Program Kecemerlangan

19
30 KERTAS KERJA 2011 SMK TAMAN TUANKU JAAFAR 71450 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN PROGRAM LONJAKAN SAUJANA 1.0 PENDAHULUAN Dalam sebuah sekolah harian biasa, komposisi pelajarnya selalunya dapat dikelompokkan kepada pelajar terbilang, pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar yang lemah. Pada kebanyakan keadaan, kumpulan pelajar yang sederhana dan lemah lebih besar jumlahnya daripada pelajar yang cemerlang dan terbilang. Akan tetapi, hal ini bukanlah satu kekangan untuk mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diimpikan oleh peneraju dan warga setiap sekolah. Kata Confucius, kejayaan dan kecemerlangan, semuanya bergantung pada persediaan dan perancangan dan tanpa persediaan dan perancangan, sudah pasti akan berlaku kegagalan. Ini bermakna setiap sekolah mestilah bersedia untuk merancang ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Keberkesanan atau kecemerlangan sesebuah sekolah lazimnya diukur berasaskan perfomance atau prestasi sekolah tersebut. Prestasi pencapaian sesebuah sekolah diukur dari segi pencapaian akademik dan pencapaian bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan ceria. Kewujudan budaya sekolah yang

description

islam

Transcript of Program Kecemerlangan

30

KERTAS KERJA 2011

SMK TAMAN TUANKU JAAFAR71450 SEREMBANNEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN

PROGRAM LONJAKAN SAUJANA

1.0 PENDAHULUAN

Dalam sebuah sekolah harian biasa, komposisi pelajarnya selalunya dapat dikelompokkan kepada pelajar terbilang, pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar yang lemah. Pada kebanyakan keadaan, kumpulan pelajar yang sederhana dan lemah lebih besar jumlahnya daripada pelajar yang cemerlang dan terbilang. Akan tetapi, hal ini bukanlah satu kekangan untuk mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diimpikan oleh peneraju dan warga setiap sekolah. Kata Confucius, kejayaan dan kecemerlangan, semuanya bergantung pada persediaan dan perancangan dan tanpa persediaan dan perancangan, sudah pasti akan berlaku kegagalan. Ini bermakna setiap sekolah mestilah bersedia untuk merancang ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

Keberkesanan atau kecemerlangan sesebuah sekolah lazimnya diukur berasaskan perfomance atau prestasi sekolah tersebut. Prestasi pencapaian sesebuah sekolah diukur dari segi pencapaian akademik dan pencapaian bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan ceria. Kewujudan budaya sekolah yang positif serta kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran, hubungan yang mesra antara pihak pengurusan sekolah dengan warga sekolah, hubungan yang baik, jitu dan bekerjasama sesama warga sekolah, dan interaksi serta komunikasi yang baik antara guru dengan ibu bapa pula menjadi kayu ukur keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah.

Keberkesanan sekolah juga boleh diukur bukan sahaja melalui kecemerlangan dalam pendidikan, tetapi dari aspek ekuiti (kesaksamaan) untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira kebolehan dari segi kognitif, fizikal pelajar, latar belakang taraf sosioekonomi (SES) ibu bapa pelajar,latar belakang agama, bangsa dan keturunan dan fahaman pelajar, Akhir sekali keberkesanan sekolah boleh diukur dari segi kemajuan atau peningkatan dari segi kadar pencapaian akademik pelajar dari tahun ke tahun yang ditunjukkan melalui adanya nilai tambah (value added) kepada kebolehan pelajar.

Sekolah cemerlang juga yang bermaksud sekolah yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar iaitu daripada pencapaian akademik yang rendah meningkat kcpada pencapaian akademik yang tinggi. Mengikut Hussein Mahmood (1993) sekolah cemerlang bukanlah sekolah yang established atau sekolah primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat dan guru-guru berasa puas bekerja.

Abdul Shukor Abdullah (1991) mengatakan sekolah cemerlang adalah sekolah yang mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan dengan akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan kepemimpinan. Pendapat Abdul Shukor Abdullah (1991) telah disokong oleh Sharifah Md. Nor (2000) yang mengatakan bahawa konsep sekolah cemerlang berkait dengan kecemerlangan akademik; walau bagaimanapun guru-guru perlu menentukan perkembangan seimbang pelajar dan kemampuan pentadbir membantu guru siapsiaga menjalankan tugas mereka dengan baik. Untuk membantu pelajar pula, sekolah cemerlang ialah sekolah yang mempunyai guru-guru yang boleh mengajar dengan efektif agar pelajamya bijak, bersahsiah mulia dan berdisiplin baik.

Sejajar dengan matlamat di atas, amatlah perlu pihak sekolah merancang dan melaksanakan program yang dapat merealisasikan impian tersebut. Maka, Program Lonjakan Saujana ini merupakan satu menifestasi SMK Taman Tuanku Jaafar ke arah pencapaian cita-cita murni di atas.

2.0 MATLAMAT STRATEGIK

Matlamat strategik adalah merupakan pelan tindakan yang dirancang untuk mencapai matlamat program ini. Pelan ini dianggap strategik atau taktik untuk mencapai misi program ini. Analisis yang digunakan ialah analisis KLAP (SWOT), yang melibatkan analisis faktor dalaman dan faktor luaran sekolah. Analisis KLAP (SWOT) telah digunakan melibatkan faktor pentadbiran, guru , pelajar, kemudahan dan sumber kewangan. Melalui analisis ini , kita akan mengetahui apakah kekuatan yang dimiliki untuk memastikan kejayaan program, dan melihat juga apakah kelemahan yang kita perlu baik untuk mengatasi masalah yang timbul. Analisis persekitaran luaran adalah melibatkan faktor yang di luar kawalan kita yang mempengaruhi pencapaian wawasan berupa peluang dan ancaman. Persekitaran ini melibatkan ibu bapa , PIBG, komuniti, badan atau pertubuhan, jabatan, institusi, perkhidmatan, politik dan lain-lain. Rumusan analisis SWOT yang disusun mengikut skor adalah seperti jadual di bawah.

Isu

1. Prestasi akademik para pelajar masih rendah2 Peratusan pencapaian bilangan A masih kurang.3. Peratus lulus dalam SPM dan PMR masih rendah4. GPS sekolah dalam SPM dan PMR masih rendah5. Kuantiti latihan pelajar masih kurang6. Kurang motivasi untuk mencapai kecemerlngan dalam kalangan pelajar 7. Pemantauan terhadap tahap pencapaian pelajar masih kurang dan tidak konsisten.

Kekuatan (S)

1. Terdapat guru-guru muda dan guru-guru yang berpengalaman luas2. Kebanyakan pelajar menetap berhampiran dengan sekolah dan tiada kekangan untuk datang ke sekolah.3. Terdapat pelajar yang telah mencatat kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik yang boleh dijadikan sebagai role model4. Keprihatinan dan sokongan kuat pihak pentadbiran sekolah.5. Keprihatinan dan sokongan yang kuat dan positif dari pihak PIBG.6. Terdapat guru-guru yang bersemangat tinggi 7. Terdapat 1 orang Guru Cemerlang8. Bilangan guru sesi pagi sebanyak 58 orang, sesi petang 45 orang dan guru yang mengajar pada sesi pagi dan petang sebanyak 5 orang. Jumlah keseluruhan ialah 108 orang.9. Banyak guru yang tinggal berhampiran dengan sekolahKelemahan (W)

1. Ramai pelajar tidak minat untuk belajar2.Ada guru selalu menyalahkan pelajar sahaja.3. Sokongan ibu bapa dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah agak rendah

Peluang ((O)

1. Terdapat kumpulan pelajar cemerlang sebagai model2. Guru Cemerlang dijadikan sumber rujukan di sekolah3. Kemudahan akses streamyx dan ICT yang banyak 4. Sokongan kuat PIBG.5. Banyak pelajar yang memiliki komputer peribadi.6. Kemudahan makmal komputer di sekolah. Ancaman (T)

1. Budaya tidak mementingkan pelajaran dalam masyarakat2.Sikap pelajar yang menyalahgunakan kemudahan ICT.3. Kekurangan bahan/ perisian bercorak akademik dalam ICT di sekolah4.Sikap tidak serius pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran.5. Ketegasan guru dalam memberi, memantau dan menyemak tugasan latihan pelajar adalah kurang. STRATEGI S O1. Adakan program motivasi dan pendedahan, pentarbiyah dan bengkel serta teknik menjawab yang dibiayai oleh pihak PIBG2. Adakah program /projek khas kecemerlangan3. Beri empowerment kepada guru dan pelajar merancang program4. Galakan teamwork dan kerjasama antara pelajar untuk mencapai kecemerlangan.5. Menyediakan suasana kondusif untuk pelajar belajar dengan selesa.6. Pemantauan yang rapi dari setiap peringkat. 7.Kesungguhan dalam meyediakan bahan dan modul latihan yang banyak dan berkualiti.

STRATEGI W O1. Pemantauan rapi perlu diadakan2. Program keibubapaan kepada ibubapa perlu diadakan dari semasa ke semasa yang dibiayai oleh PIBG.3. Program motivasi dan pendedahan, pentarbiyah dan bengkel serta teknik menjawab dilaksanakan sekurang kurangnya tiga kali setahun iaitu pada awal tahun, pertengahan tahun dan sebelum peperiksaan sebenar.

STRATEGI S T1. Pastikan P & P berkesan dan menarik minat pelajar2. Program khusus untuk menarik minat belajar/ insentif3. Memberikan motivasi kecemerlangan berterusan4. Penerapan nilai murni lebih Kerap di dalam dan di luar bilik darjah.5. Galakan penggunaan ICT dalam P&P.6. Memaksimumkan penggunaan makmal komputer dan Pusat Sumber Sekolah dalam P&P.7. Latihan yang banyak dan berterusan diberikan kepada pelajar.STRATEGI W T1. Tindakan lebih tegas dan berkesan perlu dilaksanakan2. Pemantauan yang lebih kerap dan efektif terhadap pengurusan P &P guru di dalam bilik darjah.3. Kursus motivasi dan program P&P berkesan yang berterusan untuk para guru.

Matlamat strategik adalah untuk memastikan:

1, prestasi akademik para pelajar meningkat2. peningkatan prestasi pencapaian kualiti dan kuantiti dalam GPS sekolah.3. kewujudan budaya saing yang sihat dan kerjasama dalam kalangan pelajar 4. peningkatan mutu dan prestasi kerja guru.5. kewujudan kumpulan sasaran ke arah pencapaian kecemerlangan.6 peningkatan penglibatan ibu bapa, PIBG dan komuniti dalam kecemerlangan sekolah meningkat

3.0 OBJEKTIK

Program ini mengandungi beberapa objektif iaitu:

3.1 meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dan mengurangkan peratus kegagalan pelajar dalam peperiksaan 3.2 menyediakan tiga kumpulan pelajar sasaran dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.3.3 menyediakan perancangan program peningkatan akademik yang sistematik dan efektif.3.4 meningkatkan kuantiti dan kualiti latihan yang diberi sebagai tugasan kepada para pelajar 3.7 meningkatkan tahap keperihatinan setiap warga sekolah agar bersama-sama berusaha gigih meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah.

4.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

4.1 Modus Operandi

4.1.1 Pembentukan Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana 2011 SMK Taman Tuanku Jaafar 20114.1.2 Pemilihan pelajar Cemerlang dan Halus dilaksanakan berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.4.1.3 Majlis Penyerahan para pelajar kepada Homeroom dan Mentor 4.1.4 Pelajar dikehendaki membuat latihan mengikut jadual, jumlah dan mata pelajaran yang tetapkan oleh Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana SMK Taman Tuanku Jaafar 2011.4.1.5 Setiap pelajar akan dipantau kemajuannya oleh seorang Homeroom dan Mentor yang ditetapkan mengikut subjek.4.1.6 Laporan prestasi pelajar melalui E-Report Card akan dilakukan oleh Mentor kepada Homeroom dan seterusnya daripada Homeroom kepada Penyelaras.4.1.7 Perjumpan dan laporan prestasi pelajar secara berkelompok akan diadakan sebulan sekali iaitu pada hari Isnin pertama setiap bulan melibatkan melibatkan Homeroom , Mentor dan Penyelaras 4.1.8 Laporan akan dihantar kepada ibu bapa pelajar terbabit dua bulan sekali.

4.2 Kumpulan Sasaran

Program ini mensasarkan kepada pelajar SPM dan PMR yang dibahagikan kepada 3 kumpulan pelajar dengan dua matlamat seperti di dalam carta berikut:

KUMPULANOBJEKTIFBIL PELAJAR (%)PMRSPM

TerbilangMeningkatkan kualiti102015

CemerlangMeningkatkan kualiti203030

HalusMengurangkan peratus gagal204040

4.3 Bahan

Bahan terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Bahan dalam ICT Blog matapelajaran mengikut panitiaii) Modul /Bahan Edaran Bercetak/Buku Kerja

i) Blog Matapelajaran

a) Ketua Bidang selaku Penyelaras bidang masing-masing akan memastikan setiap panitia dalam bidangnya mempunyai blog matapelajaran masing-masing.b) Setiap Ketua Panitia memastikan guru-guru mata pelajaran dari tingkatan 1 5 sentiasa mengemaskini blog dengan memasukkan nota-nota dan latihan yang diperlukan oleh para pelajar.c) Mentor akan memastikan latihan-latihan yang perlu dibuat oleh para pelajar wujud dalam blog. Mentor juga akan menyusun jadual pelaksanaan tugasan dan jadual penghantaran tugasan oleh para pelajar kepada mentor berkenaan. Tarikh akan diselaraskan oleh setiausaha.d) Setiap hari pelajar dikehendaki menyiapkan latihan untuk 2 mata pelajaran dalam 3 topik tertentu dan setiap satu adalah sebanyak 25 soalan.e) Pelajar boleh menghantar tugasan yang telah disiapkan dalam bentuk e-mail atau penghantaran dalam bentuk hardcopy.

ii) Modul

a) Modul disediakan oleh Panitia Matapelajaran dan dipantau oleh Ketua Bidang.b) Pelajar mesti menyiapkan latihan bagi 4 subjek semingguc) Bahan diambil daripada Mentor pada setiap hari Isnin dan tugasan yang telah disiapkan dihantar semula kepada Mentor pada hari Isnin berikutnya.d) Semasa pemulangan ini, pelajar akan menerima modul latihan untuk minggu berikutnya pula.e) Modul ini akan diperiksa oleh Mentor yang ditetapkan mengikut subjek.

Ringkasan adalah seperti carta berikut:TAHAPBAHANSUBJEKKEWANGANINSENTIF

PMR Soalan Latihan di dalam blog matapelajaran. Modul Soalan Peperiksaan Percubaan Soalan Peperiksaan Tahun-Tahun LepasB. MalayuB. InggerisSejarahGeografiMatematikSainsPendidikan IslamKemahiran Hidup

IbuBapaPIBGSumbanganPCG

-perbelanjaan pengurusan/ bahan/Insentif/ lawatan/motivasi/BengkelSkim Insentif Skor A

SPM Soalan Latihan di dalam blog matapelajaran. Modul Soalan Peperiksaan Percubaan Soalan Peperiksaan Tahun-Tahun LepasMata pelajaran teras:B. MalayuB. InggerisSejarahMatematikSainsP. Islam/P. Moral

Mata Pelajaran Elektif:FizikBiologiKimiaMatematik TambahanICTTeknologi KejuruteraanPrinsip PerakaunanEkonomi AsasPerdaganganIbuBapaPIBGSumbanganPCG

-perbelanjaan pengurusan/ bahan/Insentif/ lawatan/motivasi/BengkelSkim Insentif Skor A

4.4 Aktiviti Program

a) Latihan Intensifb) Bengkel Motivasic) Klinik Mata Pelajarand) Lawatan Pendedahan Mindae) Post Mortem f) Pelaporan Pencapaian Mingguan dan Bulanang) Ujian dan Peperiksaan

4.5 Bidang Tugas 1. Penyelaras- Memastikan setiap Panitia di bawah bidang masing-masing mempunyai blog matapelajaran.- Memastikan Ketua Panitia di bawah bidang masing-masing mengemaskini blog matapelajaran masing-masing dengan nota dan latihan yang diperlukan dengan bantuan guru-guru matapelajaran sesi pagi dan petang.- Memastikan setiap Panitia di bawah bidang masing-masing menyediakan Modul Latihan yang sistematik dan bersesuaian dengan format peperiksaan PMR dan SPM.- Memastikan Ketua Panitia menghantar modul untuk direzo mengikut jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha. - Merancang penempatan modul agar mudah capai oleh Mentor untuk diagihkan kepada Mentee masing-masing.- Menghubungi sekolah lain untuk mendapatkan bahan-bahan latihan tambahan dengan bantuan Ketua-ketua Panitia bidang masing-masing.- Memantau pelaksanaan program oleh Ketua Panitia, Homeroom dan Mentor matapelajaran masing-masing.- Mengumpul semua maklumat tentang:a. perjalanan dan keberkesanan programb. rekod pelajar dari aspek ; tahap penglibatan dan prestasi pencapaian daripada Mentor bidang masing-masing untuk diserahkan kepada Setiausaha. - Membuat pelaporan semasa sesi perjumpaan bulanan.

2. Peranan Guru Homeroom

- Memantau setiap pelajar di dalam homeroom masing-masing dari aspek:a. mendapat bahan untuk latihan samada dari blog atau modul mengikut jadual yang ditetapkan oleh setiausaha.b. memastikan latihan yang disiapkan oleh Homeroom disemak dan dikembalikan kepada mereka.c. Mendapatkan laporan sahsiah dan prestasi akademik Homeroom dari setiap mentor matapelajaran.- Membuat laporan disiplin Homeroom kepada Penyelaras - Menyerahkan laporan prestasi Homeroom kepada Penyelaras dua minggu sekali mengikut jadual yang ditetapkan oleh Setiausaha.- Mengurus, membimbing, menasihati dan memberi motivasi yang tinggi kepada setiap Homeroom agar mereka dapat meningkatkan prestasi pelajaran masing-masing.- Memberi perhatian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Homeroom dengan memberi nasihat dan motivasi yang tinggi.- Merujuk Homeroom yang menghadapi masalah serius kepada kaunselor sekolah atau guru pendidikan agama Islam.

3. Peranan Mentor

- Memberi bahan modul latihan kepada Mentee mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Setiausaha.- Memaklumkan kepada Mentee latihan dalam blog.- Menyemak latihan Mentee samada dari blog atau modul mengikut tarikh yang ditetapkan.- Memulangkan latihan kepada Mentee dan membimbing Mentee untuk mengatasi kelemahan atau untuk melonjakkan lagi kecemerlangan mereka.- Menjadi individu rujukan Mentee dalam mata pelajaran - Menghantar laporan prestasi Mentee kepada Guru Homeroom setiap kali Mentor selesai menyemak tugasan Mentee .(E-pelaporan)- Membimbing pelajar dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.- Mencadangkan nama Mentee yang bermasalah (sekiranya ada) kepada Guru Homeroom untuk tindakan yang selanjutnya.

4.6 Modus Operandi Penggunaan Blog

1. Penyelaras memastikan setiap panitia di bawah bidang masing-masing mempunyai blog. 2. Ketua Panitia dengan dibantu oleh guru-guru matapelajaran yang berkenaan mengisi blog masing-masing dengan nota dan latihan yang berkualiti dan relevan.3. Mentor memaklum kepada Mentee masing-masing tentang latihan yang perlu dibuat di dalam blog. Tarikh setiap latihan ditentukan oleh Setiausaha.4. Mentee membuat latihan ikut jadual / topik/ kuantiti 5. Mentor pelajar membimbing dan menyemak latihan yang telah dibuat6. Mentor meneliti prestasi pelajar 7. Mentor menghantar laporan kepada Guru Homeroom (Prestasi mengikut tajuk)8. Guru Homeroom meneliti prestasi Homeroom, mengambil tindakan yang sewajarnya dan menghantar laporan kepada Penyelaras.8. Penyelaras mengadakan post-mortem bulanan 9. Mentor, Guru Homeroom dan Penyelaras memantau pencapaian ujian/ peperiksaan mentee/homeroom.10. Penyelaras melaporkan kepada guru mata pelajaran di dalam kelas untuk penambahbaikan.

Jadual Latihan Dari Blog - PMRHARISUBJEK 1SUBJEK 2

ISNINB. MelayuGeografi

SELASASejarahMatematik

RABUSainsPendidikan Islam

KHAMISKemahiran HidupBahasa Inggeris

JUMAATMatematikBahasa Melayu

SABTUSainsSejarah

AHADBahasa MelayuPendidikan Islam

@ Minimum 2 Topik untuk setiap Mata Pelajaran@ 2 Set untuk setiap topik

Jadual Latihan Dari Blog SPM - Kertas 1HARISUBJEK 1SUBJEK 2

ISNINBahasa MelayuBiologi/Sains

SELASABahasa InggerisFizik/Prinsip Akaun

RABUMatematikKimia/Perdagangan/Tasawwar Islam

KHAMISSejarahMatematik Tambahan/ICT/Teknologi Kejuruteraan

JUMAATPendidikan Islam/Pendidikan MoralEkonomi Asas/Kesusasteraan Melayu/Pendidikan Seni Visual/MPV

@ Minimum 2 Topik bagi setiap Mata Pelajaran@ 2 Set bagi setiap topik

4.7 Modus Operandi Penggunaan Modul (Kertas 2)

1. Penyelaras memastikan setiap panitia di bawah bidang masing-masing menyediakan modul. 2. Ketua Panitia dengan dibantu oleh guru-guru matapelajaran yang berkenaan menyediakan modul latihan yang relevan dan berkualiti mengikut sukatan pelajaran.3. Ketua Panitia menghantar modul untuk direzo dan menyerahkan modul yang siap direzo kepada Penyelaras.4. Penempatan modul oleh Penyelaras. Modul mestilah mudahcapai oleh Mentor untuk diserahkan kepada Mentee.5. Mentee mengambil latihan daripada Mentor masing-masing. Tarikh setiap latihan ditentukan oleh Setiausaha.6. Mentee membuat latihan ikut jadual / topik/ kuantiti .7. Mentee menghantar latihan yang siap dibuat kepada Mentor dan mengambil latihan yang seterusnya.8. Mentor pelajar membimbing dan menyemak latihan yang telah dibuat9. Mentor meneliti prestasi pelajar 10.Mentor menghantar laporan kepada Guru Homeroom (Prestasi mengikut tajuk)11.Guru Homeroom meneliti prestasi Homeroom, mengambil tindakan yang sewajarnya Dan menghantar laporan kepada Penyelaras.12.Penyelaras mengadakan post-mortem bulanan 13.Mentor, Guru Homeroom dan Penyelaras memantau pencapaian ujian/ peperiksaan mentee/homeroom.14.Penyelaras melaporkan kepada guru mata pelajaran di dalam kelas untuk penambahbaikan.

Jadual Latihan Penggunaan Modul PMR HARISUBJEK 1SUBJEK 2

ISNINB. MelayuGeografi

SELASASejarahMatematik

RABUSainsPendidikan Islam

KHAMISKemahiran HidupBahasa Inggeris

JUMAATMatematikBahasa Melayu

SABTUSainsSejarah

AHADBahasa MelayuPendidikan Islam

@ Minimum 25 soalan bagi setiap Mata Pelajaran@ Modul mesti dihantar dan diambil pada setiap pagi Isnin sebelum sesi persekolahan tamat.

Jadual Latihan Penggunaan Modul SPM Kertas 2HARISUBJEK 1SUBJEK 2

ISNINBahasa MelayuBiologi/Sains

SELASABahasa InggerisFizik/Prinsip Akaun

RABUMatematikKimia/Perdagangan/Tasawwur Islam

KHAMISSejarahMatematik Tambahan/ICT/Teknologi Kejuruteraan

JUMAATPendidikan Islam/Pendidikan MoralEkonomi Asas/Kesusasteraan Melayu/Pendidikan Seni Visual/MPV

@ 1 set lengkap soalan kertas 2 bagi setiap matapelajaran mengikut format peperiksaan sebenar.@ Modul mesti di hantar dan diambil pada setiap hari Isnin sebelum sesi persekolahan tamat.

5.0 ORGANISASI Pengerusi : Tuan Omar b. Ahmad Tuan Pengetua

Naib Pengerusi 1 : En. Akashah b. Ismail GPK Akademik Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Zakaria b. Ismail GPK HEM Naib Pengerusi 3 : Pn. Hjh. Zainab bt. Hj. Mohd Nasir - GPK KoKurikulum Naib Pengerusi 4 : En. Kalaiselvam a/l Muniandy GPK Petang

Setiausaha : Pn. Hjh. Rosiah bt. Hasan P. Setiausaha 1 : Pn. Rohayu bt. Mustafa P. Setiausaha 2 : Pn. Asyirah bt. Zakaria

Bendahari : Pn. Norliza bt. Mohd Noor

Penyelaras En. Alias b. Abdullah - KB Kemanusiaan Pn. Faridah Jaafar -KB BahasaPn. Pakyavathy a/p M. Muniandy - KB Sains MathematikPn. Fadhillah bt. Hashim - KB Teknik dan Vokasional AJK

1. Data : Pn. Kursiah bt.Kushairi Cik Khalila bt. Kudri 2. Dokumentasi : Pn. Noor Azian bt. Abdul Hani Pn. Sabariah bt. Seman 3. Bahan : Semua Ketua Panitia Guru-guru Matapelajaran 4. Ceramah/Motivasi : En. Paramasivam a/l Velaudan Pendedahan/Pentarbiyah En. Azmi b. Abdul Aziz 5. Lawatan Ilmu : Pn. Normala bt. Kasdanon

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Program ini akan dilancarkan pada bulan Jun iaitu pada 20 Jun 2011. Hadiah akan disampaikan pada Hari Kecemerlangan 2011

7.0 KEWANGAN

Ibu bapa PIBG Sumbangan PCG

KOS PERBELANJAAN

1. Ceramah/Bengkel/Teknik Menjawab RM120 x 28 orang =RM3360.00 2. 2 Lawatan Ilmu (PMR & SPM) = RM2000.00 3. Modul RM200x 28 subjek = RM5600.00 JUMLAH =RM10, 960.00

7.0 PENILAIAN

Kejayaan program ini adalah terletak kepada komitmen dan kesungguhan setiap warga sekolah melaksanakannya dengan betul dan konsisten. Petunjuk Prestasi adalah berdasarkan peningkatan pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan. Kejayaan seterusnya akan dapat dilihat melalui peningkatan GPS dan bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam iaitu PMR dan SPM.