program sekolah sihat

download program sekolah sihat

of 18

Transcript of program sekolah sihat

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    1/18

    PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    HBHE2103

    PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    SEMESTER: SEPTEMBER (2010)

    [email protected]

    NAMA TUTOR:

    ENCIK LUQMAN HAKIM BIN JAMIN

    NAMA E-TUTOR

    ENCIK SHUHAIRI BIN SAHAIMI

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    2/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    HBHE2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    SEMESTER : SEPTEMBER 2010

    1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan

    Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

    2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 Times New Roman dan

    langkau baris 1.5.

    3. Tugasan ini menyumbang sebanyak30% kepada gred akhir kursus.

    4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

    5. Anda perlu menghantar tugasan secara online melalui myVLE. Sila rujuk kepada arahan dalam porta

    untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penghantaran tugasan secara online.

    6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 5. Serahan selepas tarikh tidak akanditerima.

    7. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalam soalan tugasan.

    8. Tugasan ini terhad kepada 1000 1200 patah perkataan sahaja.

    9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Tugasan yang dihantar secara automatik

    akan disemak untuk persamaan.

    a. Tugasan bertindih antara 10-30% akan dikenakan 20% penolakan markah keseluruhan.

    b. Tugasan bertindih melebihi 30% akan diberikan markah sifar (0) keseluruhan. Dalam kes tertentu, gred

    kursus akan ditentukan berdasarkan komponen lain dalam keseluruhan penilaian.

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    3/18

    Isi kandungan Muka surat

    Penghargaan i

    Kajian Mengenai Rancangan Makanan Tambahan(RMT) Di Sekolah

    dan Sejauh Mana Keberkesanannya Dalam Mempertingkatkan

    Akademik Pelajar-Pelajar Terlibat 1

    Abstrak 1

    Pengenalan 1

    1.0Kajian Mengenai RMT Di Sekolah

    Dapatan Kajian : 1.1.1 - 1.1.9

    Pentadbiran/Organisasi 1

    Sumber Kewangan Diperoleh Untuk Program RMT 2

    Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Peserta RMT 3

    Kaedah Kriteria Pemilihan Tender Untuk RMT 3

    Kaedah pembayaran Kepada Pihak Pennyediaan Makanan 4

    Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Peserta 4

    Pemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat RMT 4-5

    Pemilihan Bahan-Bahan mentah 5

    Menu Makanan Yang Disediakan 5-6

    Cara Penyediaan Makanan Disediakan 6

    2.0 Kajian Mengenai Sejauh Mana Keberkesanan RMT

    Dalam Mempertingkatkan Pencapaian Akademik

    Pelajar-pelajar Yang Terlibat Dalam RMT. 72.1 Dapatan Kajian 7-10

    3.0 Rumusan Kajian Dan Cadangan Penambahbaikan 10

    Rujukan ii

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    SOALAN TUGASAN

    Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia dalam usaha untuk membantu dan meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan pelajar di sekolah

    rendah. Program ini bertujuan untuk memberi makanan secara percuma kepada pelajar sekolah rendah

    terutama di kawasan luar bandar dan golongan yang berpendapatan rendah.

    a) Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di

    sekolah anda.

    (15 markah)

    b) Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam kajian anda. Kajian

    ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan pencapaian

    akademik pelajar yang terlibat.

    (10 markah)

    c) Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda secara analitika

    sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini.

    (5 markah)

    )Jumlah: 30 markah(

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    4/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    Penghargaan

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

    Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi

    kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk

    Program Bersepadu Sekolah Sihat (HBHE2103) pada kali ini.

    Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang

    begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam

    meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM

    Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga

    OUM semester September 2010 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang

    telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan

    tugasan.

    Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih

    kepada pensyarah yang di hormati, Encik Luqman Hakim Bin Jamin. kerana

    telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam

    menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak

    mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik

    datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.

    Sekian terima kasih.

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    5/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    i

    KAJIAN MENGENAI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH DAN

    SEJAUH MANA KEBERKESANAN RMT DALAM MEMPERTINGKATKAN AKADEMIK

    PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT.

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    6/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    Abstrak: Rancangan Makanan Tambahan (RMT) merupakan satu program yang telah diwujudkan di semua

    sekolah-sekolah kerajaan di negara ini.. RMT ini adalah salah satu program dikelola, diselia dan dilaksanakan

    sepenuhnya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diwujudkan sejak tahun 1979. Tujuan kajian

    ini adalah untuk mengetahui tentang bagaimana Program RMT dikelolakan dan diselenggarakan disekolah dan

    sejauh manakah keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan akademik pelajar-pelajar yang terlibat. Kajian

    dilakukan terhadap pihak pentadbir sekolah, guru-guru jawatankuasa RMT, pihak pembekal makanan dan

    pelajar-pelajar yang terlibat dalam RMT Sekolah Paya Rumput Melaka. Dalam kajian ini, terdapat 20

    responden telah dipilih secara rawak daripada 80 penerima RMT yang terdiri daripada pelajar tahun satu

    hingga enam. Kajian ini juga dibuat secara menyeluruh dari segi pelaksanaan dan pengelolaan serta

    pentadbiran program RMT.

    Pengenalan

    Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah dilaksanakan di sekolah-sekolah Malaysia adalah

    bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin dari segi

    memberi makanan tambahan yang sewajarnya. Ianya adalah satu usaha murni pihak Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM) dalam mambantu memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah

    yang mana kaedahnya ialah dengan memberi makanan 25%-33% daripada keperluan kalori harian kanak-

    kanak tersebut dan bukanlah untuk memberi keperluan harian sepenuhnya. Murid berstatusWarganegara

    Malaysia dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM

    80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Bermula pada Januari setiap tahun minggu pertama

    persekolahan murid-murid yang layak telah mula diberi makanan percuma dibawah program kementerian iaitu

    Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Pada masa ini, Program RMT akan berlangsung selam 190 hari setiap

    tahun persekolahan. Namun begitu sekolah-sekolah yang terdapat murid-murid Islam, program ini akan

    dihentikan sementara waktu ketika di bulan Ramadhan, tetapi bilangan hari bagi program adalah tetap sama

    Bilangan penerima atau peserta program ini adalah berbeza antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lain

    berdasarkan kepada kedudukan sekolah, saiz sekolah (bilangan murid-murid), taraf pemakanan penduduk

    setempat dan pendapat keluarga. Ini bermaksud, sekolah-sekolah yang terletak di kawasan yang mundur serta

    sekolah yang mempunyai bilangan murid yang kecil amat diberi keutamaan. Setiap penerima pula menerima

    peruntukan sebanyak RM1.80 untuk sehari.

    1

    1.0 Kajian mengenai Rancangam Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah.

    1.1. Dapatan Kajian:

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    7/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    1.1.1Pentadbiran/Organisasi

    Untuk kajian ini, saya mengambil Sekolah Kebangsaan Paya Rumput Melaka (SKPR) sebagai sumber

    kajian. Di sekolah ini, seramai 80 orang murid yang dikenalpasti layak untuk menerima RMT pada tahun ini

    berdasarkan beberapa kriteria tertentu . Pihak yang terlibat dalam pemberian Rancangan Makanan Tambahan

    di sekolah ialah, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Setiausaha HEM, PenyelarasRMT, setiausaha dan ahli jawatankuasa yang telah dipilih. Tugas jawatankuasa ialah memilih dan

    mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria-kriteia yang telah ditetapkan oleh

    KPM serta merekod penerimaan makanan oleh murid-murid di hari-hari yang berkaitan. Selain itu, guru

    RMT bertanggungjawab mengawas murid ketika menikmati makanan sambil menerapkan nilai-nilai murni

    dan adab ketika makan serta mengawas pengurusan pembekalan makanan. Jawatankuasa RMT juga

    berperanan mengambil kira tentang pertumbuhan fizikal murid-murid dengan mengukur berat dan ketinggian

    di awal dan akhir tahun. Selain itu pihak sekolah juga memastikan rekod penerimaan perbelanjaan

    peruntukan RMT disimpan secara kemaskini. Rajah 1 merupakan carta organisasi bagi unit RMT di SKPR

    Melaka .

    Rajah 1: Carta Organisasi Unit Rancangan Makanan Tambahan SK Paya Rumput Melaka.

    2

    1.1.2 Sumber Kewangan Untuk Program RMT

    Sumber kewangan untuk program RMT dikeluarkan daripada Bahagian Kewangandi bawah Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Kaedah pembayaran yang lakukan ialah melalui saluran kesemua peruntukan terus ke

    PENGERUSI

    GURU BESAR

    N . PENGERUSI

    GPK HAL EHWAL MURID

    SETIAUSAHA HEM

    KETUA UNIT RMT/PSS

    PN MARSHIZAWATI

    KETUA UNIT RMT/PSS

    PN MARSHIZAWATI

    KETUA UNIT RMT/PSS

    PN MARSHIZAWATI

    KETUA UNIT RMT/PSS

    PN MARSHIZAWATI

    PENYELARAS RMT/PSS

    SETIAUSAHA RMT/PSS

    AHLI JAWATANKUASA

    5 ORANG GURU

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    8/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    Akaun Kumpulan Wang kerajaan (KWK) iaitu bagi sekolah yang mempunyai akaun bank ataupun terus ke

    Akaun Khas di Pejapat Pendidikan Daerah PPD yang berkenaan bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai

    akaun bank. Setelah itu, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menghantar surat

    kepada Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan juga PPD bagi memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun

    bank sekolah atau PPD. Pihak sekolah atau PPD perlu menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah

    dimasukkan berdasarkan surat pemberitahuan daripada Bahagian Kewangan, KPM. (Surat Pekeliling

    Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah)

    1.1.3 Kaedah dan kriteria pemilihan Peserta RMT.

    Pemilihan peserta RMT adalah berdasarkan kriteria atau keutamaan berikut;

    a. Murid-murid yang mempunyai warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 yang bersekolah

    di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

    b. Murid-murid yang mempunyai simptom kurang zat makanan yang telah dipilih oleh Perkhidmatan

    Kesiahatan Sekolah dan guru darjah dan diselaraskan oleh satu jawatankuasa Khas di peringkat

    sekolah.

    c. Murid-murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, iaitu RM400 sebulan atau perkapita

    pendapatan ialah RM80 bagi satu keluarga. Ini terjadi kerana bilangan ahli seisi rumah adalah ramai

    selalunya bilangan adik beradik yang melebihi lima orang.

    d. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang telah di

    tubuhkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai

    miskin. (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah)

    1.1.4 Kaedah dan Kriteria Pemilihan Tender Untuk RMT

    Menurut bukuPanduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah, semasa memilih tender untuk RMT,

    kriteria yang paling diutamakan ialah jika nilai pemerolehan tidak melebihi RM 50,000 setahun, perolehan

    hendaklah dibuat secara lantikan terus kepada pengusaha kantin bagi sekolah yang mempunyai perkhidmatan

    kantin. Namun begitu, sekiranya sekolah tersebut tidak mempunyai

    3

    perkhidmatan kantin, Jawatankuasa RMT sekolah boleh membuat lantikan terus kepada Persatuan Ibu Bapa

    dan guru sekolah berkenaan. Sekiranya ibu bapa murid berkenaan tidak berminat, Jawatankuasa RMT bolehlah

    membuat lantikan kepada pembekalan RMT kepada keluarga guru atau kakitangan sekolah tersebut. Bagi nilai

    pemerolehan yang melebihi RM50,000 setahun, pemerolehan hendaklah dibuat dengan pelawaan sebutharga

    kepada sekurang-kurangnya lima(5) pembekal tertakluk kepada arahan Perbendaharaan dan peraturan-

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    9/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. Dalam kajian ini mendapati SK Paya Rumput telah melantik

    secara terus kepada pengusaha kantin sebagai pembekal makanan RMT sekolah ini.

    1.1.5 Kaedah Pembayaran kepada Pihak Penyediaan Makanan.

    Semasa proses pembayaran dilakukan, Pembekal Makanan perlu menyediakan invois dan dokumen lain yang

    dilengkap diisi dengan butir-butir perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan oleh pihak kerajaan tidak

    lewat daripada 5 haribulan berikutnya selepas menjalankan perkhidmatannya atau dalam apa-apa tempoh masa

    yang munasabah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan dan seterusnya di hantar kepada kerajaan. Setelah itu,

    Kerajaan akan memproses pembayaran Nilai Perjanjian terhadap pembekal tersebut. Pembayaran Nilai

    Perjanjian dilakukan dalam unit Ringgit Malaysia kepada pembekal makanan.

    1.1.6 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Penerima

    Setiap pagi seawal pukul 7.10, murid-murid akan berkumpul di kawasan RMT di kantin untuk menerima

    makanan. Mereka perlu beratur ketika mengambil makanan. Semasa ini, seorang guru ditugaskan untuk

    memantau perjalanan program RMT pada hari itu. Pekerja RMT bertindak membantu dalam mengedarkan

    makanan kepada penerima-penerima RMT. Guru bertugas akan mengingatkan murid-murid tentang nilai-nilai

    murni seperti kesyukuran ketika membaca doa sebelum makan dan selepas makan , nilai kebersihan serta

    tanggungjawab ketika meletakkan pinggan dan cawan yang kotor di tempat yang disediakan.

    1.1.7 Pemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat Dalam RMT

    Bagi pekerja-pekerja yang terlibat dalam penyediaan RMT, mereka perlu mengikut peraturan tertentu seperti

    pemerikasaan perubatan yang mana semua pekerja yang terlibat hendaklah diperiksa dan disahkan sihat oleh

    doktor kerajaan. Setelah melalui pemeriksaan kesihatan, pekerja ini akan diberikan sijil kesihatan yang sah.

    Bagi yang tiada sijil kesihatan yang sah daripada doctor, mereka tidak dibenarkan membantu di tempat

    4

    makanan. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap pekerja-

    pekerja ini. Pekerja yang batuk, demam, selsema, berkudis dan sebagainya adalah tidak dibenarkan bekerja di

    tempat memasak atau makanan. Selain itu Semua pekerja perlu mamakai pakaian yang bersih dan digalakkan

    memakai pakaian berwarna putih. Apron dan penutup kepala juga amat digalakkan. Kebersihan diri dari segi

    kuku, tangan dan rambut juga adalah amat dititikberatkan semasa pekerja mengendalikan makanan.

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    10/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    1.1.8 Pemilihan Bahan-bahan Mentah

    Dari segi pemilihan bahan-bahan mentah, pembekal perlu menitikberatkan kebersihan dan kesihatan murid-

    murid. Bahan-bahan mentah yang dipilih mestilah segar dan berkualiti. Contohnya sayur-sayuran, ikan,

    daging, atau ayam, buah-buahan mestilah yang masih elok dan baru . Ini sedikit sebanyak dapat menjamin

    makanan yang berzat dapat dinikmati oleh murid-murid. Bahan-bahan mentah yang tidak baik dan berkeadaan

    terlalu lama disimpan akan menyebabkan segala zat di dalam bahan-bahan berkurangan. Oleh yang demikan

    makanan yang dihasilkan bukan sahaja tidak berzat malahan boleh mendatangkan mudarat kepada murid-

    murid sebagai contoh keracunan makanan yang kerapkali kita lihat di dalam media massa. Kajian yang dibuat

    kepada pembekal makanan RMT di SKPR amat memuaskan hati saya. Ini kerana bahan-bahan mentah yang

    telah disediakan menepati syarat-syarat dan perjanjian dengan Kerajaan. Ini kerana pembekal Makanan

    hendaklah menurut arahan kerajaan dengan melaksanakan Perkhidmatan dari semasa ke semasa sama ada

    secara lisan atau bertulis. Antaranya ialah pembekal makanan hendaklah memastikan bahan mentah, disimpan

    di tempat yang selamat dan sentiasa di kemaskinikan. (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di

    Sekolah Rendah)

    1.1.9 Menu Makanan Yang Di Sediakan

    Di SK Paya Rumput Melaka ini, pemilihan menu makanan adalah ditentukan semasa mesyuarat Jawatankuasa

    RMT. Pemilihan Menu makanan adalah berdasarkan kepada bukuPanduan Rancangan Makanan Tambahan

    Di Sekolah yangtelah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyediaan RMT hendaklah

    mengikut 20 jenis menu yang . Pihak sekolah telah memilih 10 menu secara bergilir-gilir. Namun begitu,

    pihak sekolah terutamanya jawatankuas RMT membuat pilihan daripada 20 senarai menu yang disediakan

    mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid. Pemberian makan adalah daripada hari Isnin hingga

    Jumaat. Rajah 2 adalah contoh Jadual Menu RMT pada setiap hari dan pada minggu yang berbeza.

    5

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    11/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    Rajah 2: Jadual Menu RMT SKPR Dari Isnin Hingga Jumaat

    1.1.10 Cara Penyediaan Makanan

    Menurut bukuPanduan Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah yang dikeluarkan oleh KPM2003, bahan

    makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan yang mengandungi zat makanan tertentu

    untuk membina badan, memberi tenaga dan mencegah penyakit, segar dan tidak basi, tidak rosak dan busuk,

    mengenyangkan serta tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan

    kesihatan. Kajian mendapati penyediaan makanan dan makanan dan minuman terselamat daripada habuk, lalat,

    lipas, tikus, sentuhan tangan kotor, bersin batuk dan punca pencemaran yang lain. Perkakasan untuk

    menghidang seperti cawan, pinggan dan sebagainya adalah baik dan tidak sumbing serta tidak digunakan lebih

    daripada seorang. Seorang pekerja bertanggungjawab dalam menguruskan penyediaan ini dan menyusun atur

    air, makanan dan buah-buahan. Makanan akan diisi kedalam pinggan hanya ketika pelajar mengambil

    makanan. Makanan didapati sentiasa tertutup dengan penutup khas. Amalan kebersihan amat dititkberatkan.

    6

    2.0 Kajian Mengenai Sejauh mana keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan pencapaian

    akademik pelajar-pelajar yang terlibat dalam RMT.

    Daripada 80 orang penerima RMT, saya telah memilih 20 orang daripada mereka, iaitu 10 orang lelaki dan 10

    orang perempuan untuk dijadikan sampel. Pemilihan sampel itu terdiri daripada empat orang daripada tahun

    HARI

    MENU SEPANJANG MINGGU

    MINGGU 1 & 3 MINGGU 2 & 4

    ISNIN NASI LEMAK, BUAH OREN,

    AIR BEPERISA SOYA

    BUBUR NASI (AYAM/DAGING), BUAH OREN, AIR

    BERPERISA COKLAT

    SELASA MI KARI/MI REBUS, BUAH EPAL,

    AIR BEPERISA COKLAT

    BIHUN GORENG, BUAH OREN,

    AIR BERPERISA COKLAT

    RABU BUBUR NASI , BUAH TEMBIKAI,

    AIR BERPERISA SOYA

    NASI LEMAK, BUAH TEMBIKAI,

    AIR BERPERISA MALTA

    KHAMIS NASI AYAM, BUAH LAI,

    AIR BERPERISA MALTA

    MEE GORENG, BUAH EPAL,

    AIR BERPERISA MALTA

    JUMAAT ROTI SANDWICH SARDIN, BUAH LIMAU, AIR

    BERPERISA SOYA

    NASI GORENG, BUAH TEMBIKAI,

    AIR BERPERISA COKLAT

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    12/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    satu, empat orang daripada tahun dua, empat orang daripada tahun tiga, tiga orang daripada tahun empat, tiga

    orang daripada tahun 5 dan dua orang daripada tahun enam Kebanyakan mereka ialah dari golongan murid-

    murid di kelas yang paling akhir, mempunyai adik beradik yang melebihi 5 orang dan mempunyai ibu bapa

    yang berpendapatan paling rendah. Rajah 3 menunjukkan jadual mengenai 20 orang sampel yang dipilih

    berdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti taraf sosio ekonomi mereka, kawasan tempat tinggal mereka,

    taraf pendidikan ibu bapa dan bilangan adik beradik mereka.

    2.1. Dapatan Kajian:

    Rajah 3 : Jadual 20 Orang Responden Yang dipilih Mengikut KriteriaTertentu

    Responden Ciri-ciri Jumlah Peratus %

    Taraf Sosio

    Ekonomi

    < RM1000 12 60

    < RM700 6 30

    < RM500 2 10

    Kawasan Tempat

    Tinggal

    Kampung 12 60

    Rumah Kos Sederhana 2 10

    Rumah Kos Rendah 8 40

    Taraf Pendidikan

    Ibu Bapa

    Sijil Kemahiran 5 25

    Sijil Pelajaran Malaysia 12 60

    Sijil Rendah Pelajaran 2 10

    Darjah Enam 1 5

    Bilangan Adik

    Beradik

    > 12 3 15

    > 8 5 25

    > 5 12 60

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    13/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    7

    Berdasarkan Rajah 3 tersebut, seramai 20 orang responden telah dipilih secara rawak daripada setiap tahun

    berdasarkan soal selidik yang merangkumi profil responden, pengetahuan guru serta jawatankuasa RMT

    mengenai pengurusan RMT dan pelaksanaan Pengurusan RMT. Melalui jadual tersebut, didapati taraf sosio

    ekonomi keluarga responden kebanyakannya kurang daripada RM1000.. Pekerjaan ibu bapa responden

    kebanyakannya terdiri daripada pekerjaan kampung, bekerja sendiri, pengawal keselamatan, peniaga kecil,

    tukang kebun dan pekerja kilang.

    Dari segi tempat tinggal kebanyakan mereka tinggal di kampung Paya Rumput iaitu seramai 12 orang, dua

    orang tinggal di rumah kos sederhana dan lapan orang tinggal tinggal di rumah kos rendah. Mengenai taraf

    pendidikan ibu bapa pula sebanyak 25 %( 5 orang) daripadanya ialah memegang sijil kemahiran seperti

    vokasional dan industri, 60%(12 orang) pula mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia, 10 %(2 orang) mempunyai

    Sijil Rendah Pelajaran dan hanya seorang yang hanya mempunyai tahap pelajaran setakat darjah 6 .

    Untuk bilangan adik beradik pula, kebanyakannya mempunyai adik-beradik melebihi lima orang iaitu

    seramai 12 orang dan ada juga melebihi lapan iaitu seramai lima orang dan 3 orang daripada mereka

    mempunyai adik beradik yang melebihi 13 orang. Tiga orang responden ini merupakan adik beradik yang

    terdiri daripada tahun satu, dua dan tiga. Bapa mereka adalah seorang pengawal keselamatan dan ibu mereka

    hanya surirumah. Namun begitu ada di antara anak mereka yang sudah bekerja dan sedikit sebanyak dapat

    membantu keluarga.

    Kebanyakan responden mempunyai pendapatan ibu bapa perkapita hampir RM80 untuk seisi rumah. Ini

    disebabkan bilangan ahli dalam keluarga yang begitu ramai. Kebanyakan responden juga merupakan penerima

    bantuan Kumpulan Wang Amanah Miskin (KWAMP). Pada pandangan peribadi saya, kebanyakan mereka

    wajar mendapat bantuan ini memandangkan kepayahan hidup yang dialami oleh pelajar dan ahli keluarganya.

    Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibubapa mereka.

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    14/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    8

    Rajah 4: Jadual Ciri-ciri Responden Dari Segi Akademik, Kesihatan Dan Keyakinan Kendiri

    Berdasarkan jadual di atas, responden telah dinilai dari segi akademik, kesihatan dan keyakinan kendiri

    mereka yang dinilai dari awal tahun hingga akhir tahun oleh guru masing-masing. Dari segi akademik, , pada

    awal ujian, 4 orang yang memperolehi gred A. Mereka terdiri daripada 2 orang pelajar tahun 1, seorang pelajar

    tahun dua dan seorang pelajar tahun 6. Seramai 7 orang pelajar pula telah memperolehi gred B, 6 orang

    memperolehi gred C, 2 orang gred D dan seorang gred E.

    Responden Ciri-ciri

    Ujian Pra

    ( Ujian Bulanan)

    Ujian Post

    (Peperiksaan Akhir

    Tahun)

    Bil. % Bil %

    Akademik

    ( Keputusan

    Keseluruhan)

    Gred A 4 20 4 20

    Gred B 7 35 10 50

    Gred C 6 40 5 25

    Gred D 2 10 1 5

    Gred E 1 5 0 0

    Kesihatan

    Ciri-Ciri Bil. Ada % Bil. Tiada %

    Pertambahan Berat 17 85 3 15

    Pertambahan Ketinggian 20 100 0 0

    Pertumbuhan Badan Normal 20 100 0 0

    Keyakinan

    Kendiri

    Ciri-Ciri Bil. Ada % Bil. Tiada %

    Kekemasan Diri 15 75 5 25

    Kebersihan Diri 15 75 5 25

    Disiplin 20 100 0 0

    Kesihatan Yang Baik 18 90 2 10

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    15/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    9

    Namun begitu, baru-baru ini setelah berakhirnya peperiksaan akhir tahun, terdapat sedikit peningkatan bagi

    keputusan peperiksaan responden, iaitu seramai 20% (4 orang) telah mendapat gred A, 50% (10 orang)

    mendapat gred B, 25% (5 orang)telah memperolehi gred C, 5% (1orang) untuk gred D dan tiada yang

    mendapat gred E lagi. Dan apa yang membanggakan, ialah baru-baru ini responden daripada tahun enam telah

    berjaya memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk 2010.

    Dari segi kesihatan tubuh badan, keseluruhan responden didapati mengalami pertumbuhan yang normal

    dan terdapat perubahan ketinggian badan serta terdapat juga pertambahan berat badan seiring dengan

    pertambahan ketinggian tersebut. Namun demikian seramai 3 orang responden didapati tiada peningkatan berat

    badan. namun yang demikian mengalami pertambahan ketinggian dan didapati tiada masalah kesihatan.

    Dari segi keyakinan kendiri, melalui soal selidik dengan guru RMT dan guru kelas responden, didapati

    rata-rata mereka mengalami perubahan yang baik dari segi keyakinan kendiri terutamanya kekemasan diri,

    kebersihan diri, disiplin yang memuaskan dan kesihatan yang baik. Namun begitu, ada juga segelintir pelajar

    yang masih tiada perubahan positif berkemungkinan daripada masalah keluarga, pengaruh rakan atau kurang

    sokongan atau motivasi daripada sekeliling. 10% (2 orang) didapati tidak mengalami kesihatan yang baik

    kerana kerap menghadapi selsema, dan sentiasa menghadapi masalah berhingus. Pelajar ini terdiri daripada

    pelajar tahun satu.

    3.0 Rumusan Kajian Dan Cadangan Penambahbaikan.

    Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah saya lakukan di SKPR, pandangan saya mengenai

    keberkesanan dan kejayaan program RMT ini adalah memuaskan hati saya secara peribadinya. Ini kerana

    bantuan RMT ini memberi manfaat yang begitu besar terhadap pelajar-pelajar dari psikologi dan fisiolog

    kanak-kanak. Secara umumnya, kanak-kanak yang sihat akan mengalami pertumbuhan yang baik dari segi

    mental dan fizikal.

    Mengikut teoriMaslow, peringkat keperluan fisiologi ini merupakan keperluan yang paling asas.

    Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini

    merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,

    minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasiMaslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar

    yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran

    mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu

    atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan

    mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu.

    Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    16/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    10

    Pada pendapat saya, bagi melancarkan lagi bantuan RMT adalah lebih baik jika ia diadakan dua kali dalam

    sehari iaitu sekali sebelum masuk ke kelas pembelajaran dan sekali lagi diadakan semasa waktu rehat. Ini

    sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan fizikal kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Kebanyakan

    responden didapati hanya membawa 50 sen hingga RM2 sehari sebagai wang saku dan wang itu tidak

    mencukupi untuk membeli makanan yang berzat. Tambahan pula mereka akan menghadiri kelas agama pada

    waktu petangnya. Ini sungguh menyedihkan jika mereka terpaksa kelaparan semasa di sekolah agama. Selain

    itu, adalah lebih baik jika pihak Kerajaan menaikkan lagi peruntukan RMT daripada RM1.80 kepada satu nilai

    yang munasabah memandangkan kadar kenaikan harga barang yang begitu tinggi sekarang. Walaupun

    makanan yang disediakan agak berzat namun kuantitinya didapati agak sedikit. Pembekal makan menyatakan

    itulah harga yang sesuai untuk RM1.80. Namun begitu, pembekal mengatakan jika mereka tidak cukup

    menikmati makanan itu mereka boleh menambah kuantiti makanan tersebut. Apapun, secara peribadinya,

    pelajar-pelajar ini seharusnya bersyukur dengan bantuan yang mereka telah perolehi itu. Guru-guru perlu

    sentiasa mengingatkan mereka tentang nilai-nilai kesyukuran pada Tuhan. Usaha Kerajaan dalam menyediakan

    bantuan RMT ini amatlah bermanfaat kepada pelajar-pelajar dan perlulah dihargai oleh semua pihak yang

    terlibat. Oleh yang demikian, di harap hasil kajian ini dapat memnuhi kehendak tugasan pada kali ini.

    Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya sudahi

    dengan kalimah wassalam.

  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    17/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    11

    Rujukan:

    Bahagian Sekolah.KPM.Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan(2003).Kuala Lumpur

    Kementerian Pelajaran Malaysia(2010). Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi Rancangan Makanan

    Tambahan

    Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah

    http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html

    http://www.2dix.com/view/view.php?

    urllink=http://psasir.upm.edu.my/4866/2/FPP_2008_7.pdf&searchx=kajian%20RMT

    http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.htmlhttp://www.2dix.com/view/view.php?urllink=http://psasir.upm.edu.my/4866/2/FPP_2008_7.pdf&searchx=kajian%20RMThttp://www.2dix.com/view/view.php?urllink=http://psasir.upm.edu.my/4866/2/FPP_2008_7.pdf&searchx=kajian%20RMThttp://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.htmlhttp://www.2dix.com/view/view.php?urllink=http://psasir.upm.edu.my/4866/2/FPP_2008_7.pdf&searchx=kajian%20RMThttp://www.2dix.com/view/view.php?urllink=http://psasir.upm.edu.my/4866/2/FPP_2008_7.pdf&searchx=kajian%20RMT
  • 7/28/2019 program sekolah sihat

    18/18

    HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    761020135460002

    ii