Program Pendidikan Pemulihan Di Luar Negara
-
Upload
anbarasi-bala -
Category
Documents
-
view
242 -
download
0
Transcript of Program Pendidikan Pemulihan Di Luar Negara
-
8/2/2019 Program Pendidikan Pemulihan Di Luar Negara
1/4
PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN DI LUAR NEGARA
Program pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah
termaktubnya PL 94-142 apabila seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapatanugerah pelajar terbaik semasa di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-
kanak tersebut telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan
kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainan upaya. Kejayaan pelajar ini
adalah hasil daripada kelulusan undang-undang pada tahun 70-an.
Pada 29 Novermber 1975 Kongres AmerikaSyarikat telah meluluskanPublic Law
94-142. Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga
21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak
menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa
kepada 50 buah negeri di Amerika Syarikat dan pihak berkuasa tempatan melindungi
hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia berkeperluan khas serta
keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak kelainan upaya atau
berkeperluan khas dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau
biasa.
Sekiranya kelainan upaya kanak-kanak itu menyebabkan dia tidak menunjukkan
kemajuan dalam kelas biasa maka dia ditempatkan dalam kelas khas. Pada tahun
1990, Public Law 94 -142 diperluaskan dibawah akta dinamakan Individuals with
Disabilities Education Act (IDEA). Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak
orang kelainan upaya dilindungi. Antara yang ditekankan dalam undang-undang ini
ialah:
Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang
sesuai kepada kanakkanak berkeperluan khas. Ini bermakna pendidikan
kanak-kanak khas ini adalah percuma.
Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem
percukaian negara.
-
8/2/2019 Program Pendidikan Pemulihan Di Luar Negara
2/4
Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dilaksanakan dalam
persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang. Ini bermaksud
tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan
pendidikan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh belajar di dalam sekolah awam
biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan sebegini dikenali sebagai
pendidikan inklusif. Kanak-kanak berkeperluan khas dilindungi daripada sebarang
elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan
dilaksanakan dalam pelbagai cara.
Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak
berkeperluan khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak
berkeperluan khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan ,kekurangan atau
kelainan upaya mereka. Penglibatan ibu bapa amat penting dalam merancang dan
menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Ini memberi ruang kepada ibu
bapa yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam
merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Guru
pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap
murid berkepeluan khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini membolehkan
guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid berkeperluan khas dalam satujangka masa tertentu semasa kanak-kanak ini bersekolah dengan mengambil kira
potensi dan kelainan upaya seseorang kanak-kanak berkeperluan khas.
Konsep kolaborasi dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang
melibatkan pelbagai pihak atau pelbagai disiplin seperti ibu bapa, kaunselor, guru khas,
pegawai kesihatan dan guru mata pelajaran terlibat sama dalam merancang pendidikan
murid-murid berkeperluan khas. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak tidak diberi peluang
pendidikan. Pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak
kanak kurang
upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat
mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanakkanak pekak, buta,
kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa.
-
8/2/2019 Program Pendidikan Pemulihan Di Luar Negara
3/4
Oleh kerana IDEA kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000
bayi dan kanak - kanak kurang upaya. Pada tahun 2000 di Amerika Syarikat kira-kira
6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi
memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai pelajar kelainan upaya menghadiri sekolah
di kawasan perumahan masing-masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka.
Pelajar kelainan upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah
berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain.
IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-
kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga
konsep pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Ibu
bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas. dilibatkan dalam perancangan
pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep kolaborasi dalam pendidikan
yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan
masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan
dalam pelaksanaan pendidikan khas di negara-negara lain termasuk Malaysia.
Seterusnya merupakan Laporan Warnock yang dikeluarkan pada tahun 1974
mencetuskan permulaan pendidikan pemulihan di England. Jawatankuasa InkuiriPendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula
pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978
mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun
cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta
merta tetapi Laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan
cadangan -cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-
tahun berikutnya seperti konsep pendidikan inklusif yang secara langsung
memansuhkan konsep pengasingan yang diamalkan sebelumnya.
Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integrasi atau
inklusif. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan
-
8/2/2019 Program Pendidikan Pemulihan Di Luar Negara
4/4
khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak
biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini termasuk di Malaysia.
Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam
pelaksanaan pendidikan khas.
Manakala Akta Kanak kanak 1989 (Childrens Act, 1989) menyarankan dua
perubahan untuk memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas . Pertama, amalan
membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan
oleh ahli perubatan sahaja dipindah kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis
dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran
dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas
keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap
keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Jelas sekali akta ini
memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran melibatkan diri
dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas
diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas
belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah
mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa
yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran
masyarakat dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-
kanak berkeperluan khas di Britain.