Program Menuju Harvard

3
PROGRAM MENUJU HARVARD 2020 Program Menuju Harvard 2020 ini telah diilhamkan oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Seri Hartamas (PIBG SKSH) bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid SK Seri Hartamas (SKSH) yang mempunyai ciri-ciri kecemerlangan dan berkemungkinan memenuhi kriteria pelajar yang diterima belajar di Universiti Harvard, universiti yang terulung di Amerika Syarikat. Program ini dilaksanakan dengan usahasama ahli jawatankuasa Harvard Club of Malaysia yang terdiri daripada bekas pelajar Universiti Harvard. Melalui bantuan, sokongan dan galakan daripada ahli Harvard Club of Malaysia sebagai “mentor”, adalah diharapkan semoga menjelang tahun 2020, mungkin ada bekas pelajar SKSH yang berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang penuh berprestij itu. SKSH amat berbangga kerana telah dipilih sebagai sekolah perintis atau “pilot school” untuk program ini. Harvard University yang terletak di bandaraya Boston yang penuh bersejarah, telah diasaskan pada tahun 1636. Universiti ini telah menghasilkan tujuh orang bekas Presiden Amerika Syarikat, termasuk Franklin D. Roosevelt dan John F. Kennedy, dan seramai 43 orang pemenang anugerah “Nobel Prize” adalah graduan universiti ini. Harvard mempunyai lebih kurang 20,000 orang pelajar setiap tahun di mana seramai 6,700 pelajar adalah di peringkat ijazah. Universiti ini terdiri daripada 10 fakulti termasuk perubatan, undang-undang dan ekonomi. Harvard mempunyai bajet perbelanjaan pengurusan sebanyak US$2.5 bilion setiap tahun. Dalam tahun 2008, pendapatan universiti ini mencecah US$3.5 bilion. Kos pengajian untuk seorang pelajar peringkat ijazah ialah hampir US$50,000 setahun. Setiap tahun, secara purata, hanya tiga orang warga Malaysia berjaya diterima untuk belajar di peringkat ijazah daripada pengambilan 1,500 orang pelajar baru daripada serata dunia. Ciri-ciri pelajar Harvard University bukan sahaja tertakluk

Transcript of Program Menuju Harvard

Page 1: Program Menuju Harvard

PROGRAM MENUJU HARVARD 2020

Program Menuju Harvard 2020 ini telah diilhamkan oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Seri Hartamas (PIBG SKSH) bertujuan untuk mengenal pasti murid-murid SK Seri Hartamas (SKSH) yang mempunyai ciri-ciri kecemerlangan dan berkemungkinan memenuhi kriteria pelajar yang diterima belajar di Universiti Harvard, universiti yang terulung di Amerika Syarikat.

Program ini dilaksanakan dengan usahasama ahli jawatankuasa Harvard Club of Malaysia yang terdiri daripada bekas pelajar Universiti Harvard. Melalui bantuan, sokongan dan galakan daripada ahli Harvard Club of Malaysia sebagai “mentor”, adalah diharapkan semoga menjelang tahun 2020, mungkin ada bekas pelajar SKSH yang berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang penuh berprestij itu. SKSH amat berbangga kerana telah dipilih sebagai sekolah perintis atau “pilot school” untuk program ini.

Harvard University yang terletak di bandaraya Boston yang penuh bersejarah, telah diasaskan pada tahun 1636. Universiti ini telah menghasilkan tujuh orang bekas Presiden Amerika Syarikat, termasuk Franklin D. Roosevelt dan John F. Kennedy, dan seramai 43 orang pemenang anugerah “Nobel Prize” adalah graduan universiti ini. Harvard mempunyai lebih kurang 20,000 orang pelajar setiap tahun di mana seramai 6,700 pelajar adalah di peringkat ijazah. Universiti ini terdiri daripada 10 fakulti termasuk perubatan, undang-undang dan ekonomi. Harvard mempunyai bajet perbelanjaan pengurusan sebanyak US$2.5 bilion setiap tahun. Dalam tahun 2008, pendapatan universiti ini mencecah US$3.5 bilion. Kos pengajian untuk seorang pelajar peringkat ijazah ialah hampir US$50,000 setahun.

Setiap tahun, secara purata, hanya tiga orang warga Malaysia berjaya diterima untuk belajar di peringkat ijazah daripada pengambilan 1,500 orang pelajar baru daripada serata dunia. Ciri-ciri pelajar Harvard University bukan sahaja tertakluk kepada pencapaian cemerlang di dalam bidang akademik, tetapi juga merangkumi penglibatan di dalam aktiviti kokurikulum, mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan dinamik, melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan mempunyai sifat kepimpinan. Objektif pendidikan di Harvard ialah untuk menghasilkan individu yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang seimbang dan mendahulukan pencapaian. Adalah menjadi suatu kejayaan besar bagi mana-mana sekolah untuk melahirkan graduan Harvard University dan inilah impian PIBG SKSH.

Program Menuju Harvard 2020 SKSH ini bertujuan untuk membentuk keperibadian pelajar SKSH sebagai pelajar yang berpotensi untuk

Page 2: Program Menuju Harvard

menjejakkan kaki ke Harvard. Setiap tahun, beberapa pelajar tahun 6 akan dicalonkan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Harvard Club of Malaysia sebagai calon pemenang Harvard Book Prize. Pemilihan pemenang Harvard Book Prize untuk calon SKSH akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Harvard Club of Malaysia dan hadiah hanya akan diberikan sekiranya calon-calon tersebut benar-benar menepati ciri-ciri dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Secara lazimnya, di Amerika Syarikat, Harvard Book Prize dianugerahkan kepada pelajar sekolah menengah (“high school”) yang mempamirkan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan sahsiah diri yang terpuji, di samping pencapaian di dalam bidang kokurikulum. Harvard Book Prize hanya dianugerahkan di 2,000 sekolah menengah di seluruh dunia. SKSH sebenarnya melakarkan sejarah melalui pemilihannya oleh Harvard Club of Malaysia sebagai sekolah perintis di dalam program ini.

Pemenang Harvard Book Prize SKSH akan memasuki kumpulan pelajar terpilih yang akan dipantau setiap tahun melalui proses “mentoring” yang akan dikendalikan oleh Harvard Club of Malaysia di mana sokongan, galakan dan nasihat serta tunjuk ajar akan diberikan supaya pelajar-pelajar tersebut bersedia untuk menghadapi proses pemilihan dan pengambilan pelajar oleh Harvard University kelak.

Diharapkan semoga pendedahan kepada budaya kecemerlangan yang dipraktikkan oleh Harvard University akan dicontohi dan diteladani oleh pelajar-pelajar SKSH. Dengan berkat usahasama PIBG, pihak sekolah, dan Harvard Club of Malaysia, semoga impian PIBG SKSH untuk menghasilkan bakal pelajar Universiti Harvard di kalangan alumni SKSH akan benar-benar menjadi kenyataan.

“Cita-cita tanpa usaha hanya menjadi angan-angan; usaha tanpa cita-cita hanya tinggal kenangan;

tetapi usaha yang berlandaskan cita-cita besar kemungkinan menjadi kejayaan.’