PROGRAM CABUTAN BERTUAH BAYARAN LESEN PERNIAGAAN … · Hadiah Cabutan Hadiah cabutan bertuah yang...

3

Transcript of PROGRAM CABUTAN BERTUAH BAYARAN LESEN PERNIAGAAN … · Hadiah Cabutan Hadiah cabutan bertuah yang...

  • PROGRAM CABUTAN BERTUAH BAYARAN LESEN PERNIAGAAN MBSP

    TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

    Penganjur

    Program Cabutan Bertuah ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

    Kelayakan Penyertaan

    Penyertaan terbuka kepada :

    i. Pemegang lesen perniagaan MBSP yang sah untuk kategori Lesen Premis dan

    Iklan, Lesen Penjaja dan Lesen Veterinar

    ii. Pemegang lesen telah menjelaskan bayaran lesen (untuk permohonan baru atau

    pembaharuan lesen) bermula 01 Januari 2020 sehingga 28 Februari 2021.

    iii. Pemegang lesen yang telah membuat pembayaran lesen perniagaan untuk

    tempoh sah laku melebihi satu (1) tahun dan tarikh tamat lesen adalah pada 31

    Disember 2021 dan ke atas.

    Cara Menyertai Program

    i. Anda perlu menjelaskan bayaran lesen melalui sistem atas talian MBSP atau

    melalui kaunter-kaunter bayaran MBSP.

    ii. Pastikan bayaran lesen dibuat sebelum atau pada 28 Februari 2021 dan tarikh

    tamat lesen perniagaan anda adalah pada 31 Disember 2021 dan ke atas.

    Tarikh Cabutan Nombor

    i. Cabutan bertuah akan dijalankan pada tahun April 2021 (tarikh cabutan sebenar

    akan dimaklumkan kemudian) dan menggunakan Nombor Rujukan yang tertera

    pada bil lesen sebagai nombor cabutan.

    ii. Cabutan akan dijalankan secara berperingkat di mana peringkat pertama

    cabutan adalah untuk memilih 20 pemenang awal. Cabutan peringkat kedua

    akan menentukan kedudukan pemenang dan akan dicabut di hadapan 20

    pemenang awal yang berjaya pada cabutan pertama.

    iii. Cabutan akan dijalankan secara Live di laman sosial Facebook MBSP.

  • Hadiah Cabutan

    Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut :

    Kedudukan Hadiah Jenis Hadiah

    Tempat Pertama Wang Tunai RM3,000

    Tempat Ke- 2 Wang Tunai RM2,000

    Tempat Ke- 3 Wang Tunai RM1,000

    Tempat Ke- 4 hingga ke-6 Wang Tunai RM500

    Tempat Ke- 7 hingga ke-20 Wang Tunai RM200

    Bantahan / Rayuan

    i. Keputusan cabutan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan atau bantahan

    dibenarkan dibuat oleh pemegang lesen kepada MBSP.

    ii. Anda tidak dibenarkan membuat sebarang bantahan atau membawa sebarang

    kes berhubung program ini ke mahkamah untuk tuntutan ganti rugi dan

    sebagainya terhadap MBSP.

    Tempoh Akhir Program

    Program ini akan berakhir pada 01 Mac 2020 jam 12.01 tengah malam

    Pertanyaan Lanjut

    Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan di talian 04-5497670 / 678

    / 679 / 680 / 682 / 684 / 749 / 751 atau e-melkan ke di [email protected]

    lesen-perniagaan-posterlesen-perniagaanlesen-perniagaan-posterlesen-perniagaanlesen-perniagaan-posterlesen-perniagaan