Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

34
PROFIL Muqaddimah Motivasi ertinya sesuatu yang menjadi peransang dan pendorong seseorang itu berbuat, bertindak dan melakukan sesuatu dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh. Bagi umat Islam, Allah SWT telah menetapkan bahawa ransangan dan dorongan adalah bersifat dalaman atau maknawi iaitu dari hati yang beriman dan bertakwa. Pusat Motivasi Fathusshudur (PMF) merupakan sebuah perkhidmatan motivasi yang bercita-cita untuk memenuhi sasaran itu di samping bergerak seiringan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat hadhari yang hidup dengan penuh harmoni dan berkasih sayang, yang pembangunan lahiriah (tamadun material) mereka seiring dengan pembangunan insaniah dan akhlak (tamadun rohani) mereka sekaligus memantapkan lagi pembangunan modal insan dari sudut intelektual (IQ), emosi (EQ) dan rohani (SQ). Untuk mencapai sasaran tersebut, salah satu pendekatan yang digunapakai oleh PMF ialah kaedah motivasi berasaskan sembahyang. Ini merupakan ibu kepada segala motivasi. Melalui sembahyang umat Islam bahkan bukan Islam dapat menyuburkan rasa berTuhan dan rasa kehambaan. Melalui sembahyang umat Islam dapat membina akal dan jiwa seterusnya dapat membentuk peribadi yang unggul. Sudah pastilah ini suatu yang hebat dan unik. Sudah pasti umat Islam beroleh kelebihan dan keistimewaan bilamana mereka akan menempuh proses motivasi ini sekurang- kurangnya lima kali sehari. Inilah formula yang digunapakai sejak zaman Rasulullah lagi sehingga umat Islam menjadi satu bangsa yang gemilang dan terbilang! Inilah merupakan program dan agenda pertama dan utama sekiranya kita ingin memastikan sejarah kegemilangan umat Islam berlaku di tangan kita. Inilah motivasi dan Diuruskendalikan oleh : Fathusshudur Resources (001799821-U) 2283A, Jalan Gombak 8¼, 53100 Kuala Lumpur. 013-2545389 / 013-2545398 / 012-3213747 http://fathusshudur.carbonmade.com e-mail : [email protected] PUSAT MOTIVASI FATHUSSHUDUR Pembuka Hati ” Pembuka Hati ”

Transcript of Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

Page 1: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

PROFIL

Diuruskendalikan oleh :

Fathusshudur Resources (001799821-U)2283A, Jalan Gombak 8¼, 53100 Kuala Lumpur.

013-2545389 / 013-2545398 / 012-3213747http://fathusshudur.carbonmade.com

e-mail : [email protected]

PUSAT MOTIVASIFATHUSSHUDUR

““ Pembuka Hati ”Pembuka Hati ”

Page 2: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

PENGENALAN M

uq

ad

dim

ah

Motivasi ertinya sesuatu yang menjadi peransang dan pendorong seseorang itu berbuat, bertindak dan melakukan sesuatu dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh. Bagi umat Islam, Allah SWT telah menetapkan bahawa ransangan dan dorongan adalah bersifat dalaman atau maknawi iaitu dari hati yang beriman dan bertakwa.

Pusat Motivasi Fathusshudur (PMF) merupakan sebuah perkhidmatan motivasi yang bercita-cita untuk memenuhi sasaran itu di samping bergerak seiringan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat hadhari yang hidup dengan penuh harmoni dan berkasih sayang, yang pembangunan lahiriah (tamadun material) mereka seiring dengan pembangunan insaniah dan akhlak (tamadun rohani) mereka sekaligus memantapkan lagi pembangunan modal insan dari sudut intelektual (IQ), emosi (EQ) dan rohani (SQ).

Untuk mencapai sasaran tersebut, salah satu pendekatan yang digunapakai oleh PMF ialah kaedah motivasi berasaskan sembahyang. Ini merupakan ibu kepada segala motivasi. Melalui sembahyang umat Islam bahkan bukan Islam dapat menyuburkan rasa berTuhan dan rasa kehambaan. Melalui sembahyang umat Islam dapat membina akal dan jiwa seterusnya dapat membentuk peribadi yang unggul.

Sudah pastilah ini suatu yang hebat dan unik. Sudah pasti umat Islam beroleh kelebihan dan keistimewaan bilamana mereka akan menempuh proses motivasi ini sekurang-kurangnya lima kali sehari. Inilah formula yang digunapakai sejak zaman Rasulullah lagi sehingga umat Islam menjadi satu bangsa yang gemilang dan terbilang!

Inilah merupakan program dan agenda pertama dan utama sekiranya kita ingin memastikan sejarah kegemilangan umat Islam berlaku di tangan kita. Inilah motivasi dan formula kejayaan, kecemerlangan, dan kegemilangan umat Islam semenjak dahulu, kini dan akan datang. Sama-

Page 3: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

FALSAFAH

MATLAMAT

Mu

qad

dim

ah

Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Sesungguh Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

“...apa yang ada pada diri mereka...” di dalam petikan ayat itu membawa maksud HATI dan AKAL di dalam diri manusia.

- Apakah yang sifatnya berubah dan berkembang pada diri manusia? HATI dan AKAL. Apakah yang menentukan pemikiran sikap dan tindakan manusia? HATI dan AKAL.

Justeru, untuk mengubah keadaan hidup manusia daripada yang tidak baik kepada baik dan daripada yang baik kepada lebih baik maka tumpuan utama ialah aspek pembangunan HATI dan AKAL. Inilah yang dinamakan PEMBANGUNAN INSAN.

1- Untuk memastikan berlakunya dua pembangunan iaitu pembangunan insaniah dan akhlak (tamadun rohani) yang seiring dengan pembangunan lahiriah (tamadun material) sebagai syarat utama kejayaan individu, institusi mahupun negara.

2- Membentuk diri, keluarga, masyarakat dan umat sebagai insan yang bertaqwa melalui pakej-pakej motivasi yang bersesuaian dan selari dengan fitrah semulajadi manusia.

3- Memberi penekanan bahawa sembahyang itu merupakan saluran bantuan Tuhan serta sumber motivasi yang sangat berkesan untuk menyelesaikan segala masalah dan mencapai kesejahteraan hidup dunia dan Akhirat.

4- Untuk membentuk kerjasama dengan semua agensi dan lapisan masyarakat tanpa mengambil kira faktor bangsa dan agama sekaligus menjalin perpaduan dan kasih sayang di kalangan masyarakat Malaysia.

5- Sebagai langkah untuk memberi motivasi dan kesedaran di kalangan masyarakat Islam mahupun yang bukan Islam di Malaysia tentang peripentingnya pembangunan insan dalam diri mereka sekaligus dapat

Page 4: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

PENDEKATAN

Pusat Motivasi Fathusshudur (PMF) menggunakan beberapa kaedah dalam membuat kursus dan menyampaikan motivasi.

1) KURSUS SETEMPAT – di dewan kuliah, auditorium atau hotel. Sesi motivasi turut di selangselikan dengan dialog, ulasan, bacaan puisi dan persembahan nasyid.

2) KEM REKREASI – diadakan di tempat tertentu seperti di tepi laut, sungai ataupun di kaki gunung supaya dapat memberi satu suasana yang berlainan daripada kebiasaan. Selain daripada motivasi dan bengkel, peserta juga diberi penekanan tentang ibadah dan fardhu ain dalam kehidupan harian sambil beristirehat menikmati keindahan alam.

3) EKPEDISI – lazimnya berbentuk perjalanan sempena mengambil sunnah Rasulullah yang sering bermusafir dengan para sahabat sambil menyampaikan ilmu. Sesi motivasi dan dialog diadakan dalam perjalanan ketika menaiki bas ataupun van bergantung kepada bilangan peserta. Kaedah motivasi dengan XPDC sambil melawat ke tempat-tempat menarik ini lebih ringan malah dapat menggalakkan peserta untuk turut serta meluahkan pendapat dan memberi ulasan. PMF turut menyediakan pakej pelancongan dan juga umrah dengan kerjasama Regal Travel Sdn Bhd.

4) NASIHAT DAN BIMBINGAN – Khidmat nasihat dan kaunseling untuk lelaki dan wanita. Secara individu atau berkelompok.

5) KULIAH DAN SAMBUTAN ACARA RASMI – Kuliah ataupun forum perdana sempena sambutan acara khusus seperti hari kebesaran Islam, cuti umum ataupun majlis-majlis rasmi.

6) KONSERT DAN PERSEMBAHAN– Persembahan kebudayaan berbentuk nasyid, teater, puisi dan tarian sufi merupakan salah satu bentuk motivasi tidak rasmi yang diketengahkan melalui konsep ‘edu-tainment’ (mendidik dan menghibur). Panel perunding daripada Mawaddah Productions dan Remaja Harapan Productions.

Mod

us O

pera

nd

i

Page 5: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

7) KULIAH MINGGUAN DAN BULANAN – Kuliah bersiri dan kuliah motivasi di pejabat-pejabat, surau, masjid, taman perumahan, IPT dan sekolah, Kelas fardhu ain, Al-Quran dan bahasa Arab untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

8) QIAMULLAIL – Konsep dan falsafah qiamullail. Penekanan tentang hubungan seorang hamba dengan Tuhan. Bermula dengan kuliah isya dan ditutup dengan kuliah subuh dan sesi ulasan ataupun luahan isi hati peserta.

9) PROGRAM ZIARAH DAN SILATURRAHIM – Rumah ke rumah, pejabat, hospital, yayasan dan badan kebajikan, rumah anak yatim, warga emas, orang kurang upaya, saudara baru, ibu tunggal, juvana, pusat serenti, penjara dan lain-lain lagi.

10) PENERBITAN DAN IT – Menyedia, menerbit dan mencetak bahan-bahan untuk majalah rasmi, risalah mingguan atau bulanan. Kuliah, artikel, soal jawab agama, puisi ketuhanan dan lain-lain bahan yang dimuatkan ke dalam media cetak dan internet merupakan salah satu cara menyampaikan minda dan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Turut menyediakan khidmat rekabentuk grafik, buku cenderahati, poster, iklan, banner, banting dan lain-lain.

PENGANJURAN

Bentuk pendekatan itu boleh dianjurkan berikut.

1) Pusat Motivasi Fathusshudur (PMF) sendiri yang menganjurkan pada tarikh dan tempat yang telah ditentukan.

2) Anjuran bersama dengan pihak lain melalui rundingan dan muafakat serta persetujuan bersama.

3) Pihak lain menganjurkan dan pihak PMF menyediakan pengkuliah ataupun motivator. PMF juga ada menyediakan khidmat facilitator dan event management.

Mod

us O

pera

nd

i

Page 6: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

Setiap persetujuan adalah melalui rundingan dan muafakat. Pihak PMF tidak mengenakan sebarang kadar bayaran yang khusus untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan.

Mesej dan nilai-nilai murni juga boleh diketengahkan melalui pakej persembahan kebudayaan dan juga bahan sokongan seperti sistem bunyi dan lampu. Di antara perkhidmatan lain yang turut ditawarkan ialah :

1. Persembahan pentas seperti nasyid, teater, puisi dan tarian sufi

2. Sewaan P.A.system dan lighting3. Sewaan / Jualan / Latihan kompang dan

alat percussion4. Perkhidmatan D.J. (majlis perkahwinan)

dan M.C (pengerusi majlis)5. Rekabentuk grafik dan digital printing

(banner&banting)6. Rakaman Audio Video (lagu korporat,

video korporat dll.)

MODUL & PAKEJ MOTIVASI Pusat Motivasi Fathusshudur (PMF) mempunyai koleksi modul dan juga pakej motivasi yang universal serta merangkumi segenap aspek kehidupan untuk semua golongan dan lapisan masyarakat. Di antara pakej motivasi yang ditawarkan ialah:

1. Kursus Motivasi – Sembahyang Membina Peribadi Agung

2. Kursus Keluarga Bahagia I – Pembinaan Rumahtangga Syurga

3. Kursus Keluarga Bahagia II – Kursus Poligami & Pendidikan Anak

4. Kursus Kepimpinan – Baik Pemimpin Baiklah Masyarakat

5. Kursus Remaja Super – Remaja Model Pencinta Allah & Rasul

6. Kursus Bina Insan / Jatidiri / Kecemerlangan Diri

7. Kursus Motivator / Public Speaking / Komunikasi Berkesan

8. Latihan Korporat / Team Building / Muafakat Organisasi

Pakej M

oti

vasi

Page 7: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

9. Kem Anak Soleh / Khemah Ibadah / Summer Camp

10. Kursus Kesedaran / Bimbingan Akhlak (Pelajar Bermasalah)

11. Kursus Kefahaman Islam / Kursus Penghayatan Islam (lanjutan)

12. Kem Kepimpinan Pelajar Cemerlang / Study Skill

13. Kuliah Bersiri / Qiamullail / Kuliah Zohor (untuk muslimah)

14. Kuliah Fardhu Ain (Tauhid / Fiqh / Akhlak) / Tafsir Al-Quran

15. Kursus Pengurusan Jenazah

16. Event Management – Konsert Maulidurasul, Teater Muzikal Islam dll.

17. Terapi Teater – Biarlah Mati Menjadi Peringatan

18. Seminar Kebudayaan Islam – Hiburan Sejati Kembali Kepada Fitrah Semulajadi

19. Seminar Ekonomi Islam – Berekonomi Menurut Kehendak Tuhan

20. Seminar Menangani Gejala Sosial – Mengembalikan Remaja Ke Pangkuan Kemuliaan

21. Seminar Perubatan Islam – Sakit Tanda Kasih Sayang Tuhan

22. Muhasabah Diri / Pengembaraan ke Alam Barzakh dll.

STRUKTUR ORGANISASI

Maklu

mat

Syari

kat

PUSAT MOTIVASI FATHUSSHUDURDiuruskan oleh Fathusshudur Resources

(001799821-U)

PenasihatEn. Shuib Sulaiman

Page 8: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat : FATHUSSHUDUR RESOURCES

No.Pendaftaran : 001799821-U

Tarikh Pendaftaran : 25 September 2009

Alamat Perniagaan : No.26, Jalan Desa 13/7, Bandar Country Homes

48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Status Perniagaan : Partnership

Pengarah UrusanAlifi bin Alias

TEAMPENGURUSAN

BAHAGIAN MOTIVASI & KEBUDAYAAN

Ust Hasnul Jamal Sulaiman

BAHAGIAN MODUL & LATIHAN

Tuan Azahar Tuan Kadir

BAHAGIAN AGAMA & KAUNSELING

Ust Ramadhan Rafflis

BAHAGIAN LATIHAN KORPORATEn.Wan Ibrahim Wan Ahmad

BAHAGIAN PEMASARAN

En.Saifudin Aminudin

BAH. PENERBITAN & DOKUMENTASI

En.Nik Fairuz Nik Nordin

Pengurus PerhubunganMariana Martin

Pengurus Pentadbiran

Siti Murshidah Shuib

Maklu

mat

Syari

kat

Page 9: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

Pemilik Perniagaan : Alifi bin Alias (No.K/P 760510-10-5235)

Mariana Martin (No.K/P 820804-01-6504)

Bank Berurusan : Maybank Berhad – Akaun Semasa No.Akaun : 564221621315

Jenis Perniagaan : - Mengendalikan Acara, Latihan, Kursus dan Motivasi- Menerbit dan Menjual Produk 'Edutainment'dan Buku

Motivasi - Rekabentuk Grafik, Percetakan (offset dan digital)- Perkhidmatan Audio Video dan Multimedia- Membekal Alatulis, Cenderahati dan Premium Items- Latihan, Sewaan dan Jualan Alat Muzik (Percussion) - Jualan dan Sewaan Peralatan Tata Bunyi dan Cahaya- Perkhidmatan Kanopi, Katering dan Pakej Perkahwinan

PAKEJ 1

Motivasi Sembahyang

MEMBINA PERIBADI AGUNG MELALUI SEMBAHYANG

Terdiri daripada 5 tajuk. Inilah yang paling utama yang keseluruhannya membicarakan mengenai sembahyang. Perbahasan tentang sembahyang ini tidak langsung menyentuh aspek hukum hakam, syarat rukun dan sah batal. Sebaliknya,

Pakej 1

Page 10: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

semua tertumpu kepada penghayatan dan pembinaan kesempurnaan sembahyang itu sebagai pencetus motivasi.

Natijah daripada pakej ini:

1) Melahirkan ‘rasa bertuhan’ dan ‘rasa kehambaan’2) Membina peribadi agung3) Saluran mendapat rahmat dan bantuan Tuhan4) Membakar dan memusnahkan mazmumah (sifat keji)

TAJUK PERTAMA

PERANAN DAN FALSAFAH SEMBAHYANG

1) Membahaskan perbezaan antara agama dan ideologi.2) Setiap perintah Allah SWT pasti ada tujuan tertentu, pengajaran,

iktibar dan hikmah. Di sini diperjelaskan tujuan utama manusia diperintahkan mendirikan sembahyang.

3) Mencapai tujuan sembahyang ertinya akan membakar dan memusnahkan segala sifat-sifat mazmumah yang mana sifat mazmumah itulah menjadi punca segala kerosakan hidup manusia.

4) Sembahyang yang tidak mencapai tujuan ertinya tidak menyelesaikan masalah, betapalah kalau tidak sembahyang. Lebih-lebih lagi andainya manusia menganut ideologi dan fahaman yang sifatnya tiada hubung kait dengan Tuhan, terputus terus dari Allah SWT.

TAJUK KEDUA

KEAGUNGAN SEMBAHYANG

1) Terdapat 24 ciri keagungan sembahyang.2) Memahami ciri-ciri keagungan sembahyang, melahirkan

mukmin yang benar-benar maju dan bertamaddun, menjadi titik tolak kepada perlaksanaan keseluruhan ajaran Islam.

3) Menghayati keagungan sembahyang pula akan membina peribadi mukmin yang memiliki tujuh sifat yang agung.

4) Memiliki tujuh sifat yang agung itulah yang menjdikan bangsa-bangsa lain bernaung di bawah bangsa agung ini kerana mereka ini dinaungi oleh Allah SWT yang Maha Agung.

TAJUK KETIGA

MENGAPA SEMBAHYANG TIDAK MEMBANGUNKAN INSAN

1) Apa itu insan dan bagaimana hendak dibangunkan 2) Mengenali kategori umat Islam berkait sembahyang.3) Mengupas dan menganalisa 9 peringkat sembahyang4) Sembahyang peringkat pertama hingga keenam tidak

membangun insan (jiwa dan mental) umat Islam

Pakej 1

Page 11: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

5) Hanya sembahyang peringkat ketujuh hingga kesembilan sahaja yang menjamin terbinanya peribadi agung dan diterima Tuhan

6) Peringat ketujuh hingga kesembilan itu sahaja yang paling berkesan menjadi motivasi untuk umat Islam

TAJUK KEEMPAT

SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMAT BERAT KECUALI BAGI ORANG YANG KHUSYUK

1) Tiga jenis berat iaitu sebelum sembahyang, sedang mengerjakan sembahyang dan selepas menunaikan sembahyang iaitu berat hendak menunaikan tuntutan sembahyang.

2) Pengertian khusyuk dalam sembahyang.3) Bagaimana mencapai khusyuk dalam sembahyang.4) Tanpa khusyuk dalam sembahyang tidak akan mencorakkan

kehidupan umat.5) Tanpa khusyuk dalam sembahyang tidak ada hubungkait

dengan segala aspek kehidupan.6) Tanpa khusyuk dalam sembahyang tidak mencegah dari

berbuat mungkar dan kejahatan.7) Tanpa khusyuk dalam sembahyang budaya nafsu dan syaitan

akan lebih mudah dijadikan budaya hidup.

TAJUK KELIMA

PANDUAN MENJAGA SEMBAHYANG

1) Akibat meninggalkan sembahyang.2) Syarat-syarat lahir dan batin untuk kesempurnaan sembahyang.3) Memahami syarat-syarat tersebut dengan sungguh-sungguh,

kemudian beramal dan istiqamah dalam amalan menjadikan hati khusyuk (takut dan rindu) kepada Tuhan.

PAKEJ 2

Kursus Keluarga Bahagia

PEMBINAAN RUMAHTANGGA SYURGA

Pakej 2

Page 12: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

Pakej kedua ini amat relevan sekiranya anda telah selesai mengikuti pakej pertama iaitu motivasi sembahyang. Namun yang demikian ia bukanlah satu kemestian. Pakej ini juga mengambil masa satu 1 hari.

Walaubagaimanapun, pakej ini boleh digabungkan dengan pakej yang pertama dan ia memerlukan jangka masa tambahan iaitu selama 2 hari; satu hari untuk pakej pertama dan satu hari lagi untuk pakej yang kedua.

Di dalam pakej kedua ini anda akan temui: - Satu ubat bagi seribu penyakit- Satu penyelesaian bagi seribu masalah- Satu jawapan bagi seribu persoalan

TAJUK PERTAMA

PEMBINAAN KELUARGA ISLAM

1) Niat awal pembinaan keluarga Islam semestinya kerana Allah bersama cita-cita menjadikannya tapak kepada kehidupan Islam.

2) Falsafah dan peranan perkahwinan menurut Islam.3) Peranan dan tanggungjawab suami isteri4) Rumahtangga Islam sebagai asas kepada masyarakat Islam.5) Perlaksanaan segala aspek kehidupan rumahtangga menurut

Islam meliputi aspek perbualan, tindak tanduk, perasaan dan adab sopan.

6) Ikatan kasih sayang berdasarkan cita-cita besar pembinaan rumahtangga Islam.

7) Kategori suami isteri dalam sikap dan tanggungjawab.

*NOTA: Ketujuh-tujuh tajuk di atas dibahagi kepada 3 siri. 2 siri dibuat sebelah pagi manakala selebihnya dibuat pada sebelah petang.

TAJUK KEDUA

PENTINGNYA MENJAGA RUH

1) 30 sebab mengapa hati atau ruh sangat penting untuk dijaga.2) Panduan menjaga kesihatan ruh.3) Panduan memberi pakaian kepada ruh.

Pakej 2

Page 13: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

TAJUK KETIGA

SUKARNYA UNTUK IKHLAS

1) Ikhlas merupakan sifat mahmudah yang paling utama.2) Tiada siapa yang tahu keikhlasan kecuali Allah SWT.3) Definisi ikhlas4) Ikhlas adakalanya rosak di awal, pertengahan dan akhir amalan.5) Panduan berlaku ikhlas, supaya tidak rosak keikhlasan itu.

TAJUK KEEMPAT

12 SIFAT MUKMIN

1) Sikap terhadap Tuhan2) Sikap terhadap syariat-Nya3) Sikap terhadap guru4) Sikat terhadap ibu bapa5) Sikap terhadap kawan6) Sikap terhadap manusia lainnya7) Sikap terhadap tetamu8) Sikap terhadap anak dan isteri9) Sikap terhadap situasi10) Sikap terhadap ilmu pengetahuan11) Sikap terhadap masa12) Sikap terhadap material

\ TAJUK-TAJUK LAIN

Di antara tajuk kuliah lain dalam siri kursus keluarga bahagia ini:

1) Falsafah dan tujuan perkahwinan dalam Islam 2) Rahsia kebahagiaan suami isteri 3) Bagaimana memilih calon suami dan isteri4) Ke arah membentuk sebuah rumahtangga super 5) Rahsia dan panduan hidup berpoligami6) Ciri-ciri keluarga yang dibina atas cita-cita Islam7) Bagaimana hendak tegakkan rumahtangga role model8) Panduan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah9) Cintakan Tuhan rahsia kebahagiaan rumahtangga

PAKEJ 3

Kursus Kepimpinan

KEPIMPINAN DI DALAM ISLAM

Pakej ketiga ini wajar didahului dengan pakej pertama iaitu motivasi sembahyang tetapi ia bukanlah syarat. Ia boleh

Pakej 3

Page 14: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

digabungkan dengan pakej satu dan dua menjadikan keseluruhan pakej penuh bina insan dibuat dalam jangkamasa tiga hari.

TAJUK PERTAMA

KATEGORI MANUSIA

1) Manusia yang jahil tentang diri sendiri hingga tidak mengenali dirinya adalah hamba yang diciptakan oleh Allah SWT

2) Manusia yang tidak tahu dirinya sebagai khalifah Allah SWT3) Perbahasan sifat-sifat manusia sebagai hamba dan khalifah.4) Siapa yang paling layak memimpin umat manusia. 5) Perbezaan di antara nabi dan rasul dalam kategori kepimpinan.

TAJUK KEDUA

BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT BAIKLAH MASYARAKAT

1) Kejahatan masyarakat mendatangkan kesusahan kepada semua pihak samada secara langsung ataupun tidak.

2) Masyarakat sahaja yang seringkali dipersalahkan.3) Sebahagian besar kerosakan masyarakat adalah sumbangan

pemimpin.4) Para pemimpin hendaklah menjadi kayu yang lurus yang akan

membentuk bayangnya (masyarakat) menjadi lurus.

TAJUK KETIGA

BAGAIMANA ORANG JAHAT MEMIMPIN ORANG JAHAT

1) Apabila manusia tidak merasai kehambaan serta tiada rasa bertuhan maka mazmumah akan menguasai hati.

2) Mazmumah adalah punca segala kejahatan.3) Apa akan terjadi apabila orang jahat memimpin orang baik.4) Apa akan terjadi apabila orang jahat memimpin orang jahat.5) Golongan yang berperanan dalam bidang kepipmpinan

hendaklah lebih baik.

TAJUK KEEMPAT

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN ISLAM

1) Pemimpin umum menguasai perlbagai bidang, pemimpin khusus menguasai satu bidang sahaja.

Pakej 3

Page 15: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

2) Pemimpin akan dipersoalkan tentang agama dan akhlak masyarakat yang dipimpinnya.

3) Agama dan akhlak mesti dimiliki oleh semua manusia.4) Kepatuhan kepada agama dan akhlak boleh mendisiplinkan

manusia.5) Pemimpin mesti mampu memimpin diri dan mengekang nafsu.

\ TAJUK KELIMA

SEBAB KEMENANGAN DAN KEJAYAAN SESUATU BANGSA

1) Kejayaan kerana taqwa.2) Kejayaan kerana istidraj3) Kejayaan kerana berkat4) Kejayaan kerana kekuatan

Buku terbaru terbitan Fathusshudur Resources berjudul“ Bahagiakah Rumahtangga Anda? ”

Maklumat lanjut sila hubungi :

Fathusshudur Resources (001799821-U)2283A, Jalan Gombak 8¼, 53100 Kuala Lumpur.013-2545389 / 013-2545398 / 012-3213747e-mail: [email protected] http://fathusshudur.carbonmade.com

LAMPIRAN

LA

MP

IRA

N

Page 16: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

RINGKASAN MODULPUSAT MOTIVASI FATHUSSHUDUR

1- MOTIVASI BINA INSAN UNTUK PELAJAR @PENUNTUT IPT / ANAK-ANAK STAF

2- MOTIVASI KECEMERLANGAN STAF DAN PEKERJA

3- MENANGANI PENYALAHGUNAAN DAN PENAGIHAN  DADAH MENURUT ISLAM

4- MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT KEHENDAK ISLAM

\

1 - MODUL : BINA INSAN UNTUK PELAJAR / REMAJA

PENGENALAN

Bina insan adalah merupakan asas kepada pembangunan manusia, maka ia perlu dibuat dengan penuh hati-hati. Lebih-lebih lagi kesannya akan diwarisi sebagai watak seseorang hingga dia dewasa. Ini ialah kerana tempoh bina insan yang dituntut syariat

Page 17: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

yang paling berkesan diwarisi hingga dewasa adalah semusim dalam seumur hidup iaitu  ketika sebelum kanak-kanak ‘akil baligh (dewasa)

Setelah ‘akil baligh watak dan sikap itu telah mantap berakar tunjang dalam jiwanya, gagah bertindak melahirkan ‘buah’nya  (prinsip/nilai) sendiri. Mempunyai prinsip sendiri yang amat sukar untuk ditukar ganti. Bandingannya seperti sepohon pokok berumur 15 tahun, akarnya mencengkam memenuhi bumi (roh) apakah mudah dibongkar untuk diganti dengan pokok yang lain?

Berbagai bentuk pendekatan, banyak tenaga dan biaya telah digunakan namun hasilnya masih belum memuaskan! Mengapa terjadi demikian? Tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan pendekatan serta insan yang melaksanakan tugas ini.

Lebih merbahaya lagi sekiranya kita setakat berpuas hati dengan hasil yang ada ataupun berputus asa pula dengan usaha yang telah kita laksanakan.

Oleh kerana kewajipan bina insan adalah suatu tugas murni yang sangat-sangat dituntut oleh syariat, maka pendekatan serta insan petugas yang melaksanakan tugas ini juga perlu murni dan telah pula terbina insannya

OBJEKTIF

Memindahkan rasa bertuhan secara berterusan dalam menyampaikan ilmu, maklumat,   kemahiran dan aktiviti-aktiviti.

Membesarkan Tuhan di dalam semua aktiviti yang dijalankan, bagi membina akhlak mulia dan menghindari gejala negatif.

Membentuk jiwa (rohaniah yang hidup) iaitu jiwa yang ada cita-cita, bagi melahirkan insan yang kreatif dan tidak mudah putus asa.

KANDUNGAN MODUL

MODUL 1 - Bimbingan Solat yang sempurna

Para pelajar akan didedahkan dengan ilmu dan praktikal solat yang sempurna. Antara kemahiran yang akan di ajarkan :

Thaharah Praktikal wuduk Praktikal solat (jemaah, qiamulail) Ilmu dan Penghayatan Doa

MODUL 2 - Membina Rasa Bertuhan dan Rasa Kehambaan

Pelajar akan dicanai hatinya untuk membina di dalam hatinya rasa bertuhan dan rasa kehambaan melalui pelbagai aktiviti seperti :

Rehlah dan ekspedisi Nasyid dan persembahan sketsa Hiburan berunsurkan islam Sukan  dan pertandingan

Page 18: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

MODUL 3 - Memupuk Kesempurnaan Bina Insan Pelajar

Pelajar akan diberikan kuliah secara formal dan informal mengenai mengenali diri mereka sebagai insan dan kesempurnaan peribadi insan yang mulia menurut kehendak Islam. Antara isu yang akan diperbincangkan adalah :

Menjadikan solat sebagai asas bina insan pelajar Memupuk kesempurnaan bina insan dan syakhiah pelajar Menjadikan bina insan asas akhlak mulia dan kecemerlangan pelajar. Menjadikan cinta dan takutkan Tuhan sebagai benteng gejala sosial pelajar. Menjadikan Tuhan sebagai idola dan Rasulullah contoh ikutan.

 SASARAN MODUL

Pelajar-pelajar sekolah rendah Pelajar-pelajar sekolah menengah Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi

KAEDAH PENYAMPAIAN MODUL / BENTUK KERJASAMA

i. Tempat, masa dan tempoh atau jangka masa program ditentukan dan dikendalikan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur.

ii. Penganjur menentukan tempat, masa dan tempoh sesuatu program dan seluruh pengisian dikendalikan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur.

iii. Seluruh perjalanan program diuruskan oleh pihak penganjur dan pihak Pusat Motivasi Fathusshudur menjadi motivator jemputan untuk setiap kuliah dan pengisian.

2 - MODUL : MOTIVASI KECEMERLANGAN STAF / PEKERJA

PENGENALAN

Staf atau pekerja adalah penyumbang kepada sesuatu kejayaan sesebuah organisasi tersebut. Mempunyai staf yang cemerlang dan sempurna bermaksud mempunyai individu yang lengkap dari segi aspek luaran dan dalamannya. Mempunyai kelayakan yang tinggi dan bersesuaian dengan tugas yang disandang adalah satu kelebihan tetapi jika faktor dalaman seperti nilai-nilai murni diabaikan maka ia turut akan menyumbang

Page 19: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

kepada kegagalan untuk memperoleh kecemerlangan di dalam diri staf tersebut dan menjejaskan kedudukan organisasi tersebut secara tidak langsung.

Justeru itu, perlu ada keseimbangan di antara pembinaan sahsiah luaran dan pembinaan sahsiah dalaman iaitu pembinaan insan untuk seseorang staf untuk mencapai kecemerlangan.

OBJEKTIF

Mengenali manusia dan unsur-unsur dalam diri manusia itu Mengupas maksud manusia dan kemanusiaan Peranan taqwa di dalam kecemerlangan diri manusia Mengupas ciri-ciri kecermerlangan yang hakiki yang perlu ada di dalam diri

seseorang manusia itu Panduan untuk memperoleh kecermerlangan diri dunia dan Akhirat.

KANDUNGAN MODUL

MODUL 1 - Mengenal Manusia

Penciptaan manusia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nikmat yang Tuhan anugerahkan ini sudah menjadi sebab untuk kita sangat berterima kasih kepada Tuhan yang Maha Baik dan Maha Penghibur kepada manusia. Antara isu yang diperbincangkan :

Manusia dibekalkan dengan tiga benih; malaikat, haiwan dan syaitan Manusia terdiri dari empat unsur iaitu roh, akal, nafsu dan fizikal

 MODUL 2 - Manusia dan Kemanusiaan

Manusia terdiri dari berbagai bangsa, kaum etnik, agama dan keturunan. Tuhan cipta manusia yang dibekalkan dengan fitrah. Fitrah semua manusia adalah sama. Fitrah manusia tidak berubah dari dulu hingga kiamat. Fitrah manusia itulah yang diistilahkan sebagai peri kemanusiaan. Antara isu yang diperbincangkan :

Peranan fitrah dalam diri manusia Peranan agama dalam diri manusia Rasa Kehambaan dan Rasa Bertuhan

MODUL 3 - Taqwa Membawa Kejayaan

Taqwa dari akar kata kalimah bahasa arab ‘waqo’ yang bermaksud pelihara. Dari segi istilah Taqwa bermaksud orang yang sangat memelihara hubungan dengan Tuhan. Rasa takut dan rasa cintanya kepada Tuhan amat mendalam. Jiwa tauhidnya tidak lekang. Maka lantas dia memelihara syariat Tuhan dalam kehidupan. Antara isu yang diperbincangkan :

Maksud Taqwa Faedah dan Kesan Bertaqwa

Page 20: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

Pentingnya Taqwa dalam bina insan manusia menuju kecermerlangan Hablumminallah wa hablumminannas (hubungan manusia dengan Tuhan dan

sesama manusia)

MODUL 4 - Ciri-ciri Bangsa yang Cemerlang

Tidak kira apa bangsa, mereka yang berjaya dan cemerlang memiliki sekurang-kurangnya lima ciri asas: Rajin, Berani, Sabar, Bertanggungjawab dan Kreatif. Antara isu yang diperbincangkan :

Kupasan ke atas lima ciri-ciri tersebut Kategori cita-cita manusia Mempraktikkan ciri-ciri kecermerlangan dalam diri  Sejarah kabangkitan dan kejatuhan umat Islam terdahulu

SASARAN MODUL

Pemimpin masyarakat Pendidik Badan-badan Kebajikan Badan Kerajaan dan Swasta Lain-lain individu yang berminat

KAEDAH PENYAMPAIAN MODUL / BENTUK KERJASAMA

i. Tempat, masa dan tempoh atau jangka masa program ditentukan dan dikendalikan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur.

ii. Penganjur menentukan tempat, masa dan tempoh sesuatu program dan seluruh pengisian dikendalikan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur.

iii. Seluruh perjalanan program diuruskan oleh pihak penganjur dan pihak Pusat Motivasi Fathusshudur menjadi motivator jemputan untuk setiap kuliah dan pengisian.

3 - MODUL : MENANGANI PENYALAHGUNAAN DAN PENAGIHAN DADAH MENURUT ISLAM

PENGENALAN

Di antara kesemua gejala sosial dan penyakit masyarakat yang melanda negara kita di dewasa ini, penyalahgunaan dan penagihan dadah dianggap masalah terbesar hingga ia disebut sebagai musuh utama negara. Bahkan penyalahgunaan dadah  ini sudah dianggap sebagai satu masalah keselamatan.

Page 21: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

OBJEKTIF

1. Mengenali isu semasa berkaitan dengan permasalahan dadah 2. Memahami maklumat dan mengenali punca-punca berlakunya permasalahan

dadah 3. Mengenali siapa yang bertanggungjawab untuk menangani isu penyalahgunaan

dadah   4. Mengenal pasti kesalahan di dalam menangani gejala dadah 5. Pendekatan penyelesaian melalui pembangunan rohani dan jiwa 6. Panduan untuk pihak yang terlibat dengan usaha pemulihan penyalahgunaan dan

penagihan dadah                               

SASARAN MODUL

Pemimpin masyarakat Golongan Pendidik / Guru Ibu Bapa Pusat Serenti / Penjara Bekas Penagih / Persatuan Bekas Penagih Badan-badan Kebajikan Badan Kerajaan dan Swasta Lain-lain individu yang berminat

KANDUNGAN MODUL

MODUL 1 - Mengenali isu semasa berkaitan dengan permasalahan dadah

Masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah di Malaysia telah tiba ke tahap yang serius. Ia telah dianggap sebagai ancaman utama negara atas musuh nombor satu negara mengalahkan ancaman komunis yang telah meletakkan senjata, kalau dahulu ia dianggap sebagai masalah sosial tetapi sekarang ia sudah menjadi masalah keselamatan. Antara isu yang diperbincangkan :

1.1       Mencari punca1.2       Penguatkuasaan Undang-undang1.3       Punca yang tersembunyi1.4       Reaksi masyarakat1.5       Punca sebenar

MODUL 2 - Memahami maklumat dan mengenali punca-punca berlakunya permasalahan dadah

Antara isu yang diperbincangkan :            2.1       Jumlah penagih2.2       Takrif Dadah2.3       Apakah penagihan            2.3.1    Takrif penagih            2.3.2    Kesan penagih2.4       Kesan muzik dan budaya liar dengan dadah            2.4.1    Muzik rock

Page 22: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

            2.4.2    Muzik punk            2.4.3    Reggae            2.4.4    Grunge            2.4.5    Skinhead            2.4.6    Hip Hop

MODUL  3 - Mengenali siapa yang bertanggungjawab untuk menangani isu penyalahgunaan dadah  

Manusia yang dilahirkan tidak terus menagih dadah. Penagih berlaku berperingkat-peringkat, tertakluk kepada suasana, persekitaran dan pengaruh. Di dalam masyarakat, ada pihak yang berkuasa dan ada yang dikuasai. Ada yang memimpin dan ada yang dipimpin. Ada orang atasan dan ada orang bawahan. Ada yang bertanggungjawab mendidik dan ada yang perlu dididik. Antara isu yang diperbincangkan :

3.1       Pendidikan Masyarakat            3.1.1    Peranan tunggak dan tiang-tiang seri masyarakat            3.1.2    Rosak rakyat kerana pemimpin3.2       Wibawa pemimpin            3.2.1    Wibawa pemimpin            3.2.2    Pemimpin kurang jati diri

MODUL  4 - Mengenal pasti kesalahan di dalam menangani gejala dadah

Penglibatan remaja dalam maksiat, gejala sosial dan dadah yang berlaku di Malaysia ada pertalian rapat dengan kemerosotan dan kelemahan jati diri pada remaja. Di zaman sebelum dan sejurus selepas merdeka (1957), para remaja lebih terpelihara dan tidak terlalu terdedah kepada pengaruh-pengaruh negatif yang merosakkan. Pengaruh negatif ketika itu tidaklah terlalu berleluasa seperti sekarang ini. Para remaja masih kuat berpegang kepada adat resam ketimuran dan ajaran agama. Mereka sedikit sebanyak masih mempunyai jati diri. Antara isu yang diperbincangkan :

4.1       Kekuatan sesuatu bangsa            4.1.1    Jati diri orang akal            4.1.2    Jati diri orang agama            4.1.3    Menguatkan fizikal            4.1.4    Menguatkan mental            4.1.5    Menguatkan jiwa

4.2       Mengapa jati diri rosak            4.2.1    Hiburan dan berlalai-lalai – kerosakannya makan dalam            4.2.2    Kesan dari rosaknya jati diri remaja            4.2.3    Kesan dari rosaknya jati diri pemimpin

MODUL  5 - Pendekatan penyelesaian melalui pembangunan rohani dan jiwa

Orang memandang penyakit sosial itu berat. Orang memandang penyakit dadah khususnya lebih berat lagi dari penyakit sosial yang lain. Namun ada penyakit yang lebih berat dari itu yang manusia tidak sedar dan tidak tahu.

Page 23: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

5.1       Gejala penyakit sosial            5.1.1    Penyebab penyakit jiwa            5.1.2    Kesan jangka panjang            5.1.3    Kembali kepada Tuhan            5.1.4    Kembali kepada fitrah            5.1.5    kesan penyakit jiwa yang lebih parah            5.1.6    Jalan keluar5.2       Penyakit jiwa mazmumah

MODUL  6 - Panduan untuk pihak yang terlibat dengan usaha pemulihan penyalahgunaan dan penagihan dadah

 Setiap orang yang bertanggungjawab dan terlibat dalam usaha memulihkan penagihan dan penyalahgunaan dadah ini mesti faham segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan masalah ini lahir dan batin. Ini termasuklah tentang keadaan dan permasalahan masyarakat, tentang penagih itu sendiri, tentang persoalan jati diri, penyakit jiwa dan tentang gejala, asas-asas dan puncanya. Juga tentang perkara hati, jiwa dan roh dan kaedah untuk membina semula kekuatan jiwa dan menyembuhkan penyakit-penyakit hati. Antara isu yang diperbincangkan :

5.1       Mulai dengan iman dan ilmu5.2       Hidupkan semula jiwa bertuhan5.3       Ilmu dan amal5.4       Mendidik, mengasuh dan memimpin5.5       Tahap dan fasa-fasa pemulihan dan pendidikan            5.5.1    Tahap kesedaran            5.5.2    Tahap kefahaman            5.5.3    Tahap penghayatan5.6       Teruskan usaha lahir dan doa

KAEDAH PENYAMPAIAN MODUL / BENTUK KERJASAMA

i. Tempat, masa dan tempoh atau jangka masa program ditentukan dan dikendalikan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur.

ii. Penganjur menentukan tempat, masa dan tempoh sesuatu program dan seluruh pengisian dikendalikan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur.

iii. Seluruh perjalanan program diuruskan oleh pihak penganjur dan pihak Pusat Motivasi Fathusshudur menjadi motivator jemputan untuk setiap kuliah dan pengisian.

4 - MODUL : MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT KEHENDAK ISLAM

PENGENALAN

Membentuk manusia yang sudah rosak bukan boleh dengan sistem akal. Ia hendaklah dibuat dengan sistem Tuhan kerana ia tidak boleh dibuat dengan kaedah trial and error. Ramai orang memperkatakan mengenai isu gejala sosial ini namun hasilnya tidak ada

Page 24: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

atau mengecewakan. Ini kerana yang dikaji adalah gejalanya bukan orang yang menimbulkan gejala tersebut sedangkan orang-orang itulah yang patut dipulihkan.

OBJEKTIF

1. Mengenali isu semasa berkaitan dengan gejala sosial di dalam masyarakat 2. Mengenali punca-punca berlakunya gejala sosial 3. Mengenali siapa yang bertanggungjawab untuk menangani isu gejala sosial    4. Mengenal pasti usaha lahir untuk membendung gejala sosial 5. Pendekatan penyelesaian melalui pembangunan rohani dan jiwa 6. Mengenal pasti kesalahan di dalam menangani gejala sosial 7. Mengenal pasti ilmu, kaedah dan individu yang tepat di dalam menangani gejala

sosial

SASARAN MODUL

Pemimpin masyarakat Golongan Pendidik / Guru Ibu Bapa Badan-badan Kebajikan Pengendali Pusat Juvana / Rumah Kasih Penuntut IPT / Pelatih Kolej Lain-lain individu yang berminat

KANDUNGAN MODUL

MODUL 1 - Mengenali isu semasa berkaitan dengan gejala sosial di dalam masyarakat

Oleh kerana ukuran kita selama ini tentang baik dan buruk berdasarkan akal bukan syarie, ada perkara-perkara yang menjadi gejala-gejala masyarakat tidak dianggap gejala seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, tari-menari yang bercampur antara lelaki dan perempuan, gambar-gambar perempuan yang seksi, ia dibiarkan berleluasa. Padahal di dalam setengah gejala sosial dia berpunca dari apa yang kita sebutkan tadi, secara tidak sedar sedikit demi sedikit merosakkan jiwa. Antara isu yang diperbincangkan :

Menyedarkan membangunkan dunia dan kemajuan, tidak sama kaedahnya dengan membangunkan manusia.

Mengupas jenis maksiat atau gejala sosial yang diterima bersama dan yang tidak diterima bersama

MODUL 2 - Mengenali punca-punca berlakunya gejala sosial

Banyak pejuang-pejuang masyarakat melihat gejala-gejala sosial dengan perkara yang tersurat iaitu yang dapat dipandang oleh mata kasar, dari sinilah mereka mengkaji, menilai dan hendak dibaiki. Orang kerohanian memandang gejala-gejala itu ada sebab yang tersirat yang sudah rosak yang akibat daripada perkara yang tersirat itu hati manusia menjadi rosak. Oleh itu jika hendak membaiki yang tersurat kenalah baiki lebih dahulu yang tersirat. Antara isu yang diperbincangkan

Faktor dalaman gejala sosial

Page 25: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

Faktor luaran gejala sosial

MODUL 3 - Siapa yang bertanggungjawab untuk menangani isu gejala sosial   

Semua orang kenalah terdidik, tapi tidak mesti mendidik. Tapi kalau ulama, para guru dan pemimpin serta ibu bapa tidak mendidik, maka rosaklah remaja dan masyarakat. Antara isu yang diperbincangkan :

Baik tiang-tiang seri masyarakat baiklah masyarakat Persiapan untuk para pendidik

o Ilmu o Akhlak mulia o Ibadah o Sifat mahmudah

Bila pemimpin sudah tidak berwibawa

MODUL 4 - Mengenal pasti usaha lahir untuk membendung gejala sosial dan kesalahan di dalam menangani gejala sosial

 Penyakit sosial tidak akan boleh dipulihkan, kalau yang berusaha membaikinya menggunakan akal semata-mata, lebih-lebih lagi dengan kehendak nafsunya, kalau bukan dengan pemimpin Allah yang punya dunia Akhirat. Untuk menumpaskan gejala sosial: pertama, tumpaskan lebih dahulu pintu kejahatan hati. Kedua, laksanakan sadduz’zarai’ iaitu tutup pintu-pintu kejahatan yang berlaku di dalam kehidupan. Ketiga, lahirkan sebanyak mungkin amal kebaikan. Keempat, memerlukan pemimpin dan pengikut-pengikut; pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat orang-orang yang bertaqwa. Kelima, dihukum orang yang jahat sebagai pengajaran. Antara isu yang diperbincangkan :

o Menangani sumbang mahram o Menangani penagihan dadah o Menangani minuman keras o Menangani judi o Menangani rasuah dan penyelewengan o Menangani pengangguran o Menangani penderaan o Menangani pembunuhan o Menangani rompak dan curi o Menangani zina, liwat dan bersekedudukan o Menangani rogol

MODUL 5 - Pendekatan penyelesaian melalui pembangunan rohani dan jiwa

Selagi sembahyang tidak khusyuk, penyakit hati (mazmumah) seseorang itu tidak dapat ditumpaskan seperti sombong, pemarah, hasad, megah, tamak, dendam dan lain-lain. Dari sinilah lahirnya penyakit masyarakat. Ertinya bila sembahyang tidak khusyuk mazmumah masih wujud, penyakit masyarakat pasti wujud. Kalau begitu untuk menangani gejala-gejala masyarakat, betulkan sembahyang lebih dahulu. Sembahyang ubat penyakit masyarakat. Beginilah metodologi cara membaiki masyarakat menurut Islam. Antara isu yang diperbincangkan :

Page 26: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

o Kembali manusia kepada Tuhan o Membersihkan hati atau jiwa manusia

MODUL 6 - Mengenal pasti ilmu, kaedah dan individu yang tepat di dalam menangani gejala sosial

Gejala masyarakat yang tidak sihat bukan boleh selesai dengan pidato berapi-api, mengugut-ugut dan mencaci-caci, buat undang-undang, tangkap dan gari. Ia memerlukan sifat taqwa yang menangani, kaedah yang tepat, pimpin secara dekat. Antara isu yang diperbincangkan :

o Orang yang tepat o Ilmu yang tepat o Kaedah yang tepat

KAEDAH PENYAMPAIAN MODUL / BENTUK KERJASAMA

i. Tempat, masa dan tempoh atau jangka masa program ditentukan dan dikendalikan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur.

ii. Penganjur menentukan tempat, masa dan tempoh sesuatu program dan seluruh pengisian dikendalikan oleh Pusat Motivasi Fathusshudur.

iii. Seluruh perjalanan program diuruskan oleh pihak penganjur dan pihak Pusat Motivasi Fathusshudur menjadi motivator jemputan untuk setiap kuliah dan pengisian.

Maklumat lanjut sila hubungi :

Alifi Alias 013-2545398 e-mail : [email protected] Mariana Martin 013-2545389 e-mail : [email protected]

Fathusshudur Resources (001799821-U)2283A, Jalan Gombak 8¼, 53100 Kuala Lumpur.013-2545398 / 013-2545389 / 012-3213747e-mail: [email protected] http://fathusshudur.carbonmade.com

PUSAT MOTIVASI FATHUSSHUDUR2283A, Jalan Gombak 8¼, 53100 Kuala Lumpur.

013-2545389 / 013-2545398 / 012-3213747Laman Web : http://fathusshudur.carbonmade.com E-Mail:

[email protected]

Biodata Motivator

Page 27: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

SHUIB BIN SULAIMAN

Asal : Kuala Lipis, Pahang

Lulusan : Universiti Pertanian Malaysia.

E-Mail : [email protected]

Website/Blog : www.eratimur.com

Jawatan sekarang : Motivator Kehormat, Pendakwah & Penulis Bebas

Beliau telah bergiat dalam perkembangan dakwah Islamiah sejak penghujung tahun 70an. Menjelajah ke seluruh negara dan peringkat antarabangsa untuk menyampaikan ceramah dan syarahan, samada untuk golongan pelajar sekolah, remaja, pekerja, teknokrat, usahawan dan pemimpin masyarakat.

Merupakan tenaga penggerak di Pusat Motivasi Fathusshudur, mengisi berbagai bentuk program ceramah dan motivasi samada berbentuk kefahaman dan kesedaran, perkahwinan dan kekeluargaan, kepimpinan dan kemasyarakatan. Juga merupakan penasihat fasilitator di sebuah pusat motivasi di Kuala Lumpur. Di samping itu beliau juga pernah terlibat secara langsung dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Kementerian Dalam Negeri dalam menangani masalah golongan remaja berisiko tinggi.

Di samping menjelajah ke seluruh tanahair, beliau juga telah berkesempatan menjalankan program dakwah dan ziarah ke serata dunia termasuklah negara Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia, Uzbekistan, Pakistan, Jepun, China, Turki, Jordan, United Kingdom, Perancis, German, New Zealand, Australia dan juga Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang pakar motivasi yang aktif menulis buku dan artikel yang turut dimuatkan di dalam blog beliau www.eratimur.com.

Baru sahaja menyiapkan sebuah buku motivasi keluarga yang berjudul “Bahagiakah Rumahtangga Anda?” yang telah dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 dan kini berada di pasaran di kedai buku seperti MPH Bookstore dan lain-lain.

http://fathusshudur.carbonmade.com/

PUSAT MOTIVASI FATHUSSHUDURDiuruskendalikan oleh Fathusshudur Resources (001799821-U)

2283A, Jalan Gombak 8¼, 53100 Kuala Lumpur.013-2545389 / 013-2545398 / 012-3213747

Laman Web : http://fathusshudur.carbonmade.com E-Mail: [email protected]

Page 28: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

Biodata Motivator

ALIFI BIN ALIAS

Asal : Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Lulusan : Jurusan Undang-Undang, LL.B (Hons) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Jawatan sekarang : Motivator, Pusat Motivasi Fathusshudur. Pengarah Urusan, Fathusshudur Resources.

E-Mail : [email protected] / [email protected]

Latar Belakang Pendidikan : - Sekolah Kebangsaan Kelang, Jalan Dato Hamzah, Klang (UPSR 88 - 5A)- Sek Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (SRP 91 Agg 6) - Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (SPM 93 Agg 8)- Pusat Matrikulasi UIA, Lembah Pantai, K.L. (Matrikulasi Undang-Undang)- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, K.L. - LL.B (Hons.) IIUM

Pengalaman :- Akademi Keluarga Bahagia (AKRAB) Dr. Hasan Ali - Facilitator (1992)- Timbalan Presiden, Kelab Bimbingan & Kaunseling UIA - (1995-1996)- STADD Facilitator Team (STEADFAST) UIA - Faci & Trainer (1996-2000)- Perkampungan Menara Gading (PMG) - Faci & Modul (1997-2001)- Kelab Pembimbing Insan (PEMBINA-PKPIM) – Faci & Trainer (1998-2000)- Kem Rakan Muda KARISMA (Kem. Belia Sukan) - Trainer & Modul (98-2000)- Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1999-2000)- Penulis Lirik & Komposer Lagu, (1993-2004), Audio & Video Editing (2004-2008)- Motivator Jemputan, Kuliah Bina Insan, Pusat Motivasi Harmoni (2000-2009)- Penulis Blog http://bengkelrohani.blogspot.com (2009)- Program Pembangunan Minda Insan 2009 – Risda Negeri Perlis (May & July 2009)- Siri Motivasi Kebudayaan – Bandar Country Homes, Rawang. (2009)- Siri Kuliah Keluarga Bahagia – Madrasah As-Solehin, Taman Cheras Utama (2009)- Therapy Theatre – Kem Motivasi Remaja, Bentong (GPMS & AADK)- Therapy Theatre – Kem Motivasi Remaja, Kem Bumi Jati, Klang (GPMS & AADK)- Panel Jemputan, Rakaman Bual Bicara “Adam & Hawa” – Erma Fatimah Productions- Motivator Jemputan dan Perunding Bersekutu untuk Gamma Ilham Sdn Bhd, Capital Skills Sdn Bhd dan RCJ Consulting Sdn Bhd.

http://fathusshudur.carbonmade.com/

PUSAT MOTIVASI FATHUSSHUDURDiuruskendalikan oleh Fathusshudur Resources (001799821-U)

2283A, Jalan Gombak 8¼, 53100 Kuala Lumpur.

Page 29: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

013-2545389 / 013-2545398 / 012-3213747Laman Web : http://fathusshudur.carbonmade.com E-Mail:

[email protected]

Biodata Motivator

EN. WAN IBRAHIM WAN AHMAD

Asal : Tumpat, Kelantan

Lulusan : Diploma in Accountancy, UiTM Universiti Teknologi Mara, Shah Alam

Jawatan sekarang : Motivator Jemputan, Pusat Motivasi Fathusshudur.

Latar Belakang Pendidikan dan Kelayakan Professional : - Sultan Ismail College, Kota Bharu, Kelantan (1973)- Diploma in Accountancy, UiTM Shah Alam (1977) - Sijil Perkhidmatan Kabin Dalam Kapal Terbang (1975)- Certificate in T&D, Institute of Training & Develpment, UK (1993)- Certified Change Champion, Academy of The Phillippines (1995) - Instructor Certification, Sepang Institute of Technology Learning Centre (1997)- Driven Management Certificate, Universiti Pertanian Malaysia (1997)- Certified Super SS Proffesional Trainer, JPC-SED Tokyo (2000)

Kerjaya dan Pengalaman :- Pramugara MAS (1975)- Pramugara Kanan MAS (1983)- Ketua Pramugara MAS (1987)- Ketua Kanan Pramugara MAS (1989)- Eksekutif Pemeriksa Latihan Pramugara MAS (1990)- Pengawal Pembangunan Latihan Akademi MAS (1994)- Pengawal Pembangunan & Latihan, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan (2002)- Berpengalaman menjadi motivator jemputan dan mengendalikan program motivasi, bina insan, latihan korporat dan pelbagai program latihan dan pembangunan di seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa.

Motto :

S.E.L.F. P.R.I.D.E.S.piritual E.motional L.eadership F.ollowership P.ersonal R.esponsability I.n D.elivering E.xcellence

http://fathusshudur.carbonmade.com/

Senarai Motivator Jemputan

Page 30: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

DR. AHMAD FAUZI BIN ABDUL HAMID

Asal : Alor Star, Kedah. Anak kepada seorang tokoh pendidikan iaitu

Dato’ Abd Hamid b. Ayob, bekas Timbalan Naib Cancelor

UUM.

Pendidikan : Kolej Melayu kuala kangsar (MCKK)

: Ijazah pertama falsafah,politik & ekonomi di University of

Oxford (‘92)

Politik Sumber dan Pembangunan di Universiti of Leeds (‘94)

PhD. Dalam Sains Politik dengan pengkhususan politik gerakan

Islam,

di University Of Newcastle Upon Tyne, UK, (‘98)

Tesis : Islamic Resurgence in the Periphery

Jawatan : Pensyarah Sains Politik, PJJ USM Malaysia, Pulau Pinang.

Motivator Jemputan, Pusat Motivasi Fathusshudur.

Pengalaman : Membentangkan kertas kerja di persidangan Antarabangsa.

Beberapa hasil tulisannya telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal

antarabangsa.

PROF DR. HAJI FADHIL BIN HJ OTHMAN

Asal : Batu Pahat, Johor Tarikh Lahir : 23 April 1952

Pendidikan : Bachelor of Science (Chemistry) - UKM (‘75)

Master of Science (Environmental Studies) – Ohio Universiti,

USA (‘82)

Postgraduate Diploma in Islamic Study – UKM (’85)

PhD (Enviromental Engineering) – UTM (’98)

Pengalaman : Assistant Lecturer UTM, Johor 1975-1981

Lecturer UTM, Johor, 1982-1992

Associate Professor UTM, Johor 1993-kini

Motivator Jemputan, Pusat Motivasi Fathusshudur.

Kuliah Motivasi, Bengkel Usahawan Cemerlang, Kuantan,

Pahang (‘02)

Motivasi Usahawan, Pertubuhan Peladang Johor, (Ogos ’02)

Page 31: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

Berpengalaman juga mengisi program dan siri Kuliah Motivasi

Sembahyang di seluruh tanahair.

USTAZAH SITI KHADIJAH DIN

Asal : Kangar, Perlis. Adik kepada Ustaz Haron Din, Ustaz Ishak Din

dan Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Pendidikan : Sekolah Menengah Seri Puteri, Kuala Lumpur.

Universiti Malaya (Fakulti Sastera)

Pengalaman : Guru Tadika, Kaunselor, Motivator, Pusat Motivasi

Fathusshudur.

Mengisi program kuliah zohor untuk muslimat pada hari

Jumaat di rangkaian pejabat kerajaan, swasta, bank dan badan

kebajikan.

Berpengalaman mengisi program Motivasi Solat, Motivasi

Keluarga Bahagia, Kursus Poligami dan Fardhu Ain di seluruh

negara.

USTAZ LOKMAN HAKIM PFORDTEN BIN ABD RAHIM

PFORDTEN

Keturunan : Melayu / Jerman

Pendidikan :Mendapatendidikan awal di sekolah agama persendirian

(pondok)

Menamatkan pengajian menengah Thanawi 3 lalu terus

menyambung pengajian ke Universiti of Islamic Studies,

Karachi, Pakistan.

Bahasa pertuturan : Bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Urdhu, Jerman, Mandarin

Jawatan : Motivator jemputan dan penterjemah di Pusat Motivasi

Fathusshudur

Pengalaman : Giat mengisi Program Motivasi Solat dan Motivasi

Keluarga Bahagia ke seluruh tanah air bahkan pernah

menjelajah dan menjalankan misi dakwah dan ziarah ke

Indonesia, Pakistan, Thailand, Singapura, Bangladesh, Filipina,

Jordan, Arab Saudi, China dan Australia.

Page 32: Profil Pusat Motivasi Fathusshudur 2011

USTAZ NIK HAZANI BIN NIK MOHAMMAD

Asal : Kelantan Tarikh Lahir : 5 April 1970

Pendidikan: B.A Syariah (Akidah & Dakwah), Universiti Jordan, Jordan

Pengalaman: Berdakwah sambil belajar di Thailand, Singapura, Pakistan,

Arab Saudi, Mesir & Jordan, seluruh negeri di tanahair termasuk

Sabah dan Sarawak.

Pernah menjadi Imam Besar merangkap Kaunselor di Politeknik

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Pernah Menjadi Guru Besar SRI Edufit Bestari, Seksyen 13,

Shah Alam.

Motivator Jemputan Pusat Motivasi Fathusshudur.