Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

47
PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303) Pendahuluan Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat baginda. Saya amat bersyukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Projek Kajian Tindakan (HBEF 4303) ini dapat disempurnakan sepenuhnya. Cadangan penyelidikan ini adalah berkaitan dengan inovasi dalam P&P Bahasa Melayu. Projek Kajian Tindakan ini bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar Ke Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata Sendi Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-ciri diikuti dengan Laporan Inovasi P&P; ia diikuti dengan Laporan Inovasi, Jurnal Reflektif, Profil & Dapatan Kajian dan diakhiri dengan Rumusan/Perbincangan/Cadangan Kajian. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak pensyarah dan sebagai penyelia tugasan ini, di atas tunjuk ajar sekalian sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi perbincangan. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2

description

Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

Transcript of Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

Page 1: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

Pendahuluan

Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat baginda.

Saya amat bersyukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi

kursus Projek Kajian Tindakan (HBEF 4303) ini dapat disempurnakan sepenuhnya.

Cadangan penyelidikan ini adalah berkaitan dengan inovasi dalam P&P Bahasa Melayu.

Projek Kajian Tindakan ini bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar Ke

Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata Sendi

Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-ciri diikuti dengan Laporan Inovasi

P&P; ia diikuti dengan Laporan Inovasi, Jurnal Reflektif, Profil & Dapatan Kajian dan

diakhiri dengan Rumusan/Perbincangan/Cadangan Kajian.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak

pensyarah dan sebagai penyelia tugasan ini, di atas tunjuk ajar sekalian sepanjang meyiapkan

tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah

meluangkan masa untuk menjalankan sesi perbincangan.

Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap

agar ia dijadikan salah satu sumber rujukan penuntut lain. Sememangnya tugasan ini dapat

menambah pengetahuan serta memperkukuh kemahiran menghasilkan cadangan penyelidikan

berkaitan inovasi dalam P&P. Semoga Allah (s.w.t) memberkati usaha murni ini dalam

meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.

Disediakan oleh :

NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM

720402125160001

(Fakulti Pendidikan & Bahasa)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2

Page 2: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

BAB 1 : CADANGAN KAJIAN

Tajuk :

MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR KE ATAS PENGGUNAAN

KATA SENDI NAMA MENGGUNAKAN PETA MINDA KATA SENDI NAMA

BERBANTUKAN KOMPUTER YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI INOVASI

(Aplikasi Mind Mapple)’

Penyelidik :

Norisah@Anisah Bt. Hj. Anam

No. Matrikulasi : 720402125160001

Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

Abstrak

Cadangan penyelidikan bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan Pelajar

Ke Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda Kata

Sendi Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi’ ini

adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi dan fungsinya

yang sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam

sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan

kata sendi yang betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan

lazim yang sering dilakukan oleh pelajar. Kajian ini ini merupakan kajian

tinjauan yang melibatkan 75 orang pelajar Tahun 4 di SRK Lok Yuk

Tamalang Kudat, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan

murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sam. Kumpulan

terebut terbahagi kepada pelajar aras rendah (35 orang) dan pelajar aras

sederhana (40 orang). Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini,

Kumpulan aras lemah diajar dengan kaedah peta minda berbantukan

komputer sementara kumpulan pelajar aras sederhana pula diajar secara

konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set ujian

pencapaian yang mengandungi soalan aneka pilihan. Kedua-dua kumpulan

murid akan menduduki ujian pra dan ujian pasca.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3

Page 3: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

1. PENGENALAN

Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam

mata pelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua

bidang iaitu Morfologi dan Sintaksis. Morfologi merupakan kajian tentang kata dan

pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan, manakala Sintaksis pula merupakan kajian

tentang pembentukan ayat. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu antara topik yang terkandung

dalam bidang Morfologi ialah Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.

Manakala topic yang terkandung dalam bidang Sintaksis pula ialah Ayat Penyata, Ayat

Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Ayat Dasar, Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ragam Ayat

dan Susunan Ayat.

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat

dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu. Manakala tujuan pengajaran dan

pembelajaran tatabahasa antaranya ialah membolehkan pelajar bertutur dengan lancar,

terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain, membolehkan pelajar memahami makna

sesuatu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya, membolehkan pelajar

menentukan sesuatu ayat sama ada betul atau salah mengikut kaedah Bahasa Melayu sebenar.

Pendek kata, guru Bahasa Melayu perlu mengambil sikap terbuka. Mereka perlu

memperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu

pelajar bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan berbahasa (sama ada lisan mahupun tulisan)

bukan sahaja di dalam kelas, malahan juga dalam konteks lingkungan yang lebih luas.

Kata sendi adalah salah satu unit yang terkandung dalam bidang tatabahasa mata

pelajaran Bahasa Melayu. Ia terkandung dalam bidang Morfologi di bawah bab Kata Tugas.

Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau

frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke, dari,

daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap,

akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai.

Penguasaan pelajar terhadap penggunaan kata sendi nama yang tepat perlulah diberi

penekanan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Peta minda berbantukan computer

boleh memainkan peranan sebagai nota rujukan yang sarat dengan maklumat kata

sendi nama. Ia merupakan satu nota tatabahasa yang moden dan unik.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4

Page 4: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

Saiznya yang praktikal tidak tebal seperti sebuah buku menjadikannya mudah dibawa ke

mana-mana di samping fleksibiliti mengkategorikan kumpulan-kumpulan tertentu

memudahkan pelajar untuk mengingat setiap formula atau rumus kata sendi nama tersebut.

Peta minda kata sendi nama berbantukan komputer ini menyamai sebuah buku tatabahasa

bertajuk ‘Kata Sendi Nama’ yang lengkap. Ia berkeupayaan membantu pelajar menghafal,

mengingati dan rumus kata sendi nama apabila berada dalam sesuatu ayat.

MindMaple merupakan perisian peta minda yang dibangunkan oleh MindMaple Inc

MindMaple telah direka untuk menjadi alat yang serba boleh untuk pengurusan projek,

sumbang saran, menguruskan jadual, mencipta persembahan visual, berkongsi idea-idea, dan

tujuan lain. Ia boleh digunakan sebagai perniagaan, pendidikan, atau alat peribadi.

Perisian peta minda direka untuk membantu individu menyusun idea dan konsep dengan

mewakili mereka sebagai topik visual dan subtopik yang berkaitan dengan garis-garis atau

anak panah. MindMaple menggunakan "melukis muka" direka untuk menjadi lebih intuitif

daripada antara muka lain produk perisian peta minda. MindMaple telah direka dengan

pelbagai pengguna dalam fikiran iaitu daripada perniagaan profesional sehingga kepada para

pelajar.

1.1 Pernyataan Masalah Kajian

Penguasaan pelajar Tahun 4 SRK Lok Yuk Tamalang Kudat, Sabah ke atas

penggunaan kata sendi yang betul dalam sesuatu ayat bahasa Melayu masih belum

memuaskan kerana pelajar sering melakukan kesalahan dalam membina ayat berpunca

daripada pemilihan kata sendi yang salah.

1.2 Soalan Penyelidikan atau Kajian

i. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata sendi

nama yang betul di dalam sesuatu ayat, antara kumpulan pelajar menggunakan kaedah peta

minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi dengan kumpulan yang

belajar secara konvensional?

ii. Adakah wujud jurang perbezaan tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata

sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat, antara kumpulan pelajar yang menggunakan

kaedah peta minda berbantukan komputer dengan kumpulan pelajar yang belajar secara

konvensional?

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5

Page 5: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

1.3 Objektif Penyelidikan atau Kajian

Objektif penyelidikan ini adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi

dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam

sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang

betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh

pelajar.

1.4 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian

Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu

guru membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik

pengajaran agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran

‘Kata Sendi Nama’ ini, guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang

boleh meransang pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer

serta mempunyai ciri ciri inovasi akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid

kepada pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian.

Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas

penggunaan kata sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Kemungkinan faktor ini

disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara tradisional dan membosankan.

Dengan penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti

memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang

sangat menarik perhatian pasti akan menarik perhatian pelajar seterusnya boleh menarik

minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata sendi di dalam sesuatu ayat.

Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih

mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar

difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan

syarahan guru.

Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan

grafik. Kata kunci dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola

kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. Selanjutnya

kajian ini juga dapat meransang guru-guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan

sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan

berbantukan komputer menuntut seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6

Page 6: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda

yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.

Peta minda tersebut bolehlah dijadikan bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota

ekspress pelajar. Dengan ini, pelajar akan cepat menghafal dan mengingati setiap rumus atau

formula berkesan tentang kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan.

Selain itu, hasil kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak pentadbiran

sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru bukan sahaja untuk

mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi di samping dapat

memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer.

1.5 Batasan Penyelidikan atau Kajian

Kajian ini melibatkan 75 orang pelajar daripada dua buah kelas Tahun 4 di SRK Lok

Yuk Tamalang Kudat, Sabah. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana-mana

kumpulan lain. Kajian ini hanya melibatkan empat buah petikan yang terkandung dalam

Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4. Petikan tersebut akan diajar untuk tempoh masa empat

minggu. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan

pelajar aras lemah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Langkah ini mungkin akan memberi

kesan ke atas keputusan kajian.

1.6 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang

hendak dijawab, kepentingan kajian serta batasan kajian yang menjadi komponen penting

dalam penyelidikan ini. Pengkaji ingin membuat kajian mengenai keberkesanan penggunaan

peta minda berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tentang

penggunaan‘Kata Sendi Nama’ dalam sesuatu ayat.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7

Page 7: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang

sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran

menggunakan kata sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat. Pengkaji menggunakan

kaedah peta minda dengan berbantukan komputer untuk mengajarkan tatabahasa bertajuk

‘Kata Sendi Nama’ yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tahun 4. Dalam bab ini juga

pengkaji mengutarakan beberapa definisi istilah, literatur-literatur berkaitan mengenai peta

minda, teori-teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan

mengenai peta minda dan pembelajaran berbantukan komputer.

2.2 Definisi Istilah

Tujuan definisi istilah ini adalah untuk menghuraikan istilah-istilah yang spesifik

berkaitan dengan kajian dan penyelidikan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan

tanggapan yang berbeza sesuai dengan kehendak kajian. Beberapa definisi akan dihuraikan di

bawah ini, antaranya ialah :

Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan.

Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan.

Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea

penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan

di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan

sebagainya. Dalam kajian ini, peta minda yang digunakan dipaparkan melalui skrin,

berbantukan komputer dan Liquid Crystal Display (LCD).

Berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau

kemahiran.

Inovasi menurut Nichols (1983:4) “ Idea, subject or practice as new by an individual

or individuals, which is intended to bring about improvement in relation to desired

objectives, which is fundamental in nature and which is planned and deliberate.” Inovasi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8

Page 8: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

lebih kepada idea, objek atau praktikal sesuatu yang baru oleh seseorang atau sekelompok

orang yang bermaksud untuk memperbaiki tujuan yang diharapkan.

Perubahan Nichols (1983:4), perubahan merujuk kepada “continuous reapraisal and

improvement of existing practice which can be regarded as part of the normal activity….”

Bermaksud perubahan mengacu kepada kelangsungan penilaian, penafsiran dan pengharapan

kembali dalam perbaikan pelaksanaan pendidikan yang ada yang diangap sebagai bagian

aktivitas yang biasa.

Kaedah pembelajaran konvensional adalah kaedah pembelajaran tradisional atau

disebut juga dengan kaedah ceramah kerana sejak dulu kaedah ini telah dipergunakan sebagai

alat komunikasi lisan antara guru dengan anak didik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Djamarah, 1996).

2.3 Literatur Berkaitan Peta Minda

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah

yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut

Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran

mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur.

Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda

membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa,

merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya

pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua

maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.

Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia

merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat

pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan

sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau

idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan

dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah

geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh

menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran,

seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9

Page 9: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu

dapat learn more, remember more, use less paper, invest less effort yang membawa maksud

penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak,

mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan

dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang

kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda

lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006)

berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan

pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap,

bermakna dan senang diingati.

Penggunaan peta minda boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab

Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada

pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan

pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan

mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor

tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006,

Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul

Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran

yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007)

melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta

minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.

Sasterawan terkenal tanah air, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah

Samad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut

Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak

Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus

dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat.

Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar,

turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan

serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak

Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea

sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10

Page 10: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk

mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu

kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer

dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta

oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-

murid dapat berinteraksi dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran

terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran.

Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

ialah satu situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu

kemahiran. Selain itu beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer, adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih

dan menilai prestasi murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga

dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran

dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut Kanagambal lagi, antara

matlamat yang dicapai oleh pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer ialah mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak

mengingati kembali bahan yang dipelajari, merperoleh sikap positif terhadap alat komputer,

dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran,

iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer.

Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah :

(i) Komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan secara

tidak langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar,

(ii) Kecanggihan bahan grafik pada program komputer boleh menambahkan lagi daya

kreativiti pelajar dan memperbaiki kemahiran penulisan murid,

(iii) Terdapat beberapa program komputer yang mencabar, yang mendorong kepada

kemahiran berfikir di kalangan murid,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11

Page 11: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

(iv) Guru-guru dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya

dari segi isi pelajaran,

(v) Pelajar boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang tertekan, dan (f)

komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua maklumat, menyalin

maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk perbincangan atau

persembahan.

Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zorain

Wati Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum

sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai

alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran.

Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk

menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses

pembelajaran sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu

yang diharapkan.

2.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda

Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dan kelebihan-kelebihan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat juga beberapa teori serta

pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi

manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori

Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif

berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam

ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia

akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.

Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat

bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,

menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk

membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan

masalah dihadapi.

David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan

maklumat melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006),

maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding

dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12

Page 12: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan

kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau

berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah

memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Gardner

yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah

kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily

Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya

tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis

kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta

minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual

dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan

pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan.

Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang

kreatif dan asli.

2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda (Kajian Lampau)

Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma

binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga

terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

berbantukan komputer oleh Kam Foo Kong (2006).

Altablig Bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda

dalam mengingati konsep atau fakta Sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah

Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang

berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya

6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pelajar-

pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan

struktur Kertas 2.

Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4

Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat

meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku

peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian

pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13

Page 13: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan

peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.

Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang

penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan.

Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi.

Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat

gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang

mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian

pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding

10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta

minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.

Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan

konsep terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141

orang pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan

bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen

memperolehi skor yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian

menyokong pengintegrasian strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan

pembelajaran berbantukan komputer.

Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat

pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah

pembelajaran berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang

memperolehi skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding

47.6% dalam ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun

kepada 14% dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam

Foo Kong merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14

Page 14: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah

Oleh Guru-Guru Teknikal

Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran

dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan

pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada

bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah.

Sebagaimana yang ditulis dalam buku Panduan KBSR sama ada perubahan yang

dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang

dimainkan oleh setiap guru dan guru besar dalam sesebuah sekolah. Abd. Aziz (2000) pernah

menyebut bahawa guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada

seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang

tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran. Selain itu, mereka perlu

peka dalam hal perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya kaedah-

kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung

dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan di bilik darjah.

Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini

telah mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah

chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih

seperti LCD projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai

kemahiran komputer dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point,

flash, movie maker dan lain-lain lagi.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada

seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini,

guru adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan

tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan

sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat

dilaksanakan dengan jayanya.

Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang

sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan

budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al.

(1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat menjadi teladan kepada

para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran,

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15

Page 15: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

malamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan

teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah

bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan

pendorong pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan

digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi

kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah

menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang

tejadi adalah proses pembelajaran berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan

pemahaman pelajar sama ada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya

setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar kontek sebanar.

Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat

lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisis

maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai

konteks.

Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan, perubatan, sains

komputer dan undang-undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada pelajar

dimana ianya akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses

pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini menunjukkan hasil penyelidikan yang

memberangsangkan mengikut para penyelidik yang telah menggunakannya. Proses ini juga

telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer sebagai satu wadah untuk menjadikan

proses pembelajaran lebih menarik. Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan PBL sebagai

the learning which result from the process of working towards the understanding of, or

resolution of, a problem. Margetson (1991) pula menganggap PBL sebagai konsep

pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan

konsep yang terletak dibawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran. Dengan

menggunakan pendekatan PBL ini, pelajar akan bekerja secara koperatif dalam kumpulan

untuk menyelesaikan masalah sebenar dan yang paling penting membina kemahiran untuk

menjadi pelajar yang boleh belajar secara kendiri (Hamizer et al. 2003). Pelajar akan

membina kebolehan berfikir secara kritis dan berterusan berkaitan dengan idea yang

dihasilkan serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima (Gallagher, 1997).

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16

Page 16: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

2.8 Rumusan

Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan

bahawa kaedah penggunaan peta minda serta peta minda dengan berbantukan komputer

dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap

pencapaian murid-murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt /

Kognitif, Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17

Page 17: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

BAB 3 : KAEDAH KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dengan berbantukan

komputer dalam bidang tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Kata Sendi

Nama”. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam

penyelidikan yang akan dijalankan. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula

akan menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan,

tatacara pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data.

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan dua buah

kelas tahun empat, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana.

Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca

pula akan diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama

empat minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan, agar

dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini.

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul analisis

deskriptif hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh

pengkaji.

Untuk menjalankan kajian tinjauan ini, pengkaji juga menggunakan kaedah

pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran kata Sendi Nama yang

menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah peta minda berbantukan komputer

walaupun sebelum ini kedua-dua kelas/kumpulan pelajar kumpulan pelajar biasanya

menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah konvensional. Pengkaji sendiri yang

akan mengajar kedua-dua kumpulan pelajaran tersebut. Kedua-dua kumpulan tersebut akan

diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca selepas kajian dijalankan.

Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti

bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang

hampir sama berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan oleh pengkaji.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18

Page 18: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

Tujuan reka bentuk kajian tinjauan ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan

tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat bagi kedua-dua

kumpulan, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Di dalam

kajian ini, terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar dan

pemboleh ubah tak bersandar (bebas). Di dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah

tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang diperolehi

melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah

pengajaran dengan menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer dan kaedah

konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang

dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku

manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu apa yang diukur.

Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat

pemboleh ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin

mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan,

jangka masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah

ekstranus tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel

yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap tahap penguasaan ke

atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang hampir sama.

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini ialah semua murid Tahun 4 di SRK Lok Yuk Tamalang

Kudat, Sabah. Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan

Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas

Tahun 4 menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 75 orang pelajar yang hampir

sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 35 orang

dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 40 orang lagi

dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 19

Page 19: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

3.4 Instrumen Kajian

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian (ujian pra

dan ujian pasca). Ujian ini terdiri daripada 30 soalan objektif aneka pilihan jawapan yang

berkaitan dengan penggunaan ‘Kata Sendi Nama’. Semua item ujian pencapaian ini telah

dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Huraian Sukatan

Bahasa Melayu Tahun 4 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KBSR Tahun 4. Bagi menentukan

kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat kajian ini berdasarkan

jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi meningkatkan lagi

kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa orang guru yang

berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan

guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang

kurang sesuai.

3.5 Proses Pengumpulan Data Kajian

Kajian akan dijalankan di SRK Lok Yuk Tamalang Kudat, Sabah. Kajian ini

melibatkan 75 sampel yang dibahagikan kepada kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan

aras sederhana. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji

menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh

sampel bagi kedua-dua kumpulan. Pengkaji melibatkan diri secara terus dengan mengajar

kedua-dua kumpulan tersebut. Kumpulan pelajar aras rendah diajar menggunakan kaedah

konvensional sementara kumpulan aras sederhana menggunakan kaedah peta minda dengan

berbantukan komputer. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat

minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan pelajar aras rendah dan

kumpulan pelajar aras sederhana akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set

soalan yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk

dianalisis oleh pengkaji.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 20

Page 20: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

3.6 Analisis Data

Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan sebagai data deskriptif

bagi menjawab persoalan kajian. Pengkaji turut mendapatkan jumlah min dan sisihan piawai

bagi merumuskan dapatan yang diperoleh daripada analisis ujian pra dan ujian pasca tersebut.

3.2 Rumusan

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan dua kumpulan pelajar sebagai

sampel kajian iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana.

Sampel kajian terdiri daripada 75 orang pelajar Tahun 4 di di SRK Lok Yuk Tamalang

Kudat, Sabah. Kedua-dua kumpulan tersebut akan menduduki ujian pra sebelum kajian

dijalankan dan ujian pasca pula di akhir kajian. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut

dikumpulkan dan kemudian akan dianalisis. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas

data yang diperolehi, pengkaji akan mendapati keputusan samada proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer yang mempunyai ciri-

ciri inovasi tersebut berkesan atau sebaliknya dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar

ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 21

Page 21: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

BAB 4 : PROFIL RESPONDEN & LAPORAN DAPATAN KAJIAN

MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA

MENGGUNAKAN PETA MINDA BERBANTUKAN KOMPUTER

(Aplikasi Mind Mapple) YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI INOVASI

4.1 Profil Responden

Kajian ini adalah melibatkan responden seramai 75 orang murid Tahun 4 yang kini menuntut

di SRK Lok Yuk Tamalang Kudat, Sabah. 75 orang pelajar ini dikelompokkan menjadi dua

buah kelas dua buah kelas yang mana mempunyai hampir sama pencapaian.

4.1.1 Jantina Responden

Responden dalam kelas atau kumpulan pertama terdiri daripada 8 orang murid lelaki

(22.86%) dan 27 orang murid perempuan (77.14%). Responden dalam kelas atau kumpulan

kedua terdiri daripada 10 orang murid lelaki (25%) dan 30 orang murid perempuan (75%).

4.1.2 Pecahan Responden Mengikut Tahap / Aras Penguasaan Pembelajaran

Responden yang terlibat terdiri daripada dua kelas atau kumpulan. Kelas atau kumpulan yang

pertama terdiri daripada 35 orang pelajar aras rendah, manakala kelas atau kumpulan kedua

terdiri daripada 40 orang pelajar pelajar aras sederhana. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan

pecahan aras penguasaan pembelajaran murid dengan jelas.

47%53%

Sales

Kelas/Kumpulan 1 (Aras rendah)PelajarKelas/Kumpulan 2 (Aras sederhana)

Rajah 4.1.2 : Pecahan Aras Penguasaan Pembelajaran Murid Tahun 4 SRK Lok Yuk Tamalang

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 22

Page 22: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

4.2 Laporan Dapatan Kajian

Setelah menjalankankan beberapa langkah dalam perlaksanaan tindakan yang terlibat dalam

kajian mempertingkatkan penguasaan kata sendi nama menggunakan peta minda berbantukan

komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi ini, saya telah memperolehi beberapa dapatan

seperti berikut :

4.2.1 Hasil Pemerhatian Ke Atas Proses Pengajaran & Pembelajaran Kata Sendi Nama

Yang Melibatkan Inovasi (Peta minda kata Sendi Nama hasil daripada Aplikasi

Mind Maple) & Pencapaian Murid Dalam Latih tubi Menjawab Soalan Kata

Sendi Nama

Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas proses pengajaran & pembelajaran kata

sendi nama tetapi tidak dengan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terhad

dan asyik kaedah penerangan sahaja digunakan dalam setiap langkah pengajaran dan

pembelajarannya, sebaliknya saya mengisinya dengan penggunaan yang melibatkan inovasi

iaitu peta minda kata sendi nama hasil daripada aplikasi mind maple. Saya telah

menggunakan borang pemerhatian inventori yang mengandungi item-item tentang

penggunaan yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama hasil daripada aplikasi

mind maple.

Berdasarkan pemerhatian ke atas proses P&P Kata Sendi Nama (75 orang pelajar

Tahun 4) yang melibatkan inovasi iaitu peta minda kata sendi nama hasil daripada aplikasi

mind maple tersebut, saya dapati proses pengajaran dan pembelajaran kata sendi nama

berjaya mewujudkan konsep pembelajaran secara didik hibur dan dapat mencapai objektif

P&P Kata Sendi Nama. Antara objektif P&P Kata Sendi Nama tersebut ialah memberikan

contoh kata sendi nama yang terdapat dalam petikan, mengisi tempat kosong dengan kata

sendi nama yang betul dalam lembaran kerja dan membina ayat tunggal dengan

menggunakan kata sendi nama yang diberikan oleh guru.

Selain itu, kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri ciri

inovasi yang digunakan oleh penyelidik dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 23

Page 23: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

kepada pengajaran guru berbanding dengan kaedah pengajaran guru secara tradisional dan

membosankan.

Dengan penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti

memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang

sangat menarik perhatian pasti akan menarik perhatian pelajar seterusnya boleh menarik

minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata sendi di dalam sesuatu ayat.

Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih

mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar

difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan

syarahan guru.

Peta minda yang digunakan oleh penyelidik melibatkan penggunaan grafik. Peta

minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih

mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. Selanjutnya, penggunaan peta minda ini

juga telah meransang penyelidik sebagai guru Bahasa Melayu menjadi lebih bersedia, kreatif

dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda

dengan berbantukan komputer menuntut penyelidik membuat persediaan yang rapi sebelum

memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda

yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.

Penyelidik juga menjadikan peta minda tersebut sebagai bahan ‘hard copy’ untuk

rujukan atau nota ekspress pelajar. Penyelidik juga mendapati majoriti pelajar cepat

menghafal dan mengingati fungsi kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Ini

menunjukkan penggunaan peta minda dalam proses P&P Kata Sendi Nama mampu

mencorakkan suasana P&P yang memberansangkan dan rata-rata pelajar menjadi lebih

responsif.

Selain itu, saya dapati masalah pelajar yang cepat merasa bosan dan cepat penat

sehingga mengganggu konsentrasi mereka untuk menguasai penggunaan Kata Sendi Nama

yang betul turut dapat diselesaikan. Murid-murid Tahun 4 (75 orang) tersebut telah memberi

tindak balas yang amat memberansangkan. Setiap aktiviti P&P yang dianjurkan oleh

penyelidik dapat diikuti oleh semua murid tanpa keciciran.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 24

Page 24: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

Secara keseluruhannya, hasil dapatan daripada pemerhatian ke atas proses pengajaran

dan pembelajaran Kata Sendi Nama bagi 75 orang pelajar Tahun 4 SRK Lok Yuk Tamalang

Kudat jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta minda berbantukan computer

(menggunakan aplikasi Mind Mapple) dapat membantu murid untuk menguasai penggunaan

kata sendi nama yang betul dan bersesuaian dalam ayat. Berbanding dengan suasana proses

P&P sebelum ini yang mana penyelidik hanya menggunakan kaedah penerangan semata-

mata.

Dengan itu guru perlu memainkan peranan untuk mencorakkan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan mewujudkan sesuatu pembaharuan seperti penggunaan peta minda

berbantukan aplikasi Mind Mapple. Tidak hanya terbatas kepada satu atau dua kaedah sahaja

sehingga menyebabkan murid cepat bosan dan berasa letih semasa aktiviti P&P dijalankan.

Sedangkan murid-murid tersebut sebenarnya memiliki kemampuan menguasai penggunaan

Kata Sendi Nama yang boleh dicungkil atau digarap oleh guru.

4.2.2 Dapatan Ujian Pra / Ujian Pengesanan Tahap Penguasaan Kata Sendi Nama

Sebelum Penggunaan Peta Minda Berbantukan Komputer (Aplikasi Mind

Mapple) & Dapatan Ujian Pasca / Ujian 2

Rajah 4.2.2 :  Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 25

___________________________________________________________________________________Pencapaian       Ujian Pra          Peratus          Ujian Pasca            Peratus       PerbezaanPeratus                      (bil. murid)         (%)           (bil. murid)                (%)          tambah(+)/turun(-)___________________________________________________________________________________  Cemerlang(80%-100%)           0               0.00%                 33 44 +44

Baik 10 13.33 22 29.33 +16(60% - 79%)                              

Sederhana 35 46.66 15 20 -26.66(40% -59%)                            

Tidak 30 40 0 0 -40Memuaskan                            (20%-39%)

Lemah(0%-19%)             0              0.00%                  0                     0.00%                   0

Page 25: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

Jika dilihat daripada markah yang diperoleh dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

terdapat perbezaan yang agak ketara. Di mana peserta kajian dinilai daripada skala

pencapaian iaitu cemerlang, baik, sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah peserta

kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 35 orang dan peratusan  adalah sebanyak

46.66%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pasca seramai 75 orang dan peratusan

lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak  53.34%.

Berikut pula adalah analisis keputusan ujian pra dan ujian pasca ke atas 75 orang

murid Tahun 4 tersebut :

Ujian yang dijalankan Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)

Jumlah semua markah 3360 5060

Min 44.8 67.46

Jadual 4.2.2 : Nilai min bagi Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual di atas menunjukkan bahawa min markah bermula ujian pra dan diakhiri

dengan ujian pasca telah meningkat daripada 44.8 kepada 67.48. Ini jelas membuktikan

bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta minda berbantukan computer

(Aplikasi Mind Maple) yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada

peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi Nama yang betul.

Selain daripada penyelidikan ini, Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan

kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar

perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar

matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang

mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar

yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam

ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2%

berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa

penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.

Dengan demikian penyelidik merumuskan bahawa kaedah pengajaran &

pembelajaran menggunakan peta minda berbantukan computer (Aplikasi Mind Mapple) telah

menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara dari sudut penguasaan Kata Sendi Nama.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 26

Page 26: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

BAB 5 : RUMUSAN / PERBINCANGAN / CADANGAN KAJIAN

5.1 Rumusan Hasil Kajian

Secara keseluruhannya, pertama dapatlah dirumuskan bahawa berdasarkan Ujian Pra

dan Ujian Pasca yang telah dijalankan, terdapat perbezaan yang agak ketara. Responden

kajian dinilai daripada skala pencapaian iaitu cemerlang, baik, sederhana, tidak memuaskan

dan lemah. Jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 35 orang dan

peratusan  adalah sebanyak 46.66%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian Pasca

seramai 75 orang dan peratusan lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak 

53.34%. Ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar ke atas penggunaan Kata Sendi Nama

yang betul dalam kalangan 75 orang pelajar semakin bertambah baik.

Kedua, min markah bermula ujian pra dan diakhiri dengan ujian pasca telah

meningkat daripada 44.8 kepada 67.48. Ini jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi

Nama menggunakan peta minda berbantukan computer (Aplikasi Mind Maple) yang

mempunyai ciri-ciri inovasi telah menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar

Tahun 4 terhadap penggunaan kata Sendi Nama yang betul.

Ketiga, hasil daripada pemerhatian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran Kata

Sendi Nama bagi 75 orang pelajar Tahun 4 SRK Lok Yuk Tamalang Kudat yang

menggunakan peta minda berbantukan komputer (menggunakan aplikasi Mind Mapple) dapat

membantu murid untuk menguasai penggunaan kata sendi nama yang betul dan bersesuaian

dalam ayat. Peta minda juga dijadikan bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota ekspress

pelajar. Penyelidik juga mendapati majoriti pelajar cepat menghafal dan mengingati fungsi

kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan. Ini menunjukkan penggunaan peta minda

dalam proses P&P Kata Sendi Nama mampu mencorakkan suasana P&P yang

memberansangkan dan rata-rata pelajar menjadi lebih responsif. Berbanding dengan suasana

proses P&P sebelum ini yang mana penyelidik hanya menggunakan kaedah penerangan

semata-mata.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 27

Page 27: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Dapatan kajian yang diperolehi jelas menunjukkan pelajar semakin mengenal kata

sendi dan fungsinya yang sebenar, membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi

dalam sesuatu ayat, memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi

yang betul seterusnya membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan

oleh pelajar.

Selain itu, dapatan kajian yang diperolehi penyelidik sangat membantu guru membuat

refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran agar sesuai

dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran ‘Kata Sendi Nama’ ini,

guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang telah meransang

pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer serta mempunyai ciri

ciri inovasi telah dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada pengajaran guru

dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian.

Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas

penggunaan kata sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Hal ini didapati disebabkan oleh

kaedah pengajaran guru secara konvensional.

Setelah penyelidik menemui bahawa penggunaan kaedah peta minda yang

mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa

serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian ini telah mampu menarik perhatian

pelajar seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan

kata sendi di dalam sesuatu ayat, masalah rasa bosan pelajar sememangnya dapat dihindarkan

semasa pembelajaran. Pelajar menjadi lebih mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak

perlu membaca ayat yang panjang serta sukar difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya

itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan syarahan atau penerangan guru.

Ini terbukti apabila jumlah peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah

seramai 35 orang dan peratusan  adalah sebanyak 46.66%. Manakala jika

dibandingkan dengan Ujian Pasca seramai 75 orang dan peratusan lulus sebanyak

100%. Penambahan peningkatan sebanyak  53.34%. Nilai min markah bermula ujian

pra dan diakhiri dengan ujian pasca telah meningkat daripada 44.8 kepada 67.48. Ini

jelas membuktikan bahawa pengajaran kata Sendi Nama menggunakan peta minda

berbantukan computer (Aplikasi Mind Maple) yang mempunyai ciri-ciri inovasi telah

menyumbang kepada peningkatan penguasaan pelajar Tahun 4 terhadap penggunaan kata

Sendi Nama yang betul.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 28

Page 28: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

5.3 Implikasi Dapatan Kajian

Secara nyata, peta minda merupakan penggunaan grafik. Peta minda selalunya

dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola kerana otak manusia lebih mudah menerima

ransangan yang berbentuk pola. Dengan itu terdapat beberapa implikasi dapatan kajian yang

wujud dari penyelidikan ini antaranya meransang guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia,

kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta

minda dengan berbantukan komputer menuntut guru membuat persediaan yang rapi sebelum

memulakan pengajaran. Guru menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda yang

menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Peta minda tersebut menjadi

bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota ekspress pelajar. Pelajar cepat menghafal dan

mengingati setiap rumus atau formula berkesan tentang kata sendi nama dengan cepat dan

berpanjangan. Selain itu, dapatan kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak

pentadbiran sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru bukan

sahaja untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi di

samping dapat memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer. Antara aplikasi peta

minda yang boleh digunakan adalah aplikasi Mind Maple.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati responden amat berminat dan

bermotivasi untuk membaca dan mengisi peta minda yang telah diperbanyakkan oleh guru

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik berjaya mencapai Objektif

penyelidikan ini iaitu membantu pelajar mengenal kata sendi nama dan fungsinya yang

sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat;

memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir

sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar.

Penyelidikan ini telah berjaya membuktikan meningkatnya penguasaan pelajar

ke atas penggunaan Kata Sendi Nama menggunakan peta minda Kata Sendi Nama

Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-Ciri Inovasi (Aplikasi Mind Mapple).

Justeru, penyelidik bercadang untuk meneruskan kajian ini dengan memberi penekanan

kepada penggunaan peta minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi bagi

membantu pelajar supaya sentiasa menguasai penggunaan Kata Sendi Nama yang betul dan

sesuai dengan struktur ayat. Kajian sedemikian menjadikan guru sentiasa bijak mencorakkan

amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 29

Page 29: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

RUJUKAN

Abdullah Hassan (1993). Tatabahasa Pedagogi , Kuala Lumpur : Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Hamid Mahmood (1992). Ayat Pasif Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Awang Sariyan (1986). Kunci Bahasa Malaysia , Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

Ab. Fatah Hassan (1994). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran,

Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Nizar (1997). Sejauh manakah Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Dalam Operasi Asas

Matematik Murid-Murid Tahun 5 Sek. Keb. Jabi Dari Aspek Minat Dan Pencapaian.

Altablig Ali (2006). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Konsep Atau Fakta

Sejarah, Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan

Pendidikan Perak. Hlm, 87 – 99.

Asma Ishak (2005). Meningkatkan Kemahiran Mencatat Isi-Isi Penting Di Kalangan Murid

Tahun 4 Dengan Menggunakan Peta Minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut

Perguruan Perlis : 133-145.

Azizi Yahaya Et. Al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori, Analisis &

Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Ismail Zain (2005). ‘Belajar Berkesan Dengan Peta Minda’. Kuala Lumpur : Utusan

Malaysia.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 30

Page 30: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

Kam Foo Kong (2006). Meningkatkan Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan 1L Kepada

Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Melalui Kaedah Pembelajaran

Berbantukan Komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan

Pendidikan Perak. Hlm,110 – 125.

Kanagambal (1997). Keberkesanan PPBK Dalam Matematik. Kertas Projek KSPK Institut

Perguruan Darulaman.

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.

AKuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2007). Psikologi Pendidikan.

Kuala Lumpur : PTS Professional.

Sim Ah Hock, Dr. Et. Al. (1997). Kesan Strategi Pemetaan Konsep Terhadap Pemprosesan

Maklumat Sains Dalam Tutorial Pembelajaran Berbantukan Komputer. Jurnal

Penyelidikan Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Hlm, 124 –

141.

Subadrah Madhawa Nair (2001). Penggunaan Peta Minda Sebagai Satu Strategi Dalam

Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 31

Page 31: Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam

PROJEK KAJIAN TINDAKAN (HBEF 4303)

Fakulti Pendidikan UKM.

Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan

Malaysia.

Tony Buzan (2006). Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity And Tranform Your Life.

England : BBC Active

Zoraini Wati Abas (1992). Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 32