Projek Addmath

Click here to load reader

  • date post

    17-Feb-2017
  • Category

    Education

  • view

    4.026
  • download

    5

Embed Size (px)

Transcript of Projek Addmath

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN2

OBJEKTIF3

PENGENALAN4

BAHAGIAN 112

BAHAGIAN 221

BAHAGIAN 326

PENEROKAAN LANJUTAN28

REFLEKSI33

KESIMPULAN36

LAMPIRAN37

PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahteraSyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya akhirnya saya berjaya menyiapkan Kerja Projek Matematik Tambahan ini pada masa yang ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan kepada guru matapelajaran Matematik Tamabahan kelas kami, Pn. Norashikin binti Abd Rahman yang telah banyak memberikan tunjuk ajar tanpa mengira masa. Tidak lupa juga buat ibu bapa saya yang tercinta yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga serta mengeluarkan sumber kewangan dalam membantu saya menyiapkan kerja projek ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang telah berkongsi cadangan serta bertukar-tukar pendapat.Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Yang ikhlas, N NNNN..(IZZATI BINTI YUSNI)

OBJEKTIF

Dalam kerja projek ini saya telah mendapat pengalaman yang berharga dan dapat: mengaplikasi dan mengadaptasikan pelbagai strategi penyelasaian masalah untuk menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin. melalui pengalaman pembelajaran: 1. yang mencabar, menarik dan bermakna serta seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir2. di mana pengetahuan dan kemahiran digunakan dengan cara yang bermakna dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar3. di mana mengekspresikan pemikiran matematik, penaakulan dan komunikasi amat digalakkan dan dituntut4. yang merangsang dan meningkatkan pembelajaran yang berkesan5. dapat mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyelesaian masalah. memperolehi kemahiran berkomunikasi dalam matematik yang berkesan secara lisan dan bertulis, dan menggunakan bahasa matematik untuk mengekspresikan idea matematik dengan betul dan tepat meningkatkan minat dan keyakinan serta mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran metematik melalui pengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah membentuk pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk kerjaya dan masa depan menyedari bahawa matematik adalah satu bidang ilmu yang penting dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dan seterusnya menerapkan sikap positif terhadap matematik melatih diri bukan sahaja untuk belajar secara berdikari tetapi juga untuk berkolaborasi, bekerjasama dan berkongsi pengetahuan dalam persekitaran yang bermanfaat dan sihat menggunakan teknologi khususnya ICT secara bersesuaian dan berkesan melatih diri untuk menghargai nilai-nilai intrinsik matematik dan menjadi lebih kreatif dan inovatif menyedari kepentingan dan keindahan matematik.PENGENALAN

Barangkali sebab yang amat penting kepada kewujudan statistik perniagan ialah untuk menyediakan alat kuantitatif untuk menganalisa dan meringkaskan data dan tujuan alat ini ialah untuk membantu pengurus dalam pembuatan keputusan perniagaan. Adalah menjadi tanggungjawab penyelidik untuk mencari secara berterusan cara yang efektif menghubungkan rangkaian maklumat yang luas dan teratur kepada pembuat keputusan dalam format yang bolehguna dan sampai pada waktunya.Satu cara yang khusus bagi ukuran deskriptif yang sangat berguna dalam membenarkan perbandingan antara data ialah nombor indeks. Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa yang dibandingkan dengan ukuran sama yang diambil dalam tempoh masa yang lain, biasanya dinyatakan sebagai tahun asas. Selalunya nisbah ini akan didarabkan dengan 100 dan dinyatakan dalam peratusan. Sebagai peratusan, nombor indeks manjadi satu altenatif untuk membandingkan nombor mentah. Pengguna nombor indeks membiasakan diri mereka untuk mentafsir ukuran bagi tempoh masa yang diberi berasakan tahun asas atas skala dimana tahun asas mempunyai indeks 100%. Nombor indeks digunakan untuk membandingkan fenomena dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain dan khususnya sangat membantu dalam menerangkan perbezaan antara tempoh.Nombor indeks digunakan secara meluas di seluruh negara untuk mengaitkan maklumat tentang pasaran saham, inflasi, jualan, eksport dan import, pertanian dan pelbagai lagi. Antara contohnya ialah indeks kos gunatenaga, harga indeks bagi pembinaan, indeks kapasiti pengeluaran, indeks harga pengeluar, indeks harga pengguna,purata perindustrian Dow Jones, indeks output, purata 225 Nikkei. Bab ini, walaupun membincangkan kepentingan indeks saham dan lain-lain, akan memfokuskan lebih kepada harga,kuantiti dan nilai indeks, dengan penekanan khusus kepada indeks harga.Motivasi bagi penggunaan nombor indeks ialah untuk mengurangkan data kepada bentuk senang-diguna dan lebih sesuai. Sebagi contoh, ujian data mentah keatas bilangan perniagaan di United States bermula dari 1985 hinggan 1997 ditunjukkan di Jadual 17.1. Penganalisa boleh mnerangkan data dengan memerhatikan bahawa, secara amnya, bilangan perniagaan telah menurun sejak 1986. bagaimana bilangan perniagaan tahun 1995 dibandingkan dengan 1985? Bagaimana bilangan permulaan perniagaan tahun 1997 dibandingkan dengan 1990 atau 1991? Untuk mejawab persoalan ini tanpa nombor indeks, penyelidik mungkin perlu pergi ke suatu tempat untuk mengurangkan bilangan permulaan perniagaan bagi tahun semasa dan membandingkan peningkatan dan penurunan berkenaan. Proses ini mungkin proses yang menjemukan bagi pembuat keputusan yang perlu memaksimakan usaha dalam masa yang minimum. Menggunakan nombor indeks ringkas, penyelidik boleh menukarkan data tersebut kepada nilai yang lebih boleh-guna. Sebagai tambahan, kadangkala adalah lebih mudah untuk membandingkan tahun lain kepada tahun asas yang khusus.Jadual 1 - Permulaan perniagaan di United StatesTahunBilangan Perniagaan

1985198619871988198919901991199219931994199519961997249,779253,092233,710199,091181,645158,930155,672164,086166,154188,387168,158170,475166,740

Indeks Harga RelatifSatu nombor yang ditentukan dengan mengira nisbah bagi satu kuantiti, harga atau kos untuk satu tahun faedah kepada kuntiti,harga atau kos bagi tahun asas dinyatakan dalam peratusan. Bagaimana nombor indeks diperolehi? Persamaan dibawah menunjukkan bagaimana nombor indeks dikira,Ii =

Dimana:X0 = kuantiti,harga atau kos dalam tahun asasXi = kuantiti,harga atau kos dalam tahun semasaIi = nombor indeks bagi tahun semasa

Jadual 2 - Nombor Indeks bagi perniagaan di United StatesTahunBilangan PerniagaanNombor indeks

1985249 770100.0

1986253 092101.3

1987233 71093.6

1988199 09179.7

1989181 64572.7

1990158 93063.6

1991155 67262.3

1992164 08665.7

1993166 15466.5

1994188 38775.4

1995168 15867.3

1996170 47568.3

1997166 74066.8

Andaikan penyelidik kos-penghidupan mengkaji data jadual di atas memutuskan untuk mencari nombor indeks menggunakan 1985 sebagi tahun asas. Nombor indeks bagi tahun 1986 ialah

Nombor indeks bagi tahun 1997 ialah,

Jadual 2 menunjukkan semua nombor indeks bagi data dalam Jadual 1, dengan 1985 sebagai tahun asas, bersama dengan data mentah. Secara amnya, nombor indeks ini menunjukkan sejak dari tahun 1985, kebanyakkan bilangan perniagaan menunjukkan penurunan (kerana indeks telah menurun). Secara khusus, penurunan yang paling besar berlaku antara tahun 1987 dan 1988-kejatuhan hampir 14 mata dalam indeks. Oleh kerana orang ramai lebih mudah memahami konsep 100% ini, membolehkan pembuat keputusan penilaian yang cepat ke atas bilangan permulaan perniagaan di United States dari satu tahun relatif ke tahun yang lain dengan memeriksa nombor indeks dalam tempoh ini.Indeks Harga Agregat Tidak BerwajaranPenggunaan nombor indeks ringkas membolehkan perubahan bagi harga, kos, kuantiti dan sebagainya dari tempoh masa yang berbeza kepada satu skala nombor dengan tahun asas bersamaan dengan 100%. Bagaimanapun, setiap tempoh masa hanya boleh diwakili oleh satu item atau komoditi sahaja. Bagaimana jika terdapat pelbagai item? Andaikan pembuat keputusan ingin menggabungkan harga bagi beberapa barang,menjadikan satu bakul pasaran untuk membandingkan harga bagi beberapa tahun. Berita baiknya, terdapat satu teknik untuk menggabungkan beberapa barangan dan menentukan nombor indeks bagi keseluruhan (agregat). Teknik ini digunakan kebanyakkannya untuk menentukan harga indeks, bahagiann ini memfokus kepada membina indeks harga agregat. Formula untuk membina indeks harga agregat tidak berwajaran adalah seperti berikut,

Dimana:Pi = harga bagi satu barang dalam tahun semasa (i)Po = harga bagi satu barang dalam tahun asas(o)Ii = nombor indeks bagi tahun semasa (i)Andaikan jabatan buruh negeri ingin membandingkan kos pembelian makanan keluarga sepanjang tahun. Jabatan memutuskan bahawa selain menggunakan satu jenis item makanan untuk melakukan perbandingan ini, mereka akan menggunakan bakul makanan yang mengandungi lima item; telur, susu, pisang, kentang dan gula. Mereka telah mengumpulkan semua maklumat bagi lima item ini untuk tahun 1987,1992 dan 1997. Item dan harga disenaraikan dalam Jadual 17.3.Dari data dalam Jadual 17.3 dan formula, indeks harga agregat tidak berwajaran bagi tahun 1987, 1992 dan 1997 boleh dikira menggunakan tahun 1987 sebagai tahun asas. Langkah pertama ialah untuk mengaggregar harga bagi semua item bakul makanan bagi tahun yang diberi. Jumlah ini ditunjukkan di baris yang terakhir bagi Jadual 17.3. Nombor indeks dikira dengan menggunakan jumlah ini (bukan harga item individu) : P1987 = 2.91,P1992=3.44 dan P1997=3.93. Dari sini, indeks harga agregat tidak berwajaran dapat dikira seperti berikut.Bagi tahun 1987;

Jadual 3 - Harga bagi Item Bakul MakananItem198719921997

Telur(dozen)0.780.861.06

Susu(1/2 gelen)1.141.391.59

Pisang(per lb)0.360.460.49