PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

6
PROGRAM ZIARAH KASIH 2015” LAPORAN BIRO KEBAJIKAN & AGAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN Tarikh : 7 Mei 2015 (Khamis) Pengerusi : Pn Hjh Normala binti Abdullah Pengarah Program : Pn.Norasidah binti Mohd Arshad Setiausaha : Pn.Syarifah Hannan binti Sayed Abd Rahman Bendahari : Pn.Wan Hamiza binti Wan Hasan Ahli Jawatakuasa : Pn.Zuraidah binti Mohd Ramly : Pn.Aisyah binti Jamaludin : Pn.Noor Azreen binti Ibrahim : Pn.Norleha binti Subandi - Biro Kebajikan Puspanita Cawangan Kecil Politeknik Ibrahim Sultan telah menganjurkan program Ziarah Kasih 2015, pada hari Khamis , 7 Mei 2015 yang lalu. Matlamat program ini diadakan adalah untuk menunjukkan keprihatinan dan hasrat murni masyarakat dengan menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang dan barangan kepada warga emas di Pusat Penjagaan Warga Emas Nur Ehsan di Kempas, Johor Bahru. Pada masa yang sama, program ini juga dapat mengurangkan kesunyian warga emas di sini apabila program seperti ini diadakan. Program Ziarah Kasih 2015 ini juga menitikberatkan kesedaran kepada masyarakat amnya dan ahli Puspanita khususnya dalam kepentingan hubungan bersama komuniti. Program ini juga memberi impak positif kepada Puspanita Cawangan Kecil Politeknik Ibrahim Sultan dari segi kemahiran insaniah ahli Puspanita sekaligus selari dengan Wawasan 2020 yang ketujuh iaitu melahirkan masyarakat yang penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kabajikan insan yang tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan.

Transcript of PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

Page 1: PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

LAPORAN BIRO KEBAJIKAN & AGAMA

PUSPANITA CAWANGAN KECIL POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Tarikh : 7 Mei 2015 (Khamis)

Pengerusi : Pn Hjh Normala binti Abdullah Pengarah Program

: Pn.Norasidah binti Mohd Arshad

Setiausaha : Pn.Syarifah Hannan binti Sayed Abd Rahman Bendahari : Pn.Wan Hamiza binti Wan Hasan Ahli Jawatakuasa

:

Pn.Zuraidah binti Mohd Ramly

: Pn.Aisyah binti Jamaludin

: Pn.Noor Azreen binti Ibrahim

: Pn.Norleha binti Subandi

- Biro Kebajikan Puspanita Cawangan Kecil Politeknik Ibrahim Sultan telah

menganjurkan program Ziarah Kasih 2015, pada hari Khamis , 7 Mei 2015 yang lalu.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk menunjukkan keprihatinan dan hasrat

murni masyarakat dengan menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang dan

barangan kepada warga emas di Pusat Penjagaan Warga Emas Nur Ehsan di

Kempas, Johor Bahru. Pada masa yang sama, program ini juga dapat

mengurangkan kesunyian warga emas di sini apabila program seperti ini diadakan.

Program Ziarah Kasih 2015 ini juga menitikberatkan kesedaran kepada masyarakat

amnya dan ahli Puspanita khususnya dalam kepentingan hubungan bersama

komuniti. Program ini juga memberi impak positif kepada Puspanita Cawangan Kecil

Politeknik Ibrahim Sultan dari segi kemahiran insaniah ahli Puspanita sekaligus selari

dengan Wawasan 2020 yang ketujuh iaitu melahirkan masyarakat yang penyayang

dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih

daripada diri sendiri, dengan kabajikan insan yang tidak berkisar pada negara atau

orang perseorangan.

Page 2: PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

- Program Ziarah Kasih 2015 ini melibatkan badan kerajaan dan badan bukan

kerajaan yang ingin turut serta dalam menyumbang bakti dan kebajikan bersama

warga emas di sini seperti Tesco Extra Taman Mutiara Rini, Pelitawanis Tenaga

Nasional Berhad (TNB), Pasir Gudang dan turut serta, Pegawai Kebajikan

Masyarakat Daerah Johor Bahru. Majlis Perasmian dan Penutup telah berlangsung

pada hari yang sama dan dimulai dengan taklimat dan ucapan aluan daripada

Pengerusi dan Pengasas Pusat Penjagaan Warga Emas Nur Ehsan iaitu Tuan Haji

Md. Sharipin bin Shahlan. Penyampaian sumbangan kepada Puan Hajah Norijah

binti Bidin, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan telah disampaikan oleh

Yang Berbahagia Datin Azizah binti Ismail, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil,

Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia,Pn.Hjh Zuraidah binti Mohamed Daud,

Pengerusi Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Puspanita Cawangan Kecil

Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia serta Pn.Sharimah binti Kasim, Tuan Haji

Manayi bin Ibrahim, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru dan Puan

Beh Ean Sok, Pengerusi Pelitawanis,TNB Pasir Gudang. Seramai lebih kurang 70

orang warga emas, 20 orang pekerja Pusat Penjagaan Warga Emas Nur Ehsan dan

20 orang ahli Puspanita yang terlibat program yang telah diadakan ini. Majlis

Perasmian dan Penutup program ini telah berlangsung dengan meriah sekali di

Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Majlis berakhir dengan bacaan selawat

beramai-ramai dan jamuan tengah hari sambil beramah mesra dengan penghuni

warga emas di sini.

Akhir kata, program Ziarah Kasih 2015 ini telah berlangsung dengan jayanya.

Semoga program seperti dapat dijalankan lagi sebagai salah satu langkah untuk

menunjukkan keprihatinan kepada masyarakat yang lebih memerlukan.

Disediakan oleh: Pn.Norasidah Binti Mohd Arshad

AJK Puspanita Cawangan Kecil ,

Jabatan Pendidikan Politeknik Malaysia

Page 3: PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

Pusat Penjagaan Nur Ehsan Kempas

Pintu Masuk Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas Johor

Sahagian daripada warga emas di Pusat Jagaan Nur Ehsan yang terlibat dalam Program

Ziarah Kasih 2015

Page 4: PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

Barisan VIP Dari kir:i Pn.Hjh Norijah,Tn.Hj Manayai,Pn.Beh Ean Sok,Yg Bhg Datin

Azizah binti Ismail,Tn.Hj.Saripin,Pn.Hjh Normala,Pn.Hjh Zuraidah

Yg Bhg Datin Azizah Binti Ismail Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Jabatan Pengajian Politeknik

Malaysia Menyampaikan Sumbangan Kepada Pn.Hjh Norijah Binti Bidin selaku Penguasa Pusat

Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas

Page 5: PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

Pemberian sijil penghargaan dari Pusat Jagaan Nur Ehsan kepada

Yg Bhg. Datin Azizah binti Ismail

Bacaan selawat beramai-ramai bersama warga emas Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas Johor

Page 6: PROGRAM ZIARAH KASIH 2015”

Ahli Puspanita PIS bergotong-royong dalam persiapan jamuan makan tengah hari

“ ZIARAH KASIH 2015 ”