PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

26
PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 MRSM Maktab diberi kebebasan untuk membentuk jadual Program Penyesuaian Diri masing- masing. Walau bagaimanapun, item-item seperti yang diterangkan seterusnya mestilah terkandung dalam program ini. Program Penyesuaian Diri MRSM terdiri dari dua Bahagian. BAHAGIAN I Antara perkara-perkara yang harus disediakan oleh pihak maktab ialah:- 1. Taklimat Pengetua kepada Ibu Bapa. 2. Ucapan Selamat Datang Pengetua dan guru-guru kepada pelajar. 3. Pendaftaran pelajar baru. 4. Penempatan di asrama. 5. Pembahagian kelas 6. Keterangan sistem pembelajaran (Jadual dan sistem PNG) 7. Keterangan Peraturan Maktab 8. Pengenalan kepada MARA dan sistem MRSM 9. Keterangan tentang kemudahan dan perkhidmatan di MRSM 10. Pembahagian kepada kumpulan (Homeroom ataupun kumpulan sementara untuk aktiviti Program Penyesuaian)

Transcript of PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

Page 1: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 MRSM

Maktab diberi kebebasan untuk membentuk jadual Program Penyesuaian Diri masing-

masing. Walau bagaimanapun, item-item seperti yang diterangkan seterusnya

mestilah terkandung dalam program ini.

Program Penyesuaian Diri MRSM terdiri dari dua Bahagian.

BAHAGIAN I

Antara perkara-perkara yang harus disediakan oleh pihak maktab ialah:-

1. Taklimat Pengetua kepada Ibu Bapa.

2. Ucapan Selamat Datang Pengetua dan guru-guru kepada pelajar.

3. Pendaftaran pelajar baru.

4. Penempatan di asrama.

5. Pembahagian kelas

6. Keterangan sistem pembelajaran (Jadual dan sistem PNG)

7. Keterangan Peraturan Maktab

8. Pengenalan kepada MARA dan sistem MRSM

9. Keterangan tentang kemudahan dan perkhidmatan di MRSM

10. Pembahagian kepada kumpulan (Homeroom ataupun kumpulan sementara

untuk aktiviti Program Penyesuaian)

Page 2: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

BAHAGIAN II

ITEM TUJUAN KETERANGAN

1. LATIHAN

INTERAKSI

(dalam kumpulan

kecil / Homeroom)

Pelajar dapat berkenalan

dan membentuk ‘support

group’

1. Latihan 1

Tanda Nama

(Lampiran A)

2. Latihan 2

Saya Unik

(Lampiran B)

3. Latihan 3

Yang Mana Satu

(Lampiran C)

2. MEMAHAMI

PENYESUAIAN

Pelajar dapat memahami

peringkat-peringkat yang

akan mereka lalui untuk

mencapai penyesuaian

1. Aktiviti Kumpulan

‘Hopes & Fears’

(Lampiran D)

2. Aktiviti Kumpulan

Pengalaman

Penyesuaian

(Lampiran E)

3. Aktiviti Kumpulan

Strategi Untuk

Menyesuaikan Diri

(Lampiran F)

4. Ceramah

Bagaimana

Menghadapi

Penyesuaian

(Lampiran G)

5. Aktiviti Kumpulan

Memahami Rakan

Sebilik

(Lampiran H)

3. KEMAHIRAN

KOMUNIKASI

Pelajar dapat mempelajari

dan melatih diri untuk

berkomunikasi dengan

berkesan.

1. Ceramah

Komunikasi

Interpersonal

(Lampiran I)

2. Aktiviti Kumpulan

Mari Berkenalan

(Lampiran J)

3. Aktiviti Kumpulan

Berkomunikasi

(Lampiran K)

Page 3: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

LATIHAN 1 Lampiran A

TAJUK : TANDA NAMA MASA : 25 - 30 minit

BAHAN : Kad-kad yang berukuran 8 x 12 cm

PROSES :

1. Guru memberi sekeping kad kepada setiap pelajar - jika ingat sila gunakan nama pelajar dan gelaran sebelumnya, misalnya “Senyum

Samsiah, ambil satu kad ini". (2 minit). 2. Guru melukis satu contoh rangka kad di papan hitam.

_________________________________________________ | (b) ......... (c) |

| | | A ................. |

| | | (d) (e) | |_________________________________________________|

3. Guru memberi arahan:

a) Tulis nama di tengah-tengah kad (guru berbuat sama di papan hitam)

b) Isikan tempat lahir di sebelah kiri di sudut atas kad tersebut (Guru berbuat demikian jua di papan hitam). Sila tunggu sehingga semua pelajar

habis menulis, barulah mula arahan selanjutnya. c) Disebelah kanan sudut atas kad sila tulis 2 perkara yang anda suka buat /

hobi (Guru ikut sama menulis).

d) Disebelah kiri sudut bawah nyatakan 3 sifat nama bagi diri anda (Guru juga menulis sama di papan hitam).

e) Disebelah kanan sudut bawah nyatakan perkara yang anda inginkan untuk diri sendiri misalnya ingin menjadi seorang yang terkenal, terbaik dll –

"What you dream of being". f) Di tengah sebelah kiri tuliskan tempat yang anda ingin lawati.

g) Ditengah sebelah kanan pula tuliskan harapan / cita-cita anda. (10 minit)

Page 4: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

* Lihat rajah masing-masing & yang cikgu tulis:

________________________________________

(a) Tempat - | Melaka Menuntun | Lahir | Membeli | (c) hobi

| | (f) Tempat | Rantau Abang (N A N I) Pengarah | (g) harapan kesukaan | |

| | (d) Sifat | Peramah |

nama diri | Rajin Isteri | (e) keinginan | Pelawak Setia | |________________________________________|

4) Sematkan kad ini di bahagian hadapan (kanan) baju sendiri. Semua pelajar

berdiri dan membuat satu bulatan rapat

Baca kad pelajar yang berada di depan anda, anda boleh bertanya satu soalan dan menjawab satu soalan - lepas itu bergerak ke hadapan (clockwise direction). Buat seperti tadi hingga anda telah berjumpa dengan semua

ahli kumpulan.

Page 5: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

LATIHAN 2 Lampiran B

[AKTIVITI 2 BAHAGIAN I BUKU KONSEP KENDIRI] TAJUK : SAYA UNIK SEBAB ............

TUJUAN : Pelajar-pelajar dapat mengenali diri sendiri selepas menyedari apa yang

mereka suka. Pelajar-pelajar dapat memahami bahawa semua manusia adalah unik. Mereka akan sedar tentang perkara-perkara yang membuatkannya unik sambil menghormati keunikan orang lain.

BAHAN : Kertas kosong

PROSES :

1. Memperkenalkan aktiviti ini pada pelajar-pelajar. Mereka dikehendaki mengenalpasti perkara-perkara yang mereka gemar dan suka lakukan.

2. Pelajar-pelajar dikehendaki mencatat perkara-perkara berikut:

a) satu benda yang ia suka kumpulkan b) satu perkara yang ia suka lakukan perseorangan.

c) satu perkara yang ia suka lakukan bersama rakan-rakan. d) Seorang rakan karib yang boleh ia menceritakan kisah dirinya.

e) tempat yang telah dilawati yang ia anggap sangat menarik. 3. Pelajar dikehendaki memikirkan sebab-sebab bagi jawapan mereka tadi.

4. Perbincangan: Pelajar-pelajar mengemukakan jawapan masing-masing

serta menyatakan mengapa mereka memberi jawapan demikian. 5. Penutup: Pelajar-pelajar dikehendaki memikirkan apa yang telah dipelajari

dari hal diri mereka daripada latihan ini.

Mereka dikehendaki memikirkan apa yang menyebabkan mereka itu unik. Setiap pelajar mesti mengemukakan sifat unik pada diri masing-masing seperti berikut:

'Saya unik sebab ...............'

PERINGATAN : Jika terdapat pelajar yang tidak dapat menyatakan apa-apa yang menjadikan ia unik, penasihat bolehlah meminta pelajar

ain untuk menyatakan keunikan pelajar tersebut.

VARIASI : 1. Keunikan dari segi pakaian yang digemari. 2. Keunikan dari segi tingkah laku 3. Keunikan dari segi apa yang tidak disukai.

Page 6: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

LATIHAN 3 Lampiran C

[AKTIVITI 3 BAHAGIAN III - BUKU KONSEP KENDIRI] TAJUK : YANG MANA SATU?

TUJUAN : Pelajar-pelajar akan mencari kelebihan diri masing-masing dan

belajar untuk mengemukakan kelebihan mereka ini pada orang lain. BAHAN : 1. Kad Manila atau kertas kosong yang besar

2. Warna 3. Majalah-majalah lama.

PROSES :

1. Pelajar-pelajar diterangkan situasi berikut "Tidak berapa lama lagi, bumi ini akan meletup dan akan hapus. Setiap negara telah menyediakan sebuah

kapal angkasa yang akan mengangkut penumpang-penumpang ke dunia lain. Walau bagaimanapun penumpang-penumpang yang dipilih mestilah

terdiri daripada yang ada kelebihan." 2. Pelajar-pelajar diarah supaya melukis poster yang menceritakan dari hal

kelebihan mereka dari segi kebolehan, keupayaan dan sifat-sifat positif yang terdapat pada diri mereka.

Contoh: "Rashid - otak komputer - daya peringatan yang tinggi" "Salina - senang belajar - sedia mengajar"

"Ingin masakan yang lazat? Tanya Rozi" "Zain boleh membimbing dalam soal ugama"

Bahan-bahan untuk menyediakan poster tersebut diberikan kepada pelajar.

3. Setelah poster ini siap, mereka hendaklah mempamerkannya di dinding.

4. Pelajar-pelajar diberi masa untuk mempelajari setiap poster yang dipamerkan. 5. Pelajar berbincang berkenaan dengan kelebihan rakan-rakan sekumpulan

dan seterusnya menentukan siapa yang patut dipilih.

VARIASI : 1. Pelajar disuruh mencipta sebuah iklan bagi diri sendiri dan •

mengemukakan pada kumpulan.

Page 7: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

AKTIVITI KUMPULAN Lampiran D

TAJUK : "HOPES AND FEARS" TUJUAN : Pelajar dapat menyatakan kebimbangan dan harapan mereka •

menyertai sistem pendidikan MRSM ini.

OBJEKTIF: 1. Pelajar dapat menyatakan kebimbangan dan harapan mereka.

2. Pelajar dapat mendengar pandangan orang lain.

3. Pelajar dapat menyenaraikan kebimbangan dan harapan mereka sebagai satu kelompok.

MASA : 60 Minit

SAIZ KUMPULAN 12 - 15 orang

BAHAN : Kertas Mahjong, Pen marker.

PROSES : 1. Pelajar-pelajar dibahagikan dalam kumpulan berempat. Kertas Mahjong dan

pen marker diberi kepada setiap kumpulan.

2. Pelajar-pelajar diminta membuat dua ruang di atas kertas mahjong. Satu ruang diberi tajuk 'Harapan' dan satu ruang lagi 'Kebimbangan'.

3. Pelajar-pelajar diminta berbincang secara berkumpulan dan menyenaraikan perkara-perkara yang mereka harapkan semasa berada di sini dan apa yang

menimbulkan kebimbangan mereka. 4. Pencatat bagi kumpulan dikehendaki mencatat perbincangan di atas kertas

mahjung.

5. Hasil perbincangan dipamerkan. 6. Pemudahcara memberi komen samada realistik atau tidaknya harapan dan

kebimbangan yang dipamirkan. Komen pemudahcara haruslah ke arah meringankan kebimbangan pelajar.

7. Secara berkumpulan semula, pelajar-pelajar dikehendaki menumpukan kepada kebimbangan yang dianggap ketara sekali dan berbincang mengenai

cara menghadapinya.

8. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

Page 8: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

AKTIVITI KUMPULAN Lampiran E

TAJUK : PENGALAMAN PENYESUAIAN TUJUAN : Pelajar dapat mengingati kembali bagaimana ia telah mengahadapi

pertukaran keadaan pada masa lepas dan bagaimana ia telah mencapai penyesuaian diri.

OBJEKTIF: 1. Pelajar dapat mengemukakan pengalaman-pengalaman penyesuaiannya.

2. Pelajar dapat mendengar pengalaman orang lain tentang bagaimana

mereka menghadapi petukaran keadaan. MASA : 60 Minit

SAIZ KUMPULAN : 12 - 15 orang

BAHAN : Tiada

PROSES :

1. Pelajar diberi satu minit untuk memikirkan satu perkataan yang boleh menceritakan bagaimana perasaan mereka berada di MRSM sekarang. Di

peringkat manakah kebanyakan pelajar berada sekarang? (tanya pelajar) 2. Setiap pelajar mengemukakan perasaan masing-masing.

3. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan bertiga. Mereka dikehendaki memikirkan

kembali pada masa mereka mula-mula bersekolah (ataupun lain-lain pengalaman pertukaran keadaan yang penting). Mereka dikehendaki bertukar -tukar pengalaman dan juga mengenalpasti peringkat-

peringkat yang telah mereka lalui sehingga mereka dapat menyesuaikan diri.

4. Dalam kumpulan-kumpulan yang sama, mereka dikehendaki menyenaraikan perkara-perkara atau keadaan yang telah membantu mereka dalam usaha untuk menyesuaikan diri.

5. Setiap kumpulan membacakan senarai masing-masing.

Page 9: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

AKTIVITI KUMPULAN Lampiran F

TAJUK : STRATEGI UNTUK MENYESUAIKAN DIRI

TUJUAN : Supaya pelajar dapat memegang peranan yang aktif dalam usaha

mereka untuk menyesuaikan diri.

OBJEKTIF: Pelajar dapat menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu mereka menyesuaikan diri di MRSM.

MASA : 60 Minit

SAIZ KUMPULAN 12 - 15 orang

BAHAN : Kertas dan pen

PROSES :

1. Pelajar diberi satu minit untuk memikirkan satu ayat yang dapat menceritakan tentang perkara yang mungkin mengganggunya.

2. Setiap pelajar menyatakan ayat masing-masing.

3. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan berempat. Mereka dikehendaki berbincang untuk mendapatkan idea-idea yang boleh membantu mereka

menyesuaikan diri dan juga boleh dipraktikkan.

4. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan idea-idea mereka. 5. Seorang pelapor dari setiap kumpulan membacakan senarai •

mereka.

6. Jika masa membenarkan, beri pelajar satu minit untuk memikirkan satu ayat

yang dapat menggambarkan harapan (‘hopes’) mereka berkenaan penyertaan mereka di MRSM.

Page 10: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

CERAMAH Lampiran G

TAJUK : ADAPTIVE TRANSACTION (CARA-CARA UNTUK MELAKSANAKAN PENYESUAIAN)

TUJUAN : 1. Pelajar-pelajar akan menyenaraikan perkara-perkara yang mereka patut dan tidak patut buat semasa dalam peralihan.

2. Pelajar-pelajar akan kenal beberapa langkah berfaedah ke arah penyesuaian.

MASA : Aktiviti I = 30 minit

Aktiviti II = 60 minit BAHAN : Aktiviti I

- Kertas dan pensil

- 2 "Flip charts" (1 kosong dan 1 telah disediakan)

Aktiviti 2 - 4 keping kad (manila card board)

- transparency.

PROSES :

Pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan masing-masing. Penyelaras memberi syarahan dan mengatur perbincangan.

Aktiviti 1

1. Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut 1/2 kumpulan permulaan. Mereka akan

menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 hal yang patut dan 5 hal yang tidak patut yang lazim berlaku dalam kejutan peralihan. Beri mereka 5 minit untuk berbincang sesama mereka dan lepas itu tulis dikertas kumpulan mereka

(5 minit)

2. Satu 'flip chart' disediakan di depan. Penyelaras menulis tiap-tiap perkara yang dicadangkan oleh kumpulan-kumpulan.

3. Penyelaras akan meminta tiap-tiap kumpulan memberi 1 perkara patut dan 1 perkara tidak patut hingga semua kumpulan telah berbuat demikian.

Kemudian penyelaras membuat pusiangan kedua pula dengan meminta tiap- tiap kumpulan memberi lagi 1 perkara patut dan 1 perkara tidak patut yang lazim berlaku. Buatlah demikian sehingga dapat lebih kurang 12 perkara patut

dan 12 perkara tidak patut. (10 minit)

Page 11: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

4. Penyelaras mengeluarkan 'flip' chart yang telah siap disediakan Penyelaras

membuat perbandingan antara 'flip' chart yang disediakan oleh pelajar dengan yang sedia ada.

Flip chart yang disediakan:

No. PATUT TIDAK PATUT

1 Berkawan Menyendiri

2 Bermain Menyerah

3 Menolong orang lain Menyalahkan

4 Memikirkan perkara baik-baik Memarahi orang lain

5 Bercakap lebih banyak Bergaduh

6 Lebih aktif Menangis

7 Menelefon rumah / keluarga Merosakkan barang-barang

8

9

10

Lihatlah .... apa persamaan? Perkara-perkara yang patut dibuat , jika dibuat akan menolong individu beralih ke peringkat lebih tinggi. Perkara-perkara yang tidak patut dibuat jika dibuat juga akan melambatkan pergerakan

individu ke peringkat atas. Malah ia boleh menurunkan peringkat peralihan. (10 minit)

Komen / Soalan pelajar? .................................................

Apakah cara-cara untuk seseorang itu menyesuaikan diri? (Gunakan transparency atau kad manila yang telah disediakan)

Mengikut Prof. Max Kaines yang telah lama mencebur diri dalam bidang

penyesuaian diri, ada 5 cara untuk melaksanakan Penyesuaian.

CARA-CARA MELAKSANAKAN PENYESUAIAN (ADAPTIVE TRANSACTIONS)

1. AFFIRMING COMMITMENT = mengaku akan kewajipan - ketahui apa yang perlu dibuat.

2. DEVELOPING SUPPORT = mewujudkan persahabatan atau kumpulan sokongan.

3. ADJUSTING EXPECTATIONS = Penyesuaian Fikiran / Jangkaan

4. PRIORITIZIN GOALS = mengatur tujuan-tujuan mengikut kepentingan diri. 5. TRANSPOSING IDENTITY = mengubah pengenalan diri.

* ADAPT bermakna menyesuaikan.

Page 12: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

Mari kita lihat satu persatu cara untuk menyesuaikan diri.

1. Mengaku Akan Kewajipan Ini adalah penting, kejayaan anda dari segi peralihan bergantung kepada

kemahuan anda untuk menjadikan peralihan ini satu pengalaman perkembangan yang positif, walaupun anda tidak memilihnya, tidak menambahnya dan tidak

mahu peralihan tersebut dibuat. Komitmen kepaeda perkembangan diri atau "personal growth" adaah penting

Terutama sekali jika peralihan itu sesuatu yang susah dialami. Kadang kala individu berkenaan lebih memberi tumpuan keapda potensi perkembangan

atau "growth potential" dalam keadaan itu. Ada kalanya individu memang inginkan peralihan tersebut dan menyambutnya

dengan sepenuh hati (‘enthusiastic’) tetapi selepas itu ia dapati bahawa keadaan yang baru itu tidaklah seindah apa yang telah difikirkan dan

dimimpikan. Di sini seorang penasihat boleh membantu dengan lebih berkesan jika ia faham dan dapat memandang semuanya dari segi langkah

kepada 'personal growth'. Yang paling penting dalam mana-mana keadaan ialah perasaan kewajiban

kepada perkembangan peribadi "a strong personal commitement to growth". Apabila ada tumpuan dan kewajiban kepada perkembangan ini maka individu itu

akan dapat mengarahkan peralihan itu supaya menjadi satu alat untuk perkembangan diri. Dengan adanya motivasi untuk berkembang nescaya individu itu akan dapat menubuh satu sistem sokongan untuk membantu

beliau.

Carta 1 Penasihat (Penasihat membacanya)

Kesukaran

Ini mungkin berlaku, anda mungkin merasa - sukar menerima perubahan

- marah kerana terpaksa di sini

- tidak boleh melihat secara keseluruhan.

Tindakan

- maklum bahawa ianya sementara - berjumpa dengan orang-orang yang mengalami keadaan yang sama.

Page 13: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

- rakamkan pengalaman - misalnya tulis dalam diary. - menerima tanggungjawab (kenapakah anda di sini)

Soalan? (beri pelajar menyoal satu atau dua soalan dan teruskan dengan

peringkat 2)

2. Mewujudkan persahabatan / Kumpulan Sokongan

Kalau seorang individu itu ada komitmen maka ia akan terbuka kepada peluang-peluang yang ada untuk mendapatkan punca-punca atau "resources" yang membantu penyesuaian dirinya. Peluang-peluang untuk mendapatkan

“resources:" yang boleh membantu penyesuaian kita sentiasa ada. Jika individu itu ada komitment dan keinginan maka ia dengan sendirinya akan

nampak peluang-peluang yang ada. Apabila seseorang individu itu pergi ke tempat atau keadaan yang baru, ia akan

bertemu dengan rakan-rakan yang baru, corak pergaulan dan kelakuan yang berlainan dan ia terpaksa mengubahsuai beberapa "skills" yang baru serta dapat

tempat yang baru. Ia akan mula memahami keadaan baru ini dan akan rasa dirinya telahpun dapat mengatasi segala-galanya.

Carta 2

Kesukaran

Kesukaran mungkin timbul kerana individu-individu - kurang berkeyakinan / kemahiran

- tidak mahu berusaha / takutkan kegagalan

- susah menerima pendapat orang lain

- menyendiri (‘remaining within self’) untuk menggelakkan berdepan dengan perkara-perkara luar biasa / tidak sesuai (‘incongluities’)

Tindakan

- beritahu diri bahawa anda boleh membuatnya

- cari kumpulan kawan sendiri - maklum bahawa anda mungkin menghadapi beberapa kesukaran.

- tentukan apa yang anda hendak lakukan.

- tolong orang lain yang dalam keadaan yang sama

- teguhkan sokongan.

Page 14: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

Perbincangan beramai diadakan. (Tiap-tiap kumpulan memikirkan jawapan)

a) Apakah 'sokongan'

b) Bagaimana hendak mewujudkan sokongan?

c) Apakah yang membuat anda susah mendapat kumpulan sokongan?

d) Bagaimanakah dapat kita atasi kelemahan ini? (6 minit)

3. Penyesuaian Fikiran / Jangkaan

Sebelum anda mula beralih kepada keadaan yang baru sememangnya anda akan mengambil banyak masa memikir, merancang dan menjangka keadaan baru yang akan ditempuh. Anda memikirkan perkara-perkara seperti orang-

orang yang akan anda temui, pertukaran 'routine' anda, masa yang mesti diperuntukan kepada kerja baru, peluang untuk bersuka ria dan ganjaran-

ganjaran lain yang akan anda perolehi. Jangkaan positif ini akan menyokong perasaan dan semangat untuk mengalami peralihan. Tetapi. bukan semua

jangkaan anda tepat dan berhasil misalnya mungkin kita akan kurang masa untuk diri sendiri, lebih masa diperlukan untuk bekerja atau mendapat kurang pertolongan dari apa yang dijangka. Sambil kita temu – ‘discrepencies’ atau

perkara yang berlainan dari jangkaan ini kita akan berkata "Ini bukanlah apa yang saya telah jangkakan". Jika kerap berlaku, maka akan kerap mengganggu

kita (‘upset’) dan yang penting adalah kita mesti memahami dan menyedari bahawa jangkaan dulu ada yang sudah berlainan.

Adalah baik jika anda mula mengenal perkara-perkara yang lebih baik dari jangkaan asal. Dengan ini apabila kita lihat kepada perkara-perkara yang

kurang dari apa yang dijangka, kita boleh buat satu "balance sheet". Kadangkala kita terpaksa menerima "reality" yang kurang memuaskan. Ini adalah penting. Di sini komitmen kita kepada perkembangan diri akan

diperkuatkan lagi jika dapat ditubuhkan tujuan jangka pendek (‘short term goals’) yang penting pada diri kita dan jika dapat kita alami progres untuk

mencapai tujuan atau cita-cita pendek tersebut. Carta 3

Kesukaran

Ini selalunya adalah disebabkan oleh individu itu dari dulunya telah •

ada tanggapan masing-masing. Jangkaannya mengenai apa yang difikirkan •

akan berlaku telah lama tersemat di hati.

Tindakan

Individu dalam keadaan peralihan hendaklah

Page 15: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

- menerima ketidakselesaan

- mengalami perubahan

- gunakan aktiviti untuk menghindar perasaan negatif (nostalgia) atau hiba. - mengenali perkara-perkara yang tidak rasional

- beritahu diri bahawa ianya sementara

- beritahu diri bahawa inilah perkara sebenarnya yang anda mahu.

4. Memberi Keutamaan Kepada Tujuan

Apabila peralihan keadaan itu kehendak diri sendiri, ini adalah kerana seseorang individu itu mahukan sesuatu keadaan yang

lebih memuaskan. Kadangkala tujuan ini amat jelas. Tetapi selalunya kemahuan individu

itu kurang jelas. Misalnya anda mahukan sesuatu itu lebih baik tetapi anda kurang memahami mengenai apa yang sebenarnya lebih baik itu, yang mana

boleh anda capai. Disebaliknya anda memikirkan dan mengharapkan agar sesuatu akan berlaku tanpa anda sendiri berbuat sesuatu. Misalnya pergi belajar di MRSM atau luar negeri adalah menempah keadaan yang lebih memuaskan

.......... tetapi siapakah yang lebih memuaskan? Adakah ia jelas? Apabila seseorang itu bergerak untuk mencapai tujuannya, ia mengalami lebih

"self confidence" atau kepercayaan bahawa ia boleh berjaya dalam peralihan ini. Ia akan merasa dirinya telah pun selesa di tempat baru ini. Ia dapati bahawa cara pemikirannya mengenai dirinya juga telah berlainan. Dalam

banyak hal seseorang itu sebenarnya akan mengubah identitinya.

Carta 4

Kesukaran timbul kerana

- susah bagi individu melihat keuntungan dalam jangkamasa panjang - tidak tentu curiga dengan kejayaan tuan

- tekanan yang ada.

Tindakan

- Tentukan keutamaan anda - Apakah perkara sebenar yang anda mahu

- Apakah hasil yang anda harapkan - Fikir dalam jangka panjang - Kemanakah anda akan pergi selepas ini?

- Wujudkan satu perspektif

Page 16: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

Tugasan : Semua pelajar dibahagikan kepada kumpulan permulaan. Mereka akan berbincang dahulu sesama mereka dan menulis atas sehelai kertas bagi

tiap-tiap kumpulan. 1. Apakah yang mereka utamakan apabila mereka datang ke sini

(mungkin lebih dari satu tujuan)

2. Apakah yang mereka mahu - jangka pendek dan jangka panjang. 3. Apakah hasil yang diharapkan

4. Kemanakah tujuan mereka? (8 minit)

Penasihat menyuruh tiap-tiap kumpulan membaca kertas mereka. Satu persatu kumpulan lain akan menggugurkan jawapan-jawapan yang sama

seperti apa yang telah dibaca.

Mengubah Pengenalan Diri

Cara seseorang memikir tentang diri sendiri banyak berkait dengan penyesuaiannya kepada peralihan. Misalnya jika kita sedang cuba untuk

berhenti daripada merokok, selalunya kita akan berjaya jika kita tidak menganggap diri kita sebagai perokok atau "smoker" yang ingin berhenti

merokok tetapi sebagai "non smoker" yang sekarang sedang belajar bagaimana hendak mengatasi kesusahan yang dialaminya. Untuk mengubah pengenalan diri (‘identity’) daripada "smoker" adalah sesuatu yang penting.

Misalnya yang kedua terdapat antara mereka yang berpindah kerja atau tempat.

Mereka masih mengangap diri mereka bekerja atau tinggal di tempat yang lama. Kita akan mendengar mereka berkata "Dulu masa saya di MARA saya tidak berbuat begini, atau masa saya di sekolah saya dulu saya .... atau masa

saya di Amerika dulu .... pernyataan seperti ini menunjukkan bahawa walaupun dari segi fizikal individu itu telah beralih kepada keadaan yang baru, tetapi hati

dan fikiran mereka masih di keadaan yang lama, mengubah pengenalan diri dengan mengambil kira keadaan yang baru bukan senang. Ianya memerlukan masa dan kejujuran. Seseorang itu tidak boleh menipu dirinya dengan

berpura-pura. Ia hendaklah menilai identitinya yang baru, ini akan memperkuatkan penyesuaiannya kepada keadaan yang baru.

Perbincangan

Pelajar-pelajar diberi peluang memberi pendapat mengenai apa yang telah

dikemukakan. Jika tiada, tunjukkan ‘transparency’ lagi sekali dan keempat- empat carta dilekat ke papan hitam. Pelajar-pelajar memberi jawapan sebagai satu kumpulan (‘group representation’)

Page 17: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

Soalan : apakah makna :-

a) Komitmen / mengaku kewajiban ...... (beri misalnya sekali) ....... b) Mewujudkan kumpulan sokongan ..... (misalnya) ..........

c) Penyesuaian Fikiran / Jangkaan ...... (makna) ........ (misalnya) .........

d) Memberi keutamaan kepada tujuan .....(makna) ...... (misalnya) ......

e) Mengubah Pengenalan Diri ............(makna) ...... (misalnya) .......

Page 18: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

AKTIVITI KUMPULAN Lampiran H

TAJUK : MEMAHAMI RAKAN

TUJUAN : Untuk menyedarkan pelajar tentang adab tinggal bersama.

OBJEKTIF: 1. Pelajar dapat menyenaraikan apa yang patut dan tidak patut dilakukan dengan rakan-rakan sebilik.

2. Pelajar dapat berkongsi pengalaman bersama rakan sebilik, setakat ini.

MASA : 60 Minit

SAIZ KUMPULAN : 12 - 15 orang

BAHAN : Lampiran "memahami rakan".

PROSES : 1. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan bertiga dan berbincang.

i. Mengenai rakan-rakan sebilik /berdekatan tempat tidur.

ii. Perbezaan (pendapat, tingkahlaku, minat) yang diperhatikannya di antara rakan-rakan tersebut dengannya.

2. Fasilitator memberi keterangan pendek (Rujuk lampiran 1H)

3. Dalam kumpulan yang sama pelajar-pelajar dikehendaki menyenaraikan perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan apabila bersama rakan- rakan sebilik. Butir-butir tersebut dicatatkan.

4. Dalam kumpulan besar, setiap kumpulan mengemukakan senarai masing-

masing dan fasilitator menyenaraikan di papan putih. 5. Dalam kumpulan bertiga, pelajar-pelajar berbincang senarai patut dan tidak

patut dengan memberi contoh-contoh yang lebih konkrit.

Misalnya: Patut - Menolong apabila nampak rakan dalam kemurungan dan dalam

kesusahan cuba bertanya jika anda dapat memberinya sebarang bantuan.

Tidak Patut :- Buat bising -- Jika ada tetamu, berbual dengan nada suara yang perlahan; jika ingin dengar

muzik, pastikan rakan tidak terganggu.

Page 19: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

LAMPIRAN 1H

Memahami Rakan (Syarahan Pendek)

‘Personaliti’ mengikut Carl Rogers, adalah bergantung kepada cara kita

memandang diri sendiri atau peranan ‘self consept’ dan 'self actualizing tendency'. Rogers mendefinasikan ‘self actualizing tendencies’ sebagai kemahuan dan kebolehan individu untuk membentuk kebolehan

dan kekuatan untuk memperbaiki lagi kedudukannya.

"Self Consept" mula dibentuk awal, iaitu masa individu itu kecil lagi. Individu akan memandang tinggi atau mempercayai dirinya mengikut pandangan orang yang berdekatan dengannya. Jika ibu bapanya menaruh penuh kepercayaan

kepada kebolehannya, maka individu juga akan memandang dirinya dengan positif.

Sebaliknya, individu akan teragak-agak dan takut mencuba jika orang lain meragui kebolehannya.

Mengikut Rogers, untuk memahami individu lain kita mestilah memahami cara pemikirannya. Cara pemikiran individu boleh berubah

menjadi positif jika ia dapat tindakbalas yang baik walaupun pada mulanya ia bersifat kurang memuaskan. Banyak pertelingkahan berlaku antara rakan

sebilik jika individu-individu kurang memahami & enggan bertolak ansur, perselisihan faham juga berlaku disebabkan oleh sifat individu yang enggan menukar sikap dan kelakuan

mereka.

Bertolak ansur disini bermakna seorang individu itu mestilah boleh memberi ruang untuk individu lain berbuat sesuatu yang walaupun tidak disukainya, perbuatan itu masih boleh diterima. Ini juga bermakna ia boleh beralah jika

perlu.

Page 20: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

CERAMAH Lampiran I

TAJUK : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI CARA INTERPERSONAL

MASA : 35 MINIT

1. Apakah komunikasi Interpersonal?

Komunikasi interpersonal berlaku antara dua pihak, yang mana pihak yang terlibat saling hormat menghormati.

Komunikasi interpersonal bukan berlaku setakat terdapatnya dua pihak yang sedang berinteraksi sahaja. komunikasi interpersonal ialah komunikasi yang

bermakna dan berkualiti dan yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara dua pihak yang berkenaan.

Ini bermakna jika anda terlibat dalam komunikasi interpersonal dengan seseorang, anda akan cuba mengenalnya dengan

mendalam dan berusaha untuk merapatkan perhubungan antara anda berdua.

2. Mengapa penting?

2.1 Anda sekarang berada dalam masyarakat sekolah berasrama penuh. Anda akan hidup di sini selama 5 tahun. Di sini anda akan sentiasa

dikelilingi oleh pelajar-pelajar lain - masa mandi, masa makan, masa belajar, masa bermain, masa bersembahyang dan masa tidur, anda sentiasa ditemani oleh pelajar lain. Anda tidak boleh mengasingkan diri

dan tidak menghiraukan orang lain. Di sinilah masanya anda harus mempelajari cara berkomunikasi yang baik supaya dapat menghormati

orang lain dan supaya diri anda sendiri dihormati. Komunikasi juga mempengaruhi perhubungan antara pihak berkenaan. Ia boleh lebih mengeratkan atau memusnahkan sesuatu perhubungan.

2.2 Manusia sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain, untuk

menjaga keperluan masing-masing dan yang disayangi. Manusia menjadi manusia sebab adanya manusia lain. Maksudnya di sini, walaupun kita ini berlainan

dan pentingkan keunikan seseorang individu itu, namun dasar keperimanusiaan itu tidak lahir dengan sendiri. Sikap keperimanusiaan

hanya timbul dengan adanya interaksi diantara satu sama lain. 2.3 Beberapa kajian berkenaan komunikasi dalam kelas, telah dibuat di

Page 21: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

negara-negara barat. Mengikut kajian, komunikasi memainkan peranan yang penting dalam

menentukan suasana sosial dalam kelas. Suasana sosial dalam sesuatu kumpulan kelas pula, adalah suatu

faktor penting yang menentukan kejayaan bagi pelajar. Komunikasi yang efektif dapat mengeratkan perhubungan antara pelajar-pelajar dan

antara pelajar dengan guru. Dalam kelas, pelajar dan guru hanya berkomunikasi secara "superficial", persefahaman antara pihak yang

berkenaan tidak dapat dicapai kerana guru yang banyak bercakap dan hanya sebilangan kecil sahaja pelajar-pelajar yang becakap - oleh itu pelajar tidak dapat mengeluarkan perasaan dan pendapat masing-masing.

Dalam kelas yang suasana sosialnya positif dan terdapat

komunikasi terbuka diantara pelajar dan guru, persefahaman antara pihak yang berkenaan dapat dicapai. Dalam suasana begini, pelajar berasa senang

untuk berbincang tentang sesuatu, mengeluarkan pendapat-pendapat dan tidak segan untuk mendapatkan keterangan tentang perkara-perkara

yang dimusykilkan. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing.

3. Apa dia komunikasi yang berkesan (efektif)? 3.1 Untuk menimbulkan komunikasi interpersonal, komunikasi mestilah

berkesan. Ini terjadi apabila apa yang hendak disampaikan, difahami sepertimana yang kita maksudkan. Kita pula dapat menentukan yang

kita telah difahami, jika pihak yang menerima "penyampaian" memberitahu pada kita apa yang ia telah faham.

___________ _______________ | Niat | | Penyampai | Penyambut menginterpretasi

| penyampai | -------> | mengeluarkan | ---- atau memahami penyampaian |___________| | niatnya. | seperti mana yang diniat |_______________| oleh penyampai.

3.2 Komunikasi yang berkesan memerlukan kemahiran yang tertentu bagi

si penyampai dan si penyambut. Apabila membuat (tunjukkan Lampiran A dengan OHP) sesuatu penyampaian orang yang berkenaan mestilah mengeluarkan kata-kata yang terang yang menyatakan apa yang

diniatkan. Selepas itu, ia harus mendapatkan tindakbalas (‘feedback’) daripada si penyambut untuk menentukan penyampaiannya telah difahami

dan apabila menerima sesuatu penyampaian pula, seseorang itu mesti mendengar dengan aktif dan berupaya untuk memberi sambutan secara "paraphrasing" supaya dapat menyatakan apa yang telah difahami.

4. Apakah yang menghalang komunikasi yang berkesan?

Mengapakah selalu terdapat 2 individu yang tidak ada persefahaman atau yang susah hendak beruding? Masalah dalam perhubungan belaku apabila

maksud sesuatu penyampaian tidak difahami dengan tepat oleh pihak

Page 22: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

penerima. Si penyampai tidak menentukan yang penyampaiannya telah difahami. Ini selalunya berlaku sebab kita tidak mendengar dengan betul –

kita tidak ada kemahiran mendengar.

4.1 Aktiviti komunikasi sehala a) Peserta dikehendaki menyediakan sehelai kertas kosong dan pen

/ pensil.

b) Seorang peserta dikehendaki kehadapan untuk memberi arahan. (Lampiran B diberi pada peserta tersebut). Peserta ini dikehendaki membelakangkan diri dari peserta

- peserta lain dan mengarahkan peserta-peserta lain melukiskan apa yang

dilihatnya di Lampiran B. Peserta-peserta tidak dibenarkan menyoal. c) Selepas selesai melukis, peserta ditunjukkan gambar Lampiran B

melalui O.H.P. dan peserta dikehendaki menyemak gambar yang telah dilukis.

Kesimpulan: Lukisan anda tentu akan lebih tepat jika anda dengar teliti

dan jika anda diberi peluang untuk bertanya dan memastikan apa yang telah didengar. Orang yang memberi arahan tadi tentu boleh memberi arahan dengan lebih baik jika ia tahu dimana yang ia tidak difahami.

4.2 Aktiviti Komunikasi dua hala

a) Peserta dikehendaki menyediakan sehelai kertas kosong dan pen / pensil.

b) Seorang peserta dikehendaki kehadapan untuk memberi arahan.

(Lampiran C diberi pada peserta tersebut). Kali ini peserta lain boleh menyoal semasa arahan diberi.

c) Selepas selesai melukis, peserta ditunjukkan gambar Lampiran C melalui O.H.P. dan peserta dikehendaki menyemak.

Kesimpulan: Lukisan anda kali ini tentu lebih tepat kerana anda diberi peluang untuk memastikan arahan yang anda dengar. Orang yang

memberi arahan juga dapat memberi arahan dengan lebih tepat sebab pada kali ini dia tahu di bahagian mana yang ia memberi arahan yang

kurang jelas. 5. Mendengar dan memberi sambutan

Adakah anda pernah cuba bercakap sesuatu yang penting tetapi orang yang

mendengar itu sedang membuat perkara lain seperti membaca surat khabar? Anda tidak diendahkan walau pun ada kemungkinan si pendengar telah mendengar apa yang anda ceritakan. Apabila kita menceritakan sesuatu,

kita mengharapkan si pendengar menunjukkan yang ia telah dengar dan

Page 23: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

memahami apa yang kita katakan. Kita bukan sahaja mengharapkan dia menggeleng atau menganggukkan kepala atau gerak geri lain - tetapi kita juga

mengharapkan sambutan secara percakapan.

Begitu juga apabila kita mendengar percakapan dari pihak lain, kita mestilah memberi sambutan padanya dengan cara gerak geri dan percakapan. Sambutan gerak geri dan percakapan (‘verbal’ dan ‘non-verbal’) memberi

maksud: "saya dengar apa yang anda katakan dan saya ambil berat pada apa yang anda alami".

5.1 Bagaimana dan apakah patut kita dengar?

Katalah, kamu bertemu dengan seorang rakan dan kamu berkata "Apa Khabar", jawapan yang kamu dengar ialah "baik". Tetapi jawapan ini

boleh diberi dengan berlainan cara - (Tunjukkan Lampiran D dengan O.H.P.). Orang yang menjawab "baik" dengan perlahan, sambil menundukkan kepala - membawa makna yang lain dengan orang yang

menjawab "baik" dengan muka yang gembira.

Contoh yang pertama memberi "message" yang bertentangan. Maksud yang dibawa dengan perkataan (iaitu "baik") ialah "saya okay"- tetapi

maksud yang dibawa oleh nada suara ialah "saya kurang seronok". Ini bermakna, apabila kita mendengar, kita bukan sahaja dengar pada apa

yang diperkatakan (iaitu keterangan yang diberi) tetapi kita mesti dengar akan perasaan yang dibawa.

5.2 Bagaimana memberi sambutan?

Contoh: Rakan kamu berkata pada kamu: “Ibu ku masuk hospital".

Apakah sambutan yang kamu akan beri? Respon begini menentukan yang kamu telah mendengar apa yang telah

diperkatakan - iaitu kamu telah mendengar pada keterangan tanpa mendengar pada emosi orang berkenaan. Apabila seseorang dilanda

emosi yang kuat (sedih, marah, takut) sambutan begini tidak akan menolongnya.

Emosinya harus didengar dahulu. Jika kamu dengar lebih 'dalam', kamu akan 'dengar' yang ia berasa

runsing. "Awak ni rasa risau, ya?"

Respond begini lebih sesuai dan akan menolong rakan kamu itu untuk terus menceritakan tentang kerunsingannya.

PENUTUP

(Tunjuk kembali Lampiran A).

Page 24: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

Diharap kamu semua telah dapat memahami kemahiran asas dalam komunikasi

interpersonal. Sebagai penyambut kamu harus dengar dengan betul apa yang diperkatakan dan

bagaimana diperkatakan (emosinya) sebelum kamu memberi sambutan yang sesuai. Dan sebagai penyampai kamu harus mengeluarkan kata-kata yang jelas dan memastikan yang kamu difahami.

Jika kamu dapat memahirkan diri untuk berbuat demikian, kamu akan dapati •

perbualan dan perbahasan kamu akan menjadi lebih konstruktif.

AKTIVITI KUMPULAN Lampiran J

TAJUK : KOMUNIKASI: MARI BERKENALAN

MATLAMAT : Ahli-ahli kumpulan, belajar memperkenalkan diri mereka dan dalam masa yang sama akan menyedari betapa baiknya mendengar apa

yang diperkatakan oleh orang lain.

OBJEKTIF : Pelajar boleh i. mengetahui kegemaran ahli-ahli kumpulan yang lain.

ii. meluahkan apa yang mereka suka. iii. berlatih 'pendengaran aktif'

MASA : 30 minit

PROSES :

1. Pelajar-pelajar duduk dalam satu bulatan. 2. Terangkan latihan (5 minit)

Untuk menjadi kawan, anda mestilah memahami orang lain dan membenarkan

orang lain mengenali anda. Dalam latihan hari ini, anda ada peluang memperkenalkan serba sedikit tentang diri anda. Untuk membolehkan orang lain mengetahui yang dia faham, anda mestilah terlibat dalam 'pendengaran

aktif'. Untuk ini, anda mesti ulangi kenyataan seseorang itu.

Contoh: Seorang rakan berkata, "Saya rasa sedih bila lihat anak kecil bermain seorang diri". Anda ulangkan: "Kamu rasa sedih bila lihat anak kecil bermain seorang diri".

3. Pelajar-pelajar kemudian disuruh duduk semula dan berfikir bagaimana

mereka harus sudahkan ayat: "Saya sukanya bila ...." (12 minit)

Page 25: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

4. Penerangan: (3 minit)

Seorang mulakan dengan berkata kepada rakan dikanannya, "Nama saya SiAnu,

SiAnu, saya sukanya bila orang berbuat baik kepada saya" Rakan di sebelah kanan jawab:

"Kamu SiAni, SiAnu, kamu sukanya bila orang berbuat baik kepadamu" "Saya SiAnu, SiAnu, saya sukanya bila ..........

5. Ini diulangi hingga setiap orang memperolehi giliran. Teruskan di dalam permainan kelompok:

"Sekarang kita telah tahu sedikit sebanyak antara satu dengan lain, cuba perhatikan adakah kita boleh berkelompok".

AKTIVITI KUMPULAN Lampiran K

TAJUK : BERKOMUNIKASI: MENGERATKAN PERHUBUNGAN

TUJUAN : Untuk melatihkan pelajar dengan cara komunikasi yang dapat mengeratkan perhubungan dan menyedarkan mereka akan cara

komunikasi yang boleh merosakkan perhubungan. BAHAN : 1. Lampiran 1K: Senarai situasi-situasi.

SAIZ KUMPULAN 15 - 20 orang

MASA : 30 minit

PROSES

1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan: setiap kumpulan diberi satu daripada empat situasi-situasi. Setiap kumpulan dikehendaki

menyediakan dua dialog:

a) Satu yang sesuai untuk mengeratkan perhubungan; b) Satu yang akan merosakkan perhubungan

2. Masa diberi untuk setiap kumpulan menyediakan dialog.

3. Selepas itu setiap kumpulan dikehendaki mengemukakan dialog masing- masing.

4. Pada masa sesuatu dialog itu dikemukakan, ahli-ahli yang lain dikehendaki memerhati apa yang dikatakan dan cara diperkatakan yang

membuat sesuatu sambutan itu sesuai. 5. Perbincangan diadakan selepas setiap persembahan.

Page 26: PROGRAM PENYESUAIAN DIRI PELAJAR BARU TINGKATAN 1 …

Lampiran 1K

Bentukkan dialog daripada situasi berikut:

Situasi 1

Seorang rakan sebaya kamu selalu sangat meminjam wang dan barang-barang kamu. Baju T yang dipinjamnya dipulangkan semula tanpa mencucinya, kasut senaman dipulangkah semula dalam keadaan berlumpur, buku-buku yang

dipinjam, semuanya kamu sendiri yang terpaksa meminta kembali. Wang yang telah dipinjam sudah berjumlah dekat $20.00. Satu hari dia meminta kamu

meminjamkan $10.00 kerana ia sangat memerlukan wang. Situasi 2:

Seorang pelajar "senior" telah banyak membantu kamu menyesuaikan diri kamu

di maktab dan kamu berasa agak terhutang budi terhadapnya. Oleh kerana itu, kamu selalu cuba mengerjakan kerja-kerja yang disuruhnya: seperti tolong membeli barang-barang keperluannya dari ko-op, membersihkan biliknya dan

kadangkala membasuh bajunya. Satu hari dia menyuruh kamu membersihkan kasut snikernya. Oleh kerana hari itu kamu ada terlalu banyak kerja rumah

yang mesti disiapkan, kamu menolak permintaannya. Rakan kamu menjadi marah dan menuduh kamu seorang yang tidak mengenang budi.

Situasi 3

Kamu dan seorang rakan kamu telah berkenalan sejak sekolah rendah dahulu lagi. Kamu berdua telah pun berjaya memasuki maktab ini. Di sini kamu telah bertemu dengan rakan-rakan dan kamu lekas mesra dengan mereka. Kamu

selalu bersama mereka - masa makan, masa belajar dan masa bermain - kerana kamu rasa sungguh gembira bersama mereka. Satu hari, rakan lama kamu

berkata pada kamu bahawa kamu sudah menjadi seorang yang sombong yang melupakan kawan lama.