PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1....
Transcript of PROFIL YAY ASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN …yppbm.org/wp-content/uploads/2013/07/Profil-YPPBM.pdf1....
2013/14
No. Pendaftaran : PPM-026-14-14062013
Laman WEB : www.yppbm.org
Emel : admin@yppbm@org
PROFIL YAYASAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
BERTERUSAN MALAYSIA (YPPBM)
Perutusan Presiden
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para Ahli Jawatan Kuasa
kerana memberi mandat kepada saya untuk merajui kepimpinan Yayasan Pembanguan
Pendidikan Berterusan Malaysia. YPPBM mengorak langkah dan telah berjaya mewujudkan
program yang sangat bermanfaat dan efisyen untuk ahli-ahlinya. Saya dan sahabat-sahabat
lain dalam YPPBM sememang faham dan mengetahui peranan yang perlu dimainkan oleh
YPPBM iaitu bukan sahaja membantu para ahli untuk meneruskan pendidikan ke tahap yang
lebih tinggi lagi malah membangunkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan
berterusan di kalangan rakyat jelata.
YPPBM akan sentiasa berusaha untuk mendorong para ahli – ahli supaya tidak ketinggalan
dalam dunia informasi yang moden kini. YPPBM juga sentiasa akan menganjurkan pelbagai
aktiviti – aktiviti yang bermakna untuk mencapai tujuan matlamat YPPBM, iaitu :
1. Memupuk semangat untuk belajar sepanjang hayat dan menambah pengetahuan di
kalangan rakyat.
2. Menjaga dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang ingin terus belajar
tanpa kira usia, jantina, kaum, atau pekerjaan. langkah-langkah perlu diambil dalam proses
membantu rakyat umum yang mundur atau tidak mampu melanjutkan pelajaran.
3. Bekerjasama atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan itu
merupakan pertubuhan pendidikan, sosial atau kebajikan. Pertubuhan - pertubuhan yang
berdaftar dibawah akta pertubuhan didalam negara atau luar negara yang boleh membawa
manfaat kepada matlamat dan tujuan yayasan. (YPPBM)
4. Mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan perkongsian maklumat (infomation sharing
network) di kalangan rakyat yang ingin belajar sepanjang hayat, bagi mempertingkatkan
penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai kecemerlangan pendidikan berterusan
dan matlamat wawasan negara.
5. Mengadakan aktiviti-aktiviti pelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan
termasuk diskusi, ceramah, seminar, latihan, kebudayaan, kesukanan, keagamaan,
penerangan, kaunseling dan motivasi dalam menyediakan pelajar dan masyarakat yang
mampu, berilmu, berwibawa dan bertekad sebagai persediaan membentuk generasi yang
unggul di negara.
6. Mengembang menggalak dan menimbulkan kesedaran pendidikan berterusan kepada
para pelajar di sekolah bagi melahirkan generasi pemimpin di peringat muda dalam bentuk
kegiatan luar darjah dengan mendapat kebenaran kementerian pendidikan terlebih dahulu.
Di YPPBM, kami bertekad untuk melahirkan generasi yang berilmu dan sentiasa
mendahagakan pengetahuan. Oleh itu kami berharap lebih ramai lagi ahli – ahli akan
menyertai YPPBM dan membantu pembangunan pendidikan berterusan di tanah air yang
tercinta.
Dr.Partheban Sinnappan Presiden Kebangsaan
Profil Yayasan Pembangunan Pendidikan Berterusan
Malaysia (YPPBM)
Latar Belakang Yayasan Pembangunan Pendidikan Berterusan Malaysia
(YPPBM)
YPPBM dengan rasminya ditubuhkan pada 14.6.2013 dibawah Akta Pertubuhan
1966. Pengasasnya ialah Saudara Dr. S. Partheban, seorang ahli akademik yang
mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan berterusan.
Nama Yayasan : Yayasan Pembangunan Pendidikan Berterusan Malaysia
No. Pendaftaran : PPM-026-14-14062013
Tarikh Pendaftaran : 14 Jun 2013
Alamat Berdaftar : 164-5C RUMAH PANGSA SRI KELANTAN, SENTUL PASAR. 51100
SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Alamat Sekretariat : No. 23 S2 D39, 1st FLOOR , MAGISTRATE COURT BUSINESS
CENTRE, CITY PARK, SEREMBAN 2, 70300,SEREMBAN, NEGERI
SEMBILAN
Alamat Surat Menyurat : 36, JALAN BP 5, BUKIT PERMATA, SELAYANG, 68100, BATU
CAVES, SELANGOR
No.Telefon : 03 - 2718 0901
No. Faks : 03 - 2178 4469
No. Telefon Bimbit : 012-2030965 (Presiden)
Website : www.yppbm.org
Facebook : https://www.facebook.com/yppbm
Emel : [email protected]
Bank : Maybank, Cawangan Sri Gombak
Carta Organisasi
PRESIDEN : DR. S PARTHEBAN
TIMBALAN PRESIDEN : EN. MOHAMED SHAPIR BIN ABDUL KADER
SETIAUSAHA : EN. P.DHARMALINGAM
PENOLONG SETIAUSAHA : HEMA SUNDRAM
BENDAHARI : EN. S. NANTHAKUMAR
PENOLONG BENDAHARI : PN. JAYANTHY MUNIANDY
AHLI JAWATAN KUASA :
DR. TERENCE CHRISTOPHER ROBSON
EN. HARUN RAJ BIN ABDULAH
EN. RAVI PRABHAKARAN
EN. ADAM ANTONY
AJK PERINGKAT NEGERI :
(STATE ACTION COMMITTEE )
SELANGOR
EN. NAVINTHARAN
PULAU PINANG
EN. LOGA SARAVANAN
Keahlian
1. Kriteria keahlian YPPBM adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i.Kewarganegaraan : Malaysia
ii.Umur Minima : 18 tahun
iii.Kawasan/Negeri
Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv.Keturunan/Bangsa : Semua
v.Jantina : Semua
vi.Agama : Semua
vii.Kriteria Keahlian Yang Lain : Mesti Menikut Peraturan Yayasan
B. Ahli Bersekutu : Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria
ahli biasa.
C. Ahli Kehormat : Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada
masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada
pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur Hidup : Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran
sekaligus.
E. Ahli Remaja : Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke
bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran
bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang
sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang
jawatan dalam Pertubuhan.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan
dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan
secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh
mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,
hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan
hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi
kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala
hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan
cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung
keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.
Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara
bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan
membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan
mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
YURAN
1. Bayaran masuk : RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja)
2. Yuran : RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
a. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7
hari dari awal tiap-tiap tahunan
b. Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli ) RM 600.00 (Ringgit
Malaysia Enam Ratus Sahaja)
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima
surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak
keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun
dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh
memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka
berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh
dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir
membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan
dianggap sama seperti hutang yuran tahun.
3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan.
Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata
Tahunan pertubuhan.
4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur,
menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
Projek berterusan YPPBM
Di YPPBM, kami mempuyai 4 projek yang berterusan
yang kami tumpukan perhatian. Segala kegiatan
YPPBM adalah berdasarkan projek - projek berkaitan.
Disini kami meluahkan mengenai projek - projek
seperti tertera di atas.
Project G20K2020 - Help To Produce 20 Thousand Graduates From Adult Learner
Community By The Year 2020.
Melalui Project G20K2020 ini kami berhasrat membantu melahirkan seramai 20 ribu graduan
dari kalangan masyarakat pelajar dewasa. Untuk mencapai tujuan tersebut kami sedia
bergabung tangan dengan institusi - institusi pengajian tinggi badan - badan sukarelawan
dan agensi - agensi kerajaan yang berkenaan. Kami sentiasa akan meganjurkan program -
program motivasi , seminar peluang pendidikan tinggi, dan pelbagai aktiviti lagi untuk
menjayakan Project G20K2020
Project EWEN - Educate Woman, Educate Nation
Project EWEN adalah khas untuk golongan wanita yang ingin menambah pengetahuan dan
mininggikan lagi tahap pendidikan mereka. Selaras dengan pencapaian negara dalam
pelbagai bidang, para wanita tidak patut ketinggalan dalam arus kemajuan nasional. Project
EWEN berhasrat untuk memupuk keinginan belajar tanpa batasan dalam naluri kaum
wanita. Untuk mencapai tujuan mulia ini YPPBM akan bekerjasama dengan pihak kerajaan
dan swasta untuk mambantu para wanita memperolehi pendidikan berterusan tanpa apa -
apa halangan. Bagi mencapai matlamat Project EWEN, YPPBM akan sentiasa bekerja keras
melalui aktiviti - aktiviti yang progresif dan dinamik.
Project ETLF - Educate The Less Fortunate
Project ETLF berhasrat untuk memberikan peluang yang munasabah dan adil kepada
golongan yang kurang bernasib baik dari segi kewangan dan geografi. Ramai penduduk di
negara ini, khasnya dari kawasan pendalaman dan luar bandar tidak mempunyai peluang
untuk meyambung pendidikan kerana soal jarak dan wang. Project ETLF diwujudkan khas
untuk membantu golongan berkenaan untuk mendapat bantuan dan pertolongan yang
diperlukan bagi mereka menimba ilmu tanpa batasan. YPPBM dengan sedaya upaya akan
terus berusaha supaya golongan yang kurang berada tidak ketinggalan dalam proses
menerima pendidikan berterusan. Semua jenis kegiatan dan aktiviti akan dilaksanakan dari
masa ke masa untuk mencapai tujuan yang murni ini.
Project EFA - Education For All
Project EFA merupakan sebuah projek yang berhasrat mulia, ini kerana melalui projek ini
YPPBM bercita - cita untuk membantu semua golongan rakyat, khususnya golongan yang
kurang berupaya dari segi fizikal, warga emas, pekerja syif, ibu tunggal, suri rumah, pesara
tentera, penghuni penjara dan seumpamanya untuk menerima pendidikan berterusan
dengan sempurna tanpa apa - apa batasan. Project EFA adalah diasaskan dengan tujuan
pendidikan berterusan untuk semua tak kira usia, jantina, bangsa, keupayaan fizikal,
pekerjaan, kewarganegaraan, dan seumpamanya. Di YPPBM kami percaya bahawa
pendidikan berterusan adalah hak umum dan bukan eksklusif bagi segelintir sahaja. YPPBM
memerlukan banyak sokongan dan bantuan dari semua pihak untuk mencapai kejayaan
dalam proses perlaksanaan projek ini. YPPBM memutuskan bahawa segala kaedah bijaksana
dan rancangan progresif akan digunakan untuk menjayakan projek yang unik ini.
Aktiviti
1. Mesyuarat Penubuhan
Tarikh : 30 April 2013, Masa : 9.00pm, Tempat : Ibu pejabat MAMSA, Seremban, Negeri
Sembilan
2. Mesyuarat AJK Pertama
Tarikh : 30 Jun 2013, Masa : 8pm, Tempat : Restoran Coffee Box, Sri Gombak, Selangor
3. Upacara Tandatangan Perjanjian Persefahaman (MOU) antara YPPBM dan Malaysian
Management Science Academy (Official Learning Provider of Asia E University). Malaysian
Management Science Academy atau MAMSA bersetuju untuk membantu YPPBM dalam
segala aktiviti – aktiviti pembangunan pendidikan berterusan di Malaysia.
Tarikh : 5 Julai 2013, Masa : 2pm, Tempat : Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Seminar Peluang Pendidikan Berterusan bagi golongan bekerja
Tarikh : 20 Julai 2013, Masa : 6pm – 9pm, Tempat : Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani, Kedah
5. Majlis Pelancaran YPPBM (soft launching) & Seminar Peluang Pendidikan Berterusan
Tarikh : 21 Julai 2013, Masa : 2pm – 5pm, Tempat : Hotel Palm Inn, Butterworth, Penang