

Dalam isu penyelewengan Ahmad tidak dipedulikan kerana tidak begitu

memudaratkan individu lain yang berkaitan sehingga menjadi masalah yang lebih besar.

Isu rasuah Ahmad tidak memberi kesan yang nyata kepada murid-murid dan kepentingan

sekolah dalam tempoh jangkamasa pendek. Tetapi, apabila Ahmad tidak kisah sehingga

tahap bekalan makanan menjadi sangat teruk dan guru penyelaras RMT dipersalahkan

sepenuhnya, maka di sini tindakan undang-undang wajib diambil. Konsep demokrasi

mewujudkan undang-undang yang perlu dipatuhi demi kesejahteraan bersama. Jika

dipatuhi, ahli masyarakat dan kominiti akan menikmati kehidupan yang sihat dan

berkualiti.

4.3 Analisis Etika

8

Page 10: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203Struktur atau pendekatan Falsafah normatif boleh menjadi pilihan dalam menganalisis

masalah etika pengurusan. Ianya lebih mudah iaitu dengan memutuskan ‘betul’ atau

‘salah’. Pengiraan terbanyak bagi suara majoriti menentukan keputusan dalam masalah

etika rasuah ini. Pendekatan dasar ini ialah hak lelaki dan perempuan dalam sesebuah

masyarakat adalah sama darjatnya. Jika dimanfaat sepenuhnya, kebajikan ahli organisasi

itu sendiri mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.

Berkenaan isu rasuah ini, staf sekolah ini sewajarnya layak dalam

mempertikaikan tindakan Ahmad samada betul atau salah. Walaupun staf bimbang untuk

menegur keslahan ini, Ahmad sendiri perlu menyedari bahawa murid-murid berhak

mendapat menuntut keistimewaan yang sebenar dan mengambilkira kepentingan integriti

sekolah keseluruhannya. Suara staf guru khususnya yang menjadi tunjang pelaksanaan

pengurusan sekolah sewajarnya difikirkan kesan bersama. Jika Ahmad lebih rasional dan

menghormati pendapat staf, dia mungkin mendapat manfaat melalui kerjasama yang

lebih baik dalam aspek pengurusan sekolah.

5.0 Cadangan Pelaksanaan Penyelesaian Masalah Etika Pengurusan

Dalam melibatkan urusan ‘wang’, manusia sering kali diuji dengan nikmat duniawi yang

kadang-kadang mempertaruhkan etika diri sendiri. Ahmad telah alpa dan terjerumus

dengan kesenangan sementara dengan mengorbankan hak murid-muridnya. Sebagai

kakitangan awam, saya mencadangkan dua pengesyoran yang boleh digunakan untuk

menyelesaikan masalah etika rasuah berpandukan Etika Islam seperti yang berikut :

5.1 Memantapkan Pegangan Syariah

Kebanyakkan manusia yang lalai dengan melakukan masalah etika adalah manusia yang

nipis dan lemah tahap keimanannya. Syariah merupakan panduan etika atau undang-

undang Islam yang berlandaskan al-Qu’ran. Pendekatan Islam yang ‘syumul’ dalam

bahasa arab yang bermaksud menyeluruh atau universal membolehkannya dapat

disesuaikan kepada semua orang di dunia ini. Pendekatan ini turut disebut dalam fahaman

Aristotle iaitu “Jangan memudaratkan orang lain dan berurusanlah dengan mereka seperti

mana seseorang ingin orang lain berurusan dengannya”.

9

Page 11: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203Setiap wahyu bagi semua agama mempunyai mesej yang sama kepada manusia

sewarjagat.

a) Peraturan Islam-

“Tiada siapa di antara kamu adlah beriman sehinggalah ia menghendaki untuk

saudaranya apa yang ia sendiri kehendaki”.

b) Peraturan Kristian

“Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan kepada

anda”.

c) Peraturan Budha

“Jangan menyakiti orang lain dengan cara yang kamu sendiri dapati

menyakitkan”.

d) Peraturan Yahudi

“Apa yang kamu benci, jangan lakukan ke atas sesama manusia. Itulah seluruh

agama, lain-lainnya adalah ulasan”.

Ini menyokong sepenuhnya cadangan yang saya cadangkan di atas. Ini kerana syariah

mengetengahkan aspek perhubungan manusia dengan Maha Pencipta sehingga kepada

perhubungan sesama manusia. Syariah merupakan sistem perundangan yang lengkap dan

komprehensif. Apabila membuat keputusan etika berdasarkan syariah, pasti akidah

seseorang dapat dipastikan tidak terpesong sebagai seorang penganut Islam. Maka tidak

hairanlah terdapat sumbangan pemikir Islam seperti Imam Ghazali dalam isu etika tidak

setanding dengan sumbangan pemikir lain dalam bidang kesusateraan, linguistik, sejarah,

geneologi dan sains. Bahan etika di dalam Islam itu sendiri menyesuaikannya kepada

aliran semasa.

Oleh itu, Ahmad perlu mendalami ilmu agama Islam dan menghayati

keharmonian dan kemudahan yang ada padanya. Jika Ahmad menggunakan konsep

keislaman sebenar, pasti dia tidak akan membuat masalah etika di dalam pengurusan

seperti rasuah ini. Ini kerana kesedaran terhadap konsep ‘dosa’ dan balasan di akhirat

kelak pasti dpaat menghentikan niatnya yang tidak baik itu. Sekaligus, hak murid-murid

dapat ditunaikan sewajarnya.

10

Page 12: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203

5.2 Mengutamakan Ajaran-ajaran Amalan Ekonomi

Di dalam Islam, terdapat sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan bahawa

sembilan daripada sepuluh kurniaan Tuhan termasuk pendapatan boleh didapati melalui

perdagangan atau perniagaan. Malah Nabi Muhammad sendiri bersama isteri pertama

baginda Siti Khadijah mencari rezeki daripada perniagaan mereka. Kenyataan ini

menerangkan kepada pilihan manusia sendiri untuk memilih cara memperoleh

pendapatan. Akan tetapi, dalam meraih keuntungan, setiap peniaga perlu akur dengan

cara yang ditetapkan iaitu melalui cara yang dibenarkan. Keuntungan yang diperolehi

tidak boleh melampau batasan kawajipan persaudaraan, perpaduan manusia dan amal

jariah. Keuntungan itu juga dikenakan cukai ekonomi yang disebut sebagai “zakat”

samada zakat harta atau zakat fitrah. Ini sebagai amal jariah sesama manusia dan

berkongsi limpahan rezeki daripada Allah Taala. Secara umumnya, ekonomi Islam

bersamaan dengan pengertian ekonomi sejagat. Pasaran bebas dan sektor swasta

menetapkan sesuatu sekatan dengan mengambil kira hak masyarakat demi kebaikan

bersama.

Syariah menetapkan peraturan ‘halal’ dan ‘haram’ iaitu yang dibenarkan dan

dilarang. Perbezaan ini merujuk kepada perkara yang sah atau tidak sah. Contoh

keuntungan yang diharamkan dalam Islam ialah riba’ iaitu faedah dikenakan ke atas

hutang atau pertukaran barangan apabila tempohnya tertangguh. Ia juga termasuk faedah

pendahuluan yang diambil terlebih dahulu. Dalam isu etika Ahmad, jika ilmu

ekonominya diutamakan, pasti dia tidak akan meminta atau menerima rasuah kerana ini

adalah jelas masalah etika dalam pengurusan.

6.0 Rumusan

Akhir sekali, sebagai penjawat awam khususnya perlu berani untuk tampil ke hadapan

menegakkan keadilan demi kepentingan jabatan atau integriti bersama. Hujah etika

menyenaraikan lima ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan iaitu akibat yang

berpanjangan, alternatif yang pelbagai, hasil yang bercampur, akibat yang tidak pasti

dan implikasi peribadi. Hal ini sangat perlu diambil perhatian oleh mna-mana individu

ataupun organisasi. Dalam menganalis keputusan masalah etika pula bolehlah

11

Page 13: professional ethics NORIZAN BT ROSLAN.doc

OUMM3203menggunakan kaedah analisis seperti analisis ekonomi, analisis undang-undang dan

analisis etika. Kita tidak perlu gusar atau bersikap tidak endah kerana kesan masalah etika

ini menjadikan golongan bawahan atau penerima menjadi korban atau teraniya. Oleh itu,

setiap pengurusan memerlukan pengurus atau pengawal yang berilmu, berpengetahuan

tinggi dalam ekonomi dan bersahsiah tinggi. Kepincangan pemimpin adalah kejatuhan

organisasinya sendiri.

Rujukan

Ansary Ahmad et. al. (2007). OUMM3203 Professional Ethics. Selangor

Darul Ehsan: Meteor Doc Sdn. Bhd.

Yusuf Qardhawi (2007). Sistem Masyarakat Islam Dalam Al-Quran dan Sunnah

published at http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/Adil.html

http://oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/eforumcontent/

OUMM3203/364827/20151030043556_Buletin_SPRM_BIL%202_2015.pdf

http://bicaramentari.blogspot.my/2013/12/analisa-salahlaku-etika-dalam-pengurusan.html

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17/1998:Memasukkan Elemen Mencegah RasuahDalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggihttp://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/1998/circularfile_file_000870.pdf

http://bicaramentari.blogspot.my/2013/12/analisa-salahlaku-etika-dalam-pengurusan.html

12