Program Lawatan dan Sukaneka Tabika Kemas FBRU 2011

4
14 OKTOBER 2011 SEMUA IBUBAPA/PENJAGA TABIKA KEMAS FBRU PROGRAM LAWATAN DAN SUKAN TABIKA KEMAS FELDA BUKIT ROKAN UTARA 2011 Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tabika Kemas akan menganjurkan Program Lawatan dan Sukan Tabika Kemas seperti ketetapan berikut: Tarikh : 29 Oktober 2011 (Hari Sabtu) Masa : 6:30 pagi 9:00 malam Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan. 3. Para pelajar yang ingin menyertai program ini DIWAJIBKAN mendapat kebenaran ibubapa/penjaga dan perlu diiringi oleh ibu, bapa atau penjaga semasa program berlangsung. 4. Bersama-sama ini kami sertakan borang kebenaran beserta syarat-syarat penyertaan program tersebut. Borang yang telah diisi perlu dikembalikan beserta bayaran kepada pihak Tabika Kemas selewat-lewatnya hari Rabu, 19 Oktober, 2011. 5. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan amatlah kami hargai bagi memastikan program ini berlangsung dengan jayanya. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, .................................................. SITI ZUBAIDAH BINTI PA’AT Setiausaha Tabika Kemas FBRU sk. 1. Pegawai KEMAS Daerah 2. Penyelia Pra Sekolah 3. Penyelia Perhubungan dan Pembangunan Desa

Transcript of Program Lawatan dan Sukaneka Tabika Kemas FBRU 2011

Page 1: Program Lawatan dan Sukaneka Tabika Kemas FBRU 2011

14 OKTOBER 2011 SEMUA IBUBAPA/PENJAGA TABIKA KEMAS FBRU PROGRAM LAWATAN DAN SUKAN TABIKA KEMAS FELDA BUKIT ROKAN UTARA 2011 Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tabika Kemas akan menganjurkan Program Lawatan dan Sukan Tabika Kemas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Oktober 2011 (Hari Sabtu) Masa : 6:30 pagi – 9:00 malam Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan.

3. Para pelajar yang ingin menyertai program ini DIWAJIBKAN mendapat kebenaran ibubapa/penjaga dan perlu diiringi oleh ibu, bapa atau penjaga semasa program berlangsung. 4. Bersama-sama ini kami sertakan borang kebenaran beserta syarat-syarat penyertaan program tersebut. Borang yang telah diisi perlu dikembalikan beserta bayaran kepada pihak Tabika Kemas selewat-lewatnya hari Rabu, 19 Oktober, 2011. 5. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan amatlah kami hargai bagi memastikan program ini berlangsung dengan jayanya. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, .................................................. SITI ZUBAIDAH BINTI PA’AT Setiausaha Tabika Kemas FBRU sk. 1. Pegawai KEMAS Daerah 2. Penyelia Pra Sekolah 3. Penyelia Perhubungan dan Pembangunan Desa

Page 2: Program Lawatan dan Sukaneka Tabika Kemas FBRU 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PROGRAM LAWATAN DAN SUKAN TABIKA KEMAS FELDA BUKIT ROKAN UTARA 2011 1. MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh Program : 29 Oktober 2011 (Hari Sabtu) Masa : 6:30 pagi – 9:00 malam Tempat : Port Dickson, Negeri Sembilan.

2. BAYARAN

a. PERCUMA untuk pelajar Tabika KEMAS FBRU. b. Ibubapa atau penjaga pelajar : RM30.00 seorang. c. Kanak-kanak lain 12 tahun ke bawah: RM15.00 seorang d. Bayaran adalah untuk kos pengangkutan, sarapan pagi dan tiket masuk lawatan

dan sukaneka sahaja. e. Bayaran-bayaran lain adalah di bawah tanggungan ibubapa/penjaga sendiri.

3. PENGANGKUTAN

a. PERCUMA untuk pelajar Tabika KEMAS FBRU. b. Tabika Kemas akan menyediakan bas untuk program ini. c. Semua peserta diminta berkumpul di hadapan Tabika Kemas pada jam 6:30 pagi

untuk sesi taklimat sebelum berlepas. d. Para pelajar DIWAJIBKAN menaiki bas yang disediakan dan perlu diiringi oleh

seorang penjaga. e. Sila pastikan ketepatan masa semasa mengikuti program ini untuk mengelakkan

kesulitan kepada peserta-peserta lain dan mengganggu jadual perjalanan dan aturcara program.

4. MAKANAN

a. Tabika Kemas akan menyediakan sarapan pagi unutk semua peserta program. b. Minuman semasa acara-acara sukan juga disediakan oleh Tabika Kemas. c. Makan tengahari adalah di atas tanggungan pelajar dan ibubapa/penjaga sendiri. d. Ibubapa/penjaga juga digalakkan membawa makanan sendiri dari rumah.

5. PAKAIAN

a. Pelajar Tabika Kemas – Pakaian Sukan Tabika Kemas. b. Ibubapa/Penjaga – Pakaian bersesuaian untuk bersukan berwarna merah. c. Pakaian dan keperluan untuk bersolat. d. Lain-lain pakaian yang perlu sahaja.

4. LAIN-LAIN

a. Ibubapa/penjaga yang ingin menggunakan pengangkutan sendiri perlu

membayar sendiri yuran-yuran masuk ke tempat lawatan, sukaneka dan lain-lain.

Page 3: Program Lawatan dan Sukaneka Tabika Kemas FBRU 2011

ATURCARA PROGRAM LAWATAN DAN SUKAN TABIKA KEMAS FELDA BUKIT ROKAN UTARA 2011

1. 6:30 pagi Berkumpul di Tabika Kemas FBRU

2. 6:45 pagi Taklimat ringkas Program

3. 7:00 pagi Bertolak ke Port Dickson

4. 9:00 pagi Lawatan ke PD Ostrich Farm (Ladang Burung Unta) Batu 9, Jalan Pantai, PD

5. 12:00 tengahari Rehat Makan Tengahari Solat Zohor

6. 1:45 tengahari Bertolak ke PD Eagle Ranch Resort Batu 14 Jalan Pantai, PD

7. 2:00 petang Pendaftaran Sukaneka di PD Eagle Ranch Resort

8. 2:30 petang Acara-acara Sukaneka

9. 5:00 petang Penyampaian Hadiah dan Upacara Penutup

10. 6:00 petang Bertolak balik ke FBRU

11. 9:00 malam Tiba di FBRU

Page 4: Program Lawatan dan Sukaneka Tabika Kemas FBRU 2011

BORANG KEBENARAN PENYERTAAN Kepada: Tabika Kemas FBRU PROGRAM LAWATAN DAN SUKAN TABIKA KEMAS FELDA BUKIT ROKAN UTARA 2011 Merujuk kepada perkara di atas, saya _______________________________________________, * ibu / bapa / penjaga kepada _____________________________________________________, pelajar di Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara tahun 2011 dengan ini * membenarkan / tidak membenarkan beliau untuk menyertai PROGRAM LAWATAN DAN SUKAN TABIKA KEMAS FELDA BUKIT ROKAN UTARA 2011 ke Port Dickson pada 29 Oktober 2011. * (potong yang tidak berkenaan) Turut serta di dalam Program ini adalah:

BIL NAMA HUBUNGAN

DENGAN PELAJAR

1.

2.

3.

4.

5.

BAYARAN PENYERTAAN:

KATEGORI BAYARAN JUMLAH

1. Dewasa ( ) orang x RM30.00 RM

2. Kanak-kanak ( ) orang x RM15.00 RM

JUMLAH RM

Pihak Tabika Kemas akan mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu dan sesuai untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para pelajar dan peserta Program ini. Oleh itu, tiada sebarang tuntutan atau dakwaan akan dibuat ke atas pihak Tabika Kemas FBRU terhadap sebarang masalah atau kesulitan yang timbul semasa Program tersebut. Saya bersetuju mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas. ........................................................ ...................................... Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga Tarikh