Program Sahabat Hutan Bakau

2

Click here to load reader

description

Sahabat Hutan Bakau

Transcript of Program Sahabat Hutan Bakau

  • Global Environment CenterPusat Informasi PelanconganChalet Peranginan Kuala Gula34350 Kuala Kurau,Perak.Tel: +605 8905481Fax: +605 8905460

    Program Pemuliharaan Hutan Paya BakauMelalui Penglibatan Masyarakat Setempat

    SAHABAT HUTAN BAKAU

    Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung program di atas dan Sahabat Hutan Bakausila ajukan kepada Global Environment Centre di alamat berikut:

    Pelan Lokasi

    Kedudukan strategikkawasan eko-pelancongan KualaGula di antarakawasanperindustrian diutara Semenanjung(Pulau Pinang) dankoridor LebuhrayaUtara-Selatanmenghubungkandestinasipelancongan dalamnegeri seperti BukitMerah, Taiping,Ipoh, serta bolehdijadikan sebagaisatu destinasipilihan dalamagenda ekopelancunganNegara sempena tahun melawat Malaysia 2007. Usaha ini seterusnya akan meningkatkantaraf hidup dan ekonomi masyarakat setempat di samping menjana pendapatan kepadaKerajaan Negeri menerusi sektor pelancungan.

    Global Environment CentreNo.76-78, 2nd Floor Wisma HingJalan SS2/72,47300 Petaling Jaya, SelangorTel: +603 79572007Fax: +603 79577003E-mel: [email protected]: www.gecnet.info

  • Sahabat Hutan Bakaudiperkenalkan di atas kepentingan penglibatan masyarakat setempat di dalam programpemuliharaan hutan paya bakau. Keujudan Sahabat Hutan Bakau juga adalah hasil darikesedaran dan kebimbangan masyarakat terhadap kemerosotan kualiti hutan paya bakau danekosistemnya. Keadaan ini telah banyak merubah corak hidup penduduk setempat yang suatumasa dahulu bergantung kepada aktiviti sara hidup dari hutan paya bakau sepertipenangkapan ikan dan mengumpul hasil hasil hutan paya bakau untuk tujuan ekonomi. Hutanpaya bakau dan ekosistem yang kian terancam telah memberi kesan terhadap penduduksetempat yang bergantung kepada sumber-sumber ini.

    Program Perintis Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula

    Inisiatif penubuhan Sahabat Hutan Bakau ini telah mendapat sokongan padu penduduksetempat di Kuala Gula, Perak di mana program pemuliharaan hutan paya bakau telahdimulakan oleh Global Environment Centre. Di antara aktiviti-aktiviti yang sedang dan akandijalankan oleh Sahabat Hutan Bakau adalah seperti berikut:-

    - Pengumpulan anak benih bakau- Penubuhan tapak semaian- Penanaman semula hutan bakau melalui aktiviti gotong royong- Rondaan dan pemantauan kawasan tanaman bakau- Mengadakan latihan kemahiran sarahidup bersama agensi kerajaan yangberkaitan

    - Penganjuran lawatan sambil belajar untuk masyarakat setempat- Program pendidikan dan kesedaran alam sekitarPengurusan aktiviti pelancongan

    Latarbelakang Tapak Projek

    Kuala Gula, Perak merupakan suatu ekosistem hutan bakau yang merangkumi pelbagai habitat, termasukkawasan buffer sungai dan anak-anak sungai, pulau-pulau bakau dan hutan paya bakau pesisir pantai. Iaadalah suatu kawasan yang penting untuk perikanan, yang sekian lama telah memberi dan menyokongsumber pendapatan kepada masyarakat tempatan. Dianggarkan sejumlah 7,188 orang menghuni KualaGula dan kawasan persekitarannya. Daripada jumlah tersebut, 35% atau 2,450 orang penduduk terlibatsecara langsung dalam industri perikanan melalui aktiviti-aktiviti penangkapan ikan, udang dan menternakkerang. Mereka juga terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sampingan perikanan seperti memproses ikan danudang kering, serta membuat belacan. Dataran lumpur dan kawasan paya hutan bakau di Kuala Gulasudah sekian lama menjadi tempat persinggahan dan tempat mencari makanan untuk spesies-spesiesburung pantai dan burung air yang berhijrah, termasuklah spesies-species burung tempatan. Kuala Gulajuga telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 10 kawasan ekopelancongan di dalam negeri yangberdaya maju. Usaha-usaha ke arah pemuliharaan dan penjagaan kawasan hutan paya bakau tersebutmempunyai kepentingan ekonomi dan sosial di peringkat tempatan, daerah, negeri dan juga kebangsaan.

    Oleh itu satu inisiatif telah di bentuk dan dicadangkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri RazaliIsmail selaku Ahli Lembaga Pengarah kepada Global Environment Centre untuk mengujudkanSahabat Hutan Bakau. Sahabat Hutan Bakau yang terdiri terdiri daripada masyarakatsetempat akan bertanggungjawab dalam urusan memulihara, menjaga dan menguruskankawasan tersebut bagi pihak kerajaan negeri. Sahabat Hutan Bakau juga akan bertindaksebagai kumpulan pemantau dan penggerak aktiviti kesedaran masyarakat. GlobalEnvironment Centre pula melalui kepakaran sedia ada akan menyediakan program latihanteratur bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, serta memupuk kesedaranmasyarakat tempatan mengenai kepentingan memulihara dan mengekalkan nilai-nilai estatikahutan paya bakau. Dalam masa yang sama Sahabat Hutan Bakau akan menjadi landasanutama untuk mempromosikan Program Pemuliharaan Hutan Bakau dan perkongsianmaklumat berkaitan di peringkat Kebangsaan.