Projek Inovasi Internship

3
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI BDAN P&P Disediakan oleh : Halimatun Saadiah Binti Ramli TAJUK INOVASI: KAEDAH EKSPERIMEN MENGGUNAKAN PAPAN PENGUJI LITAR UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 4 TOPIK KONDUKTOR DAN PENEBAT ELEKTRIK 1.0 PENGENALAN 2.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN Pada Awal Ogos 2015 di kelas 4 Arift, Saya telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit bagi topik Sifat Bahan, dalam subtopik bahan konduktor dan bahan penebat. Pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran, saya cuba mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan bertanyakan sifat konduktor dan penebat bahan yang telah mereka belajar sebelum ini. Saya berpendapat bahawa sifat konduktor dan penebat bagi sesuatu bahan perlu dikaitkan dalam hal ini kerana kesemua pengujian bahan untuk menentukan kedua-dua sifat tersebut adalah dalam bentuk pepejal. Apabila dikaitkan tentang hal tersebut, murid-murid mempunyai gambaran awal tentang apa yang dikatakan sebagai konduktor dan penebat. Pengetahuan sedia ada murid yang dicungkil pada fasa pencetusan idea dilaksanakan dalam bentuk pertanyaan soalan. Antara soalan yang diajukan adalah seperti, „Kamu ingat tak lagi bahan konduktor dan penebat yang kamu sudah belajar? Apakah yang kamu faham tentang konduktor? Apakah itu penebat? Pernahkah kamu menguji bahan untuk menentukan sama ada bahan tersebut adalah konduktor atau penebat? Meja adalah penebat

description

inovasi

Transcript of Projek Inovasi Internship

Page 1: Projek Inovasi Internship

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI BDAN P&P

Disediakan oleh : Halimatun Saadiah Binti Ramli

TAJUK INOVASI:

KAEDAH EKSPERIMEN MENGGUNAKAN PAPAN PENGUJI LITAR UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 4 TOPIK KONDUKTOR DAN

PENEBAT ELEKTRIK

1.0 PENGENALAN2.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Pada Awal Ogos 2015 di kelas 4 Arift, Saya telah melaksanakan sesi

pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit bagi topik Sifat Bahan, dalam

subtopik bahan konduktor dan bahan penebat.

Pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran, saya cuba mencungkil

pengetahuan sedia ada murid dengan bertanyakan sifat konduktor dan penebat

bahan yang telah mereka belajar sebelum ini. Saya berpendapat bahawa sifat

konduktor dan penebat bagi sesuatu bahan perlu dikaitkan dalam hal ini kerana

kesemua pengujian bahan untuk menentukan kedua-dua sifat tersebut adalah dalam

bentuk pepejal. Apabila dikaitkan tentang hal tersebut, murid-murid mempunyai

gambaran awal tentang apa yang dikatakan sebagai konduktor dan penebat.

Pengetahuan sedia ada murid yang dicungkil pada fasa pencetusan idea

dilaksanakan dalam bentuk pertanyaan soalan. Antara soalan yang diajukan adalah

seperti, „Kamu ingat tak lagi bahan konduktor dan penebat yang kamu sudah

belajar? Apakah yang kamu faham tentang konduktor? Apakah itu penebat?

Pernahkah kamu menguji bahan untuk menentukan sama ada bahan tersebut

adalah konduktor atau penebat? Meja adalah penebat atau konduktor? Karbon

pensel merupakan penebat atau konduktor? Bagaimanakah pula dengan tin

minuman? Adakah tin minuman bersifat penebat? Kenapakah kamu berkata

demikian?‟. Apabila diajukan soalan-soalan sebegini, terdapat sebilangan murid

memberikan jawapan yang salah. Mereka juga kelihatan tidak yakin dengan jawapan

sendiri dan masih mencari jawapan yang betul melalui perbincangan dengan rakan

di sebelah mereka

Berdasarkan sesi soal jawab tersebut, pengkaji mendapati terdapat

sebahagian murid menyatakan bahawa konduktor merupakan bahan yang

mengalirkan haba manakala penebat pula ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan

Page 2: Projek Inovasi Internship

haba. Jawapan yang diberikan murid berkenaan mendapat tentangan daripada

murid-murid yang lain. Sebahagian besar murid di dalam kelas tersebut menafikan

jawapan rakan mereka dan cuba memperbetulkannya semula dengan menyatakan

bahawa konduktor ialah bahan yang mengalirkan elektrik dan penebat ialah bahan

yang tidak mengalirkan elektrik.

Melalui pemerhatian terhadap jawapan-jawapan murid ini, pengkaji melihat

murid tersebut masih belum dapat memahami maksud konduktor dan penebat.

Mereka menganggap konduktor elektrik dan konduktor haba merupakan dua konsep

yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.. Jadi, pengkaji

memandang topik konduktor dan penebat merupakan suatu topik yang sangat

penting untuk dikaji dan diperbetulkan. Sebagai langkah penyelesaian kepada

masalah ini, pengkaji cuba memikirkan satu inisiatif dan transformasi yang boleh

dibuat untuk meningkatkan kefahaman murid tentang topik Konduktor dan Penebat

iaitu melalui penggunaan “Papan Penguji Litar”.

3.0 MASALAH – MASALAH YANG DIHADAPI3.1 Saya telah

4.0 INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

5.0 PENILAIAN TERHADAP PELAKSANAAN INNOVASI5.1 Analisis data5.2 Perubahan tingkahlaku

6.0 KESIMPULAN/PENUTUP