Prog Disiplin 2016

download Prog Disiplin 2016

of 7

description

aaa

Transcript of Prog Disiplin 2016

KERTAS KERJA CADANGAN

KERTAS KERJA CADANGANUNIT DISIPLIN & PENGAWASHAL EHWAL MURID 2016SK PAROI, KM 8 JALAN KUALA PILAH, 70400 SEREMBAN,N.SEMBILAN DARUL KHUSUS.

PENDAHULUAN

Sekolah merupakan sebuah unit kecil yang penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun dengan menerapkan pelbagai elemen yang berperanan dalam pembangunan sesebuah negara. Matlamat disiplin adalah untuk menjadikan seorang pelajar itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Berteraskan matlamat tersebut, Program Unit Disiplin dan Pengawas SK Paroi berperanan memberi pengetahuan dan garis panduan kepada murid dan seluruh warga sekolah tentang nilai-nilai dan etika disiplin yang perlu diamalkan oleh semua murid. Pelaksanaan semua program 2016 adalah diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk komuniti murid khasnya serta warga sekolah amnya yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek kecemerlangan disiplin diri dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni. Masyarakat yang harmoni terbentuk daripada pelaksanaan disiplin dan peraturan hidup yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

OBJEKTIF

1. Memberi kefahaman tentang disiplin dan peraturan di Sekolah Kebangsaan Paroi.2. Mewujudkan sebuah instusi pendidikan yang seiring dengan konsep pelaksanaan Falsafah Pendidikan Negara seterusnya melahirkan Modal Insan yang berkualiti.3. Menyuburkan kesedaran dan tanggungjawab warga sekolah SK Paroi terhadap kepentingan berdisiplin di dalam kehidupan seharian.4. Melahirkan murid yang berakhlak terpuji dan mengamalkan budaya hidup cemerlang.

NAMA PROGRAM

PROGRAM KECEMERLANGAN DISIPLIN SK PAROI 2016.

PENGISIAN PROGRAM

Melalui kertas kerja ini, telah dirangka semua program yang akan dijalankan sepanjang 2016 iaitu :

1. Kursus Sahsiah & Kepimpinan (Bina Jati Pemimpin).2. Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda 2016.3. Bulan Penghayatan Disiplin SK Paroi 2016.4. Ceramah Oleh Unit Disiplin PPD Seremban.5. Lawatan Kepimpinan Pengawas 2016.6. Kursus Kekeluargaan 2016.7. Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah (Penghargaan Oleh Badan Pengawas).8. Ceramah Salahlaku Murid.9. Jamuan Perpisahan Pengawas 2016.

TEMA

Disiplin Membentuk Generasi Berkualiti

ANJURAN

Unit Disiplin & Pengawas,Hal Ehwal Murid,Sk Paroi,KM 8 Jalan Kuala Pilah, 70400 Seremban,N.Sembilan Darul Khusus.

SASARAN

Murid Tahun 1 hingga 6 SK Paroi.

TARIKH

1 Januari 2016 hingga 25 November 2016.

TEMPAT

Kawasan Sekolah Kebangsaan ParoiIbu pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Sembilan

Lampiran AAHLI JAWATANKUASA PELAKSANAUNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS 2016

Pengerusi :En Jalal Bin TaibNaib Pengerusi:Pn Azimah bt AliasPenyelaras:En Hasbullah bin RamliSetiausaha :Pn Ilyana Binti Mohd Jamaluddin

AHLI JAWATANKUASA Pn Zarina bt Sidek (Penyelaras Badan Pengawas) En. Mohd Khairul Ikhwan bin Mohd Wafa (Penyelaras Ketua/Penolong Kelas)Pn Norhayati bt IdrisPn Aisah bt AhmadPn Hjh Haniza bt OmaruddinTn Hj Abu Samah b Miad En Ahmad Asyraf Bin Hamzah En. Ahmad Firdaus bin Abdullah Pn Nor Ashikien bt Mohamad

Lampiran B

TAQWIM TAHUNAN PROGRAM DISIPLIN DAN PENGAWAS 2016

BULANAKTIVITI

JANUARIMESYUARAT UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS BIL 1TAKLIMAT DAN MESYUARAT EXCO PENGAWAS 2016TAKLIMAT DISIPLIN MURID LELAKI 2016TAKLIMAT DISIPLIN MURID PEREMPUAN 2016MESYUARAT DAN PERJUMPAAN BADAN PENGAWAS BIL 1KURSUS SAHSIAH & KEPIMPINAN (BINA JATI PEMIMPIN) MESYUARAT UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS(LANTIKAN PEMIMPIN MUDA)MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2016

FEBRUARIPERJUMPAAN BADAN PENGAWAS BIL 2SPOT CHECK 1 (PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI)BULAN PENGHAYATAN DISIPLIN SK PAROI 2016

MACPERJUMPAAN BADAN PENGAWAS BIL 3SPOT CHECK 2 (BARANGAN MURID)CERAMAH OLEH UNIT DISIPLIN PPD SEREMBAN

APRILPERJUMPAAN BADAN PENGAWAS BIL 4LAWATAN KEPIMPINAN PENGAWAS 2016KURSUS KEKELUARGAAN 2016

MEIPERJUMPAAN BADAN PENGAWAS BIL 5SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH (PENGHARGAAN OLEH BADAN PENGAWAS)

JUNMESYUARAT UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS BIL 2MESYUARAT BADAN PENGAWAS BIL 2SPOT CHECK 3 (PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI)CERAMAH SALAHLAKU MURIDLANTIKAN PENGAWAS PELAPIS TAHUN 3 2017

JULAIPERJUMPAAN BADAN PENGAWAS BIL 6SPOT CHECK 4 (BARANGAN MURID)

OGOSPERJUMPAAN BADAN PENGAWAS BIL 7

SEPTEMBERPERJUMPAAN BADAN PENGAWAS BIL 8PEMILIHAN CALON PENGAWAS 2017/2018

OKTOBERTAKLIMAT BADAN PENGAWAS 2017/2018JAMUAN PERPISAHAN PENGAWAS 2016MAJLIS PENGISYTIHARAN PENGAWAS 2017/2018

NOVEMBERTAKLIMAT AKHIR TAHUN PELAJARSPOT CHECK 5 (BARANGAN MURID)

Lampiran C

BELANJAWAN PROGRAMUNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS 2016

PERBELANJAAN

PERKARASASARANJUMLAH

KURSUS SAHSIAH & KEPIMPINAN (BINA JATI PEMIMPIN)186 MURID11 GURURM 7000

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2016156 MURIDRM 200

BULAN PENGHAYATAN DISIPLIN SK PAROI 2016650 MURIDRM 2000

CERAMAH OLEH UNIT DISIPLIN PPD SEREMBAN600 MURIDRM 200

LAWATAN KEPIMPINAN PENGAWAS 201611 GURU60 MURIDRM 3000

KURSUS KEKELUARGAAN 201630 MURID60 IBUBAPARM 1500

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH (PENGHARGAAN OLEH BADAN PENGAWAS)70 GURURM 350

CERAMAH SALAHLAKU MURID600 MURIDRM 200

JAMUAN PERPISAHAN PENGAWAS 201611 GURU60 MURIDRM 1500

JUMLAHRM 15950

PENDAPATAN

PERKARAJUMLAH

Peruntukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK ParoiRM 15950

JUMLAHRM 15950

PENUTUP

Program yang dirangka ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang untuk membentuk akhlak anak murid di SK Paroi supaya mereka berjaya dibentuk menjadi murid yang bersahsiah terpuji dunia dan akhirat. Akhlak yang cemerlang ini mampu mengubah paradigma pemikiran warga sekolah. Semoga usaha para guru dan ibubapa dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh :

............................................Pn Ilyana Mohd Jamaluddin,(Setiausaha Unit Disiplin dan Pengawas 2016)

Disemak oleh :

.....................................En Hasbullah bin Ramli,(Pengerusi Unit Disiplin dan Pengawas 2016)

Disokong oleh :

.......................................En Jalal Bin Taib,Guru Besar,SK Paroi,Km 8 Jalan Kuala Pilah, 70400 Seremban,N.Sembilan Darul Khusus.