Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
Transcript of Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
1/45
307Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
PROGRAM / AKTIVITIKESIHATAN DI SEKOLAH
KesihatanDiri
PemeriksaanKesihatan Diri
KesihatanPersekitaran
Sekolah
Bebas DenggiSekolahBebas Dadah
Program KesihatanSemasa
Rancangan
MakananTambahan
Program SusuSekolah
Programbersama KKM
ProgramKesihatan Mulut
Kempen GayaHidup Sihat
Kelab DoktorMuda
Program ProstarSekolah
KawalanPemakanan
KebersihanKantin Sekolah
KawalanMakanan KantinSekolah
KawalanMakanan Asrama
UNIT 11
PROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN DI SEKOLAH
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat :
1. Memupuk amalan kebersihan, keselamatan serta kesihatan diri dan persekitaran
sekolah dalam kalangan pelajar.
2. Menganalisis program / aktiviti kesihatan sekolah yang dilaksanakan.
3. Mengendalikan program / aktiviti kesihatan di sekolah.
PETA KONSEP TAJUK
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
2/45
308Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
PENGENALAN
Rajah 11.1 : Ragam seorang kanak-kanak apabila disuntik.
(sumber: http://www.tempo.co/read/news/)
Anda mungkin pernah menangis seperti kanak-kanak dalam foto di atas sewaktu zamanpersekolahan dahulu apabila kaki tangan kesihatan hendak menyuntik anda. Anda tak perlu
merasa malu, kerana situasi tersebut berlaku kepada kebanyakan kanak-kanak di seluruh
negara apabila adanya lawatan Pasukan Kesihatan ke sekolah untuk program imunisasi
melalui pelbagai jenis suntikan.
Mungkin juga, sewaktu sedang berada di dalam bilik darjah, anda tertanya-tanya apakah
yang sedang berlaku di sekolah semasa anda terlihat sekumpulan juru rawat tiba di sekolah
dengan membawa beberapa peralatan yang berbungkus putih. Setiap tahun, anda akan
melihat kehadiran juru rawat di sekolah anda. Dan, perkara tersebut berjalan secara
berterusan, hampir setiap tahun sehinggalah anda menamatkan zaman persekolahan.
Kini, kesan daripada program kesihatan yang dilaksanakan di sekolah dengan kerjasama
Kementerian Kesihatan Malaysia membuatkan sebahagian besar daripada kita memperoleh
kesihatan yang lebih baik. Bagaimanakah pula, jika perkhidmatan kesihatan tersebut tidak
dinikmati oleh kita semua?
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
3/45
309Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
ISI KANDUNGAN
Program Kesihatan Sekolah
Unit ini merupakan sambungan kepada unit terdahulu. Fokus utama unit ini adalah untuk
menganalisis beberapa program / aktiviti kesihatan yang telah dan sedang dilaksanakan di
sekolah-sekolah seluruh negara.
Dengan merujuk kepada peta konsep pada awal unit ini, kita akan melihat beberapa contoh
terpilih berkaitan setiap program / aktiviti kesihatan tersebut. Bagi memudahkan pembacaan
dan pemahaman, kita akan menganalisis program tersebut mengikut lima kategori iaitu:
i.
kesihatan diriii. kesihatan persekitaran
iii. program kesihatan semasa
iv. program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia
v. kawalan pemakanan
Pada unit 6, kita telah didedahkan mengenai peranan organisasi kesihatan dalam membantu
meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan sosial penduduk dunia. Kita juga telah didedahkandengan isu-isu alam sekitar, pembangunan dan sebagainya dan hubungannya yang
mempengaruhi tahap kesihatan dalam kalangan penduduk dunia. Melalui hubungan-hubungan
tersebut, mewujudkan apa yang dipanggil ciri-ciri penduduk yang mampan. Justeru, untuk
mencapai ciri-ciri tersebut pada masa hadapan, ia boleh ditentukan oleh penduduknya yang
sihat dan persekitaran yang selamat.
Demi usaha ke arah masyarakat mampan pada masa hadapan, ia perlu bermula daripada
peringkat awal. Siapakah sasaran kita dalam perkara ini? Sudah tentulah kumpulan sasaran
adalah pelajar sekolah. Golongan ini dianggap sebagai modal insan dan agen perubahan
yang bakal mempengaruhi ahli masyarakat pada masa hadapan. Oleh yang demikian, taraf
kesihatan mereka perlu dikekalkan pada paras yang optima melalui promosi-promosi
kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
4/45
310Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Kesihatan Diri
Kesihatan diri / peribadi adalah kesihatan keseluruhan badan dan minda. Kita semua berbeza
daripada aspek kesihatan diri. Badan kita memerlukan makanan yang sihat dan bersenam
untuk kekal dalam kedudukan yang baik. Begitu juga dengan minda kita. Otak kita memerlukan
imbangan kimia untuk membantu kita untuk kekal sihat.
Banyak faktor yang bergabung bersama yang mempengaruhi atau memberi kesan kepada
kesihatan individu dan masyarakat. Sihat atau tidak kepada seseorang adalah ditentukan oleh
keadaan dan persekitaran mereka. Secara keseluruhannya, faktor-faktor seperti di mana kita
hidup, keadaan alam sekitar kita, genetik, pendapatan dan tahap pendidikan, dan hubungan
kita dengan rakan-rakan dan keluarga, semuanya mempunyai kesan yang besar ke atas
kesihatan. Walaupun faktor-faktor lain seperti akses dan penggunaan perkhidmatan
penjagaan kesihatan turut memberikan pengaruhnya, namun ia memberikan impak yang lebih
kecil.
Penentu kesihatan termasuklah persekitaran sosial dan ekonomi, persekitaran fizikal, dan ciri-
ciri individu dan tingkah laku. Konteks kehidupan seseorang individu lazimnya menentukan
kesihatan mereka. Untuk menyalahkan individu yang mempunyai kesihatan yang kurang baikatau mengkreditkan mereka untuk kesihatan yang baik adalah kurang sesuai. Setiap individu
tidak mungkin dapat terus mengawal banyak penentu kesihatan. Penentu atau perkara-
perkara yang membuat orang yang sihat atau tidak- termasuk faktor-faktor di atas, dan lain-lain
lagi seperti:
i. Pendapatan dan status sosial - pendapatan yang lebih tinggi dan status sosial
dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik. Semakin besar jurang antara orang kaya
dan miskin, lebih besar perbezaan dalam kesihatan.
ii. Pendidikan - tahap pendidikan yang rendah dikaitkan dengan kesihatan yang kurang
baik, lebih banyak tekanan dan rendah keyakinan diri.
iii. Persekitaran fizikal - air yang selamat dan udara bersih, tempat kerja yang sihat,
rumah-rumah yang selamat, masyarakat dan jalan raya, semuanya menyumbang
kepada kesihatan yang baik.
iv. Rangkaian sokongan sosial - sokongan yang lebih besar daripada keluarga, rakan-
rakan dan masyarakat dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik. Budaya seperti
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
5/45
311Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
adat dan tradisi, dan kepercayaan keluarga dan masyarakat semuanya mempengaruhi
kesihatan.
v. Genetik - keturunan memainkan peranan dalam menentukan jangka hayat, keafiatan
dan kemungkinan mendapat penyakit tertentu. Tingkah laku peribadi dan kemahiran
menangani (coping skills) - pemakanan seimbang, aktif, merokok, minuman alkohol,
dan bagaimana kita berhadapan dengan tekanan hidup dan cabaran semuanya juga
turut mempengaruhi kesihatan.
vi. Perkhidmatan kesihatan - akses dan penggunaan perkhidmatan yang mencegah dan
merawat penyakit juga mempengaruhi kesihatan.
vii. Jantina - lelaki dan wanita mengalami pelbagai jenis penyakit pada umur yang berbeza
(http://www.who.int/hia/evidence/doh/en/)
Faktor pendidikan dan perkhidmatan kesihatan sebagaimana dijelaskan di atas sangat berkait
dengan isi kandungan pada Unit ini. Terdapat pelbagai program-program atau aktiviti yang
dirangka dan dilaksanakan di sekolah yang berfokus kepada kesihatan diri. Justeru Unit ini
akan membincangkan tentang program dan aktiviti tersebut.
Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1)
Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) merupakan dokumen penting yang mencatatkan
semua maklumat tentang kesihatan murid yang diperoleh semasa alam persekolahan
mereka. Buku ini menjadi buku rujukan yang merekodkan segala proses pertumbuhan
dan perkembangan murid semasa mereka berada di alam persekolahan. Buku ini
lazimnya diberi secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk setiap
murid sekolah sejak dari tahun 1 persekolahan.
Ibu bapa bertanggungjawab untuk mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut
dan menandatangani akuan kebenaran kepada petugas kesihatan untuk menjalankan
pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka. Amat penting bagi
ibu bapa dan penjaga memahami isi kandungan yang terdapat dalam RKM1 agar
dapat menjadi panduan penjagaan kesihatan anak mereka sepanjang masa
persekolahan. Buku ini akan disimpan oleh pihak sekolah bagi membolehkan dan
memudahkan pengawasan kesihatan murid.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
6/45
312Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Buku kesihatan ini akan diberikan kepada murid sekiranya mereka bertukar sekolah
atau memasuki alam sekolah menengah. Seterusnya buku ini perlu di serah kepada
sekolah yang baru untuk simpanan. Ibu bapa boleh minta buku ini daripada pihak
sekolah sekiranya ingin melihat rekod kesihatan anak mereka.
Program pemeriksaan kesihatan diri
Pemeriksaan kesihatan diri merupakan salah satu proses pemeriksaan fizikal yang
dijalankan sama ada oleh pegawai perubatan, juru rawat semasa murid berada dalam
pra sekolah, tahun 1, tahun 6 dan tingkatan 3. Contoh Jadual Pemeriksaan yang
dilakukan adalah seperti di bawah:
Jadual 11.1 : Pemeriksaan kesihatan murid tahun 1
Pemeriksaan Kesihatan Sebab Pemeriksaan
Tinggi dan berat Menentukan status pemakanan murid
Pemeriksaan mataMengesan masalah rabun, mata malas yang bolehmengganggu pencapaian akademik
Saringan pendengaran
Mengesan masalah pendengaran minimum dan
sederhana yang boleh menghalang pencapaianakademik
Pemeriksaan jantung dan paru-paru
Mengesan masalah penyakit jantung kongenitalyang tidak dikenal pasti semasa bayi.
Kes-kes yang dikenal pasti akan dirujuk untukpengesahan
Pemeriksaan tulang rangkaMengesan kecacatan tulang rangka yang tidakdikesan semasa bayi.
Pemeriksaan kebersihan diri Mengesan jangkitan kutu kepala, kudis buta,masalah kulit untuk diberi rawatan.
Pemeriksaan testisMengesan masalah seperti 'hydrocele' dan'undescended testis' di kalangan murid lelaki.
Pengesanan masalah pembelajaran
Menerima rujukan kes daripada guru-guru yangmelaporkan murid mempunyai masalah dalamkemahiran membaca, menulis, mengira danmenaakul. Murid-murid ini seterusnya akan dirujukkepada pakar untuk mendapat pengesahan masalahdan penempatan pembelajaran yang sesuai dengankemampuan murid.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
7/45
313Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Jadual 11.2: Pemeriksaan kesihatan murid tahun 6
Pemeriksaan Kesihatan Sebab Pemeriksaan
Pemeriksaan tinggi dan berat
Menentukan status pemakanan murid sama ada
mempunyai berat badan unggul, berisiko beratbadan atau obes.
Pemeriksaan mataMengesan masalah rabun yang belum dikenal pastidan peningkatan rabun di kalangan murid yangmemakai cermin mata.
Saringan rabun warna
Dijalankan ke atas murid lelaki oleh sebabberlaku di kalangan murid lelaki sahaja.
Mengesan masalah rabun warna 'color defect'yang boleh mempengaruhi pilihan kerjaya murid.
Pemeriksaan tulang rangka
Mengesan masalah skoliosis di peringkat awal. Kes-
kes yang disyaki akan dirujuk ke hospital untukpengesahan dan intervensi awal.
Pemeriksaan kebersihan diriMengesan jangkitan kutu kepala, kudis buta,masalah kulit untuk diberi rawatan.
Jadual 11.3: Pemeriksaan kesihatan murid tingkatan 3
Pemeriksaan Kesihatan Sebab Pemeriksaan
Pemeriksaan tinggi dan beratMenentukan status pemakanan murid sama adamempunyai berat badan unggul, berisiko beratbadan atau obes.
Pemeriksaan mataMengesan masalah rabun yang belum dikenal pastidan peningkatan rabun di kalangan murid yangmemakai cermin mata.
Saringan rabun warnaSekiranya tidak dilakukan pada tahun 6.Mengesan masalah rabun warna 'color defect'
yang boleh mempengaruhi pilihan kerjaya murid.
Saringan pendengaran Mengenal pasti murid mengalami risiko kepekakan.
Pemeriksaan tulang rangkaMengesan masalah skoliosisdi peringkat awal. Kes-kes yang disyaki akan dirujuk ke hospital untukpengesahan dan intervensi awal.
Saringan kesihatan remaja
Optional. Tidak dilakukan di semua sekolah. Ibubapa yang berminat boleh membawa anak untukmendapatkan saringan ini di klinik kesihatan yangberhampiran.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
8/45
314Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Lazimnya melalui program kesihatan sekolah ini, antara masalah-masalah kesihatan
yang dikesan di kalangan murid sekolah adalah seperti obesiti, ketajaman penglihatan,
rabun warna, tulang rangka yang tidak normal, jangkitan cacing, kudis buta, dan
kurang pendengaran (http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/bayikanak-
kanak/umum/perkhidmatan-kesihatan-sekolah).
.
Kesihatan Persekitaran
Terdapat banyak program dan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran yang
dijalankan di sekolah-sekolah seluruh negara. Konsep utama kesihatan persekitaran adalah
mengenai kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi, persekitaran dan
persekitaran terbina (built environment) yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan
kesihatan manusia. Dalam erti kata yang lain, kesihatan persekitaran berusaha untuk
menangani faktor-faktor luaran (fizikal, kimia, biologi, kesan tingkah laku) bagi individu yang
merangkumi penilaian dan kawalan faktor-faktor tersebut yang berpotensi untuk menjejaskan
kesihatan manusia.
Dalam bahagian ini, kita akan meninjau dua program yang berkaitan dengan kesihatan
persekitaran di sekolah. Dua program yang akan dibincangkan ini adalah berkaitan dengan
kawalan wabak penyakit berjangkit iaitu denggi dan juga perkara yang berkaitan dengan kesan
tingkah laku iaitu dadah.
Sekolah Bebas Denggi
Pengenalan
Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global
dan endemik di beberapa buah negara seperti Afrika, Amerika Syarikat, Mediterranean
Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO 2001). Penyakit ini disebabkan oleh
virus denggi yang di bawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan peningkatan
morbiditi dan mortaliti. Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit
yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun yang lalu,
bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan
peningkatan iaitu daripada 4,718 kes pada tahun 1999 kepada 15,442 ke pada tahun
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
9/45
315Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
2003. Kadar insiden pula meningkat daripada 20.7/100.000 penduduk pada tahun
1999 kepada 61.6/100,000 pada tahun 2003 (KKM, 2003).
Kes denggi juga didapati naik secara mendadak sehingga kerajaan telah
mengisytiharkan empat negeri iaitu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Perak dan Selangor memiliki jumlah penghidap denggi kritikal. Dari Januari
sehingga 24 September 2005, sebanyak 27,569 kes demam denggi dicatatkan di
seluruh negara berbanding 21,786 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2004.
Jumlah kematian telah meningkat kepada 70 orang pada 2005 berbanding 68 orang
dalam tempoh yang sama sepanjang tahun sebelumnya. Dalam pada itu, Kementerian
Kesihatan melancarkan Operasi Kawalan Denggi secara besar-besaran di kesemua
negeri terbabit bagi membendung dan mencegah penyebaran penyakit yang boleh
membawa maut.
Rajah 11.2 : Program Jom Ganyang Aedes dilancarkan melalui sidang media.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
10/45
316Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Latar belakang program
Program Bebas Denggi di sekolah merupakan program bersama di antara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Mula dirancang dan dirangka dalam tahun 1994 dan dilaksanakan pada bulan
Januari 1995. Perasmian program ini di peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh
Y.B. Menteri pendidikan pada 16 Disember 1995.
Hasil mesyuarat di antara Bahagian Sekolah (BS) KPM dengan Kementerian
Kesihatan dan penyelia kesihatan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) pada 17 Januari
2005 telah merumuskan perkara berikut:
penubuhan Jawatankuasa Flying Squadmembasmi Wabak Demam Denggi
Peringkat Negeri dan PPG/D.
Semua negeri perlu melaksanakan Program Bebas Denggi di sekolah-sekolah
seluruh negeri berdasarkan Program Bersepadu Sekolah Sihat.
BS KPM mengarahkan JPN memastikan PPG/D digerakkan gotong-royong
Perdana pada 5 Februari 2005, Gotong Royong Perdana di sekolah dijalankan
serentak di seluruh negara.
Pekeliling bil 2/1982 - Kempen Anti Denggi di sekolah-sekolah terkandung perkara
berikut:
Membersihkan kawasan-kawasan sekolah asrama dan persekitarannya.
Membunuh nyamuk aedes dan mencegah pembiakannya.
Merujuk kes-kes yang disyaki kepada pihak-pihak tertentu (pegawai
perubatan).
Menegaskan usaha-usaha pendidikan mengenai demam denggi secara formal
atau tidak.
Menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat serta bekerjasama
dengan agensi-agensi lain bagi usaha-usaha pencegahan dan pengawalan
penyakit ini.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
11/45
317Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Program ini menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid bagi membentuk
mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal
kejadian penyakit denggi. Program dilaksanakan dengan menyerapkannya ke dalam
program Kesihatan Sekolah yang sedia ada. Murid-murid merupakan golongan yang
mudah di semai dan menerima pengetahuan yang baik dengan harapan mereka dapat
mengamalkan serta membentuk tingkah laku yang positif. Harapan utama program ini
ialah mewujudkan suatu kumpulan yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat.
Matlamat penubuhan Program Bebas Denggi Sekolah
Antara matlamat dan objektif program Bebas Denggi di sekolah adalah:
menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya Cara Hidup Sihat.
Bertujuan mengawal dan mencegah penularan wabak denggi di kawasan
sekolah dan sekitarnya dengan melibatkan pelajar dan guru-guru secara
langsung.
Melatih murid sebagai `change agent untukmemastikan kediaman bebas dari
aedes.
mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas
pembiakan nyamuk eades.
Pelaksanaan aktiviti Sekolah Bebas Denggi
Pelbagai aktiviti juga dilaksanakan oleh kementerian kesihatan Malaysia bagi
mencegah dan mengawal penyakit demam denggi seperti menjalankan pemeriksaan
Aedes, penyemburan kabus, larviciding dan penguatkuasaan Akta Pemusnahan
Serangga Bawaan Penyakit 1975 (Pindaan 2000).
Dalam pelaksanaan Program Bebas Denggi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Bahagian Sekolah khususnya memastikan sekolah adalah ZON SELAMAT kepada
semua warga sekolah terutama kepada murid sekolah. Jika didapati sesebuah
sekolah telah dikenakan kompaun, maka pihak sekolah akan dikenakan surat tunjuk
sebab kepada JPN/PPD/PPG.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
12/45
318Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Peranan jawatan kuasa pencegahan denggi
Jawatan Kuasa Pencegahan Denggi berperanan:
Merancang dan melaksanakan pelan tindakan Pencegahan Pembiakan
nyamuk aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas
denggi,
memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti pendidikan
pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah,
menyebar maklumat tentang bahaya nyamuk eades dan demam denggi dalam
pelbagai kaedah dan media,
melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang
serta melaksanakan program pencegahan denggi,
memantau dan melaporkan pelaksanaan pendidikan pencegahan denggi di
sekolah kepada JPN/PPD,
memantau, melapor, dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi
kepadapihak berwajib.
Langkah kawalan / pencegahan
Memastikan semua lokasi pembiakan dihapuskan.
Aktifkan program bebas denggi di sekolahmenubuhkan Kelab Anti Denggi
yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti.
Preventive fogging.
Mengujudkan HOTLINE di JPN, jika terdapat kes demam denggi atau demam
denggi berdarah kepada pihak JPN segera dihubungi.
Mengadakan taklimat denggi di sekolah contohnya pada perhimpunan pagi.
Aktiviti pendidikan kesihatan oleh kakitangan kesihatan contohnya
seperti: pameran dan mengedarkan risalah.
Sebagai kesimpulannya, program Sekolah Bebas Denggi yang dirancang dan
dilaksanakan tidak akan memberikan impak yang positif jika tidak melibatkan
kerjasama semua pihak. Kejayaan program ini sangat menyumbang kepada
pewujudan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, dan kondusif untuk pelajar dan
juga proses pembelajaran mereka.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
13/45
319Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Sekolah Bebas Dadah
Masalah disiplin seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh
dan merosakkan harta benda sekolah mempunyai perkaitan yang rapat dengan
penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini perlu dipandang
dengan serius oleh semua pihak. Hasil kajian Mohd Muzafar Shah & Abdul Malek
(2005) menunjukkan penagih dadah mula mencuba dadah ketika mereka masih di
bangku sekolah lagi iaitu dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun. Kesannya bukan
sahaja mereka terlibat dengan permasalahan disiplin sekolah, malahan terdedah
kepada risiko gejala sosial di luar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan
samseng, pergaulan bebas, melepak, kehamilan sebelum kahwin dan lari dari rumah
(AADK, 2007).
Kementerian Pelajaran Malaysia, kini Kementerian Pendidikan telah diberi tanggung
jawab untuk mengenal pasti, merancang dan melaksanakan segala program dan
aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah. Walau
bagaimanapun, usaha-usaha untuk mencegah dadah perlu kerjasama semua pihak,
kerana generasi muda merupakan tulang belakang dan pewaris kepimpinan negara
pada masa depan. Justeru, memastikan bahawa generasi masa hadapan yang bebas
dan bersih daripada dadah adalah menjadi tanggung jawab kita bersama.
Dasar Dadah Negara
Dasar Dadah Negara ialah untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas dari
ancaman gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup
masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.
Objektif Dasar Dadah Negara
Objektif Dasar Dadah Negara ialah untuk menghapuskan bekalan (supply) dadah dan
menghapuskan permintaan (demand) kepada dadah sehingga mewujudkan:
a. Keluarga Bebas Dadah
b. Sekolah Bebas Dadah
c.
Tempat Kerja Bebas Dadahd. Kawasan Bebas Dadah (http://www.adk.gov.my/)
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
14/45
320Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Data daripada tahun 2002 sehingga 2005, seramai 1,015 orang pelajar telah dikesan
dan dikenal pasti terlibat dengan dadah (Bahagian Sekolah, 2006). Walaupun terdapat
penurunan dari segi bilangan daripada tahun 2002 sehingga 2005, namun dengan
jumlah yang dikenal pasti seramai 160 pelajar pada 2005 menunjukkan bahawa
fenomena dadah masih belum berjaya dihapuskan sepenuhnya.
Walaupun begitu, penurunan dalam jumlah tersebut juga menunjukkan bahawa pihak
kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk mencegah penyalahgunaan
dadah dalam kalangan murid-murid. Untuk menghapuskan sepenuhnya gejala ini di
sekolah masih belum menemui titik noktahnya. Program dadah yang dilaksanakan
secara ad hocdan bermusim dikenal pasti sebagai punca mengapa program ini dilihatkurang memberikan impak. Oleh yang demikian Chan Yuen Fook et. al. (2009)
mencadangkan agar program seumpamanya perlu menumpukan kepada kumpulan
pelajar yang berisiko dan penglibatan secara menyeluruh daripada pihak ibu bapa,
keluarga dan masyarakat.
Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Pelbagai strategi pencegahan awalan telah diatur oleh Kementerian Pendidikan bagi
menangani permasalahan dadah dalam kalangan pelajar. Salah satu daripada strategi
tersebut ialah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di
sekolah rendah. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah telah ditubuhkan pada
pertengahan tahun 1982 setelah Negara mengisytiharkan Dadah Adalah Ancaman
Kepada Keselamatan Negara dan Dadah Musuh Utama Negara.
Penstrukturan semula JPN pada 1986 menyaksikan Unit Pendidikan Pencegahan
Dadah diletakkan di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan bersama
Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum. Unit ini bertanggungjawab secara
keseluruhannya mentadbir, mengurus dan menyelia hal-hal pendidikan pencegahan
dadah bagi warga pendidikan dan murid sekolah. Seorang pegawai telah dilantik
dengan gelaran Pegawai Khas (Mencegah Salah guna Dadah) dan diletakkan terus di
bawah Pengarah Pendidikan Negeri.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
15/45
321Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Pada tahun 2012 unit PPDa
berhasrat untuk menjadi sub institusiyang menggerakkan komitmen dan
kerjasama warga sekolah untuk
bertindak secara bersepadu bagi
merealisasikan matlamat
Sekolah Bebas Dadah
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai aktiviti
pendidikan pencegahan dadah sebagai pelengkap
kepada sistem pendidikan bagi membentuk
keterampilan sahsiah pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Visi unit PPDa
Misi unit PPDa
Matlamat PPDa
Matlamat PPDa di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kemahiran, kesedaran
dan keinsafan kepada murid, guru dan kakitangan pendidikan serta ibu bapa agar
mereka menjauhi rokok, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/Aids dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas DadahTahun 2012.
Strategi pendidikan pencegahan dadah
Strategi utama melahirkan pelajar bebas daripada dadah melalui PPDa adalah melalui
Kurikulum dan Kokurikulum. Bagi memastikan ia lebih berkesan, dua lagi strategi
tambahan yang berfungsi sebagai pelengkap kepada strategi yang sedia ada iaitu
melalui pengurusan dan kepimpinan serta pembangunan sahsiah.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
16/45
322Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
pengkayaan
pra -U
pengukuhan
menengah atas dan bawah
awalan
sekolah rendah
Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, pelaksanaan PPDa dibuat dalam tiga
tahap seperti ditunjukkan oleh rajah di bawah.
Rajah 11. 3: Tahap pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah
Fungsi utama unit PPDa
i. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai semua program dan aktiviti di
peringkat negeri, zon dan sekolah.
ii. Mengawal selia perkembangan masalah rokok, inhalan, alkohol, dadah dan
HIV / Aids semasa di sekolah dengan mengumpulkan data dan maklumat
yang berkaitan dengan PPDa.
iii.
Mengadakan lawatan penyeliaan ke sekolah-sekolah untuk memastikanprogram dan aktiviti PPDa berjalan sebagaimana yang dirancangkan.
iv. Menyelaraskan dan menganjurkan kursus-kursus kejurulatihan dan kursus
bina insan yang berkaitan dengan di kalangan guru, kakitangan dan pelajar
v. Bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti AADK, PDRM, Kementerian
Kesihatan, Jabatan Penjara, PEMADAM, dan badan lain yang berkaitan
dengan program PPDa.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
17/45
323Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Program Kesihatan Semasa
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Program RMT dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendahdaripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan
tambahan secara imbuhan sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya.
Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-
usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid tersebut. Murid
berstatus Warganegara Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah
paras RM400 atau pendapatan per kapita RM800 adalah layak untuk menyertai
program ini.
Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan
murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam
usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat
memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah
bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang.
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana
Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan
usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan,
tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar bandar. Mulai
awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya
pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara.
Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi kriteria utama pemilihan
murid.
Peruntukan dan mekanisme pelaksanaan RMT
Peruntukan pada tahun 2011 yang diberikan oleh kerajaan adalah sebanyak RM247
juta bagi melaksanakan skim RMT kepada hampir 700 ribu pelajar sekolah rendah di
seluruh negara pada tahun ini. Peruntukan tersebut adalah melibatkan peruntukantambahan sebanyak RM194 juta berbanding bajet asal RM53 juta. Hal ini berlaku
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
18/45
324Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
kerana, pada mulanya RMT ini akan dilaksanakan berdasarkan statistik yang diperoleh
daripada pendaftaran e-Kasih yang membabitkan 54 ribu murid miskin sahaja.
Namun, terdapat pelbagai masalah berhubung dengan pemilihan e-Kasih yang
mendakwa ramai murid-murid yang layak telah tercicir daripada senarai menerima
bantuan. Oleh itu, bantuan RMT ini diberikan mengikut Sistem Maklumat Murid yang
dibekalkan pihak sekolah bagi memilih pelajar yang layak menerima bantuan.
Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan untuk RMT. Semua menu ini
adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan
mereka. Seterusnya, kontraktor atau biasanya pemilik kantin perlu menyediakan lima
menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yang
digemari oleh murid-murid dan dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang
telah ditentukan.
Objektif program RMT
Program Rancangan Makanan Tambahan adalah berdasarkan kepada beberapa
objektif iaitu:
Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid
yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi
pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak
langsung.
Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan RMT.
Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa
serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri,
kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.
Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah,
terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara
imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan
sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
19/45
325Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Kriteria pemilihan
Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan
bulanan RM400 dan kurang, iaitu RM800 per kapita.
Kadar dan peruntukan
Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM1.80 sehari
bagi murid di Semenanjung dan RM2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan
Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran
dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program
ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.
Strategi perlaksanaan
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab
mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan
serta tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20
menu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi
setiap minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan
bahan makanan dan kesesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses
penyediaan makanan, 95% sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin
dan makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum waktu rehat.
Surat pekeliling kewangan bil. 7 tahun 2002 Rancangan MakananTambahan (RMT) di sekolah rendah
Tujuan
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara penyaluran
bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke Sekolah Rendah oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).
Latar belakang
Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu
meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program ini
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
20/45
326Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan
pelaksanaan menurut syor dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Sejumlah 532,500 murid sekolah
rendah daripada golongan termiskin (keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00
sebulan atau RM80.00 per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan
dan minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap
tahun.
Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di Semenanjung
dan RM1.35 sehari bagi murid di Sabah dan Sarawak. Jumlah peruntukan semasa
yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah
RM123,647,250.00 setahun. Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu
makanan tambahan dan sekolah-sekolah dibenarkan mengambil kira kemampuan dan
kesesuaian dengan keadaan tempatan bagi menyediakan makanan bagi murid-murid
yang terlibat.
Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah telah diadakan oleh
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan
Perdana Menteri. Hasil kajian yang dikeluarkan pada bulan Jun 2002 telah melaporkan
bahawa penyaluran peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana
sekolah perlu membuat tuntutan sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU
mengesyorkan bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat terus kepada
sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak pada tahun semasa.
Kesimpulannya, RMT ini memberikan kanak-kanak peluang untuk mendapatkan
sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta mendapatkan nutrisi yang
diperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-
kanak juga akan mencapai tahap normal. Kemudian, melalui pemakanan juga dapat
memberikan tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan
itu, tahap kognitif,emosi dan sosial pelajar juga akan meningkatkan dan sekolah akan
dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
sosial dan intelek.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
21/45
327Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Program Susu Sekolah (PSS)
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin
yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar
mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini juga bertujuan
untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi
memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah
bertambah baik.
PSS bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria
pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luarbandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800
per kapita.
PSS merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Persyarikatan
Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh
negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang
tersendiri.
Rajah 11.4 : PSS diharap meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan muridsekolah rendah.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
22/45
328Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
i. Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela,
sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
ii. Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid
sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai
Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain
sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.
Objektif program PSS
Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam
Skim Susu Bayaran.
Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi
yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma.
Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui
penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep persyarikatan Malaysia.
Mengurangkan perbelanjaan sektor awam melalui penglibatan agensi sektor
swasta.
Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya
berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta
Walau bagaimanapun, pernah terjadi satu kekangan sehinggakan program PSS ini
dibekukan. Hal ini kerana berhubung dengan kes keracunan ratusan murid di seluruh
negara yang membawa pembekuan PSS pada tahun 2008. Namun demikian, setelah
dibuat mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan akhirnya PSS dijalankan semula.
Perdana Menteri telah melancarkan Program Susu Sekolah 1Malaysia. Tujuan
program ini sebagai usaha melahirkan generasi muda yang sihat dan cerdas. Program
ini melibatkan semua murid di sekolah rendah. Menurut Perdana Menteri, program ini
merupakan cita-cita bagi generasi baru Malaysia yang lebih besar tubuh badan dan
cergas otak. Peruntukan untuk program ini adalah sama dengan peruntukan dengan
PSS namun peruntukan ini akan ditambah dari semasa ke semasa agar semua murid
sekolah rendah terlibat.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
23/45
329Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Program Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (PBSS)
Program Kesihatan Mulut
Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat penting.
Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada
murid-murid di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program ini
mendedahkan kepada murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan
hanya dengan memberus gigi dua atau tiga kali sehari, malahan banyak lagi perkara yang
perlu dititikberatkan sebagai langkah penjagaan gigi.
Program sedemikian bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi
kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik.
Masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia
yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi yang tidak terurus boleh mendatangkan
masalah sakit gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen
seperti ini di setiap sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan
gigi sejak kecil.
Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian
sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang
komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah
mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
Juru rawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah
penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini
dilaksanakan secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.
Perkhidmatan kesihatan pergigian
1. Program pergigian pra sekolah
Program Pergigian Pra Sekolah telah dilancarkan pada tahun 1984. Program ini
bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan pergigian dari peringkat
awal kanak-kanak. Ia turut memperkenalkan personel pergigian dan penjagaan
kesihatan dalam persekitaran yang mesra. Kesihatan mulut kanak-kanak
pra sekolah yang baik akan terus menjamin status kesihatan mulut baik pada
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
24/45
330Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
generasi akan datang. Program Pra- sekolah dan program pengapan fisur (fissure
sealant) juga diadakan untuk meningkatkan lagi penjagaan kesihatan gigi dan
mulut dalam kalangan kanak-kanak tersebut.
Program pra sekolah dijalankan oleh Pasukan Pergigian Bergerak Pra-sekolah
dan Pasukan Pergigian Bergerak Sekolah di sekolah rendah yang terdapat pra
sekolah atau sekolah berdekatan dengan tadika. Komponen rawatan diterapkan
ke dalam program- program mulai tahun 1996 di mana murid- murid diberi rawatan
awal (menggunakan teknik ART dan Fisur Sealan) sebelum karies merebak
apabila mereka memasuki Tahun 1 (www.izieherbs.com).
Pelaksanaan program
Pasukan Pergigian Pra Sekolah melawat kelas-kelas pra sekolah dan tadika-
tadika untuk memberi ceramah, latihan memberus gigi, dan aktiviti-aktiviti preventif
yang lain.
Jenis rawatan pra-sekolah
i. Kanak-kanak yang memerlukan rawatan asas seperti tampalan gigi dan
penskaleran akan dirawat di sekolah atau dirujuk ke klinik pergigian yang
berhampiran.
ii. Hanya kanak-kanak yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga
sahaja diberi rawatan tersebut.
Siapakah kumpulan sasarannya?
Kanak-kanak pra sekolah di tadika (Taman Didikan Kanak-kanak) dan sekolah
tajaan kerajaan diberi keutamaan dalam program ini.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
25/45
331Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
2. Perkhidmatan pergigian sekolah (rendah dan menengah)
Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk
memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila
mereka tamat zaman persekolahan. Juru rawat pergigian bertanggungjawab
memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan
pengawasan doktor pergigian. Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah
(Rendah dan Menengah) dilaksanakan melalui beberapa cara iaitu:
Klinik pergigian sekolah
Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah
atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.
Pasukan pergigian bergerak
Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid
sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara
diadakan di tempat yang sesuai di sekolah seperti di makmal sains, bilik kesihatan
pelajar dan bilik mesyuarat sekolah. Pasukan Pergigian Bergerak lazimnya
menggunakan peralatan mudah alih.
Klinik pergigian bergerak
Klinik Pergigian Bergerak merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta
dilengkapi dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan
perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang
terhad.
Antara perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas
termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran
dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah
tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian di hospital-
hospital kerajaan. Semua jenis rawatan pergigian yang disediakan di sekolah tidak
dikenakan bayaran. Kelebihan program ini adalah semua murid sekolah rendah
dan menengah tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga,
layak menerima rawatan ini (Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM)
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
26/45
332Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Kempen Gaya Hidup Sihat
Pengenalan
Gaya hidup yang sihat adalah merupakan kunci yang paling utama kepada
kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif
terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda
dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit
berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat.
Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor
fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh
sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. Aspek kesihatan merupakan
salah satu fokus utama kajian yang dijalankan mengenai amalan gaya hidup sihat.
Malahan, Kementerian Kesihatan telah memperhebatkan kempen gaya hidup sihat
termasuk pemakanan yang betul dan berkhasiat menerusi Dapur Sihat Masyarakat
yang dilancarkan kementerian sejak 2004
Rajah 11.5: Salah satu kempen gaya hidup sihat
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
27/45
333Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan mahupun pihak
swasta bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari
penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari. Sasaran utama kempen ini ialah
semua golongan rakyat Malaysia terutamanya remaja dan murid-murid sekolah. Empat
komponen utama yang menjadi teras konsep gaya hidup sihat ini ialah:
peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan,
peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stres,
peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok, dan
peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi,
Keberkesanan kempen ini mampu mempertingkatkan tahap kesihatan di kalangan
rakyat Malaysia terutama murid-murid di sekolah. Namun kekurangan penyelidikan
khusus untuk menilai keberkesanan kempen ini selain peningkatan bilangan pesakit
hipokinetik membuktikan bahawa keberkesanan kempen ini boleh diragui (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2004; Penang Cancer Registry, 2000).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal,
mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau
ketidakupayaan. Kita boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui
adakah anda sihat atau tidak. Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk
mengesan awal penyakit atau keadaan luar biasa bagi memudahkan rawatan.
Sebagai contoh, jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau
kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi
seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung. Untuk menilai kesihatan fizikal,kita dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:
Kegemukan (Obesiti)
Tekanan Darah Tinggi
Kencing Manis
Paras kolesterol dalam darah
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
28/45
334Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Apa sebenarnya Kempen Gaya Hidup Sihat
Kempen Gaya Hidup Sihat adalah satu program yang boleh memberi ilmu
pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat dan murid-murid khususnya serta
menjamin mereka hidup dengan lebih sejahtera dan bermakna. Kempen Amalan
Gaya Hidup Sihat menjurus kepada pembelajaran tentang kebersihan diri, pemakanan
yang seimbang, senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta
menjauhi penyalahgunaan dadah.
Kenapa program ini dilaksanakan?
Tujuan kempen gaya hidup sihat ini dilaksanakan adalah untuk menyokong hasrat
Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan Generasi
Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Gaya Hidup Sihat. Di samping itu,
kempen ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek
kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat sekitar.
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada
golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah.
Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup
sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.
Kelab Doktor Muda
Latar belakang Doktor Muda
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih
sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada
perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar
sekolah. Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan
mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model,
promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
29/45
335Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting.
Lazimnya, pelajar yang berminat, sihat, kemas, personaliti menarik, memiliki sifat
kepimpinan, bertanggungjawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam
akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.
Bagaimana idea ini tercetus dan berkembang?
Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri
Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke
tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya. Program ini
kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah
1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan
Program Doktor Muda ini sebagai salah satu Program Promosi Kesihatan yang
diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan
program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sehingga tahun 2004, hanya negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Kedah
dan Selangor melaksanakan program doktor muda di sekolah rendah. Sebanyak 347
buah sekolah rendah di negeri-negeri berkenaan terlibat melaksanakan Program
Doktor Muda.
Walau bagaimanapun, bermula tahun 2006, semua negeri termasuk Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan Program Doktor Muda denganmelibatkan sebanyak 735 buah sekolah. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum merupakan satu
pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada program ini, yang
sememangnya telah terbukti membawa faedah dan kebaikan kepada murid sekolah.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
30/45
336Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Pada Disember 2007, sejumlah 826 buah sekolah telah melaksanakan Program
Doktor Muda dengan penglibatan seramai 21,907 orang Doktor Muda.
Siapakah pencetus idea ini?
Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di peringkat
sekolah rendah merupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad,
Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada
tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Penyelidikan
dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telah
memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan,
Pahang.
Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri
Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk
menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989
hingga 1994. Program Doktor Muda ternyata membawa banyak manfaat kepada
murid dan sekolah.
Program ini dari tahun ke tahun telah berkembang ke seluruh negara. Pada Mei 2006,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini sebagai aktiviti
kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
Berpegang kepada prinsip bahawa membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat
kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di
peringkat
dewasa, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea bagimemastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.
Atas jasa dan komitmen terhadap Program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul Jabar bin
Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor Muda pada Konvensyen
Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
31/45
337Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Objektif
1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan agar mereka
dapat:
Mengamalkan cara hidup sihat,
Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota
keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat,
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan
aktiviti kesihatan di sekolah.
2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar
kepada kesihatan anak-anak.
3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha
meningkatkan kesihatan pelajar.
4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan
Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan
murid sekolah rendah.
Aktiviti Doktor Muda
Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.
Membimbing ke arah cara hidup sihat.
Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.
Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan
kesihatan sekolah.
Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.
Merawat kecederaan ringan.
Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
32/45
338Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Rajah 11.6: Antara aktiviti Kelab Doktor Muda
Faedah pelaksanaan Kelab Doktor Muda
Antara faedah yang boleh diperoleh dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah
rendah.
Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
Murid belajar menghargai kesihatan.
Doktor Muda memperoleh dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.
Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda. Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
Kesihatan asas murid, kebersihan diri dan penyakit kulit dapat dipantau.
Mencegah berlakunya keracunan makanan dan penyakit berjangkit.
Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan
kesihatan.
Sekolah bersih.
Sekolah bebas Aedes.
Imej sekolah meningkat.
Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan sebagai
panduan dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab
Doktor Muda. Modul Latihan terkini yang dihasilkan adalah Modul Latihan Kelab
Doktor Muda Sekolah Rendah edisi ketiga (2008).
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
33/45
339Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Program Prostar Sekolah
Pengenalan
Prostar merupakan singkatan perkataan kepada Program Sihat Tanpa AIDS bagi
Remaja. Idea penubuhan Prostar ini telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil daripada
perbincangan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pelbagai agensi kerajaan dan
bukan kerajaan. Prostar telah dilancarkan pada 24 November 1996 di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Rajah 11.7 : Konsep Prostar Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja
Berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja, Prostar menggerakkan
remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai pembimbing rakan sebaya
ke arah hidup sihat tanpa AIDS. Sebagai pembimbing rakan sebaya, ahli Prostar
dibekalkan dengan kemahiran untuk menjalankan aktiviti, perkhidmatan dan
pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.
Keperluan kepada program Prostar
AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan
vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal
wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986.
Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2004 sebanyak 64,439 kes HIV
telah dilaporkan di Malaysia.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
34/45
340Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka
yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun.
Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup
individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks
dan perkongsian jarum suntikan dadah.
Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh
menjurus kepada merebaknya HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian
tingkah laku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati
18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks
bebas, dan 14% menyalahgunakan dadah.
Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja
awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas,
5% pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok. Perkembangan
negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk
dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-langkah
pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.
Objektif Prostar
Prostar diasaskan kepada satu formula. Menambah maklumat, membahagi tanggung
jawab, menggandakan usaha, menolak risiko, dan menghasilkan hidup sihat tanpa
AIDS. Prostar bertujuan untuk:
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan
HIV, cara pencegahan dan pengawalannya.
Menanam sikap positif di kalangan remaja agar prihatin dengan masalah HIV
yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja masa kini.
Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat serta menghindari
tingkah-lakuberisiko tinggi kepada jangkitan HIV.
Membentuk segolongan pembimbing rakan sebaya yang mempengaruhi
remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta
dalam usaha menentang ancaman AIDS. Melahirkan segolongan pembimbing
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
35/45
341Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
rakan sebaya yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam
memberi khidmat sokongan kepada remaja.
Rajah 11.8: Rangkuman konsep Prostar yang mendasari objektif penubuhannya
Matlamat Prostar
Bagi mencapai objektif tersebut, beberapa strategi utama telah disusun. Strategi
tersebut adalah:
Pengukuhan jaringan kerjasama pelbagai agensi yang melibatkan secara aktif
dan berterusan dalam merancang, melaksana dan menilai program Prostar
secara perkongsian pintar.
Pendekatan komunikasi secara intensif yang menggunakan kaedah komunikasi
interpersonal dan kaedah-kaedah lain yang bersesuaian secara meluas di setiap
peringkat.
Penggunaan pelbagai media cetak dan elektronik digembelengkan bagi
melaksanakan program ini di sekolah.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
36/45
342Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Promosi yang menggunakan pelbagai kombinasi promosi seperti media cetak,
media elektronik, media luar, dan teknologi maklumat mengenai Program
Prostar.
Menyediakan latihan secara intensif menggunakan modul latihan khas mengikut
kumpulan sasar yang spesifik. Sebanyak empat manual latihan dihasilkan iaitu;
Manual latihan fasilitator untuk melatih fasilitator Prostar.
Manual latihan remaja Prostar untuk melatih remaja umum.
Manual latihan Prostar sekolah untuk melatih pelajar sekolah.
Manual latihan remaja harapan untuk melatih remaja berisiko.
Aktiviti Prostar
Untuk menggerakkan aktiviti Prostar, Kelab Prostar telah ditubuhkan dan didaftarkan
pada 30 Jun 1997. Kelab Prostar merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang
mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia pada peringkat negeri, daerah dan sekolah.
Kebanyakan aktiviti Prostar dijalankan melalui Kelab Prostar. Antara aktiviti yang
dilaksanakan oleh Kelab Prostar ialah aktiviti pendidikan seperti pameran, ceramah,
penerbitan, dan pengedaran bahan pendidikan, taklimat, dialog, forum, kuiz, danlawatan sambil belajar.
Aktiviti promosi meliputi aktiviti pelancaran, kempen keahlian baru, pertandingan dan
mencari harta karun, serta laman webProstar. Aktiviti latihan meliputi latihan fasilitator
Prostar, latihan remaja Prostar, latihan remaja harapan, latihan Prostar sekolah,
motivasi, dan kaunseling. Aktiviti rekreasi seperti berkayak, senamrobik, sukaneka,
kembara, perkhemahan dan mendaki gunung. Aktiviti kesenian seperti nasyid, dikir
barat dan tarian.
Aktiviti khidmat sosial seperti aktiviti gotong-royong, keluarga angkat dan kelas
bimbingan. Aktiviti sukarelawan Kelab Prostar meliputi aktiviti temu seru untuk tampil
ke pusat khidmat Prostar. Khidmat nasihat secara individu dan berkumpulan serta
perkhidmatan sokong bantu turut disediakan.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
37/45
343Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Hari ini, Prostar bukan sahaja memainkan peranan dalam usaha pengawalan dan
pencegahan wabak HIV dan AIDS, malahan juga melahirkan remaja sihat yang
mampu membina generasi muda yang berkeperibadian tulus, bagi merealisasikan
impian rakyat Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020.
Strategi program Prostar Sekolah
1. Pendekatan rakan sebaya
Menggunakan pendekatan rakan sebaya dalam aktiviti pendidikan yang
dilaksanakan oleh Fasilitator Prostar Sekolah
2. Mewujudkan jaringan kerjasama pelbagai agensi
Jaringan kerjasama dengan agensi berkaitan khususnya dengan pihak
Kementerian Pelajaran di semua peringkat. Jaringan ini meliputi bantuan
teknikal, tenaga manusia, perkhidmatan dan kewangan. Penglibatan secara aktif
dan berterusan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badan
korporat, badan profesional dan lain-lain dalam usaha memperkukuhkan
Prostar.
3. Membentuk jawatankuasa pemandu
Membentuk Jawatankuasa Pemandu (steering committee) di peringkat
kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah untuk menjalankan penyelarasan
aktiviti.
4. Pemilihan fasilitator Prostar sekolah
Pemilihan Fasilitator Prostar Sekolah dilakukan oleh pihak sekolah di kalanganmurid-murid sekolah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
5. Pembangunan sumber manusia
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penjagaan kesihatan murid melalui
latihan yang fleksibel menggunakan modul yang disediakan.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
38/45
344Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
6. Melaksanakan program secara berpusat
Melaksanakan program secara berpusat di sekolah (school based) secara
berperingkat berdasarkan sumber yang sedia ada.
7. Penekanan terhadap perubahan tingkah laku
Fungsi Program Prostar Sekolah menekankan kepada modifikasi tingkah laku
(behavioral modification) dan perubahan tingkah laku (behavioral change) bagi
mencapai status kesihatan optima dengan mengamalkan Cara Hidup Sihat.
8. Pakej di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
Program Prostar merupakan satu pakej di bawah Program Bersepadu Sekolah
Sihat (PBSS).
Modul Program Prostar Sekolah
Pelaksanaan aktiviti program PROSTAR sekolah
Terdapat dua kategori pelaksanaan di sekolah iaitu:
1.
Latihan fasilitator PROSTAR sekolah .Latihan ini dilaksanakan oleh Guru Penyelaras / fasilitator terlatih kepada ahli
PROSTAR sekolah yang melibatkan modul-modul yang berikut:
Pengenalan Program PROSTAR
Pendidikan rakan sebaya
Modul 1 : Remaja berketerampilan sihat
Modul 2 : Remaja faham kesihatan seksual dan reproduktif
Modul 3 : Remaja jauhi tingkah laku berisiko
Modul 4 :Remaja minda sihat
Modul 5 : Remaja bijak berkomunikasi
Modul 6 : Remaja bijak merancang dan melaksanakan aktiviti
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
39/45
345Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
2. Aktiviti oleh fasilitator PROSTAR sekolah untuk rakan sebaya.
Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti ceramah ,
pameran kesihatan ,perbincangan kumpulan kecil ,nasihat individu dan lain-lain
yang merangkumi modul-modul berikut:
Modul 1 : Remaja berketerampilan sihat
Modul 2 : Remaja faham kesihatan seksual dan reproduktif
Modul 3 : Remaja jauhi tingkah laku berisiko
Modul 4 : Remaja minda sihat
Rajah 11.9: Aktiviti oleh fasilitator PROSTAR sekolah untuk rakan sebaya
1. Nyatakan 4 aktiviti yang dijalankan dalam Program Doktor Muda dan 4 Faedah
Pelaksanaan Program Doktor Muda?
2. Apakah aktiviti yang dirancang di bawah Program Bebas Denggi ?
3. Bagaimanakah lahirnya idea penubuhan PROSTAR?
4. Apakah konsep PROSTAR?
5. Nyatakan formula asas PROSTAR?
6. Nyatakan pelbagai agensi lain yang bekerjasama dengan PROSTAR bagi
melaksanakan dan menjayakan Program Pencegahan Aids.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
40/45
346Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Kawalan Pemakanan di Sekolah
1. Program kesihatan kebersihan kantin sekolah
Matlamat:
Mewujudkan persekitaran kantin lebih bersih, ceria dan selamat.
Mewujud tatacara penggunaan kantin yang betul.
Tatacara tindakan pelajar di kantin
Baca, fahami dan patuhi peraturan penggunaan kantin.
Beratur semasa membeli makanan.
Ikut arahan guru dan pengawas bertugas.
Gunakan sabun dan tuala yang disediakan.
Buang sisa makanan dalam plastik dan tong sampah yang disediakan.
Jangan guna sinki yang rosak dan tersumbat.
Tidak dibenarkan masuk ke ruang penyediaan makanan.
Dibenarkan makan dan minum pada waktu rehat sahaja.
Tatacara pihak pengurusan / guru / warga sekolah di kantin
Bertanggungjawab memastikan kebersihan kantin terjaga.
Memastikan suasana kantin dalam keadaan terkawal.
Memastikan kemudahan kantin terpelihara dan melaporkannya jika terdapat
kerosakan.
Masukkan bekas makanan dan minuman dalam bekas yang disediakan.
Guru disiplin menyediakan pengawas bertugas semasa rehat.
Guru kantin menyediakan peraturan penggunaan kantin dan paparkan dikantin.
2. Program kawalan makanan kantin sekolah
Kawalan pemakanan di sekolah dilaksanakan bertujuan untuk mengawal kualiti dan
tahap kebersihan makanan yang disediakan di sekolah. Antara perkara yang diambil
perhatian ialah:
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
41/45
347Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Pengurusan makanan di kantin dan asrama sekolah
Sijil Pengendali Makanan
Imunisasi TY2 kepada pengendali makanan
Menu makanan dan kos harga jualan
Makanan dan minuman yang boleh dan tidak boleh dijual
Proses penyajian makanan
Kualiti makanan
Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri atau Daerah
3. Program kawalan makanan asrama
Keselamatan makanan di kantin dan asrama sekolah mengambil kira:
Kemudahan bekalan air bersih.
Penggunaan peralatan memasak, sajian, inventori, penyimpanan bahan stok
basah dan kering.
Susun atur dan penyelenggaraan premis.
Jadual berkala pembersihan premis dewan makan asrama.
Bahan pencuci, peralatan, kaedah membasuh peralatan
Sistem penyajian dan susun atur yang bersistematik (bertutup, bersih, dan
terhindar daripada LILATI.
Tidak membenarkan penjualan makanan segera dan minuman bergas.
Menasihati murid supaya tidak membeli makanan dan minuman di luar
kawasan sekolah.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
42/45
348Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
RUMUSAN
Unit ini telah menjelaskan mengenai program atau aktiviti kesihatan yang dibincangkan
melalui lima kategori utama iaitu kesihatan diri kesihatan diri, kesihatan persekitaran, program
kesihatan semasa, program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan kawalan
pemakanan.
Konteks kehidupan seseorang individu lazimnya menentukan kesihatan mereka. Banyak faktor
yang bergabung bersama yang mempengaruhi atau memberi kesan kepada kesihatan individu
dan masyarakat. Sihat atau tidak kepada seseorang adalah ditentukan oleh keadaan dan
persekitaran mereka. Setiap individu tidak mungkin dapat terus mengawal banyak penentu
kesihatan. Justeru, perbincangan dalam kesihatan diri banyak menyentuh tentang program-program yang berkait dengan perkhidmatan kesihatan - akses dan penggunaan perkhidmatan
yang mencegah dan merawat penyakit juga mempengaruhi kesihatan. Walaupun terdapat
pelbagai lagi program kesihatan yang berkait dengan kesihatan diri, tetapi hanya beberapa
sahaja yang dibincangkan. Ini kerana ada sesetengah program tersebut telah dibincangkan
pada unit-unit awal seperti program imunisasi, pengubatan dan rawatan, dan sebagainya.
Dalam unit ini, pada kategori kesihatan persekitaran, kita telah meninjau dua program yang
berkaitan dengan kesihatan persekitaran di sekolah. Penerangan dan perbincangan adalah
berkaitan dengan kawalan wabak penyakit berjangkit iaitu denggi dan juga hal yang berkaitan
dengan kesan tingkah laku iaitu dadah. Hal ini dapat dikaitkan dengan konsep utama kesihatan
persekitaran - kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi, persekitaran
dan persekitaran terbina (built environment) yang mempunyai hubung kait secara langsung
dengan kesihatan manusia.
Dua program kesihatan dalam kategori program kesihatan semasa telah dibincangkan iaitu
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS). Kedua-dua
program ini diberikan perhatian untuk dijelaskan dan ditinjau melalui beberapa perspektif. Dua
program kesihatan tersebut sebenarnya merupakan suatu program kesihatan yang telah lama
dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara ini. Sehingga kini program tersebut telah melalui
beberapa sejarah dan perkembangannya yang tersendiri. Dan, apa yang lebih penting,
kerajaan masih meneruskan kesinambungan program ini untuk suatu tempoh masa yang
panjang.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
43/45
349Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Bagi kategori Program bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (PBSS), unit ini telah
membincangkan tentang empat program utama iaitu program kesihatan mulut yang
melibatkan program pergigian pra sekolah, sekolah rendah dan menengah dan Kempen Gaya
Hidup Sihat. Selebihnya, bagi program seterusnya, yang dilihat sangat signifikan untuk
ditonjolkan adalah seperti Program Prostar (Program Sihat Tanpa AIDS bagi Remaja) dan
Doktor Muda.
Program Doktor Muda merupakan sebahagian atau salah satu program promosi kesihatan
yang diterajui di peringkat kebangsaan yang berprinsip adalah lebih mudah untuk membentuk
tabiat kesihatan yang baik di peringkat kanak-kanak daripada menukar tabiat kesihatan yang
buruk di peringkat dewasa. Manakala, Program Prostar menekankan kepada bimbingan, di
mana sebagai pembimbing rakan sebaya, ahli Prostar dibekalkan dengan kemahiran untuk
menjalankan aktiviti, perkhidmatan dan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain
bersesuaian dengan konsep Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja.
Akhir sekali, unit ini membincangkan mengenai program kesihatan yang berkait dengan
pemakanan di sekolah. Perkara ini penting untuk diketengahkan kerana sebahagian daripada
kita sering kali bersikap acuh tak acuh terhadap apa yang kita makan sehari-hari. Kita telah
sedia maklum bahawa badan yang sihat datangnya daripada makanan yang berkhasiat. Oleh
itu, di samping aspek kawalan tentang penyediaan makan itu sendiri, antara lain aspek-aspek
kebersihan dan keselamatan di kantin dan juga dirasakan perlu diberi perhatian oleh warga
sekolah khasnya. Pengetahuan tentang perkara ini diharapkan akan dapat mewujudkan
kesihatan dan kesejahteraan yang optimum kepada semua warga sekolah dan masyarakat
umum.
-
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
44/45
350Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
KATA KUNCI
1. Akta dan Peraturan Kesihatan
2. Gaya Hidup Sedentari
3. Kolaborasi Sekolah dan Masyarakat
4. Pemeriksaan Klinikal
5. Pemeriksaan Persekitaran
6. Pentaksiran Kesihatan
7. Perkhidmatan Kesihatan
8. Program Kesihatan
PENILAIAN KENDIRI
1. Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya sangat bersesuaian dan
bertepatan dengan prinsip Program Doktor Muda. Jelaskan.
2. Sejauh manakan relevannya program Prostar sebagai sebahagian daripada usaha
membendung AIDS di negara ini. Adakah tindakan kerajaan berkesan? Berikan
pandangan anda
RUJUKAN
AADK (2007a). Maklumat Dadah 2006. Putrajaya: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Abdul Latif Ahmad(2002). Pke3104 Pengenalan Program Kesihatan Sekolah. IPG Kampus TunHussein Onn Batu Pahat Johor
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Perancangan Strategik 5 Tahun Pendidikan Pencegahan Dadah 2007-2011. Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Chan Yuen Fook et. al. (2009). Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah Rendah diMalaysia. Atas Talian. http://www.adk.gov.my/html/Pdf/Jurnal/2009/5_7.Pdf. (akses27 Mei 2012).
Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Kuala Lumpur:Unit Perancangan Ekonomi:
MediTV HUKM. Atas Talian.http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp.(akses 12Jan 2013)
http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asphttp://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp -
8/10/2019 Program Aktiviti Kesihatan Di Sekolah
45/45
351Program / Aktiviti Kesihatan di Sekolah
Mohd Muzafar Shah Mohd Razali & Abdul Malek Abdul Rahman (2005). Peranan Kaunselor. dalam Mencegah Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Pelajar Sekolah. Kertas kerja
yang dibentangkan di Konvensyen Persatuan Kaunseling Malaysia anjuran PersatuanKaunseling Malaysia (PERKAMA). ESSET, Bangi. 24-26 Jun.
Norkumala binti Awang.(2007). Gaya Hidup Sihat Perlu Keseimbangan Rohani dan Jasmani.Kuala Lumpur: IKIM
Program Doktor Muda. Atas Talian.http://www.drmuda.gov.my/drmuda.(akses 29 Jun 2012).
Health Impact Assessment (HIA). Atas Talian. http://www.who.int/hia/evidence/doh/en/. (akses
29 Jun 2012)
http://sobhahunnur.blogspot.com/p/amalkan-aktiviti-rekreasi.html
http://sobhahunnur.blogspot.com/p/peranan-diri-kita-dan-masyarakat.html
http://www.prostar.gov.my/prostar_BM.html
http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2/Manusia%20dan%20alam%20sekitar.
http://www.mysenam.com/MySENAM.asp. (akses 29 Jun 2012)
http://www.drmuda.gov.my/drmudahttp://www.drmuda.gov.my/drmuda