Program Jom Membaca Bersama 10 Minit

download Program Jom Membaca Bersama 10 Minit

of 5

description

PSS

Transcript of Program Jom Membaca Bersama 10 Minit

PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT/ LETS READ TOGETHER FOR 10 MINUTESTarikh: 23 April 2015Lokasi: Sekitar Kawasan SMK Kg Gelam

Tarikh laporan: 22 Jun 2015Disediakan oleh: Cik Nadiah Binti Sahum

LAPORAN PROGRAM JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT/ LETS READ TOGETHER FOR 10 MINUTESi) Pengenalan

Program ini merupakan satu aktiviti peringkat sekolah untuk murid-murid bermula dari tingkatan satu hingga lima. Tujuan program ini diadakan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

ii) RasionalDiharap program ini dapat membantu untuk menanamkan sifat membaca dalam kalangan murid tidak mengira tempat dan waktu.iii) Objektif Dapat mendorong komuniti menjayakan aktiviti membaca dalam keadaan yang menyeronokkan sama ada di perpustakaan, di pejabat, di sekolah atau di mana-mana sahaja melalui penglibatan seluruh masyarakat di Malaysia. Memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah menengah.

iv) Kumpulan SasaranSemua warga SMK Kg Gelam.v) Pelaksanaan

Tarikh:23 April 2015Masa:10.00-10.10 PagiTempat:Kawasan sekolah

vi) Huraian aktivitiAktiviti berlangsung selama 10 minit di sekitar kawasan sekolah. Guru-guru bersama murid-murid membaca buku atau bahan bercetak Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Murid-murid digalakkan untuk membaca bersama-sama dan berkongsi pengetahuan yang mereka perolehi. vii) Pencapaian Aktiviti Para guru dan murid dapat memanfaatkan masa terluang dengan membaca buku.

viii) PenutupSemoga dengan usaha kecil yang dilakukan ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan warga SMK Kg Gelam.

Lampiran

Barisan pentadbir yang turut sama menyertai program.

Murid-murid berkongsi maklumat yang mereka perolehi.

Murid mengambil peluang untuk membaca buku pelajaran.

Lokasi terbuka menjadi pilihan murid untuk menjalankan program ini.