Projek Bilik Seni Ppki 2015

download Projek Bilik Seni Ppki 2015

of 11

description

permohonan bilik seni utk ppki

Transcript of Projek Bilik Seni Ppki 2015

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

BILIK SENI PPKI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)SK BANDAR RINCHING, SEMENYIH, SELANGOR

Disediakan oleh:ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDINFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB, BERKETRAMPILAN DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.MOTO SEKOLAH

BERWAWASAN, BERILMU, BERAKHLAK

VISI SEKOLAH

SKBR UNGGUL, PENJANA GENERASI CEMERLANG

MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN DAN SAHSIAH

BERKUALITI

MISI PPKI

PENDIDIKAN KREATIF DAN INOVATIF

VISI PPKI

KE ARAH KECEMERLANGAN PPKI SKBR

1.0 PENDAHULUANInstitusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu bilik seni yang menjadi tempat atau wadah ilmu bagi murid murid menghasilkan karya.

Prasarana dan pengurusan bilik seni sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru dan para murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, studio seni sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Rekaan hiasan dalam studio seni yang dipilih ialah berkonsepkan minimalis dan praktikal.

2.0 OBJEKTIF

2.1

Mencapai cita cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

2.2

Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid yang ingin belajar subjek pendidikan seni.

2.3

Hasil kerja murid ppki yang dipamerkan di studio seni sebagai buah tangan / kenangan bila murid meninggalkan alam persekolahan rendah.

2.4 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan kepada warga sekolah dan murid-murid untuk menggunakan bilik seni.2.5 Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan peraturan bilik seni dan cara penggunaan alatan di dalam bilik seni.2.6 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan penggunaan bilik seni.2.7 Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam bidang keceriaan dan juga kebersihan sebagai salah satu sumbangan kepada sekolah.2.8 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme guru.

2.9 Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan appresiasi seni dalam kalangan murid.2.10 Menyusun atur alatan Pendidikan Seni serta hasil kerja murid dengan cara yang betul dan sistematik.

3.0 SASARAN PROJEK

3.1 Semua Murid-murid PPKI

4.0 JAWATANKUASA PROJEKPengerusi: En. Mustaffa Kamal bin Jamlus (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Asmanor Sapura Binti Shaori

(Guru Penolong Kanan Petang)

:Pn. Mazeeta binti Mustapa Yahya

(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

: Pn. Azlinda binti Abu

(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

: En. Noorhisham Bin Juhari

(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras PPKI

: En. Muhamad Azizi Bin Jazmi

Panatia Pendidikan Seni : Pn. Che Norlia Binti Md Rejab Setiausaha

: En. Zulfikar Almi Bin Jamaluddin

Guru Mengajar

: Pn. Nor Hirdayuwati binti Abd GhaffarPendidikan Seni5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEKBilPeralatanHarga

1.Tin Cat Harga Seunit (1 tin 1 liter jenama JOTUN = RM40.00) Bil tin cat yang diperlukan= 1unit1unit x RM40.00 = RM 40.00

2.Tikar Getah1 Gulung = RM

3.Almari Display2 Unit Kabinetx RM =RM

4.Kabinet1 Unit =RM

5.Almari Rak 1 Uni=t RM

6.Board Display3 unit xRM=RM

JUMLAH

6.0 PETA CADANGAN SUSUN ATUR LAKARAN BILIK SENI

Sila lihat Lampiran

7.0 PENUTUPDiharapkan agar projek ini dapat akan berjalan mengikut perancangan dan mencapai objektif yang diharapkan.Disediakan oleh,..(ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN)

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI),SK Bandar Rinching.Disemak oleh,

.

(ASMANOR SAPURA BINTI SHAORI)

Guru Penolong Kanan Petang,SK Bandar Rinching.Diluluskan / Tidak Diluluskan oleh,

..(MUSTAFFA KAMAL BIN HJ. JAMLUS)

Guru Besar,SK Bandar Rinching.

LAMPIRANA. Cadangan lakaran susun atur bilik seni

B. Contoh bilik seni

RUANG KARYA MURID DITAMPAL

Almari bertingkat meletak bahan

Meja Guru

Kabinet meltqk bahan warna/batik,simen

Almari meletak alatan tulis/warna

Meja kerja Murid

Almari display

Almari display

Pintu

Hasil Kerja Murid PPKI

Mural Roda Warna

Padangan Bilik Seni PPKI