Profil Usahawan Pilihan Mun

11
Profil Usahawan Pilihan Dato’ Haji Ramli Bin Mokni Pengarah Urusan Ramly Burger Nama : Dato’ Haji Ramly Bin Mokni Nama Isteri: Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap Jantina : Lelaki Mula berniaga : Tahun 1984 Pencapaian : Beberapa kali pernah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik. Hasil : Mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur. Datuk Ramly Mokni mula membuat burger dari kiosk kecil di sebuah lorong di tengah Kuala Lumpur. Setelah 34 tahun, Ramly telah membina empayar makanan yang menjana jualan tahunan sebanyak RM1 bilion, melalui 150 metrik tan produk berasaskan daging lembu, ayam dan makanan laut. Burger Ramly pula kini sinonim dengan snek tengah malam rakyat Malaysia. Ia kombinasi daging lembu atau ayam, marjerin, bawang, telur, sos dan perasa Maggi yang diapit dua roti dan inilah resipi yang digemari ramai, malah ada yang memesan sehingga dua pada satu masa dari gerai-gerai burger dari seluruh negara. SEJARAH RAMLY BURGER Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura. Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati. Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di

description

ASSIGNMENT

Transcript of Profil Usahawan Pilihan Mun

Page 1: Profil Usahawan Pilihan Mun

Profil Usahawan Pilihan Dato’ Haji Ramli Bin Mokni

Pengarah Urusan Ramly Burger

Nama :

Dato’ Haji Ramly Bin Mokni

Nama Isteri:

Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap

Jantina :

Lelaki

Mula berniaga :

Tahun 1984

Pencapaian :

Beberapa kali pernah memenangi Anugerah

Usahawan Terbaik.

Hasil :

Mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di

Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras

dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu,

Kuala Lumpur.

Datuk Ramly Mokni mula membuat burger dari kiosk kecil di sebuah lorong di tengah Kuala

Lumpur. Setelah 34 tahun, Ramly telah membina empayar makanan yang menjana jualan

tahunan sebanyak RM1 bilion, melalui 150 metrik tan produk berasaskan daging lembu,

ayam dan makanan laut. Burger Ramly pula kini sinonim dengan snek tengah malam rakyat

Malaysia. Ia kombinasi daging lembu atau ayam, marjerin, bawang, telur, sos dan perasa

Maggi yang diapit dua roti dan inilah resipi yang digemari ramai, malah ada yang memesan sehingga dua pada satu masa dari gerai-gerai burger dari seluruh negara.

SEJARAH RAMLY BURGER

Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi

salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati

gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke

Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.

Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri

pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama

ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling

diminati. Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala

Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang

halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di

Page 2: Profil Usahawan Pilihan Mun

Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim

Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran

hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran

Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

PRODUK RAMLY

Daging Burger Ramly

Daging Burger Ramly Rasa

Panggang

Daging Burger Oblong Ramly

Sosej/Frankfruter Ramly

Burger Ikan dan Burger Udang

Frankfurter Ayam dan Frankfurter

Lembu

Nuget Lembu/Ayam Tempura/ Ayam biasa /

Ikan

Ayam Goreng Ramly dan Kepak

Ayam Ramly Bersalut

Alaskan Pollock

Daging Kisar

Page 3: Profil Usahawan Pilihan Mun

Roti Burger dan Roti Frankfurter

Popia Udang Rangup

Tasty Mayo

Tasty Cili & Tasty Lada Hitam

RINGKASAN TENTANG PERMULAAN PERNIAGAAN

Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu

kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal

haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej

yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas

menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan

inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun

usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak

permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman

yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya

mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan

agensi kerajaan adalah amat penting.

PERNIAGAAN MENDAPAT KEJAYAAN DAN LAIN-LAIN

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi

dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut

diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat

dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan

halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya,

beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga

membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan

daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Page 4: Profil Usahawan Pilihan Mun

ANTARA DUGAAN YANG DIHADAPI

1) Cabaran bagi pengusaha Ramly Burger iaitu Dato' Ramly Mokni.

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan

mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang .Beliau

menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk membuka kilang untuk mengeluarkan

daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan

jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk

nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger

bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.

Beliau seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta

berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah

diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan

pinjamannya.

Beliau mengatakan sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya

terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya.Sebarang rungutan

dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya

dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui

masalahnya.

2) Isu DNA babi dalam Ramly Burger

Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Ia

berikutan sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

yang mendakwa jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian

satu sample produk Ramly Burger di sana.

Perkara ini telah dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan

Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut. Dalam surat

terbuka bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk

mensabotaj syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama Islam

dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Beliau menambah

bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka sungguh menitik beratkan soal halal

haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal

produk yang dikeluarkan. Beliau mendakwa memang ada kertas bungkusan yang bukan

milikan Ramly telah ditemui digunakan dan aduan polis telah dibuat tentang perkara ini.

Page 5: Profil Usahawan Pilihan Mun

Satu pemeriksaan premis telah dilaksanakan oleh Pejabatan Kesihatan Daerah Kulim, Kedah

yang mengesahkan tiada DNA Babi ditemui. Beliau menasihati orang ramai menghubungi

pihak JAKIM untuk penjelasan lanjut (Jika ada).

Dalam perkara ini, kami mengakui pentingnya pemantauan status halal dibuat oleh pihak

kerajaan, tetapi janganlah ia dibuat dengan cara tergesa gesa dan di laporkan pula oleh

sebuah pejabat peringkat daerah dan sebuah agensi yang tidak berkenaan. Sebarang

pengumuman sepatutnya dibuat oleh pihak yang berwibawa seperti JAKIM pusat atau

negeri dengan prosedur yang ketat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, fitnah atau

sabotaj.

Kita harus maklum sejak baru baru ini banyak perusahaan Melayu/Islam telah disasarkan

oleh pihak yang tidak dikenali melalui internet. Ini termasuklah kes roti Gardenia, KFC, Kek

Lapis Sarawak dan kini pula Ramly Burger, yang kesemuanya dimiliki atau di kuasai oleh

usahawan Melayu/Islam. Kita tidak tahu siapa yang memulakan fitnah ini dan apa tujuan

mereka. Namun kita sebagai masyarakat Islam, walaupun perihatin dengan soal halal

haram, perlulah berhati hati supaya tidak mudah digunakan oleh pihak lain untuk

memfitnah dan menjatuhkan perusahaan Islam.

4) Hanya dianggap sebagai sampah di Singapura

Burger Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan yang

kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki lima diwaktu malam

tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai pembungkus makanan. Ini kerana kerajaan

Singapura telah mengharamkan daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu

yang lama .

Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger and

Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger Ramly mencipta resepi burger

keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati

dimana - mana seluruh Malaysia termasuk Singapura, Thailand ke Filipina dan

Indonesia.Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti

bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.

FALSAFAH PERNIAGAAN DAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN.

Beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu

barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan

keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan

hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa

dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat

jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam

menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah

dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

Page 6: Profil Usahawan Pilihan Mun

PENCAPAIAN YANG DICAPAI DARI SEGI BAHAGIAN PASARAN, JUMLAH JUALAN,

BILANGAN OUTLETS, PENGIKTIRAFAN, PENGGUNAAN & PENERIMAAN PRODUK,

DAN LAIN-LAIN

Dato' Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun

dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini

telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula dengan

pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah

berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-

anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd.,

Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Syarikat beliau telah

diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecermelangan

prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984)

dan Anugerah Usahawan Jaya (1992). Bukan itu sahaja malah pada tanggal 11 Disember

2009 beliau telah menerima pingat kebesaran berpangkat Dato daripada Duli Yang Maha

Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda Sultan.

Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau

RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan

hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan

dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.

Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja

yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat

syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME Bank telah meluluskan pembiayaan

syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan

mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi.

Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam

industri makanan sejuk beku di negara ini.

Pengedaran

Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan

produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni

Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala

Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada

pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan

kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati

dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak

syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam.

Page 7: Profil Usahawan Pilihan Mun

Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh

dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.

Kualiti

Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk.

Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan

bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini

berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi

Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Produksi

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan

kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji

dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi

kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat

memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan

juga memastikan produktiviti produk.

Produk

Daging burger

Merupakan produk utama buat syarikat ini. Untuk memasak daging burger Ramly, tidak

begitu sukar, cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger,

dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula ialah

timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-

ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan orang Malaysia. Sebagai sos

tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.

Pengiktirafan

1982,1984,1992- Bank Pembangunan Malaysia:Pembangunan cemerlang

2008-MAHA/HPPNK:produk cemerlang

Inovasi DPMM

Kementerian Pertanian Malaysia:produk cemerlang

2010- GIANT jenama terkenal:pembekal tahunan terbaik

Malaysian Industrial Estate Berhad:Penghargaan Pengguna

2009 - Pingat Kebesaran Pangkat Dato

Page 8: Profil Usahawan Pilihan Mun

FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN PERNIAGAAN.

Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada

ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan

komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk

mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan

beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di

samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu

barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan

keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan

hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa

dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat

jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam

menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah

dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG DAN CABARAN YANG ADA DARI SEGI PRODUK

Kekuatan:

1. Jenama yang dikenali ramai

2. Konsep penghasilan produk yang kukuh

3. Menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk

Kelemahan:

1. Kekurangan saluran keluar produk

2. Persekitaran produk yang tidak sihat

Peluang:

1. Produk baru

2. Target pasaran yang besar

3. Skop pengagihan produk yang luas

Page 9: Profil Usahawan Pilihan Mun

Cabaran:

1. Persaingan yang kuat

2. Kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan

4. Pengawalan undang-undang tempatan

GALERI

Page 10: Profil Usahawan Pilihan Mun

Sumber rujukan :

http://www.ramly.com.my/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&sec=Korporat&pg=ko_02.ht

m

http://greenboc.blogspot.com/2011/12/cubaan-sabotaj-frankfurter-ramly-gagal.html

http://prezi.com/wudtyhaev4sy/ramly-burger/

http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.com/2011/12/haji-ramly-bin-mokni.html

http://www.scribd.com/doc/172439020/Keusahawanan-Assignment-Raya-2#

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_BersihdanBermu

tu__8217_/Article

http://boisanerd.blogspot.com/2009/12/ramly-burger-is-now-dato-ramly-burger.html

http://group9-apk.blogspot.com/2012/10/syarikat-ramly-burger-dan-permasalahan.html

http://dwnekonomi.dbp.my/wordpress/?p=315