Program Bacaan Cepat

download Program Bacaan Cepat

of 16

description

kertas kerja pemulihan

Transcript of Program Bacaan Cepat

PROGRAM BACAAN CEPAT

PROGRAM Pertandingan Baca Cepat

OUTPUT:Memupuk minat murid untuk membaca dengan lebih yakin

KPI:Murid dapat membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul

PELAN KONTIGENSI:Guru mengedarkan bahan bacaan yang sesuai dengan kemahiran murid dan murid baca tanpa eja.

REFLEKSI Program ini sangat digemari oleh murid kerana ia dapat menonjolkan bakat murid kepada rakan-rakan. Secara tidak langsung, murid yang tidak dapat baca lancar akan berusaha untuk bersaing dengan rakan-rakan.

Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, cabaran yang dihadapi oleh saya iaitu murid Tahun 2A bernama Mohd Ridhwan, ini kerana murid tidak menguasai huruf a-z dan sering lupa apa yang dipelajari.Selama 4 bulan diajar a-z, akhirnya murid berjaya mengenal a-z namun kadang-kadang ada kesilapan dibuat olehnya. Cabaran kedua mengajar suku kata KV+KV ialah Ridhwan tidak ingat dan tidak dapat membatang KV awalan.

Setiap hari saya mencuba kaedah yang sesuai, akhirnya saya telah mendapat idea dan kaedah mudah untuk murid cepat baca KV +KV iaitu melukis gambar kucing sebanyak 2 ekor. Setiap kucing akan diberi nama ro (KV) dan ti (KV), murid diminta eja nama kucing di dalam hati. Guru minta murid panggil nama kucing sehingga lancar. Akhirnya murid telah kuasai KV+KV dengan cepat dan mudah. Berikut adalah contoh kaedah yang diguna.RO

TI

Murid akan sebut nama kucing pertama dan kedua sehingga ingat. Aktiviti menulis akan menjadi lancar . Kaedah ini diteruskan lagi bagi kemahiran KV+KV+KV.

e 25PROGRAM EKONOMI TOKEN

PROGRAM TOKEN EKONOMI

OUTPUT:Untuk memupuk sikap positif pada diri murid dan memberi motivasi

KPI:Mengubah sikap murid secara positif

PELAN KONTIGENSI:Memberikan token mengikut tingkahlaku yang ditetapkan dan mendapat markah yang ditetapkan.

REFLEKSIProgram Token Ekonomi ialah suatu ganjaran yang diberikan kepada murid dalam pelbagai bentuk . Dalam kelas pemulihan, saya telah menyediakan satu ruang untuk mempamerkan hadiah dan ganjaran kepada murid yang berjaya mengumpul markah yang telah ditetapkan. Pemberian markah dilakukan dengan merujuk jawapan yang betul berdasarkan lembaran kerja yang telah dibuat oleh murid. Jumlah markah akan dikumpul dan murid boleh menebus barangan berdasarkan mata barangan. Program ini diadakan sepanjang tahun dan murid berpeluang untuk memperolehi lebih banyak hadiah. Antara berikut ialah contoh barangan yang ditawarkan kepada murid iaitu syampu, sabun mandi, pensel, buku cerita dan pakej makan bersama guru di kantin sekolah. Oleh itu, program ini telah memberi impak yang baik terutamanya dari segi motivasi untuk bersaing sesama murid. Gambar-gambar dibawah merupakan aktiviti token ekonomi yang djalankan sepanjang tahun.

MAJLIS PERJUMPAAN WARIS MURID PEMULIHAN

OBJEKTIF PROGRAMMewujudkan kerjasama dan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa bagi mengatasi masalah 3M murid pemulihan.

Output ProgramUntuk membincangkan perkembangan murid dengan waris dan cara untuk membantu murid cepat kuasai bacaan.

KPI100 % ibubapa datang berjumpa untuk mengetahui perkembangan murid

PELAN KONTIGENSIMenghantar surat dan menetapkan masa yang sesuai untuk perjumpaan dengan ibubapa.

0 komen | July 29ANALISIS DATA MURID PEMULIHAN KHAS

Graf di atas menunjukkan tentang analisis data murid pemulihan Tahun 2 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik tahun 2011. Secara keseluruhannya, bilangan murid pemulihan Tahun 2 ialah seramai 6 orang. Perbezaan bilangan murid bagi BM dan Matematik ialah 2 orang pada bulan Januari. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan sehingga bulan Jun, pengurangan murid seramai 2 orang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan tiada pengurangan murid bagi mata pelajaran Matematik pada bulan Jun. Pengurangan bilangan murid bagi BM dan Matematik sehingga Oktober ialah 2 orang. Faktor utama murid kekal dalam program pemulihan ialah ponteng tegar dan masalah kesihatan (lahir pramatang). Secara keseluruhannya, murid terus mengikut program pemulihan sehingga akhir tahun bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik ialah 2 orang.

0 komen | July 18

Rombongan Ke Rumah Murid Pada 20 Jun 2012, beberapa orang guru SKDAM yang diketuai oleh Pn Siti Zawiyah (Penolong Kanan HEM), En.Ikhsan Faizal (Guru Kelas), Pn Noriati (Guru Pemulihan Khas) dan En. Mohd Zawawi (Kaunselor Sekolah) telah pergi ke rumah murid yang ponteng tegar. Jarak rumahnya tidak jauh dari sekolah. Tujuan utama kunjungan kami ke rumah murid tersebut adalah untuk memujuk murid agar datang ke sekolah memandangkan murid hadir sekolah hanya 15 hari berakhir bulan Mei.

Setibanya kami di hadapan rumah tepat jam 9.15 pagi, seluruh ahli keluarga murid masih dibuai mimpi. Tanggapan pertama saya bahawa faktor keluarga yang gemar bangun lewat menjadi punca utama murid tidak hadir sekolah. Setelah dipelawa masuk ke rumah, Puan Siti Zawiyah memberitahu tentang tujuan kunjungan kami dan beliau juga telah memberi surat amaran ke-3 kepada penjaga.En. Mohd Zawawi selaku Kaunselor Sekolah mengadakan perbincangan dengan ibu bapa murid untuk mencari jalan penyelesaian. Pelbagai alasan yang diberikan oleh ibu bapa murid.

Sejak hari kunjungan kami sehingga laporan ini dituliskan, murid tersebut masih tidak hadir sekolah. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah ibu bapa murid tidak bertanggungjawab memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Mungkin juga ibu bapa murid tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan ilmu untuk masa depan anak-anak mereka. Saya tidak lampirkan gambar-gambar murid dan penjaga demi menjaga maruah mereka. Harapan saya adalah semoga ibu bapa murid terbuka hati untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah demi menimba ilmu.